Ahad, 14 Oktober 2018

Akhirnya Mama alaminya juga...

Mama kena catatkan peristiwa ini... supaya tak terlupa yang kita sekeluarga pernah terpaksa berkorban demi sebuah kehidupan. Chewwaaaaaaahhh...

Mama telah ditukarkan dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Johor Bahru ke APMM Zon Maritim Batu Pahat berkuatkuasa 1 Ogos 2018. So, semenjak 1 Ogos 2018 sehingga ke entry ini ditulis, Mama telah berkhidmat di Batu Pahat di mana ada hari-harinya Mama ulang alik setiap hari menghabiskan duit minyak dan duit tol dan adakalanya Mama stay di bilik sewa di Taman Soga, Batu Pahat bagi mengurangkan perbelanjaan minyak dan tol.

Pada hari-hari Mama bermalas-malasan di rumah sewa di Batu Pahat, baring-baring sahaja tanpa membuat apa-apa layan drama Korea, tunggu masa nak tidur sahaja, Baba di Johor Bahru yang akan menguruskan semua hal anak-anak termasuk menghantar anak ke rumah pengasuh, menghantar anak ke tempat mengaji dan membasuh baju anak-anak. Mama akan balik hari Isnin dan hari Khamis ke JB. Sampai bila keluarga kita akan menjalani kehidupan sebegini??? 😕

Setiap kali Mama stress dan rasa sedih, rasa nak menangis, rasa tak berdaya, Baba akan tenangkan hati Mama dengan kata-kata " Sabar Mama, Allah nak bagi dugaan kecil je ni. Selama ni Allah bagi kita senang, urusan hidup mudah... So, untuk dugaan sekecil ini, bertabah dan terimalah dengan redha".

Soalan semua orang, "Puan dah pindah Batu Pahat, semua pindah ke? Anak-anak tukar sekolah ke? Jual ke rumah kat JB? Belilah rumah kat Batu Pahat pula...."

Jawapan Mama, "Saya sewa bilik je kat Batu Pahat. Anak-anak masih di JB, suami yang jaga dan uruskan anak-anak. Susahlah nak tukar sekolah anak-anak tengah tahun ni...lagipun, saya tak pernah terfikir yang anak-anak kena tukar sekolah ke sana sini setiap kali saya kena pindah. Sekejap je saya kat Batu Pahat ni...."

Jawapan ini menunjukkan Mama memang berharap sangat bila Mama naik pangkat nanti, semoga akan ada kekosongan gred jawatan Mama di Johor Bahru, Insyaa Allah...

Nasib baiklah jarak Johor Bahru dan Batu Pahat ni 2 jam perjalanan sahaja...


Sabtu, 13 Oktober 2018

Sejarah Gigi Susu Anak²

Stressnya Mama memikirkan proses pertumbuhan gigi anak²..

Gigi susu diorang ni kukuh sangat sehingga gigi kekal dah keluar, gigi susu masih tak goyang. Keadaan ini menyebabkan gigi kekal diorang tumbuh tak cantik, tak tersusun..tumbuh berlapis-lapis macam gigi monster. Ajmal dan Nuha alami masalah yang sama.. Atif nanti tak tahulah...

Gigi susu anak² kukuh, masa kecil Mama ngan Baba bangga gigi anak² tak rongak, tak hitam, tersusun cantik je.. Masalah muncul bila gigi kekal mula tumbuh sedangkan gigi susu masih tak tercabut. Semua gigi susu kena pergi dental untuk dicabut. Gigi yang dah bergoyang sikit² tu, dentist guna krim pink tu je untuk kebaskan sebelum cabut. Tapi, bagi gigi yang betul² kukuh tak bergoyang langsung terpaksa dicucuk bius. Kebanyakan masanya, Ajmal dan Nuha memang kena cucuk lah... 😫😫

Semalam, bawa Nuha jumpa dentist, cabut gigi depan yang dah goyang. Dalam masa yang sama, dua batang gigi kekal bahagian bawah sudah mula memunculkan diri.. Dentist nasihatkan gigi susu yang masih belum tercabut perlu dibuang supaya gigi kekal dapat tumbuh kat tempat sepatutnya. Nak cabut sekaligus tiga batang gigi Nuha semalam, macam kejam sangat...risau dia trauma pulak. 😓

Mama rasa, kalau macam ni masalahnya, tak payahlah jaga sangat gigi susu anak²... Biarkan je anak² makan gula-gula, tak payah gosok gigi, biar gigi rongak, biar gigi cepat tercabut..hmmmmmm

Mama bukannya ada duit banyak nak betulkan gigi anak, nak pakaikan braces pula bila diorang besar nanti sebab gigi tak tersusun...adoilaaaaa... Dilema mak² betullaaaa... 😌😌😌

Nuha rongak 😋

Isnin, 11 Jun 2018

Biskut Raya Aidilfitri 1439H Episod 4 - Popia Coklat Nestum Crunchy

Assalamualaikum diari kesayangan Mama,

Semalam Mama dan Nuha telah berjaya membuat satu lagi cookies untuk juadah hari raya iaitu Popia Coklat Nestum @ Choco Stick Crunchy ~nama ni Mama reka sendiri 😋~



Sangatlah senang membuatnya dengan hanya gunakan 3 bahan sahaja.


BAHAN²

Kulit Popia (Mama guna jenama KG)
Coklat masakan (Mama guna Beryls)
Nestum Original

Campuran air dan tepung gandum sebagai gam.

CARA²

Bahagi kulit popia kepada 4 bahagian. Jangan gulung sebesar2 kulit popia yang asal sebab gulungan yang tebal akan menjadikan choco stick keras. Gulung kulit popia dengan straw. Lekatkan gulungan itu dengan campuran air dan tepung. Goreng sehingga kuning keemasan. Toskan minyak.
Cairkan coklat dengan kaedah double boil. Masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi ke dalam coklat. Kemudian gaulkan dengan nestum.


Cairkan coklat guna kaedah double boil. Mama guna periuk pengukus je...

40 keping kulit popia menghasilkan Choco Stick Crunchy sebanyak ini...
Yang belum celup coklat tu sambung malam nanti. Mama dah sakit pinggang.  

Tahniah Nuha dan Mama!!! 👏👏👏
Biskut raya ke-4... Done! 😘


Sabtu, 9 Jun 2018

BIskut Raya Aidilfitri 1439H Episod 3 - Cornflakes Crunchy Cookies

Satu malam ada dua post... Hahahaaaa...
Nampak macam ada banyak masa ye...walaupun pada hakikatnya ada tiga bakul kain yang menunggu untuk diiron, satu bakul yang menunggu untuk disidai.... ko tunggu ye kejap kain-kain semua. Mama nak mengarang satu lagi kisah misi membuat biskut raya tahun ni... 😆

Pagi tadi, Mama meneruskan misi DIY biskut raya dengan membuat Biskut Cornflakes Crunchy Cookies. Biskut ni pun sangat senang nak dibuat dan tak messy sangat walaupun doh dia sedikit lembik dan melekat di tangan yang membuatkan Mama asyik nak menjilat lebihan doh yang terlekat di tangan tu... Jadinya, kalau nak buat biskut ni, make sure time takleh puasa...huhuhuuuuuu



BAHAN²

250 gm butter (Mama guna Buttercup)
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
½ sudu teh baking powder
½ cawan cornflakes yang diramas halus (Mama blend je...)
¾ cawan gula kastor
1 biji kuning telur
Coklat cip

CARA²

Pukul gula dan butter lebih kurang selama 5 minit. Mama guna whisk. Masukkan kuning telur.
Kemudian masukkan semua campuran tepung, cornflakes dan baking powder. Gaul sebati. Doh sedikit lembik. Gunakan sudu semasa nak salut bebola doh di atas cornflakes.






Kakak Nuha interprem lagi....
Dapatlah tiga bekas biskut. Dua bekas untuk di bawa pulang ke kampung.

Biskut ini terlebih manis bagi Mama...mungkin juga sebab Mama masukkan coklat cip yang menambahkan kemanisan biskut. Next time kita kena kurangkan kandungan gula, hanya ½ cawan gula sahaja.


Yeaayyyyyyyy 💃💃💃
Kita dah ada tiga jenis biskut raya... 👏👏👏

Biskut Raya Aidilfitri 1439H Episod 2 - Biskut Semperit Susu @ Biskut Dahlia

Semalam hari Jumaat kan? Hari ini hari Sabtu... Lagi 5 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H.

Mama teruskan episod buat biskut raya pada hari Jumaat... Biskut Semperit Susu. Dipanggil juga Biskut Dahlia kerana kebanyakan pembuat biskut ini menggunakan acuan bunga dahlia yang cantik berkembang mekar...

Mama jumpa banyak resipi semperit susu di facebook, semuanya menggunakan bahan asas yang sama iaitu butter, susu pekat, tepung jagung dan tepung kastad. Ada juga resipi yang menggunakan tepung gandum. Mama memilih untuk menggunakan resipi yang menggunakan tepung jagung sahaja kerana seingat Mama, Nek Mi hanya gunakan tepung jagung semasa kita buat biskut dahlia asli dolu²...

BAHAN²

250g butter (Mama guna Buttercup)
2 ½ cawan tepung jagung
2 sudu besar penuh tepung kastad
½ tin susu pekat

CARA²

Satukan buttercup dengan susu pekat. Kacau dengan senduk. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli. Bakar selama 17-20 minit dengan suhu 160°C.

Frust betul buat biskut ni sebab tak jadi seperti yang diharapkan. Sebelum dibakar, nampak bentuk bunga dahlia, lepas dibakar jadi mek bbunga gedobok wok....😅😅

Sebelum dibakar...

... Selepas dibakar.

Mama fikir mungkin doh terlampau lembik menyebabkan biskut jadi kembang setaman, so Mama tambah 1/2 cawan tepung jagung dan 2 sudu besar tepung kastad.


BAHAN² ~ setelah sesi try and error~

250gm butter (Mama guna Buttercup)
400gm tepung jagung (habiskan satu peket)
4 sudu besar penuh tepung kastad
½ tin susu pekat

Then, Mama cuba bakar. Kelopak bunga penyet juga, kali ni biskut jadi rangup, bukannya gebu seperti yang Mama ingat rasanya masa Mama buat dengan Nek Mi suatu masa dahulu... 😞

Then, Mama tambah 2 sudu butter ke dalam doh, kemudian bila dibakar, biskut kembali menjadi penyet. Urghhhhh, tak kisahlah, Mama teruskan juga menyemperit dan membakar doh tu sampai habis. Mama just nak habiskan doh yang ini sahaja...lepas ni tak nak buat dah biskut ni. 😔

Akhirnya, selesai juga misi membuat Biskut Semperit Susu @ Biskut Dahlia. Walaupun Mama tak berpuas hati dengan kemenjadiannya, tapi tahun ni kita dah ada dua jenis biskut raya. 😁😁😁

Sempat lagi jari tu interprem... Nuha le tuh... 😊
Dalam bekas hijau tu, biskut yang hangussss... 😜

Maybe, lepas ni Mama nak buat lagi biskut ni, tapi kita guna acuan semperit yang panjang pula... idoklah Mama frust bila kelopak bunga penyet lagi... 😉


Rabu, 6 Jun 2018

Biskut Raya Aidilfitri 1439H Episod 1 - Biskut Arab

Mama dah lama pencen buat biskut raya...semenjak kahwin Mama berhenti buat biskut raya sendiri. Sebab apa ye.... Sebab malas, sebab semangat nak buat biskut tak datang², sebab ada duit boleh tunjuk-tunjuk je, sebab buat biskut sorang² sangat membosankan....

Setelah sekian lama, akhirnya Mama menemui semula semangat membuat biskut raya, heheheeeeee.... Kerana Nuha. Nuha yang selalu ajak Mama buat biskut raya. Demi anak daraku nan seorang dan demi secebis kenangan buat biskut bersama² ibu yang kebanyakan anak² lain punyai, Mama pun gagahkan diri untuk membuat biskut raya sendiri Aidilfitri tahun ini supaya Nuha memiliki secebis kenangan membuat biskut raya bersama Mama yang boleh dia kenang suatu hari nanti...

Kenangan Mama buat biskut raya bersama Ummi sememangnya adalah kenangan yang akan sentiasa tersemat di sanubari. Mama mengharapkan kenangan dan memori Mama bersama anak² juga akan diingati oleh anak² selamanya...

Biskut wajib yang Mama dan Nek Mi selalu buat setiap kali Aidilfitri adalah Biskut Arab...sebab biskut ni paling senang buat, rasanya pun sedap sebab letak minyak sapi. So, jom Kakak Nuha, kita buat Biskut Arab.



Nek Mi buat biskut arab tanpa resipi. Biskut arab yang Mama buat dengan Nek Mi dolu², ada letak kacang hancur gaul bersama tepung gandum dan minyak sapi secukupnya sehingga adunan tidak melekat di tangan dan boleh digentel bentuk bulat². Semalam Mama cuba resipi yang masukkan susu tepung. Rapuh di tangan, cair dalam mulut weiiii... Sedapppp!!

BAHAN²

1 cawan minyak sapi
1 cawan susu tepung
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh garam halus
* Satukan semua bahan dan kacau rata guna senduk



2½ cawan tepung gandum diayak
* Masukkan 1 cawan dulu. Uli. Kemudian masukkan baki tepung sikit² semasa menguli. Takut adunan keras kalau masuk semua sekali. Tapi kalau adunan keras, boleh masukkan minyak sapi lagi. Uli sehingga adunan lembut dan tidak lekat di tangan.

CARA²

Ambil sedikit dan bulat2kan. Hiaskan dengan ceri.
Bakar pada suhu 170°C selama 15 minit, api atas bawah.

Pembantu Mama yang terlebih semangat... 😍

Setelah sejuk, salutkan/tabur biskut dengan campuran gula icing dan susu tepung. Susahnya nak angkat biskut ni masuk bekas, risau pecah sebab gebu sangat...

Resipi 2½ cawan tepung gandum tu, dapat sebanyak ni je..tak penuh pun bekas ni...

Kena ada sambungan Biskut Arab Episod 2 agaknya....

Isnin, 4 Jun 2018

Happy 9th Birthday Abg Ajmal 😚😘😘

Assalamualaikum Diary,

Today is 19th day of Ramadhan 1439H. 
Yesterday was 3rd June 2018, Ajmal's 9th birthday. 

Perbualan Ajmal dan Mama pada 1 Jun 2018, di hari Jumaat yang mulia,,,

Ajmal
:
Mama, Abang nak tanya boleh?
Mama
:
Boleh, tanyalah…
Ajmal
:
Hari ni dah masuk bulan Jun kan? Birthday Abang bulan Jun kan? Dah dekatlah birthday Abang kan Mama?
Mama
:
Aah la Abang…birthday Abang 3 Jun, hari Ahad ni birthday Abang.
(Ya Allah, Mama sebenarnya terlupa, nasib baik Ajmal tanya…)


Sekarang ni bulan puasa, so, Mama tak buat goodies untuk bagi kawan-kawan Abang kat sekolah tau… Hari Ahad nanti kita pergi berbuka kat Chicken Rice Shop ye, Abang kan suka makan kat situ…
Ajmal
:
Ermmmmm, boleh tak kita pergi McDonald je… Mama boleh belikan kek Red Velvet kat Mc Café tu. Kek tu pun dah ok untuk birthday Abang.
Mama
:
Hah? Takkan Abang nak buka puasa dengan burger?
Ajmal
:
Nasi Lemak McD kan ada… nasi juga tu…
Mama
:
Owwwhhhh, ok, ok... Mama setuju. Abang, Mama tak banyak duit nak beli hadiah mahal-mahal untuk Abang.
Ajmal
:
Abang nak gel rambut je….gel rambut Abang dah habis…
Mama
:
(Mama hanya mampu tersenyum, sambil mengusap kepala Ajmal…sambil menahan air mata, jangan gugur please…)
Ok, nanti kita beli gel rambut ye…yang bau epal ke?
Ajmal
:
Boleh juga…
Mama
:
(Terima kasih anakku kerana menjadi insan yang sangat memudahkan ibubapamu.)  

Semalam, Baba dan Mama mengotakan janji kami untuk bawa Ajmal ke McD. Tempat makan yang bukan istimewa pun kerana boleh dikatakan setiap minggu akan singgah atau Drive Thru untuk membeli aiskrim atau fries...Tapi permintaan anak bujang kami ini sangat terkesan di hati. Ajmal tahu yang ibubapanya bukanlah orang berada kerana setiap kali dia request nak beli apa-apa sahaja, dia akan tanya barang tu harganya mahal ke... Kalau Mama jawab mahal, dia tak akan bertanya lagi...He is so considerate.

Masa Ajmal berumur antara 2-4 tahun, dia sangat suka mainan Ultraman. Dari sekecik patung sampai sebesar dia pun ada... Tapi masa nak beli mainan-mainan tu, kalau Baba bagitau mainan tu tak boleh beli sebab sangat mahal, dia akan akur dan pilih mainan yang lebih murah. He rarely throwing tantrums... Mama bersyukur dikurniakan anak-anak yang sangat senang dijaga dan mendengar kata. Tapiiii.... Atif sedikit berbeza, mungkin sebab dia yang bongsu...but it is another story....

Berbalik kepada cerita birthday Ajmal, semalam lepas solat terawih, kami ke McD Setia Tropika. Ajmal order Nasi Lemak McD, tapi kena tunggu 40 minit. Oitttt, lama tuuuu... So, dia order Ayam Goreng McD je and he is still happy. Mama jangan lupa kek Abang ye, pesannya... 😅😅😅

Bila nak snap gambar Ajmal, memang susah sangat dia nak senyum naturally...
Yang ini jenis senyuman nak buat passport 🤣
Suruh dia senyum gaya lain, jadi senyuman jenis malu² 😸
Ini sengihan...oklah Abang Ajmal, manis leting sengihan ini... 😍😘

Budak suka buat muka hodoh dan suka inteprem nih... 



Budak ni interprem lagi... 😁

Selamat menyambut hari lahir yang ke-9 Abang Ajmal. Semoga abang sihat walafiat, dilimpahkan rezeki dan rahmat Allah, membesar sebagai anak yang soleh. We love you soooo much Abang!!! 😘😘😘😘

Sabtu, 2 Jun 2018

Jom kita buat Roti Jala Paling Sedap 😋😆

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran.

Kebetulan pula kumpulan Mama di group Whatsapp Ukhuwah Pengajian Iqra' yang membaca Al-Quran secara berjemaah sempena bulan Ramadhan ini khatam kesemua 30 juzuk pada tarikh Nuzul Al-Quran... Alhamdulillah. Semoga Allah menerima ibadah kita semua serta mendapat keberkatan dan kemuliaan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tengahari tadi, masa melayan facebook, ternampak Resipi Roti Jala Paling Sedap, Oleh Azie Kitchen. Kalau Chef Azie tu buat jadilah paling sedap, Mama buat jadi paling apa ye...🤔😅

Mama tak pernah buat roti jala. Mama nak cuba buat untuk juadah berbuka puasa hari ni...

BAHAN² :

3 cawan tepung gandum
3 cawan air + 4 sudu besar santan. (Mama guna santan kotak jenama Kara dan Mama campur dengan ½ cawan susu sejat F&N lebihan buat puding jagung minggu lepas)
1 biji telur
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar minyak masak
Pewarna kuning (pewarna kuning takde, Mama letak warna pink 😅)

CARA² :

Blend semua bahan di atas. Masukkan dalam acuan, bolehla mula menjala... 😀😀
Kalau adunan keluarnya putus-putus, maksudnya adunan tu pekat sangat. Tambah lagi air sehingga adunan keluar dengan lancar. Mama guna kuali non-stick, so urusan berjalan lancar tanpa ada adegan mengeluh, menjerit dan mencampak adunan ke dalam sinki. 🤣


Hodohnya Mama menjala. Mama menjala pakai botol mineral yang Mama tebuk penutupnya dengan paku. 

Roti Jala Paling Hodoh dengan pasangan sejolinya, kari ayam.

Walaupun kejadiannya tak cantik, tapi sememangnya ia adalah roti jala paling lemak dan lembut yang pernah Mama rasa... Ngengengeeee.... 😁😁😁

Raya nanti kita boleh buat Roti Jala Paling Sedap ni untuk juadah di pagi raya. 👌👍🤞

Jumaat, 1 Jun 2018

Pulut Sekaya Telur Resipi Sukahati Mama!

Assalamualaikum Diariku Sayang...

Hari ini hari ke-16 umat Islam berpuasa. Hari ini hari pertama Mama terpaksa berbuka puasa seawal jam 10 pagi lagi..biasalah wanita. Wanita kan istimewa. 💃💃💃
Tapi sedihnya tak dapat terawih dan beribadat di akhir Ramadhan. 😢😢😢

Tiba-tiba tekak teringin nak makan sesuatu yang manis...mcm Gerodok Telur ke... Pulut Sekaya Telur ke... Puding Telur ke... Tengok bahan² kat dapur, semua ada, beras pulut pun ada. So, Mama buat kuih Pulut Sekaya Telur.

Mama rujuk blog Azie Kitchen tapi sebab ini kali pertama buat kuih ni, so Mama nak buat dalam kuantiti yg sedikit je... Kalau tak jadi, taklah terkilan dan rasa rugi sangat. 💔😖

Langkah pertama ☝, masak lapisan bawah kuih iaitu lapisan pulut. Mama masak 1 cawan beras pulut, 5 sudu besar santan, Mama guna santan kotak Kara. Sedikit garam. Masukkan air secukupnya untuk masak beras pulut. Kacau rata dan tanak beras pulut dengan dua helai daun pandan. Simpul cantik-cantik daun pandan tu, buat bentuk riben ye... 😜😃😃
Kalau ikut resipi asal, beras pulut tu kena rendam selama 4 jam sebelum dikukus. Tapi Mama masak je terus, tak kukus pun. Mama masak dalam periuk nasi Tefal, pilih mode Quick, sama macam masak nasi. Alhamdulillah, elok je pulut masak dan lembut.

Langkah kedua ✌, pecahkan 7 biji telur, pukul perlahan bersama 5 kuntum bunga cengkih. Bunga cengkih takde, Mama guna esen vanilla je lah sebanyak 1 sudu teh. Pukul biasa biasa je...
Kalau ikut resipi sebenar, kena guna telur ayam kampung dan telur itik, tapi manalah nak dapat telur ayam kampung dan telur itik tu... So, Mama pasrah je guna telur ayam biasa yang ada kat rumah ni...

7 biji telur ayam dan 1 sudu teh esen vanilla

Pukul telur biasa-biasa je...tak payah guna blender or mixer

Langkah ketiga, masak gula melaka dengan sedikit air dan dua helai daun pandan...simpul menjadi riben  😆😁. Masak sehingga gula melaka larut.
Mama kehabisan stok gula melaka yang biasa Mama panggil "nnisey keghek" tu, so Mama guna gula melaka yang jenis hancur yang beli timbang kilo kat pasaraya tu... Sukahati nak guna yang jenis mana pun, ia hanyalah untuk memaniskan dan menjadikan sekaya kita berwarna coklat yang cantik.


Tuang larutan gula melaka tadi ke dalam adunan telur. Masukkan tiga sudu besar santan pekat. Mama guna santan kotak Kara. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.




Langkah keempat, alas loyang dengan plastic wrap. Plastic wrap takde, so Mama ambil pembalut buku plastik anak-anak...yang belum digunakan laaaa... Masukkan pulut dan tekan padatkan pulut. Taburkan sedikit tepung gandum.




Tuangkan adunan telur tadi ke atas lapisan pulut dan kukus selama lebih kurang 30 minit. Lagi senang nak tahu kuih masak ke belum, cucuk kuih dengan lidi, kalau lidi keluar bersih tak melekit, dah masaklah tu...


Plastik pelapik memudahkan proses mengeluarkan kuih daripada loyang.

Tadaaaaa.... Pulut Sekaya Telur untuk juadah berbuka hari ini!! 

Mama dah ngap dua ketul. Sedapppp... Manis dan lemak secukup rasa. So, resipi menggunakan 7 biji telur ini bolehlah digunakan untuk dapat lebih kurang 16 ketul kuih. Petang nanti boleh pulangkan pinggan jiran sebelah... 😁😁😁


Ada sedikit lebihan adunan telur yang Mama letakkan dalam bekas kecil dan Mama kukus.



Tadaaaaa.... jadi kuih Gerodok Telur!!



Selasa, 29 Mei 2018

Jom ke POPULAR!!!

Assalamualaikum my dearest diary,

Hari ini kebetulan cuti Hari Wesak, Ajmal keluarkan ayat pertanyaan sekaligus dengan ayat kenyataan dan permintaan, "Mama dah dapat gaji kan? 25 haribulan kan Mama dapat gaji. Dah lama kita tak ke POPULAR..." 😏

Dua atau tiga bulan sekali Mama akan bawa anak² ke kedai buku. Mama mengaku memang dah lama since last time kita ke kedai buku. Pergi kedai buku BookTalk pun hanya beli stationeries. Dah lama tak beli buku. Ok lah...jomlah kita membeli buku di kedai buku POPULAR aka HARRIS @ AEON Tebrau City! Anak² suka ke sini kerana banyak pilihan.

Kebiasaannya, Mama memperuntukkan RM100 untuk membeli buku setiap kali ke kedai buku, dua bulan sekali sahaja... Mama kena berjimat cermat untuk komitmen dan simpanan yang lain juga.

Ambil masa hampir satu jam memilih buku.

Ambil, belek, letak. Ambil, belek, letak. Hampir 10 pusingan lah... 

Ini hasil tangkapan hari ini... 

Kedai buku ni bukan setakat jual buku... mainan, gula² dan kad permainan semua ada. Hilang kesabaran melayan kehendak Si Atif nan seorang... Sabor je laaaaa.... 😓😥😫

Isnin, 28 Mei 2018

Meja Makan Tatami DIY

Assalamualaikum Diari Mama,,,

Hari ini Mama cuti, kerana perut meragam seawal jam 2 pagi tadi menyebabkan Mama kurang tidur. Selepas siapkan juadah sahur dan selepas kejutkan Baba dan anak² sahur, Mama terus menyapu Ameltz Yoko Yoko di seluruh perut dan belakang. Inilah bahana makan lontong selepas balik solat terawih semalam. Mama memang tak boleh makan banyak di waktu malam lebih² lagi di bulan puasa ni sebab makan yang terlebih tu boleh menyebabkan perut sebu, pedih ulu hati dan sakit belakang yang Mama tak tahu nak cerita sakitnya macam mana... Adakalanya Mama terlampau sakit sehinggakan Mama terpaksa memuntahkan semua isi perut untuk kurangkan kesakitan. Kebiasaannya cara itu berkesan...tapi amat memenatkan. 😫😖

Lebih kurang jam 10, sakit mula berkurangan dan Mama dah boleh berjalan tanpa membongkokkan badan lagi, timbul satu idea bernas ~bernaslah sangatttt~ untuk follow Baba ke bengkel dan minta dia buat (bukan Mama buat sendiri 😅😋) meja kat ruang tamu. Meja ruang tamu yang sedia ada sebelum ni, Mama pindahkan ke dapur. Meja yang akan Baba buat ni custom made yang sesuai dengan kecomelan dibaca kesempitan 😉 ruang tamu rumah kita.

Sebelum tu kami singgah kedai hardware, Baba beli kaki meja. Akhirnya kami pilih kaki meja jenis tatami. Kaki meja ni boleh dilaraskan tinggi rendahnya. Di Jepun, kebanyakan meja makan guna kaedah ini sebab senang untuk dilaraskan sesuai dengan keadaan. Kalau nak makan di atas meja yang ketinggiannya standard meja biasa, kita boleh tinggikan. Kalau nak bersila, boleh rendahkan. Excitednya tengok Baba siapkan meja ni. I can't wait to see the outcome.  Mama cengini 😎, tukang tengok. Baba cengini 💪💪, tukang buat. Hihihiii...


Proses menyediakan top meja.
Tebuk lubang di tengah² top meja untuk ruang butang laras kedudukan meja.
Formica yang akan dilekatkan di atas top meja disapu gam.
Top meja juga disapu gam.

Proses melekatkan formica di atas top meja.
Inilah kaki meja yang dipanggil tatami atau di resit pembelian ditulis Japanese Table Lift (Auto)

Proses memasang kaki meja di atas pelapik kayu untuk support kaki meja supaya lebih stabil.

Pekerja Baba tu nama dia Arif, dari Bangladesh... Tapi dia lebih cerah sikit daripada Baba. Siapa sebenarnya dari Bangladesh ni... 😄😝


Tadaaaaaa... Meja Tatami Mama sudah siap. 
Baba mula buat pukul 1.30 tengahari, siap lebih kurang pukul 3.15 petang. Bravo Zulu Baba 💪💪💪. Tahniah juga buat Mama kerana sabar menunggu... 😌😌😌

Di ruangan inilah Si Tatami diletak. Ruangan santai boleh, ruang makan tetamu pun boleh... 

Mama pun nak jugaaaaaaaakk.. 😎😍😚


Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP