Selasa, 21 Disember 2010

Na'uzubillah.....

Na'uzubillah...
Ya Allah, ku mohon
Engkau pelihara dan rahmati seluruh keluargaku
Jauhkan kami dari musibah yang mendukacitakan
Bukakan hati kami untuk sentiasa mengingatiMu
Sentiasa bermuhasabah dan redha dengan dugaanMu...

15 Disember 2010
Mama tengah drive balik kerja, when it happened...

16 Disember 2010
Pagi kat ofis, Mama masih batuk dan still keluar darah.
"Pt cough out blood, fresh blood" (begitulah report doktor di Unit Kecemasan HSI). Then, Mama dapat referral letter supaya jumpa doktor di Klinik Kesihatan, untuk dapatkan rawatan lanjut. Suspect tuberculosis or lebih dikenali dengan nama TB... Selain daripada penyakit berjangkit, ia adalah penyakit genetik. Arwah nenek (sebelah Papa) memang menghidap penyakit ini. Sekarang ni, Ayah Ngah (adik Papa) yang kena penyakit TB. Adakah Mama pulak yang akan mewarisinya??! Na'uzubillahi min zalik!! Mama tak nak...

20 Disember 2010
Hantar sample kahak ke Klinik Kesihatan Kg Melayu Majidee.

21 Disember 2010
Hantar sample kahak untuk hari kedua. Esok, last day untuk hantar sample kahak. After that, kalau result ujian makmal menunjukkan Mama positive TB, Mama kena rujuk doktor pakar pulak...Tapi biasanya, ujian mesti turn out to be negative for the first time.. Seperti yang terjadi pada Ayah Ngah...beberapa kali menjalani rutin seperti ini bila dia batuk berdarah. Tapi negative. Sehingga satu hari dia semput dan tak dapat bernafas, bila doktor scan, baru dapat tau yang dia dah dijangkiti TB kronik sekian lama... Doktor ni pun manusia biasa, bukan boleh percaya sangat. Kalau nak betul-betul confirm, better kita cari second opinion, third opinion, or even fifth opinion!!

Mama pun pernah mengalami situasi yang sama dulu. Mama selalu sakit bahagian bawah perut, sebelah kiri...bila sakit, menyucuk-nyucuk.. sakitnya tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Tapi setiap kali pergi hospital, khususnya bahagian kecemasan (gomen hospital la.....), Doktor akan bagitau Mama kencing kotor. Next time sakit pun, kencing kotor. Bagi ubat dan balik...Begitulah yang terjadi sehingga Mama rasa ada something wrong kerana Mama tahulah sebab badan Mama, Mama sendiri yang rasa... Akhirnya Mama ke Klinik Aziz (salah satu klinik swasta kat Pasir Mas), that doctor buat referral letter kepada doktor klinik kesihatan supaya Mama di scan. Bila scan, barulah doktor nampak ada ketumbuhan di ovari Mama yang diameternya sebesar mug!! See...doktor-doktor ni suka hati diorang je!! Dah tau patient selalu kencing kotor, do something la... mesti ada sesuatu yang membuatkan patient selalu sakit, bukan setakat kencing kotor.. Tapi, doktor pun tak sempatlah nak check-up detail sangat, patient ramai sangat! Tambahan pulak, kalau hospital kerajaan... Kalau nak special treatment, pergi lah hospital swasta, poket pun kena tebal le ye... :p

Khamis, 16 Disember 2010

urgh..urgh...mcm tak cukup masa!!

Dear D... :)
It's been a looooooong time.. Mama tak sempat nak buka laptop kat rumah. Everyday, bila sampai rumah, macam ada banyak sangat kerja yang rasanya tak akan siap sampai bila-bila. Sampaikan Mama tak sempat nak mengadap laptop. Mama dah pindah rumah sendiri kat Taman Setia Indah, JB. Itu lah salah satu reason kenapa Mama rasa masa macam tak cukup...banyak benda nak kena selaraskan, termasuk otak Mama pun nak kena tuned sebab dah terbiasa dengan rumah yang kiut-miut, yang tak perlu kemas banyak, ruang pun tak luas... Ni atas-bawah kena cover, bukan besar mana pun...
Esok-esok bila dah tua, Mama nak buat rumah kecik je kat kampung....huhuhu :-S

~ Ajmal demam lagi... Esok kalau demam masih belum kebah, doktor suruh amik darah, takut kena denggi, Na'uzubillahi min zalik!! Area Taman daya tu, black area kes denggi... ~

Rabu, 24 November 2010

Majlis Pertunangan & Majlis Akad Nikah Cik Anem

Sempena hari raya Aidil-Adha yang lepas, Mama apply cuti rehat lama... ye lah...tak kan nak cuti raya pastu balik JB, pastu cuti lagi untuk majlis nikah Cik Anem. Kebetulan pulak, 22 November tu, birthday Sultan Johor. Dapat la Mama sambung lagi cuti...hehehehe, Mama memang suka cuti lama-lama balik kampung. Rasa bahagia sangat... Itu yang bila cuti lama dan semua berkumpul, macam-macam pemikiran dan idea untuk bisnes keluarga difikirkan oleh kitorang~while having breakfast~sebab dah boring kerja gomen!

Haaa...Mama nak story tentang majlis pertunangan serentak dengan majlis akad nikah adik Mama, Hanim Munirah atau dipanggil Cik Anem oleh anak-anak sedara yang baru 4 orang :p  pada 19 November 2010. Walaupun majlis yang dirancang dengan tergesa-gesa (kerana planning awalnya, nak bertunang jer... tapi jadi majlis nikah pulak), namun majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah...everything ran smoothly walaupun tak seperfect mana. Waktu pagi, majlis pertunangan, lepas Solat Jumaat, majlis akad nikah pulak. Insya-Allah, awal tahun depan, majlis persandingan pulak. Waktu tu barulah kita sekeluarga pakai sedondon ye... Kali ni, tema kitorang 'Pakaian Beragam', hahahaha...:D

Yang seronoknya, majlis Anem ni, kami adik beradik semua ada peranan masing-masing... bahagian hiasan hantaran semua diuruskan oleh Abe Ngah (Daddy), bahagian deco deco deco termasuk hiasan bilik pengantin, diuruskan oleh Abe Long (Baba), photographer tak bertauliah disandang oleh Abe Cik (Papa) dan Payet (Ayah Cu), ketua penanggah pun diconquer oleh Abe Cik jugops! Mama melantik diri sendiri sebagai Pengarah Program! hahahahaha B-)

Time ni ramailah photographer tak bertauliah yang snap gambar ntah apa-apa (Mama cakap macam gitu sebab semua gambar Mama gemoks dan macam tepong gomak  :p ... salahkan photographer pulak!!). So, Mama hanya akan upload gambar-gambar yang mana Mama tidak wujud di dalamnya~masalahnya, dalam semua gambar Mama ada! Biasalah, GG (gila gambar)~ Nak tengok gambar? Silalah klik di sini...

Masa cuti ni jugak, Baba ambik kesempatan untuk siapkan kitchen cabinet dan rak tv kat rumah Ummi. Dua hari jugakla dia bertungkus lumus nak siapkan semua tu...siap buat island kat wet-kitchen Ummi. Next project, dia nak buat wardrobe dan rak tv kat family hall pulak! Tapi, kena mintak Ayah Cu sponsor beli barang yer... 'wink' 'wonk' ;)

Ahad, 31 Oktober 2010

Tahniah Red Warriors!!

Tahniah untuk pasukan bolasepak Kelantan kerana telah menjuarai Piala Malaysia setelah sekian lama mencuba... Tahniah juga untuk penyokong Red Warriors (especially Baba yang memang fanatik giler dengan ucapan "berbaloi la gi tengok kat stadium bukit jalil tu...") yang tidak menimbulkan sebarang insiden kekecohan dan kekerasan :p walaupun ramai yang bengong buang botol mineral kat atas padang tuh! Paling jelas, area penyokong merah lah yang penuh ngan botol2 tu... Mama tengok ~dalam tv jer...~ area penyokong kuning, clear je...

Seronok le semua rakyat Klate bila Menteri Besar umumkan esok cuti peristiwa ye... Rakyat Klate yang di luar pong bulih cuti jugok deh...(kebetulan esok hari Ahad) :p

Isnin, 18 Oktober 2010

Tahniah Abe Cik!!

Happy birthday Papa Danish!! Hari ni Papa Danish dapat hadiah birthday yang paling bermakna dan terindah...  :)  Congratulations on your newborn baby girl!!! Tahniah Mama Danish, dan tak lupa juga Abang Danish. Lepas ni dah boleh panggil Abang Long ye...

Assalamualaikum Chomey (bukan nama sebenar)...  :p

Bibir Angelina Jolie gitu...muaaahhhhh!
Mama tumpang gembira yang amat sangat! Mama dah dapat niece, Ajmal dapat cousin baru.. After this, we'll wait for another newborn from Labuan!

Jumaat, 8 Oktober 2010

Majlis Konvokesyen Ayah Cu..

Mama terlupa nak kongsikan ngan adik-adik2 semua... Hari tu kan majlis konvokesyen Ayah Cu Ipin kat UTM Skudai.. Tok Pa, Nek Mi datang JB and stay rumah Mama. 28 September tu, Mama amik cuti rehat, sama-sama gi convo Payet! Seronoknya, rindu dan teringat masa dolu-dolu, masa Mama convo kat UIA...



Hensemnya adik2 beruniform putih nih! Teringat impian Mama yang tak kesampaian...huhuhu  :p

Khamis, 7 Oktober 2010

Open house here and there.....

Banyak tol open house kat JB nih... Kat ofis pun banyak Open Sector! :)  Sepanjang naik cuti raya ni, boleh dikatakan setiap hari ada je sektor yang buat jamuan raya...

Kami, orang2 'M' yang kat jabatan pelajaran negeri johor ni pun tak ketinggalan buat open house. Hostnya adalah Puan Muliati, co-hostnya adalah kami-kami, geng PTD kat jabatan la... Venue rumah Muliati. Kami buat style potluck, setiap orang contribute juadah hari raya dan berkumpul rumah Muliati. Mama memang suka rumah Muliati yang sesuai untuk buat makan-makan nih... Her house is very nice, like it very much!! A convenient house to be a host or to entertain guest...


Semalam, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (sektor kami laaa.....) juga buat jamuan raya... Mama siap import buah duku, dokong dan rambutan dari Kg. Bujok!  :p  Papa post by bus...

Isnin, 27 September 2010

Salam Aidilfitri 1431 Hijrah...

Tak terlambatkan untuk ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua??!!! Raya kan sebulan...  :p

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN dari Mama, Baba dan Ajmal Mirza untuk semua.  :)

Mama tak sempat nak update my dear diary disebabkan selepas naik keje lepas cuti raya, keje menimbun dan PTK untuk pentadbir, guru besar dan pengetua kena laksanakan pada 25/9... Naik ofis pun dah 22/9 disebabkan meeting dulu kat KL.

Untuk makluman Mama Danish, gambar-gambar raya semuanya dalam kamera Cik Anim.. Mama x sempat nak amik softcopy. So, lambat la sket nak upload gamba2 sekitar raya ye... tapi akan diusahakan ASAP.

Hmmmmm, raya ni tak best sangatlah sebab Danish takde, Amjad pun takde...Ajmal buli Cik Su dan Cik Snow je lah... kalau tak dia yang akan dibuli oleh Abg Danish dan Abg Otromen Cosmos (gelaran baru untuk Amjad)...  :)

Tahun depan, semua balik yer...pwwweeeeeeeaaaaase

Hobi No. 1 Ajmal kat kampung...mandi sokmo!!
~ Update on 25 Nov 2010 ~
Setelah sekian lama, barulah Mama berjaya meng'upload' gambar-gambar sekitar Raya Aidilfitri 2010. Seperti yang Mama katakan, gambar-gambar tak banyak sangat sebab tak semangat nak snap pics...semua tak balik! 2-3 kerat ni je lah... 
On to the pics! 
 
Ajmal bersama Ayah Cu
Bersama Cik Snow dan Cik Su
Anak dara dan teruna Mak Long Pasir Mas

Selasa, 7 September 2010

Hobi baru...

Bila nampak atau dengar je Mama bukak peti ais... woohohohoooh, here he comes!!

Kalau Mama menjerit suruh dia tutup pintu peti ais, sampai terkeluar anak tekak pun dia tak hirau. Mama risau kalau-kalau bibir dia melekat kat ice-box tuh!! Naya...  
~tapi, sempat jugak Mama snap! :p ~

Rabu, 25 Ogos 2010

My Wish List # My Favorite Space - Ep. 1

Standard rumah teres 2 tingkat, mesti ada ruangan kat bawah tangga, rite... Kadang-kadang, ruangan tu dijadikan sebagai stor penyimpanan. Rumah yang Mama beli ni, ada ruangan tu jugak, tapi takde stor. Kosong je... tuan rumah lama letakkan akuarium kat ruangan tu...blup, blup, blup...

So, Mama mencadangkan supaya kat ruangan bawah tangga tu dijadikan ruangan bacaan...Baba setuju aje. :) Baba terus draw pelan interior... huhuhu...  ;)
When my favorite space has been completed, I hope it will look perfect.
That space will be crammed full of these... and more!!
~Koleksi ni Mama kumpul sejak zaman UIA dolu-dolu. I used to 'lepak' at Mamak Bookstore Central Market, (introduced by my friend, Junida or.. Syikin or.. Naja  :x  ). Read, rent and bought a second-hand, third-hand and even eleventh-hand books at cheaper price. Tapi masih elok lagi sebab Mama jaga elok-elok, siap wrapping ngan plastic wrapper yang tebal gitu... Sampai sekarang masih tersusun rapi dalam display cabinet Ummi kat Kg Bujok.  :p ~

Tapi selagi tuan rumah lama belum pindah, selagi itu lah, Mama's Favourite Space ni nggak bisa dizahirkan...waduuuuuhhhhh!! ~Mama's latest favorite serial drama: "Para Pencari Tuhan"...ditayangkan di Astro Oasis 106. Kelakar giler! Can't stop laughing watching this sinetron.~  

~to be continued in episode 2~ :p

Abbot's Sailor... Abbot's Sailor...

Setiap kali keluar berbuka puasa kat luar, Mama & Baba terpaksa bergilir-gilir makan... Waktu Baba makan, Mama melayan si Ajmal yang tak reti dok diam kat meja makan. Dia pun sebok aje nak pegang sudu, makan sendiri, tumpahkan air! Yes, sometimes he drives me nuts, throwing tantrums bila apa yang dia nak tak dapat!

So, cara yang paling baik, gilir-gilir jaga dia masa makan kat luar. Biasanya kat food court mana-mana shopping mall pasti ada children's playground rite...Jadi, setiap kali keluar makan, kena sediakan coins banyak-banyak! ;)

Sama bulat je kepala Ajmal dengan Si Bulat hidung merah tuh!

My Wish List ; RSZ or WISH

Honda Stream RSZ, kereta idaman Baba dan Mama... :p
Toyota WISH, kereta idaman Baba dan Mama... :)
Honda CIVIC, kereta idaman Baba... B-)
Yang termampu, ni je... Syukur Alhamdulillah. But, of course not this color.

Semalam, 23 Ogos 2010, keluarlah kereta baru kami dari Yong Ming... Plat No. dia istimewa, kebetulan ada persamaan ngan kereta WAJA kesayangan kami tu.. (En. Waja ni bagus, tak pernah menyusahkan Baba dan Mama, we luv U!)

Actually, we let the sales agent pick up any no for us... thanks Mdm Ng! :)

Kami amik keputusan untuk beli another car after hantar Grand Livina Angah ke Labuan, 15 Ogos lepas. Sebelum tu, Grand Livina Angah tu, Mama yang guna. Angah tinggalkan kat Kelantan after dia kena transfer ke Labuan. Aiman cuma bawak Kenari mereka ke sana. Ummi dan Angah suruh Mama guna kereta tu daripada tersadai kat rumah dan jadi 'kereta sewa'.

Kalau dulu, second car tidaklah menjadi keperluan kerana Baba kerja area Pasir Gudang yang selalu jam. Dia prefer naik motosikal je ke tempat kerja. Tapi, sekarang Baba bisnes sendiri, perlu jumpa client. So, kereta adalah satu keperluan kepada Baba. Jadi, kami buat keputusan untuk get another car. Baba minat Honda... tapi yang mahal, kami tak mampu la... So, amikla Honda yang paling murah! Tapi, Mama yang drive kereta baru ni ke opis! Yeaaaaayyy!! ;)

Actually, this is supposed to be a Hari Raya Surprise! Tapi, tak pe lah...Mama tak sedap hati jugak kalau berahsia lama-lama ngan parents & siblings... So, Papa & Mama Danish, Cik Anim, sila ambil maklum ye... :p

Rasanya, my wish yang ini dah separuh tertunai la... ~kalau ada rezeki nanti2, Insya-Allah...trade-in CITY untuk RSZ or WISH! Ewwwaaaaah, angan2 tuh! :p Ape2 pun, lepas gi Tanah Suci dulu, Insya-Allah...~

Selasa, 24 Ogos 2010

Those days...

Rindunya pada hari-hari yang mengizinkan Mama masak untuk Baba... Di bulan Ramadhan ni Mama tak sempat nak masak. Balik office jam 5.30. Singgah amik Ajmal rumah Cik Na, sampai rumah lebih kurang 6.30. Buka puasa pukul 7.15... bersilat pulak ngan Ajmal!! Tak sempat woooooo.... Time sahur lak, masak simple2 je...

Namun, sempat jugak masak sikit-sikit di hujung minggu untuk juadah berbuka...

Ikan talapia masak 3 rasa, resipi Kak Inna Lamin. Udang goreng biasa je, resipi Mama :p . Sambal kacang botol dan betik muda, resipi dari Chef Sher Sen dalam rancangan 5 Rencah 5 Rasa @ TV3.
 

 Shedap ke Ajmal??

Ahad, 22 Ogos 2010

A Weird Dream

Malam kelmarin, Mama mimpi aneh sekali... mimpi bersalin bawah pokok. Tapi sempat lagi makan-makan dan bersembang bawah pokok tu ngan Ummi dan beberapa orang perempuan yang tidak dikenali...

Lepas tu, scene kat hospital pulak.. Nurse tanya, awak nak beranak ke? Mama tunjukkan perut yang dah kempis dan tunjukkan baby girl yang Mama lahirkan pada nurse tu...

Lepas tu terjaga...Mama memang rasa ada something yang jatuh kat bawah tu! Did it really happen or did I just dream it?

Mama ceritakan mimpi ni pada Ummi... Ummi pesan jangan fikir sangat dan jangan risau. Mungkin itu mainan tidur. Maybe jugak Mama asyik fikir nak pegnen... huh, sabar ye Mama... :(

Jumaat, 20 Ogos 2010

2 and a half-inch heel!!!

Oleh kerana selalu follow ThePinkStilettos, Mama jadi obsessed by something with heel.. Then, just 2 days ago, when accompanied Muliati to SenQ at Sutera Mall, I cannot resist the temptation to grab this one with 2 and a half-inch heel ~or 3-inch?~!


Masa cuba-cuba kat kedai tu, rasa quite ok dan stabil je bila jalan... tapi bila petangnya Mama cuba pakai masa balik dari office, Ya Rabbi...betis Mama lenguh giler! Nak cantik punya pasal...  :p

Tobat dah Mama tak akan beli lagi anything with 2 and a half-inch and more!
It's 3 inch heel actually...

Mama terfikir, macam mana la diorang yang pakai heel yang 3-4-5 inch ni jalan yer?? ~ada ke yang 5-inch~

Rabu, 18 Ogos 2010

Congratulations EidaxAbe Cik & AngahxAiman

Korang berdua ni macam janji2 ajer... Dulu pun, lepas Ida pregnant, Angah pun preggy sama, pastu Along. Sekarang pun sama, baru je dapat tau happy news Danish bakal dapat adik, Amjad pun rupanya bakal dapat adik juga.

Lepas tau Angah pregnant, Mama call Nek Mi bagitau rindu nak pegnen jugak!

Terus Ummi menjerit," Woooittt, demo tu tak po la...beranok normal. Mu tu, ikut tingkap sokmo... Ummi rusing kalu dok buko acap kali, takut tok leh tutup pulok!!!  
"Waaaaaaaaaa....pah tu lagu mano Mi?"  
"Tunggu la Ajmal umur 2 tahun dulu...buat maso lo ni, jago molek diri sendiri dulu, biar betul2 bersedia dan sihat." 
"Sekarang ni pun, sihat walafiat apo!"  
"Dalam perut mung tu tak tau la sihat ko dok! Doh, pokoknyo, Along jange ngandung dulu. Sabar dulu deh..."


Betul jugak apa yang Ummi cakap tu... untuk kebaikan Mama.

Baguih campany Tok Pa & Nek Mi ni...tiap-tiap tahun ada production.

2007 - Muhammad Rizqan Danish
2008 - Muhammad Amir Amjad & Hurin Ain
2009 - Muhammad Ajmal Mirza
2010 - Bakal adik Danish
2011 - Bakal adik Amjad
2012 - Bakal adik Ajmal ~insya-Allah~  :p
2013 - Bakal adik Danish
2014 - Bakal adik Amjad
2015 - Bakal adik Danish lagi...
2016 - Bakal adik Amjad lagi....
2017 - 2020  - adik-adik Danish dan Amjad lagi dan lagi dan lagi....

By that time, Mama dah stop produce doh! isk, isk..  :(  ~branch ni kena tutup sebab tak produktif, mengabihkan bogheh ajo...~

***************

Projek baru Mama dan Ajmal ~yang suka interprem~...yang mengambil masa berbulan-bulan!!  ;)




Mama jait manik kat lengan baju jer... Kalau nak jait kat leher, taun depan baru siap! wakaka... :p

Ahad, 15 Ogos 2010

Alahai Ajmal...

Dah lama Mama tak update tentang my little hero! Ajmal la, sape lagi... :p

Mama tengah pening kepala memikirkan Ajmal yang semakin meningkat umurnya tapi semakin ringan dan kecik (macam iklan susu ~lupa nama~ yang budak makin kecik kat kerusi tuh!)... Kalau dulu, Mama seronok suap dia makan, makan dengan berselera gitu, siap dengan gaya2 sekali..."mmmm, dap!"  Tapi sekarang, dia tutup mulut kemas-kemas bila Mama nak suap nasi. Bila Mama berjaya bukak mulut dia, dia kacip gigi pulak! Budak bertuah... ~lauk tak sedap kot!~

Mama rasa berat dia sama je masa umur 1 tahun yang last gi timbang tu, malah makin ringan... Masa tu 8.65kg. Sekarang ni, berapa la berat anak Mama ni...dah lama tak timbang. 

Tapi, walaupun kecik, he is even-more-energetic than he used to be... kalau dulu dah memang lasak, cuba bayangkan sekarang! Bergerak je, mesti berlari...pastu tak sempat brek. Langgar je apa yang ada kat depan... dinding, rak tv, almari, pintu dan yang sewaktu dengannya! Kat dahi sepanjang masa ada tanda...yang warna biru baru kena, warna purple sebelum bertukar warna kuning, warna kuning yang dah nak sembuh! Bibir lak dah 2-3 kali berdarah sebab tersengguk dan sengaja dihantuk kat rak tv! Macam mana tu...

Sekarang dah pandai sebut "tido".... Sebab malam-malam susah nak tidur, penat bergusti dulu baru dia tidur. So, perkataan tido tu selalu dia dengar, lebih kurang 20 kali setiap malam... :p

Betul ke masa kita solat, kalau anak lelaki datang kacau dan tersentuh kita, batal solat. Betul ke? Mama pernah terdengar tentang tu, tapi sumber tak pasti. Kalau betul macam tu, hmmmm... dah berapa kali la batal solat Mama. Setiap kali Maghrib, Mama akan solat bersama-sama Ajmal yang akan duduk tepi Mama buat hal sendiri ataupun ketuk-ketuk belakang Mama time sujud...kuat pulak tuh!! Kalau nak tunggu Baba balik baru nak solat Maghrib, alamatnya qadha la... Mama kena tanya ustaz untuk confirmkan hal ni.

Rabu, 11 Ogos 2010

*Tahniah Mazran & Adora* #Takziah Ila...#

Perasaan Mama malam ni bercampur-baur.. Gembira dan sedih bersilih ganti. 

Mama tumpang gembira dan terharu (rasa nak nangis pun ada) bila dapat berita yang kawan Mama telah selamat melahirkan seorang baby girl petang tadi... Disebabkan kawan Mama ni selalu update dia punya status menunggu kelahiran kat FB, Mama jadi macam penunggu setia pulak, selalu tertanya-tanya2 dah bersalin ke belum...Sama la jugak hari ni bila dia update status, dah sakit nak bersalin, Mama pulak yang gabra dan berdebar. Macam Mama pulak nak beranak!  :p  Lebih kurang pukul 6.50 petang (sewaktu Mama stuck in the traffic-jam) waktu tu la, kawan Mama selamat melahirkan seorang bayi perempuan, nun jauh di Kelantan sana. Lahir pada 10.08.10... cun gak tarikh nih! Tahniah Adora & Mazran!!  :)  

Tapi pada masa yang sama, seorang kawan Mama di JB berada di ICU menemankan baby girl yang berusia 25 hari, sedang nazak. Selepas azan Maghrib, bayi beliau disahkan meninggal. Alangkah sedih dan luluhnya hati kawan Mama... Takziah Ila & suami...  :(

Mama faham....sangat faham perasaan si ibu kerana Mama pernah berada di dalam situasi itu. Memandang tubuh anak kecil yang mula kebiruan dan bunyi pernafasan yang menyeksakan, tanpa dapat berbuat apa-apa, menyebabkan Mama memohon kepada Allah supaya cepat-cepat ambil nyawa anak Mama.. "Ya Allah, aku redha... Ya Allah, aku redha ... Janganlah Engkau menyeksa anak aku lagi atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan... Engkau ambillah dia, aku redha", berulang kali Mama berdoa sambil memeluk Hurin Ain yang semakin biru dan semakin sejuk.. 

Sudah 2 tahun, 4 bulan, 2 minggu dan 3 hari Hurin Ain tinggalkan Baba dan Mama. Semoga Hurin Ain menjadi bidadari di syurga... Amiiiiiin.

1 Ramadhan, seluruh Ummat Islam akan berpuasa... Semoga Mama dapat mengambil keistimewaan dan ganjaran Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, Amiiiiin.

Kena tido la, nanti nak bangkit sahur. Kalau tak jaga time sahur nanti, kesian kat Baba... dia tu memang tak leh, kena sahur jugak!!

Gudnite. :x

Isnin, 9 Ogos 2010

Weekend with my Ummi

Dear Diary,

Lebih kurang jam 9.30 tadi, Mama baru sampai rumah...dari Shah Alam... Actually, bertolak dari Shah Alam sejak dari pagi, tapi Baba tinggalkan Mama dan Ajmal rumah Kak Na kat Nilai sebab dia ada projek ngan kawan dia kat Bangi. Pukul 5.30 baru bertolak dari Nilai. 

Hari Khamis Ummi sampai rumah Abg Chik & Ida (Papa Danish & Mama Danish) kat Shah Alam. Jumaat malam after work, Mama terus ke Shah Alam untuk jumpa Ummi. Ummi bawak buah-buahan dari kampung. Dia teringat kat anak-anak yang tak dapat pulang musim buah ni... Alang2 Ummi datang Mama pesan serunding daging, boleh makan time sahur bulan puasa ni.. Gula melaka pun Mama pesan jugak sebab masa balik awal bulan Julai lepas, Mama lupa nak beli. Setiap kali balik Kelantan, it's a must to buy that gula melaka. Kalau beli kat JB, jenuh kena ketok ngan lesung batu setiap kali nak masak bubur atau pengat. :p

Petang Sabtu, Mama Danish bawak kami pergi nyoping baju raya untuk Ummi, Papa & Cik Su. Cik Syuqi punya, Mama or Ummi tak berani nak tolong belikan, takut dia tak berkenan. So, Syuqi beli sendiri lah...Tema tahun ni, turqoise yer... :)


Rabu, 4 Ogos 2010

Nampak gayanya, lambat lagi laaaa...

"Salam. Akak, kemungkinan kita tak dapat pindah rumah baru sebelum raya ni... ada problem dengan contractor. Project renovation delay. Sori ye kak..."

Begitu la bait-bait indah SMS yang dihantar oleh tenant (dulu dia owner rumah) rumah Mama kat Taman Setia Indah. :( Berkecai harapan Mama untuk beraya di rumah baru (not so new la, 'coz that previous owner live there for 5 years already, but of course new for me laaa...)

Masa proses tunggu loan dari Bhg. Pinjaman Perumahan dulu, bukan main lagi dok kejar kita, asyik call tanya payment bila nak dapat. Sekarang dah dapat duit, lambat pulak dia keluar dari 'rumah kita'.. Tapi, ok jugak sebab dia paid rental based on the amount of monthly installment yang Mama kena potong gaji. Rugi pulak tak request terms dalam S&P dulu.... 'kalau seller lambat keluar dari rumah, rental will be increasing gradually'... nge,nge,nge :p

Selasa, 3 Ogos 2010

Pokok Beracun???

Kawan Mama yang 'sorang' :) ni suka sangat forwardkan artikel-artikel yang berguna untuk peringatan Mama. So, Mama nak kongsikan satu lagi artikel yang telah diforwardkan oleh beliau. Mula-mula baca artikel ni, Mama pun terkejut jugak...betul ke??? :-/


Sila perhatikan pokok hiasan ni betul-betul... kat mana-mana pun, Mama selalu nampak pokok ni..belakang rumah Papa kat Kg. Bujok pun ada... Ummi pun ada tanam dalam pasu kat depan rumah, bawah pokok durian... ada lagi tak, no?

This is what the article said, " Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok ini dengan segera. Segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dan tidak boleh dicapai oleh anak-anak anda. Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 hingga 3 tahun yang belum tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang biasanya diletakkan di depan rumah sebagai hiasan.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun, boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda menggigit daunnya. kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit! Bagi orang dewasa pula, boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Apa ke hal la orang dewasa nak makan daun ni, dah tak de makanan lain ke? Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kesan apabila tergigit daun beracun : Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalang pernafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana mangsa tidak dapat bernafas. Sila ambil maklum kerana terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalunya kes akan diklasifikasikan sebagai 'food poisoning'."

Begitulah pesanan dari penulis artikel ini... Sumber asalnya Mama kurang pasti kerana Mama dapat ni pun hasil dari kawan Mama punya kawan, kawan dia punya kawan, dan kawan dia punya kawan yang forwardkan.....

What's your take on this? Care to share it with me...

Jaga diri, hiasi peribadi :x

Jumaat, 23 Julai 2010

Hari kerja cuti, hari cuti kerja...

Mama ambil cuti ganti hari ni... nak rehat and spent time with Ajmal. Tapi, Ajmal kena hantar rumah Cheq Na jugak sebab Mama kena servis kereta Angah. Meter terlebih sudah... Mama tak sempat nak servis minggu lepas sebab outstation. 

Esok pulak kena gi ofis sebab ada kerja penting kena siapkan ASAP! masuk angin keluar asap...  :(  Hampeh tol!

Rabu, 21 Julai 2010

10sen dan hangin... :(

Mama hangin satu badan!!! Buat kerja pun moncong je... Mama cukup hangin bila ada yang tak selesaikan kerja kat ofis, tapi bila datang bengkel key-in data, borang tu takde, borang ni takde. Pastu nak amik jalan mudah, rekod tak terima! Mana boleh, tak adil kepada calon yang memang datang temuduga dan isi borang pemerhatian (ini borang2 yang terlibat dlm PTK anggota khidmat sokongan, Mama kan urus PTK). So, tak kisahlah kalau ngko kena berhabis bayar fax kat hotel, sebab nape kat ofis ngko tak buat keje?? :( Kalau settlekan semua masalah kat ofis, datang sini kan, senang.... Itu semalam. Hari ni Mama ok jer... :p

Teringat perbualan dengan En. Lokman, pegawai ICT BPPK semalam...
"Saya dah nampak dah...Puan tengah marah ye? Sebelum ni selalu nampak puan ketawa, senyum, happy je, hari ni senyap dan consentrate kerja...ooooo, mcm ni la gaya kalau puan marah ye...?"
"Eh, nampak ke? Memang saya tengah ala2 marah ni..." jawab Mama.
"Kenapa tak luahkan? Bahaya untuk kesihatan!" kata En. Lokman sambil ketawa.
"En. Lokman, nak luahkan kemarahan perlu jugak fikirkan risiko after that. Kalau kita tak bijak menangani kemarahan, risikonya lebih berat perlu ditanggung selepas tu. Dibuatnya orang yang kita marah tu, terus give up dan boikot kita, langsung tak nak buat kerja, lagi teruk kita! So, better tegur dengan cara berhemah, dan sama2 bantu dia selesaikan kerja. Dia selesaikan kerja, kita pun senang. Betul tak?" panjang lebar Mama menerangkan pada dia sambil tersenyum, huhuhu  :p

Semasa Mama dok menerangkan dan bersembang dengan En. Lokman, orang yang Mama maksudkan tu ada kat luar dewan dan terdengar perbualan Mama. Biarlah dia dengar... Mama bukan mengutuk dia. Mama bercakap apa yang benar.

Hari ni dah settle key-in markah, hantar untuk auditan.

So, esok dah boleh balik! Ajmal, Mama miss you soooooooo much!  :-*

Isnin, 19 Julai 2010

Mama sedey...

Dah 4 hari tinggalkan Ajmal dengan Baba kat JB. Baba selalu update Mama... tiap2 malam Ajmal akan terjaga, merengek dan macam tercari2 sesuatu. Agaknya dia terfikir "mana la perempuan yang selalu tido ngan aku nih??"

Tadi, pihak urusetia baru announce, Ketua Unit perlu ada pada Rabu malam, 8.30 mlm utk taklimat akhir. Berkecai harapan Mama untuk blah awal... isk, isk. :(

Jumaat, 16 Julai 2010

Malas fikir tajuk...

Semalam Mama dah cuba resipi yang Mama amik dari Kak Inna Lamin. Ayam goreng tu macam biasa je... Mama lagi prefer yang Mama selalu buat, resipi yang letak jintan tu. Tapi Baba dan Ajmal cakap sedap..hehehe Ajmal tak de le cakap, tapi dari gaya dia makan tu, nampak macam sedap! :p

Ikan tiga rasa tu memang sedap. Rasa macam ikan tiga rasa yang selalu Mama makan kat kedai tu! chewwwwwwaaaah perasaan! ;) Tapi memang betul la...maybe sebab letak sos thai tu. Mama rasa tak payah masukkan kicap pun tak pe...sos thai tu dah rasa masam manis.

Mama takde la upload hasil yang Mama masak semalam ye, sebab presentation tak menarik. Mama terlebih minyak masa menumis...huhuhu. :p Nanti Mama akan masak lagi resipi ni bila jemput Abg Halim (abg Baba no.3) makan kat rumah nanti. Dia datang JB, bertugas di Balai Polis Central sebulan. Cian Cik Za & anak-anak...

Sekarang ni Mama dah ada kat Seri Cempaka Service Suite, Cheras, sampai 22hb nanti... masukkan data ujian khas PTK. Kesian anak Mama... Ajmal dok elok-elok ngan Baba ye, jangan nakal2. I'm going to miss u... :-*

Khamis, 15 Julai 2010

Masa marah tak hengat, pastu menyesal...

Malam semalam, geram punya pasal, Mama telah membiarkan Ajmal meraung, menangis, menjerit... lebih kurang setengah jam!

Dia lapar, Mama nak suapkan nasi... tapi mestilah Mama kena masak dulu kan.. Dia pulak buat perangai tak nak duduk, minta dokong jer.. buatkan susu, tak nak! Suruh tengok tv, tak nak! Macam mana nak masak?? Kalau ada bibik tu, lain la...

Mama yang hangin bertambah hangin bila Baba pulak balik lewat... Akhirnya, Mama biarkan dia melalak, meraung sampai teresak-esak. Mama teruskan aktiviti memasak tanpa hiraukan dia. Sampai satu tahap, Mama pun tak tahan dah dengar dia meraung, bingit.. Mama angkat dia. Otometik je senyap, dan terhenggut2 menahan esakan kat bahu Mama... Mama pulak yang sedih. Mata dia pun macam dah tak boleh buka. Mama bagi susu, letak dalam buaian terus je tido... Kesian pulak kat Ajmal, terus tak makan nasi.

Malam tu, Mama nengok je dia tido... sayu hati Mama. :( Menyesal biarkan dia menangis teresak2 tadi... tapi, time marah x hengat dunia! Mungkin inilah yang selalu terjadi pada kanak-kanak yang didera tu... Na'uzubillah! Tapi kemarahan Mama bukanlah sampai tahap nak dera anak... tahap geram jer, lepas tu menyesal la... :(

Ajmal, Mama saaaaaaayang sangat kat Ajmal! :-*

Selasa, 13 Julai 2010

Padan muka Mama!

Gelenya!!!

Doh tau banyak lagi keje lain, nape gelenya sangat hari tu hadir masa Mesyuarat Agong Puspanita?? Last2 dilantik jadi Pengerusi Biro Dokumentasi dan Penggambaran. Mama ni dilantik untuk buat buletin??? :-S Hooooohh, masakla korang tunggu buletin tuh!!

Sekarang ni mula rasa terbeban bila kerja hakiki pun menimbun, Pengerusi Puspanita pulak dah bisik2 kat Mama, " Maz, siapkan buletin ye..." :-@

Mama menulis selepas mesyuarat Puspanita... baru habis nih!

Ahad, 11 Julai 2010

Perlu ada anjakan paradigma ye...

2-3 menjak ni Mama & Baba selalu berbincang tentang projek menternak kambing, lembu dan ayam...huhuhu   :-/

Mama memang berminat nak jadi usahawan penternakan nih! Sejak dulu lagi, cuma tiada peluang dan modal je..  :(
Actually, Mama tak minat sangat la kerja gomen ni.. tapi dah tak de keje lain, dan life pulak memerlukan sumber kewangan, so Mama bersyukur sangat2 dengan apa yang Mama dapat sekarang ni. Tapi, Mama tak akan berhenti untuk mencapai cita-cita Mama untuk menjadi usahawan berjaya, suatu hari nanti, Insya-Allah...  B-)

Happy Birthday Baba, we love U!

Ooooopsss, Mama nyaris2 lupa! Today (10/7/2010) is Baba's birthday... :)

Lebih kurang pukul 5.30 ptg tadi, Mama ke kedai kek... with Ajmal la, sape lagi... Nak buat a really big surprise, don't have much time!

Bila Baba balik petang tadi, Mama kelam kabut nyalakan lilin, tutup semua lampu.. Well, it took him by surprise. He didn't even remember his own birthday! ;)


Mama minta maaf sebab tak sempat sediakan apa2 pun, even his birthday's present. :( Baba kata, it's ok...ingat birthday dia pun dah ok sesangat. So, hadiah tu, kira x yah le ye..kira sekali harung ngan hadiah anniversary lepas ye.. :p

By the way, Mama dapat tau dari Nek Mi pagi tadi, Danish tak berapa sihat sekarang. Hari Isnin nanti admitted. Mama harap Papa & Mama banyak2 bersabar ye... Mama faham perasaan uols. Tambah2 lagi hal melibatkan anak ni... :(

Sabtu, 10 Julai 2010

Air tangan Kak Inna Lamin (' ',)

Masa kursus Protokol dan Etiket Sosial kat IKWAS, Mama berkenalan ngan seorang kakak nurse dari Hospital Kota Tinggi. Baik orangnya dan kelakar... Banyak jugak Mama menuntut ilmu masakan dengan ibu dua orang anak ni... :)
Di bawah ni, resipi2 yang Mama minta dari Kak Inna..

AYAM REMPAH BERMADU
Bahan2 diblend :
Cili kering
Halia
Kunyit
Serai
Sedikit lengkuas
Bawang merah & bawang putih
Garam secukup rasa
Madu
Daun kari dan serai dihiris nipis (semasa menggoreng)

Perap ayam dengan bahan yang telah diblend selama 2 jam. Selepas minyak panas, masukkan daun kari dan serai yang dihiris2, kemudian masukkan ayam yang diperap tadi. Sedap! (Kak Inna yang cakap, Mama belum cuba). Bila dah buat dan menjadi, Mama update ye.. Kalau tak jadi, Mama cuba lagiiiii...  :p


IKAN 3 RASA
Bawang besar merah & bawang putih dipotong dadu
Tomato potong dadu
Cili padi dihiris
Sos tiram
Sos cili thai
Sedikit kicap dan sos plum
Daun limau purut
Ikan apa2 je (yang sesuai dibuat 3 rasa laa..) digoreng garing (x garing pun boleh)

Tumis semua bahan2. Masukkan ikan. Daaaah!


KETAM BEREMPAH
Bahan2 diblend halus :
Bawang merah & bawang putih
Serai
Cili padi (ikut rasa)
Serbuk kari

Ketam
Garam + gula secukup rasa

Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang telah diblend halus sampai naik bau. Masukkan sedikit air asam. Masukkan ketam. Sekiranya ketam banyak, boleh tambah air dan biarkan hingga kering sedikit.

:)  :d  ;)  B-)  :-*  :x

Baca sampai habis dan fikir-fikirkan ye...

Ini cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang berjaya.

Beginilah kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak...
"Ada duit? Mintak ayah sikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulillah, mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik mintak duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar diteka reaksinya.
"Bagilah setakat yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengangguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit... Tapi untuk tidak menghampakan dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah, apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota, di kocek anak saya sudah terselit wang 10 ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Gelihati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi permintaan ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan permintaannya dan tetap tersenyum apabila menerimanya. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap kali memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta duit pada saya bukan kerana 'tidak ada' tetapi dia ada yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas,  tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ni..." ujar ayah senyum.

Apapun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan ke kocek anak saya. "Eh, tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta! Di samping menjadi penulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat, saya sudah mampu membeli MPV untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekali pun, saya tetap pulang menziarahi ayah dan emak. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya ayah memberi bukan kerana kelebihan atau kekurangan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah Al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu dan bapa yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibubapa yang telah tua tapi mengabaikan mereka."

"Memberi kepada ibubapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka berkekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w., keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa."

Jaga diri, hiasi peribadi  :x
:x  :x  :x

Khamis, 8 Julai 2010

Cuti-cuti balik kampung...

29 Jun 2010
Jadi jugak Mama balik Kelantan. Mama bertolak lebih kurang 10.30 pagi. Perjalanan balik kampung memang menyeronokkan. Banyak jugak pitstop kami sepanjang perjalanan. Tak leh lama2 dalam kereta, Ajmal boring, meragam je.. Kena stop sekejap2.. tapi tak boleh la berenti lama2, tak sampai Kelantan la jawabnya. 12 jam perjalanan, kebas punggung weiiihh.. :p
1st pitstop: Kami melalui pantai ni setiap kali balik kampung. Area Pekan... Bukan pantai komersial. Tak ramai orang kat sini. Hanya orang memancing dan traveller yang berenti rehat...macam kami laa...

2nd pitstop: Stop lunch kat warung ni. Mee celup dia best. Belakang kedai ni ada tandas yang disayangi oleh tuan punya dia! :D

Singgah kat sini semata-mata nak beli satar. Mama loooiikeee satar very the much!!

Best gila cuti2 and bermalas-malasan kat kampung. Ajmal pun seronok main ball ngan Tok Pa. Kawasan rumah kat kampung luas, so seronok la Ajmal berlari ke sana sini. Pantang bukak pintu, nak 'tateh' (jalan2) jer...Pakaikan kasut, terus ajak Tok Pa or Cik Snor tateh... Pagi2 dah naik motosikal, round2 kampung ngan Tok Pa...

Kat kampung, Nek Mi bela kucing. Ajmal suka membuli kucing2 tu, takut kucing2 tu bila nampak Ajmal..

Ajmal dok pulun durian.
"Abg Amjad, Adik Amal pinjam baju tido Abg Amjad ye..."
Mek Baba ada dusun durian, walaupun Mek xde (g rumah anak2 dia kat KL), Baba balik Seligi angkut durian Mek. Sedapnya isi durian 'kampung' Mek. Apa lagi... makanan sume bertemakan durian. Pulut durian, pengat durian, budu letak durian...yummmy.. ;) Ajmal pun suka durian!


2 Julai 2010
Mama terjaga Baba dah tak de.. ke manakah? Nek Mi bagitau, pagi2 lagi Baba dah ke pusara Hurin Ain. Dari rumah, Mama nampak Baba kat depan pusara puteri kami. Lain kali Mama ziarah pusara Hurin ye, sayang... Kali ni, Mama sedekahkan Al-Fatihah dari jauh je.. Mama uzur... :(

Bila balik kampung, staf kat ofis mesti minta Mama belikan apa2 je dari Kelantan. Kali ni, ramai yang pesan supaya Mama beli tikar plastik yang lipat tiga tuh! Sorang2, pesan 2-3 bidang. Macam Bangla jual tikar lak!! :p Serunding, wajib beli!! Mama bawak lebih daripada pesanan pun, sure habis punya! X yah risau... Ada yang pesan rempah ikan nasi dagang, kat JB x de ke? :-/


3 Julai 2010
Perjalanan balik ke Johor Bahru selalunya tidak menyeronokkan. Tapi kali ni, kami bertolak awal dan singgah rumah Abg Halim (abg Baba no.3) di kuarters polis Kuala Terengganu. Pada waktu petang, kami amik kesempatan melawat Taman Tamadun Islam. Walaupun tiap kali balik kampung, mesti akan nampak Masjid Kristal tu dari atas jambatan, tapi inilah kali pertama Mama dan Baba ke Edutainment Park ni, untuk melihat dengan lebih dekat. B-)




Memang luas tempat ni, dan memang memenatkan bila terpaksa mengejar Ajmal yang nak berjalan sendiri, tak nak orang pegang tangan dia, dan nak pergi tempat yang orang lain tak nak pergi... asyik melawan arus je... Mama asyik tangkap gambar je, so Baba ler yang terpaksa 'menangkap' Ajmal!!
" kejar ye Baba, nanti ilang anak kesayangan awak tuh!"

Banyak betul replika masjid kat Taman Tamadun Islam ni. Mama asyik tangkap gambar, sampai terlupa tak sempat pun nak baca nama masjid2 tu dan its explanation... Ajmal pulak masih nak berjalan sendiri. Nak pegang tangan dia, ditepisnya. Nak dokong, menjerit2 nak jalan sendiri. Baba pun apa lagi, biarkan je Ajmal berjalan sendiri.. sambil berjalan, dikutipnya segala benda. Penat jugak melayan dia. Banyak sangat replika tu, sampai dah tak larat Mama nak berjalan lagi. Replika yang kat ujung2 tu, Mama amik gambar dari jauh jer... Sampaikan Ajmal pun dah tak larat, sampai termuntah... :) Sampaikan angkat tangan minta dokong. Mama suruh dia jalan sendiri, siap geleng2 kepala lagi, x nak....Haaaa, baru dia rasa...
Tengoklah Ajmal yang suka buat hal sendiri... Bila dah penat, tak nak jalan lagi. Nak duduk aje, sambil minum...

4 Julai 2010
Bertolak pagi2 lagi dari rumah Abg Halim. Kena sampai awal sebab 5hb Julai Mama kena kursus di IKWAS. Perjalanan balik JB memang selalu membosankan! :-S Baba drove all the way from Kuala Terengganu to Johor Bahru sebab Ajmal meragam x nak duduk dengan co-pilot dan tak nak tido. Kalau Mama drive, dia nak duduk atas riba Mama, behind the wheel. Mama x berani... tapi kalau Baba yang drive, bolehla Ajmal duduk atas riba dia. So, Baba je la yang drive walaupun mengantuk dan penat. Kami berenti makan je kat satu tempat makan ni, Mama lupa nama tempat makan tu.. dah 2 kali kami berenti makan kat situ. Lauk2 dia sedap.

Sebab Baba mengantuk sangat, kami stop kat Pantai Air Papan. Dapat lah Baba tido sekejap, lagipun masa tu, Ajmal pun tido... Bila Ajmal bangun, dia nampak pantai terus tunjuk2...tuh! tuh!

Ajmal sekarang dah pandai posing, macam gaya otromen! Sebenarnya dia dok kira 1, 2, 3!!!!! Bila kiraan tiga je terus angkat tangan. Mama pun snap! Pandai anak Mama mengira ye....

Kesimpulannya, cuti balik kampung memang menyeronokkan dan membahagiakan!!! hmmmmm... :-*

Mama menulis dari Bilik 116, Asrama Impian, IKWAS.



Khamis, 1 Julai 2010

Air Dalam Botol Plastik

Kawan Mama send mesej ni dalam inbox Yahoo Mama. Mama dah tau hal ni sebab dah ada kawan yang pernah nasihatkan Mama jugak sebelum ni. Tapi, biasalah... Mama ni ignorant la... Kalau time dahaga tu, kebetulan ada air mineral dalam kereta, Mama minum jer... masa nak minum tu terfikir jugak, tapi selalu sedapkan hati, "Insya-Allah, tak pe kot...

Ingat!!! Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah berbahaya!

Dengan cara inilah Sheryl Crow (penyanyi tu...) mengalami kanser payudara. Dia tampil dalam rancangan talkshow Ellen Degeneres Show dan mengatakan hal yang sama. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab utama kanser payudara, terutama di Australia.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa menghidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata: Wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Doktor menerangkan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol menyebabkan penghasilan bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara. Hawa panas dapat menyebabkan racun/toksin dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Jadi tolonglah berhati-hati dan jangan meminum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati...mungkin juga secebis informasi ini akan menyelamatkan hidup kita. Seboleh mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Ataupun, jangan sekali-kali tinggalkan botol mineral yang masih ada air di dalam kereta. Bila dah takde botol mineral ditinggalkan, takde la kita minum air tu, idok gitu?

Ingatan ini bukan hanya untuk Mama, tapi juga untuk semua wanita yang membaca, terbaca atau terjenguk blog Mama ni...especially to Mommy Amjad, Mama Danish, Cik Anim, Cik Syuqi dan Cik Su. :-* ( Nek Mi tak reti bertenet2.. :p )


Jaga diri, hiasi peribadi :x

:x :x :x

Selasa, 29 Jun 2010

(' ',) eppy holiday !!

Cabaran betul nak balik kampung ni... Ingatkan pagi2 dah boleh bertolak, tapi Baba ada projek urgent pulak. Tapi, ok jugak, ada la masa untuk Mama buat apa yang patut :p Kain baju yang basuh semalam pun lembap lagi.. Mama bawak balik baju lembap le ke Kg. Bujok!!

Tak sabarnya nak balik kg. Kg. Bujok... here I come!!!

Isnin, 28 Jun 2010

Abang & Adik...

Hujung minggu, Mama ke KL. Mek Baba datang rumah kakak kat Bandar Seri Ehsan. So, Mama pun gi la jumpa dia. Nasib baik Kak Na (kakak Baba no. 2) bagitau yang Mek ada kat rumah Kak Inun (kakak Baba no. 3). Kalau tak, kami balik kampung nanti, x dapat jumpa Mek la... jadi, walaupun sekejap, dapatla Baba jumpa Mek dia.

Kebetulan, singgah rumah Mama, Papa Danish. Mama nak pulangkan stroller yang Abang Danish pinjamkan pada Ajmal dulu. Tak lama lagi, Abang Danish nak dapat adik baru. So, stroller tu masih boleh digunakan oleh adik Danish nanti. Tak yah beli yang baru, pembaziran jer...anak2 ni cepat membesar. Bila dah besar, tak nak diorang duduk dalam stroller tuh!!

Tengok lah Danish ni... besar betul dia..makin nakal dan kelakar gelagat2 dia (aksi x cukup cekodok paling melucukan). ;)

Cuba bandingkan kepala Danish ngan Ajmal!! huhuhu... :D

Anak-anakku... :-*   Abg Danish dan Adik Amal

Ajmal ber'posing' ngan motosikal Abg Danish. (nanti mintak Baba belikan satu yek..)  :p


Yahooooo....

Esok pagi Mama akan bertolak balik ke Kg. Bujok, To'Uban... jadi doh kali ni. :D

Jumaat, 25 Jun 2010

Mama kembali bersiaran...

Dear diary...

Mama baru balik kursus PAC tuh!! Kursusnya kat Bukit Lagong... Best sebab dapat jumpa kawan2 yang dah lama x jumpa! X best sebab... faham2 sendirila bila kursus... Teramatla sadisnya kenangan di waktu itu. Mama terasa amatlah bodoh kerana sepanjang kursus tu Mama mcm orang bodoh memang bodoh pung, sket2 :D Dalam satu sesi LDK, Mama boleh tertido!!! Dahsyat sungguuuuuhhh.. Panel minta siapkan satu minit mesyuarat on the spot tentang perbincangan satu projek pembangunan...masa tulis minit tu la Mama tidoooo... :p

Terlupa nak bagitau... Masa sesi impromptu public speaking Mama dapat tajuk nih "............ relocated Zoo Negara to the rural area. Discuss." Bukan main lagi baca tentang RMK10, NKRA, Model Baru Ekonomi dan lain-lain tajuk yang bombastic la...tapi dapat tajuk ni. Tapi, cakap merapu jugak!! Terketar2, sampai beberapa kali silap sebut 'relocated'... 'recolated', 'relacoted' 'recoted'...mcm2 lagi la...hampeh tol! Masa dok berucap kat depan tu, asyik nampak muka Le'an je, yang terhangguk2 kala Mama terbelit2 lidah menyebut perkataan relocated!! :">

Kursus ni untuk PTD batch kami, 2/2005 naik ke Gred 48 KUP (khas untuk penyandang kerja untuk percuma Post 48 sikit je, tapi yang mengejarnya ramai..ugh,ughhhh kejarla korang, Mama nak jalan slow-slow dulu. Lagipun, Mama x nak kena tukar ke Putrajaya dalam tempoh terdekat ni... rumah baru pun tak sempat nak duduk lagi. Bila la Salmi ni nak pindah rumah baru dia? Lambat tol renovation tuh!! :(

Hari Mama balik, Mama terus gi rumah Cheq Na, amik Ajmal... Mula2 dia tengok Mama, dia terkejut, then terus meluru ke arah Mama. Mama angkat dia dan dia peluk Mama, erat.... Mama sedih gila... Macam mana nih?? Bulan Julai ni makin lama Mama akan tinggalkan dia ngan Baba... :(

Khamis, 17 Jun 2010

Meeting dan aktiviti makan-makan !! ;p

Meeting bersama Ketua Sektor baru tu sampai ke pukul 6 petang... maklumla, banyak benda nak update dan banyak benda jugak yang dia minta kami clarify. Di samping tu, kami raikan birthday beliau memandangkan semalam dia punya birthday. Kebetulan jugak, akauntan kami birthday dia hari ni. Happy Birthday, Naz!! Gambar-gambar akan Mama upload later, k. Now, nak sleep dulu...

Nite Baba... dok layan bola tuh!!
Nite dear diary... c ya! :-*

to be continued... B-)

It's a quarter after one...

" Picture perfect memories scattered all around the floor
Reachin' for the phone 'cause I can't fight it anymore
And I wonder if I ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now
And I don't know how I can do without
I just need you now "


Listening to this song while doing some reading about all actually only manage to read one topic the related topics that could have been popped out to me in impromptu public speaking. Actually the date of PAC course had been finalized. From 20 till 23rd June... the venue is, SURPRISE!!! Everyone is guessing... Rumors, kem dalam hutan..wuihhhh, adventure tuh... I loike!! Ingatkan bila buat dalam hutan, tak de la module impromptu public speaking dan pengucapan awam or LDK. Ada jugak rupenyer... I don't laaaaaaaaaiiikk! Surat panggilan kursus yang Mama dan kawan2 dapat lagi misteri. "Sila berpakaian sukan semasa mendaftar. Pakaian sepanjang kursus ialah sport attire. Sila bawa bersama komputer riba". Kat dalam hutan tu ada ke plug nak pasang laptop?? Mama rasa laptop tu buat ketuk kepala orang yang tido masa pengucapan awam or LDK :D

Mama dah pakat ngan geng yang base kat negeri nih untuk tidak beria-ria perform masa PAC nanti. Dengar cerite, kenaikan pangkat based on ranking sape yang well-performed in PAC. Hohohooooh, Mama nak buat bodoh-bodoh alang je time PAC nih... Tapi, x nak la bodoh bedo'oh sampai dapat ranking ke-300!! Ranking ke-250, cun lah... :p

Kena tinggalkan Ajmal lagi buat kesekian kalinya. Bulan Julai nanti, lagi banyak kali Ajmal kena tinggal... Mama sedih :( tapi nak buat macam mana, Mama terpaksa demi mencari rezeki, sayang...

Hmmmm, dah start gerodes blog nih, nampak gaya sampai di sini dulu la sesi pembacaan Mama. Ajmal & Baba dah lama zzzzzzzzzzz... Ajmal dah beberapa kali merengek, Mama tanya dia nak susu ke? Sambil pejam mata dia jawab, "Nak!"

Mama pun nak zzzzzzz jugak la..esok pagi ngantuk, malas nak gi keje. Mula lah Mama merangka-rangka dalam kepala otak Mama yang genius nih alasan yang sesuai untuk ponteng keje. Tapi esok cannot, Bos baru datang report duty, Mama pulak urusetia mesyuarat petang esok. So, by hook or by crook, Mama kena ada esok. Alahai, baru Mama ingat, minutes last meeting belum siap!!! First thing to do in my list tomorrow morning... :-O

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP