Isnin, 31 Mei 2010

Finish already !!!

Baju batik Mama yang dijaitkan manik tu dah siap...actually hari Sabtu lepas dah siap, tapi Mama x sempat nak update. Hujung minggu Mama memang x sempat la nak berblog or berfb..reasonnya, anak teruna Mama tu, bila nampak je laptop terus tersengih2 dan berlumba2 ngan Mama nak mengetuk keyboard! Jahanam la laptop Mama... So, better Mama menjahit je time Ajmal tido. Lagi pun, projek cross-stitch Mama melambai-lambai untuk disiapkan. Tapi Mama memang x sempat nak sentuh pun projek tu...sekarang tengah berkobar-kobar menjahit manik dan upgrade mana-mana baju yang patut di upgrade..
*
*
Kat tangan tu, Mama ingat nak letak bunga teratai ke, daisy ke, nak bagi penuh..tapi dah malas la nak membelek satu baju tu jer.. So, stop upgrade baju tu, buat baju lain pulak.. Ini baju yang sempat Mama upgradekan, dulu manik dia jahit jelujur biasa je.. sekarang Mama ubahkan, buat bunga pulak...huhuhu
*
*
So, ini la keje Mama sepanjang cuti Hari Wesak dan weekend... Next weekend, nak mula balik projek cross-stitch pulak! :-o

Am doing some serious thinking about Mommy and Amjad... hmmm, Mama miss them sooooo much... (~_ ~) "sigh"

Khamis, 27 Mei 2010

Pe'el baru Ajmal...

Mama geram dengan pe'el baru Ajmal yang Mama x berapa suka ni... Dia sekarang suka menjerit protest menggunakan pic yang sangat tinggi (ala2 mariah kari gitu)dan meragam kalau ada benda yang dirampas atau diambil daripada dia... Contohnya, kalau dia tengah main dengan satu mainan or apa2 je lah, dan ada sesiapa yang amik mainan tu dari dia samada dengan cara paksaan atau dengan cara lembut, dia mesti menjerit dengan kuatnya! Walaupun mainan tu mainan orang lain punya, tapi bila dia dah dapat, orang lain x boleh ambil dia punya..

Mama perhatikan Ajmal ni cepat belajar, dia akan absorb perlakuan sesiapa sahaja yang rapat dengan dia. Yang Mama geram dia dapat pe'el budak bertuah ni dari anak2 dan anak2 sedara baby sitter... Budak2 tu suka merampas apa sahaja yang Ajmal pegang atau main...meraung la Ajmal bila barang dia kena rampas. So, dia dah terikut-ikut dengan cara merampas dan x nak kongsi sesuatu dengan siapa2 pun..apa yang dia tau, kalau orang lain nak ambil sesuatu daripada dia, maknanya dia kena pertahankan sehingga ke titisan air mata yang terakhir dan meraung sekuat hati...hohohhh! Sekarang ni, kalau Mama nak amik apa2 yang dia tengah pegang pun, dia menjerit2 marah dan meraung sekuat hati... Mama tak suka perangai Ajmal macam ni. Kalau la dia bawak perangai bertuah ni sampai ke besar...uuuihhhh, jadila dia budak yang dibenci parents lain. Sebab Mama pun x suka budak2 yang ketega'q (bak kata farahiyah, kawan Mama org Penang)...

Nak salahkan budak2 100% pun, salah...budak2 kecik, apa yang diorang tau... Mak bapak la yang patut dipersalahkan sebab x didik anak2 mereka dengan nilai2 moral yang murni. Tapi bagi kes ibubapa yang kerja, pergi pagi..balik tak nampak tanah...anak seharian bersama pengasuh, malam pulak sekejap je bersama anak..bila masa nak terapkan nilai2 murni tu...akhirnya anak ikut perangai siapa yang dia paling banyak spent time with la... bila dah besar, paling lama dia spent time with their friends, so pengaruh rakan sebaya pulak.

Hoooiiiih, susah jaga anak ni, baru la Mama faham perasaan Papa dan Ummi macam mana jaga anak 7 orang... ni baru Ajmal sorang, tambahan lagi nak mendidik anak di zaman yang serba mencabar, yang banyak dipengaruhi anasir2 luar yang menyesatkan nih...Semoga Ajmal adalah anak yang mudah dibentuk untuk menjadi insan berguna di dunia dan di Akhirat, amiiiiiin. Tolong la jangan bawa perangai tak elok ni sampai ke besar Ajmal weiiii, tension Mama...

Rabu, 19 Mei 2010

It's already late...

Gara-gara tido lewat malam semalam, Mama terjaga pukul 7.30 pagi dan terkejar-kejar bersiap ke ofis...tapi tetap sampai 9.15 jugak! Yelah, nak gi antar Ajmal rumah babysitter lagi, dengan jammednya lagi..

Sebab ni la Mama tido lewat semalam, jeng,jeng,jeng...
*

*
Cantik tak? Boleh le ye bagi budak baru belajar... Ni baru work in progress... Dah siap sume nanti Mama upload lagi ye. Mama memang suka jait manik untuk memperindahkan baju tapi Mama ni malas di samping tak banyak idea. Sekarang ni idea sedang mencurah2, semangat juang pun tinggi, hohohh.. Patern bunga teratai ni Mama baru belajar dari internet, dari blog Koleksi Cheq Sue, thanks, credit to her.. Malam2 je, paksa Ajmal tido awal sebab Mama nak mulakan projek.. heheh, bukan projek meramaikan rakyat Malaysia ye ;p.. Projek Manik!!

Selain dari jahit crosstitch, baca novel Sidney Sheldon, ini pun adalah salah satu hobi Mama time rajin sahaja .. Projek Crosstich Mama yang dari tahun 2005, sampai sekarang x siap2!! Adoiiii...
Tiap kali nak sambung projek, Baba mesti menyindir, ".. masa mengandungkan Hurin pun buat projek ni, masa mengandungkan Ajmal pun masih projek ni, bila nak siap ni?? "
" Yo lar... doh Baba x tolong siapkan..."
" Baba tengok pun dah pening, belum buat lagi.., kalau Baba buat bukan jadi bunga, jadi basikal ado lar..."
" Jadi basikal, magik lar..."
Mama tak sabar nak upload projek crosstich tu, tapi tunggu siap sepenuhnya le ye..

Khamis, 13 Mei 2010

Alhamdulillah...

Syukur..Ajmal dah makin sembuh, biji2 merah tu dah kering dan dah jadi macam kuping2 kudis gitu... rupe2nya time ni la makin gatal... Malam je, tergaru2 sampai x selesa tido.

Ada satu kali tu, dia amik sikat Mama buat garu, hahaha..nakal betul Ajmal. Macam Nek Mi pulak suka garu gatal guna sikat!

Ajmal sekarang tersangatla aktifnya, berjalan x reti nak berenti. Mama masuk bilik, dia ikut... Mama pegi dapur, dia ikut... Mama masuk toilet pun, dia nak ikut jugak!! Bila Baba balik keje, dia mesti amik ball sambil jeling2 Baba, hint nak ajak main ball la tuh...


Sabtu, 8 Mei 2010

Cepat sembuh ye, Sayang...

Bijik2 merah dan berair sudah memenuhi badan Ajmal!! Mama sapukan ubat sapu yang doktor bagi.. sekarang Ajmal sudah bertukar jadi tepung gomak!! huhuhu... Nasib baik la sayang Mama ni x merengek sangat..cool je dia, masih aktif main ball dan jalan2 je.. x penat ke dia? Mama pulak yang penat dok kutip dia!
*

Khamis, 6 Mei 2010

Chicken-pox is contagious!

Mama tau chicken-pox tu berjangkit, tapi what can I do... Mama terpaksa jugak hantar Ajmal rumah baby-sitter, tak de tempat lain lagi Mama nak letak Ajmal. Kalau Mama letak rumah K.Na, jiran sebelah, nanti berjangkit pulak pada Haidif, budak yang dia jaga... Tak pasal2 Mama kena marah dek Izan, ibu Haidif tuh! Mama pulak tak boleh amik cuti sebarang sbb sebelum ni dah amik EL 2 hari masa Ajmal demam.. Mama kena prepare cuti for the unexpected.. maklum la ada anak kecik, tiba2 je demam panas, sakit...

Anak2 Cheq Na (bb sitter), semua dah kena jangkitan chicken-pox..Ajmal dah ada tanda2, kat leher, pipi dan belakang...nasib baik dia tak merengek sangat. Tengok lagi 2-3 hari, mesti demam. Kesian anak Mama, lepas demam, kena chicken-pox pulak. Mama berdoa supaya Ajmal tak sakit sangat dan cepat sembuh, Insya-Allah, Amiiiiin....

Selasa, 4 Mei 2010

Numb...

Sejak semalam Mama down... kawan Mama kat JPA dah inform supaya kami batch PTD 2/2005 bersedia untuk ke PAC a.k.a PACAT!! Ayyyyyooooo... 30 Mei till 2 Jun!!

After PAC, most of us which is previously working at state will be transferred to HQ, Putrajaya. Damn, working for the post M48 but the salary still for M44.. the expenses surely will be doubled since we have to stay at Putrajaya and every weekend, driving back to JB...

Mama only thinking about Ajmal, pity him... I'm thinking of further studies to avoid the facts of working at Putrajaya. HLP seems great possibility, but the application date is due yesterday..huh, what should I do?

Isnin, 3 Mei 2010

Ajmal Itik

Semalam, Baba, Mama & Ajmal gi jalan2 rumah kawan Mama, Muliati. Dia buat makan2, ajak kawan2 gi jln2 apartment dia. Cantik rumah dia, Mama terlupa nak snap picture.. Muliati masak nasi carrot.. Baba suka ayam masak merah dia, sedap katanya...

Ajmal pulak bukan main suka lagi mandi-manda kat swimming pool apartment Auntie Muliati... tak nak duduk dalam pelampung itik tu, nak berenang sendiri...siap nak menyelam lagi! Mama pulak yang penat, kena pegang dia kuat2, takut terlepas, lemas pulak anak!

Sampai time nak naik, menjerit dia x nak kuar dari pool...masa nak buka pakaian basah, menonong dia merangkak nak terjun pool lagi. Pastu, Mama tarik cepat2, dia menjerit dengan kuatnya...siap buat aksi x puas hati, meniarap atas lantai sambil pusing2 badan dan hentak2 kaki! Protes la tu..

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP