Pages

Jumaat, 19 Julai 2024

Abang Ajmal dan nasyid berpisah tiada... 😍

Ajmal terpilih menyertai kumpulan nasyid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKAJB) tahun ini. Kumpulan nasyid mereka di beri nama Soutun Najah. Dapat Johan semasa pertandingan peringkat Daerah. Dapat Naib Johan semasa pertandingan peringkat Negeri. 

Walaupun dia keberatan dan lebih nak masuk pasukan bola, tapi disebabkan cikgu nasyid insist dia join juga kerana tak cukup peserta, sebab pelajar Tingkatan Lima tidak boleh dilibatkan, terpaksa jugalah dia join team nasyid ni..

Yang jadi dia mengeluh dan keberatan tu sebab, latihan nasyid sangat lama dan dia stress tak boleh balik rumah bila time cuti pulang asrama (CPA). Pelajar lain semua boleh balik rumah, tapi team nasyid kena stay asrama untuk berlatih.

Mama pun kesian tengok dia penat dan tak enjoy, tapi apa yang Mama boleh buat hanyalah bagi kata-kata semangat dan tenangkan dia..rasionalkan fikiran dia supaya dia tenang dan anggap ini sumbangan dia kepada sekolah.

Tapi apabila Mama tengok Ajmal perform masa pertandingan, dia sebenarnya bersungguh-sungguh buat yang terbaik. Mama bangga.


Mata naik ketumbit pulak time nak bertanding ni 😣








   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan