Ahad, 21 Januari 2018

Cerita ceriti anak-anak di awal tahun 2018

Assalamualaikum laman putih yang dah lama sangat Mama tak conteng... Don't give up on me okay...

Hari ni dah Ahad minggu ketiga Januari 2018. Bermakna dah tiga minggu berlalunya tahun baru 2018.

Tahun ni 10 tahun Hurin Ain tinggalkan Mama.
Tahun ni Ajmal naik Darjah 3.
Tahun ni Nuha naik Darjah 1.
Tahun ni Atif masuk 4 tahun.

Ajmal kekal kelas 3 Amanah di sekolah kebangsaan. Sekolah agama pula kekal kelas 3 Siddiq. Kalau tahun lepas Ajmal dilantik jadi pengawas sekolah agama, tahun ni dia dilantik jadi pengawas sekolah kebangsaan juga.




Nuha dah naik darjah 1. Sekolah kebangsaan Darjah 1 Amanah, sekolah agama Darjah 1 Jihad. Nuha sangat rajin. Siapkan kerja sekolah dan susun buku awal-awal lagi.

Lain benar perangai dan sikap anak perempuan kalau banding ngan anak lelaki ni ye...  😌

Nuha on the first day of sekolah kebangsaan session. Satu kelas dengan kawan tempat mengaji, Faiqah.
First day of sekolah agama session. Paling kecil antara semua rakan sekelas. 😍


Atif ni..... Mama risau sikit. Bercakap dah banyak tapi dia manja sikit. Dia masih bercakap guna perkataan hujung2 sahaja tapi dah boleh sambung perkataan tu jadi ayat. "Mama, nak wak inan" (Mama, nak bawak mainan). Dengan orang yang dia tak biasa, dia diam saja. That's why Baba & Mama ambil keputusan tak hantar Atif masuk Tadika Al-Amin dulu. So, Mama hantar Atif tuisyen rumah Teacher Nor supaya dia kenal huruf dan nombor dulu. Tuisyen setiap hari Jumaat, 1 jam.


Bukannya Mama tak boleh ajar ABC & 123 tu, tapi susah yang amat anak2 ni nak dengar dan ikut apa yang Mama dia ajar sendiri, banyak nak main...kalau cikgu yang ajar, disiplin dia lain sikit..

Tahun ni juga Atif masuk kelas mengaji kat Pusat Pengajian Iqra'. Hari ketiga dah tak nak gi ngaji... 😅

Minggu pertama persekolahan, Mama tak cukup tidur sebab nak siapkan sticker nama buku teks, buku tulis, buku kerja. Buku-buku untuk dua sesi sekolah pulak tu, sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sticker tu Mama buat sendiri, beli je kertas sticker, pastu print. Kena balut buku lagi...banyak tu... Nasib baik zaman sekarang ni ada pembalut buku segera yang kita cuma masukkan kulit buku dan tampal je tu...jimat masa dan tak sakit belakang membongkok lama2 membalut buku. Zaman sekarang ni semua segera ye, makanan segera, pembalut buku pun segera...kihkihkih 😎



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP