Rabu, 23 November 2016

Tahniah Abg Ajmal!


Alhamdulillah, syukur Ya Allah...

Permulaan yang baik untuk anak Mama Muhammad Ajmal Mirza. Keep it up Abang Ajmal. :-*

Mama selalu berdoa abang jadi anak soleh yang terdidik dengan ilmu agama. Kalau tak berapa cemerlang dalam ilmu akademik pun takpe sebab yang paling penting adalah ilmu agama. Namun, kalau cemerlang dlm pelbagai ilmu, itu adalah bonus.

Semoga Abang Ajmal dirahmati Allah selalu dan sihat walafiat. Itu doa Mama....



Dapat tempat ke-3 di sekolah kebangsaan

Tempat ke-4 di sekolah agama


Not to forget your idola Abang Amjad pun cemerlang juga... Abang Amjad dapat tempat ke-2.



 Semoga anak² Mama semuanya terus cemerlang di dunia dan di akhirat, Insyaa Allah.

Mama will always love you Abang²! :-) :-* :x

Khamis, 20 Oktober 2016

Happy 5th Birthday Nur Nuha Qairina... Happy 2nd Birthday Atif Raihan...


Lamanya Mama tak membebel kat sini... Vit M banyak...

Tahun ni birthday anak² disambut sederhana. Mama tepekkan semua gambar di sini untuk kenangan.

Birthday Abg Ajmal di sambut bersama-sama family Abg Amjad semasa kita bercuti di Kuantan.

2nd Birthday Adik Atif disambut bersama² keluarga Mama Shah di taman sebelah rumah kita... Potong kek, makan KFC. Seronok juga...


Birthday Kakak Nuha pula 11 Oktober. Dah 5 tahun usia anak dara Mama ni. 3 kali dia potong kek. Mula² kita celebrate bersama Baba kat KFC Setia Tropika. Esoknya Kakak Nuha potong kek bersama² kawan Tadika Al-Amin. Hujung minggu tu, kami ke KL rumah Mami Amjad tanpa Baba. Sekali lagi potong kek sharing dengan Papa dan Kak Mya.


Selamat menyambut Ulangtahun Kelahiran anak² Mama sayang. 😘
Anak² makin besar, Mama makin tua... 😐

Jumaat, 10 Jun 2016

Bingka Pandan Noxxa


Kuih ni Mama buat untuk berbuka puasa di hari kedua puasa. :p

Memandangkan semua bahan² yang diperlukan untuk membuat kuih ini ada di rumah, tak payah susah² gi pasar beli, Mama pun cubalah resipi Bingka Pandan Noxxa di Facebook Koleksi Resipi Kak Zon. Pelbagai resipi bingka ada, dimasak dengan periuk noxxa. Cepat dan tangkas.

Ini resipinya :-

BINGKA PANDAN NOXXA
************************
Bahan²:
2 cawan tepung
1 cawan gula
3 biji telor
2 cawan santan
1 cawan air pandan
2 sdb butter
1/2 sdt garam
Bijan utk tabur

Cara²:
📌 blend semua bahan kecuali bijan.
📌 lengser minyak dlm innerpot dn tuang adunan yg bertapis.
📌 tabur bijan atas adunan dn steam 25 minit.
📌 sejukkan baru potong.

Masa steam tu, abaikan saje bunyi beep beep tu. Selepas 25 minit  boleh terus buka tutup periuk. After 5 minit baru buka tutup dan keluarkan innerpot. Biarkan innerpot sejuk dulu, dah boleh pegang tanpa kain lapik, baru keluarkan bingka dan potonglah kuih tu. 

Biarkan sejuk dulu dalam innerpot noxxa. Sepatutnya ada taburan bijan kat atas bingka ni. Tapi bijan takde...

Yang ini untuk hantar pinggan Kak Ton (jiran sebelah). Dia bagi kuih buka puasa tahun lepas. Tahun ni baru balas... melampau Mama ni :p

Food tester Chef Mama  :p

Isnin, 6 Jun 2016

Happy 7th Birthday Ajmal Mirza



Tanggal 6 Jun 2016, genaplah umur Abang Ajmal 7 tahun.

Masa sambut birthday kali ni, kita bercuti bersama Mommy, Daddy, Abg Amjad kat Kuantan. 

Selalu berkebetulan celebrate birthday Abg Ajmal bersama² Abg Amjad kan...

Happy birthday sayang Mama.  😘  Semoga hidupmu diberkati dan dirahmati Allah selamanya, Insyaa Allah.


💞 Sagu Gula Melaka 💞

Bahan²
- susu cair / santan
- sagu speket (jenis kecik)
- gula melaka (prefer yg sebiji tu)
- rose sirap
- daun pandan

● Cara-caranya ●

Air Gula
- hancurkan gula melaka, masak dgn daun pandan
- air jgn byk.. sbb nak bg pekat.. *klu x pekat gula tu, nnt tambah gula pasir putih tu sikit bg likat sikiit.. bukan likat banyak hehe..
- biarkan sejuk dlm 15 minit

Sagu
- rendam sekejap sagu dlm air (sementara duk karate gula melaka td)
- kemudian rebus sagu tu ngan air paras2 sagu. klu nak letak daun pandan pun bole..
- masukkan sirap rose tanpa gula tu 2 sudu besar. standby air extra sbb takut air kering cepat..
- masak smpai hilang warna putih sagu tu & jd mcm lembut creamy2 cewah..
- biarkan sejuk dlm bekas lain

Deco
- letak gula merah tu dulu dlm 3 sudu besar *bole adjust klu xnak manis sgt*
- letak sagu timpa atas gula tu dlm 2 senduk nasik
- tuang susu cair atas sagu.. jgn byk sgt.. - klu guna santan, letak garam sikiiit aje.. so lg sedap dr susu
- pastu sejukkan dalam peti ais.. siap!

perkongsian resepi dari fb Nornathasha Mohd Isa




∞∞===∞∞===∞∞===∞∞===∞∞∞===∞∞∞∞====∞∞

Ramadhan Al-Mubarak 2016


Ramadhan datang lagi. Terima kasih Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk berjumpa dengan bulan yang barakah ini. Semoga amalan Mama di bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, Insyaa Allah.

Tapi, dah lekat badi agaknya keluarga kita ni... Asal hari pertama puasa je, mesti tak terjaga untuk sahur.. :(
Mama dah siap masak lauk untuk sahur, sup ayam, ikan rebus (goreng garing²), masak nasi. Akhirnya tak bangkit sahur.

So, lauk-lauk tu menjadi sarapan pagi anak². Abg Ajmal pun tak puasa dengan alasan tak sahur.. huh...

Juadah berbuka hari ini...


Sagu Gula Melaka
Selamat berbuka semua sayang² Mama... :-*

Sabtu, 7 Mei 2016

Sepupu-sepupu baru.


Mama dapat anak saudara baru lagi.... maksudnya Ajmal, Nuha dan Atif dapat sepupu baru lagi... :x

Sebenarnya, tahun ni Mama dapat dua orang anak saudara baru...Baby boy Cik Anim lahir pada 19/1/2016 diberi nama Che Wan Aqil. Baby girl Mommy Amjad pula lahir pada 19/4/2016 diberi nama Nur Zulaikha Hani.

Che Wan Aqil bin Che Wan Aimi

Nur Zulaikha Hani binti Muhammad Aiman

Membesarlah anak²ku menjadi anak soleh dan solehah.

Khamis, 21 April 2016

Butir Nako aka Butir Nangka


Setiap kali nak masak kuih ni, setiap kali tu lah akan call Ummi untuk tanya, guna Tepung Pulut ke Tepung Beras....

So, kita tepek gambar kat sini supaya ingat sokmo lepas ni...

Ini dia tepung pulut. Guna untuk buat kuih butir nako, onde², puteri mandi... kena letak kapur makan sikit dlm adunan kuih² tu....
Kuih butir nangka yang Mama buat semalam... gambar tak menarik, tapi rasa sedapppp hihihii ;)

 Bulan puasa nanti kita buat lagi. Tata...

Sabtu, 9 April 2016

Rumusan kisah kehidupan awal tahun 2016.


Tajuk.....macam tajuk berita  :p :D

Lamanya tak update diari Mama ni.... cerita banyak, tapi takde masa nak menulis di sini. So, everything is secured in my little brain...banyak yang dah lupa sebenarnya. So, Mama akan review those which is still clear in my mind....

Awal tahun persekolahan...

Ajmal masuk Darjah 1 tahun ini. Sesi pagi Sekolah Agama Taman Daya, sesi petang Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3.

Baba sempat lagi snap gambar kenangan hari pertama sekolah katanya....

Beratur dulu sebelum masuk sekolah agama sesi pagi. Tudung kuning tu Ustazah kelas Ajmal, Kelas I Syukur.

Berkumpul di Dewan untuk sesi taklimat di Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3.

Nuha pula dah 5 tahun. Mama masukkan ke Tadika Al-Amin.

Credit to Baba juga yang snap this pic.. Nampak macam Kakak Nuha pakai cekak rambut bunga-bunga besar kat atas kepala tu kan... :p

Dengan kawan-kawan baru hari pertama persekolahan. Hari pertama ni senyum simpul.....

Nuha ambil masa lebih kurang tiga bulan juga untuk sesuaikan diri dengan alam persekolahan. Setiap pagi menangis masa bangun pagi, masa kat depan pagar sekolah meraung tak nak masuk kelas. Huhhh...jenuh Mama dan Baba nak pujuk. Pening jugalah Mama dan seriau juga memikirkan kalau sampai ke sudah dia pe'el macam tu. Tapi, Alhamdulillah...after quite some time, she adapted. Tapi ada juga kadang-kadang bila dia tak tahan sangat mengantuk, dia buat perangai juga...

Itu hal anak-anak.... Mama pun kena adapt juga dengan rutin membasuh uniform sekolah dan kasut sekolah yang tak pernah pun berkecimpung selama ni... Uniform sekolah agama 4 pasang, sekolah kebangsaan pun 4 pasang. Kerja dok basuh baju je Mama ni...lepas basuh kena iron pulak. Nasib baik ada iron mejik...;)

Apa pun perkara baru yang kena adapt, Mama akan tempuhi jua demi anak-anak tersayang. Mama berdoa semoga Ajmal dan Nuha menjadi insan yang berguna kepada agama dan negara. Belajar bersungguh-sungguh ye anak-anakku... :-*

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP