Pages

Rabu, 29 Julai 2015

Rambut Nuha kena potong sudah...


Cerita dah lama ni, cerita sebelum puasa lagi rasanya...tapi Mama tak sempat nak update.

Walaupun sedih, Mama terpaksa potong rambut Nuha kerana..... jeng, jeng, jeng..... kepala Nuha ada kutu!!!!

Kemonla.....kepala anak-anak kecil mana yang tak pernah dijangkiti kutu. Mesti berjangkit jugak walaupun sekali seumur hidup...kalau tak kena masa kecik, mesti kena masa masuk asrama...hahaha. Time tua bangka tu kalau kena memang malu laaa....huhuuuuu :">

Nuha dengan sportingnya menyerahkan rambut dia untuk dipotong oleh Mama... Mama cuma cekup rambut dia macam nak ikat tu, then terus zassss.... tak payah nak rapi-rapi bagai sebab walaupun senget, tak nampak sangat kesengetannya sebab rambut Nuha kan bergulung-gulung... :D

Lepas rambut dipotong, dia terus tengok cermin. Nampak dia sedih dan macam menyesal. Mama bagitau dia, consolekan dia bahawa rambut tu akan tumbuh cepat. Dengan rambut pendek senang Mama nak jaga kepala Nuha yang ada kutu tu... Lagipun, walau dengan rambut pendek, Nuha tetap cantik... auwwww... Selepas diberitahu yang dia tetap cantik terus berpusing-pusing menggayakan rambut baru dia di depan cermin sambil menyanyi lagu "I Got Magic" (lagu Barbie Secret Door tu...) Drama Queen betullah anak pompuan Mama ni.

Lepas tu, setiap orang yang tanya dia kenapa Nuha potong rambut, jawabnya Mama potong sebab ada kutu...aaaaaaaaahaaaa.... malu jugak Mama. Mama terlupa nak ajar dia jawapan kaver line.... :">


Selasa, 28 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015!!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Hari ni hari raya ke-12... kalau di Kelantan, habis dah tempoh perayaannya... tapi di JB, raya sebulan. Berderet-deret jemputan rumah terbuka. Malam semalam pun cover dua buah rumah, kami gi beraya, siap pakai sedondon lagi... berlumba-lumba orang buat rumah terbuka, rumah kita bila agaknya ye...huhuhuuuu

Gambar-gambar family di hari raya pertama memang ada, tapi.... bila dah namanya ada anak kecik, jangan haraplah nak dapat gamba yang cantik dan semenggah. Kebanyakan gambar memang tak memuaskan hati sungguh. Ajmal dengan perangai moncongnya yang selalu sabotaj mood gambar. Nuha boleh dikira co-operative juga bab ambil gambar ni. Atif pula masih belum faham apa-apa, menggeliat, menguap, ikut suka hati dia je nak buat apa.

Jadi, inilah antara gambar-gambar yang cantik, gambar yang tak berapa nak cantik, gambar candid, gambar kelakar... yang Mama nak abadikan di sini.

Proses mengumpulkan semua ahli keluarga...ada yang tengah bagi susu anaklah...ada yang tengah tidurkan anaklah, akhirnya ibu yang tertidur.

Semua mata tertumpu kepada Nuha yang buat perangai kecuali Cecenor yang tengah control senyum, Che Wan yang sedang berkelip dan Ayah Cu yang memang maintain dengan gaya sama setiap kali ambik gambar. :p Ceq Anim not in the pics, tidurkan Hana. Akhirnya dia tidur sama.

Alaaaaaa.... Daddy tutup mata pulak...

Posing gaya skema

Gaya bebas... abaikan budak lelaki dua orang yang duduk paling depan tu... diorang memang legend merosakkan mood gambar.

Gaya bebas lagi...... 😛

Keluarga kita.... Mama & Baba gaya skema, Ajmal gaya nak nangis, Nuha gaya drama queen, Atif gaya tersendiri...hehehe 😁

Keluarga Daddy & Mommy.... seriyes cantik dan sporting...jeles Mama

GBK... Geng Belum Kahwin..... 😉

Dah habis gambar hari raya pertama....
Mama akan sambung cerita hari raya kedua kerana ada banyak lagi gambar masa majlis perjumpaan Keluarga Haji Abdul Rahman... 😄