Khamis, 5 Januari 2023

Program Sekolah Berselawat Peringkat Negeri Johor

Pagi tadi Mama menghadiri Program Sekolah Berselawat Negeri Johor yang diadakan di SK Taman Bukit Tiram. Slot tazkirah bertajuk "Selawat" disampaikan oleh Al Fadhil Tn Hj Mohd Kamal bin Md Said, Pengerusi Pondok Anwarul Mahabbah, Kluang.

Kandungan tazkirah beliau sangat simple, senang sampai ke otak, melekat dan menusuk ke hati. Selawat ini simple tapi miracle. Beliau menceritakan lima kisah benar yang berlaku pada orang-orang yang beliau pernah bagi tazkirah tentang kelebihan mengamalkan selawat. 

Sekali kita berselawat kepada Rasulullah, 10 kali Allah berselawat dan melimpahkan rahmat kasih sayang kepada kita. 

Kawan sepejabat Mama pun turut hadir ke program tu.. Nama dia Norzalinawati. Dia hadiahkan Mama buku selawat. Semoga Allah melimpahkan rezeki melimpah ruah kepada beliau dan pahala yang mengalir kepada beliau juga dengan asbab Mama berselawat dan membaca buku ini. 

Rabu, 4 Januari 2023

Panduan untuk edit template blog Diari Mama 😎

Mama suka mengubah type font dan saiz font di post, sidebar, linkbar, footer. Setiap kali buka blog, ada saje yang Mama ubah. So, untuk panduan, Mama tepek kat sini supaya tak hilang ingatan 😅

Ubah font link bar (tajuk pages bawah header tu)  :> #linkbar a   > baris 352
Ubah font post body, date header, post header, post labels   :>  /* Posts  > baris 425
Ubah font side bar (gambar tickers, gambar hari raya)  :> .sidebar  > baris 653
Ubah font lower bar (koleksi gambar anak-anak di bahagian bawah post) :> #lower-wrapper   > baris 828
Ubah font footer (Ayat "A little freshening up by Mama after trillion trials and errors!😍😚😘  ) ;> #footer  > baris 900

Ubah background header side bar  ;> #sidebar3 .widget, #sidebar4 .widget > baris 704
Ubah background header lower bar  ;> .lowerbar h2  > baris 867

✌😘

Selasa, 3 Januari 2023

Akhirnya... tukar jugak 😌

Baru je Mama ceritakan tentang Abg Ajmal yang bersekolah di SMKAF dan tak akan tukar sekolah sebab dah selesa kat sana kan...

Penghujung cuti sekolah bulan Disember 2022 lepas, dia tiba-tiba tanya Mama, 

Ajmal : Tingkatan 3 nanti boleh ke Abang pindah sekolah sama dengan Kakak?

Mama : Kenapa pulak? Hari tu Mama tanya nak tukar sekolah ke tak, abang cakap keputusan muktamad abang tak nak tukar. Sekarang dah ubah fikiran? So, bagitau Mama keputusan terkini, muktamad dan tak boleh ubah-ubah lagi!

Ajmal : Ok, Abang nak tukar...

Mama : Betul ni? Tak menyesal?

Ajmal : Insyaa Allah tak... urusan Mama lebih senang kalau Abang sekolah dekat dengan rumah.

Mama pun segeralah uruskan proses pertukaran sekolah. Mama jumpa pegawai di Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor, Ustaz Najib... sebab nak tukar sekolah ke aliran yang sama dengan SMKA Falahiah. Kebetulan pula Ketua Penolong Pengarah Kanan SPI, Tn Hj Lukman ada sekali, dia terus bagi green light untuk kelulusan Ajmal berpindah ke SMKA Johor Bahru. Kebetulan juga ada permohonan bertukar keluar dari sekolah tu, jadi adalah kekosongan di SMKA Johor Bahru. Alhamdulillah, urusan penempatan sekolah baru Ajmal dipermudahkan.

Urusan dengan CC di SMKA Falahiah pun sangat senang. Beliau yang ramah membahasakan diri beliau dengan panggilan Kak Na, menghantar borang pertukaran melalui aplikasi Whatsapp. Segala dokumen lampiran seperti surat beranak, IC ibubapa dan Sijil Kahwin pun Mama submit kepada Kak Na melalui whatsapp sahaja... Mama dengan rasa bersalah meminta maaf kerana Kak Na pula yang terpaksa mencetak dokumen-dokumen tersebut sebanyak 3 copy... Tapi Kak Na dengan mesra menjawab takde masalah, dan dia juga akan bantu mendapatkan tandatangan Pengetua untuk salinan diakui sah juga utk salinan-salinan dokumen lampiran tu.. 😍

Allah, terima kasih kerana permudahkan urusan Mama 👐 

💬💬💬

Semalam Ajmal call... dia bagitau Badan Disiplin SMKAF interview dia untuk jawatan Pengawas bagi sesi 2023. 

Soalan Ajmal yang sangat tragis. "Mama, nanti abang tukar ke sekolah JB, abang boleh jadi Pengawas tak? 

Oh anak... 😵😶 


Untuk perkongsian, untuk urusan pertukaran sekolah, ada borang pertukaran standard yang KPM keluarkan. Ibubapa boleh guna borang P.U.(A) 275 (Permohonan Untuk Pertukaran Sekolah Oleh Murid Warganegara). Manakala dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama adalah salinan surat beranak pelajar, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, sijil nikah ibubapa, dan salinan keputusan peperiksaan terakhir di sekolah lama.

Namun, untuk memudahkan urusan sekolah, better berhubung dengan sekolah untuk mendapatkan borang tersebut kerana ada sekolah yang meletakkan nombor siri di borang tersebut bagi memudahkan urusan dokumentasi di peringkat sekolah.

Ahad, 11 Disember 2022

Projek CROSS STITCH yang tak siap-siap 😆

Dua bulan lepas, masa tengah kemas barang-barang yang nak let go, Mama terjumpa beg ni...


Mama dah lupa kewujudan beg ni dan khazanah yang terkandung di dalamnya 😅. Dalam beg ni ada kain cross stitch dan patterns cross stitch. Ada projek cross stitch yang Mama mula buat pada tahun 2009, masa confinement Ajmal, tak siap-siap sampai sekarang 😏 

So, semenjak terjumpa beg ni, Mama terjebak, hahahaaa 😆. Instead of let it go, Mama let it in 😂

Mata makin rabun, baru mula nak sambung hobi jahit menjahit ni. 😅

Tajuknya, Vase of Flowers 😍

Pattern dah koyak rabak...
Nak print semula, website pun dah nowhere to be found.

Mama akan update, once it's finished! 💪

Sabtu, 3 Disember 2022

It takes quite a while...

It has been quite a long time since I've been scribbled something here... 

Anak-anak semakin membesar dan moment childhood ini semakin hilang dan kabur dari kotak ingatan Mama andainya kenangan-kenangan yang dicaptured tidak disimpan di sini.

Perubahan wajah, perangai dan kesukaan anak-anak berubah-ubah, hinggakan ada ketika menatap gambar-gambar lama, Mama mengimbau semua kenangan dan nostalgia lama. Kalau gambar-gambar lama ni takde, tidak mustahil suatu hari nanti Mama akan terlupa apa kesukaan kamu, gelak tawa kamu dan karakter kamu semasa kamu semua menginjak dewasa. 

Tika ini pun Mama semakin digamit rindu... ini baru Ajmal yang duduk asrama...huhuuuuuu 😢

Ajmal dah naik Tingkatan 1, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKAF), Pasir Pekan Kelantan. Duduk asrama jauh nun di Kelantan sana. Kenapa hantar Ajmal bersekolah jauh sangat?! Semua orang tanya Mama... Allah telah takdirkan Ajmal menuntut ilmu di SMKAF, dengan asbab dia nak ikut Abang Amjad bersekolah di sekolah yang sama. Namun, rezeki Amjad menuntut ilmu di SMKAF tak lama, kerana dia tidak betah tinggal di asrama dan tak betah duduk berjauhan daripada keluarga. So, Angah (Mommy) pindahkan Amjad ke sekolah harian di Kuantan. Tinggallah Ajmal bersendirian di SMKAF.  😢 Tapi Mama yakin Ajmal akan survive sebab dia berjiwa kental. 

Hari lapor diri ke SMKAF pada 16 Mei 2022.
Posing dah macam gaya masuk sekolah tentera 😂😀
Depan koperasi hari pertama daftar Tingkatan 1 😄
Koperasi ini akan pasti menjadi tempat yang selalu dikunjungi selama mana Abang belajar di sini...
  
  
Pernah beberapa kali Mama tanya Ajmal sama ada dia nak pindah balik bersekolah di Johor Bahru. Pernah juga dia setuju, tetapi akhirnya dia buat keputusan untuk tetap bersekolah di SMKAF atas faktor dah selesa dengan suasana di SMKAF dan telah kenal kawan-kawan dan abang-abang senior. Mama dan Baba sokong apa sahaja keputusan Abang. Mama yakin itu keputusan terbaik.

Nuha dah Darjah 5. Semakin dewasa dan matang. Dah pandai bergaya... Kalau nak keluar tu, menggayakan shawl saja pun hampir satu jam 😄   Nuha seorang gadis yang serius. Wajahnya selalu berkerut dan masam je... Bercakap dengan orang macam nak ajak gadoh... 😅 Berbeza sangat dengan karakter dia semasa kecik dulu. Bila Mama tengok semula semua video Nuha masa kecil, rindunya pada keletah dia yang comel. 


 

Nuha pun selalu menyatakan hasrat dia nak ke sekolah berasrama penuh. Mama memang nak anak-anak ke asrama, sebab Mama bekerja, tak sempat memantau anak-anak sepanjang hari. Keberadaan kalian di asrama menjadikan anak-anak lebih berdikari, jadual masa untuk kehidupan harian dan ulangkaji yang lebih teratur. 

Kalau duduk rumah, memang masa banyak habis main game, tengok TikTok, tengok YouTube, tengok Netflix...Mama pun tak terpantau sebab Mama pun tengok Netflix juga 😅😁

Last posting about Atif, masa tu dia baru 5 tahun, baru masuk Tadika Al-Amin. Sekarang ni Atif dah Darjah 2. Dulu dia lemah lembut dan malu-malu, sekarang ni nakal yakmat dan suka menyakat Mama dan Kakak Nuha... Main game jerrrr.... habis bateri HP dia, dia kidnap HP Mama. Bab study, ke lauttt... 😅  Darjah Dua tapi masih belum lancar baca jawi...mengaji pun masih Iqra' 4. Mama risau sebab kalau nak bandingkan dengan Abang Ajmal dan Kakak Nuha, Atif sedikit lambat dari segi akademik...tapi tak elok bandingkan keupayaan anak-anak kan... Setiap anak ada kelebihan masing-masing. 

Atif nampaknya lebih meminati sukan dan lasak menurun Baba. Atif goalkeeper untuk Team U8 Kelab Bola Sepak Kampung Melayu Football Academy (KMFA) dan Kelab Setia Darul Takzim (SDT). Dia minta dengan Baba nak jadi goalie sebab penat berlari kejar bola. Goalie tunggu bola datang je 😆😁

Gaya Mutu Keunggulan 😂😆


Semoga anak-anak membesar sihat walafiat, menjadi anak soleh dan solehah, bahagia di dunia dan di Akhirat, Insyaa Allah, aaamiiiin. 💞

Ahad, 24 Mei 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441H ~ CovEidulfitri 2020

Assalamualaikum Dear Diary...

Kenangan menyambut hari raya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).   


                                           
           
Acara yang paling ditunggu-tunggu 😀😁


Mama masak nasi dagang, kari ayam, gulai ikan tongkol, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, sambal bilis dan puding karamel. 

Jiran-jiran berkongsi juadah macam-macam... Kak Ton bagi Lontong dan Ayam Merah, Kak Fati bagi Nasi Tomato, Kak Muzana bagi jugak, tapi Mama dah lupa dia bagi apa 😅
Mama balas semua juadah jiran-jiran dengan nasi dagang. Mama dah standby masak banyak.

Selesai sesi makan, sesi bagi duit raya, takde apa nak buat dah...sesi menonton TV je lahhhh...

Maka berakhirlah sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 yang akan dikenang sampai bila-bila.

Ahad, 17 Mei 2020

Ramadhan Kareem 1441H / 2020 ~ Minggu Ketiga

Assalamualaikum Diariku Sayang...

Minggu ketiga dah kita berpuasa. Minggu lepas rasa macam dah lama sangat berpuasa. Minggu ni rasa macam cepatnya pula nak habis bulan Ramadhan, sayu rasanya... 😢

Misi khatam Al-Quran nampaknya tak berjaya juga tahun ni. Kiraan nak habiskan 4 halaman setiap kali lepas solat fardhu, adakalanya tak berjaya dilaksanakan. Kalau hari bekerja, memang tak sempat nak baca Quran sampai 4 halaman. Lama sangat duduk surau, nanti orang ingat kita tidur pulakkk... memang selalu jugaklah tertido, lama pulak tu.. 😬

Baju raya beli online semua dah sampai. Alhamdulillah, semua muat, tak perlu tukar-tukar. Pembeli happy, penjual pun lega 😊. Seperti raya tahun sebelum dan sebelumnya, Mama beli baju raya online dengan trusted seller Masliza Mahram a.k.a Jaja. Tema kita tahun ni warna kelabu. Walaupun tak dapat balik kampung 😭😭😭, at least semangat beraya tu mesti ada. Nak ada semangat dan feel raya, baju raya baru mesti ada. Sepasang cukuplah...

Nikmat menyambut hari perayaan tu mesti ada, walaupun cara kita meraikannya berbeza. Sebelum ini, kita menyambutnya bersama-sama keluarga besar di kampung. Tahun ini, kita meraikannya bersama keluarga kecil kita sahaja. Secara tak langsung membuatkan kita lebih menghargai ibu ayah, adik beradik dan sanak saudara. Sebab tu bila balik kampung, usahalah menjenguk semua saudara mara yang jauh atau dekat, yang bau-bau bacang atau yang takde bau. Kita tak tahu bila kita atau mereka akan meninggalkan dunia fana ini selama-lamanya.

Ingat ye Ajmal, Nuha dan Atif... Esok-esok bila Mama dan Baba dah tiada di dunia ini, terus jalinkan silaturrahim dengan semua pak sedara, mak sedara, sepupu sepapat, sedara mara jauh dan dekat...dalam dunia ini yang paling penting adalah institusi kekeluargaan. Kukuh institusi keluarga, kukuhlah masyarakat, kukuhlah Islam, Insyaa Allah.

Minggu ketiga berpuasa, mood memasak ke lautttt dalam...rasa macam dah abih menu Mama masak 😅. Jadi faham-faham je lah, kalau ada hari yang Mama tak share kuih-muih atau juadah tu, maksudnya kita order online je lah kat kawan-kawan Mama yang berjualan sepanjang Ramadhan ni...

Jom recap juadah kuih-muih yang Mama telah sediakan sepanjang 15-21 Ramadhan ✌💪


15 Ramadhan 1441H ~ 8 Mei 2020


Taraaaaaa...Kuih Bakar Pandan yang marvelously delicious. Mama akan repeat lagi kuih ni sebab teramatlah sedap dan berlemak. Mama cuba resipi Puan Malina LiNa Pg. Boleh tengok secara live beliau buat kuih ini di SINI.


16 Ramadhan 1441H ~ 9 Mei 2020
Hari malas sedunia...lagipun anak-anak request nak makan fast food. Elok sangatlah, Mama pun tak berapa rajin sangat nak masak hari ni, jom order online. Undian majoriti oleh anak-anak, nak McD. Nek Ton bagi nasi kerabu sepinggan, Alhamdulillah..dapat juga makan nasi kerabu. Memang dah lama teringin nak makan nasi kerabu, tapi nak buat sendiri tu, semangat belum mari..hrmmmmmmm...😏. Dah hampir sangat waktu berbuka, Ayie anak Kak Ton bagi salam sekali lagi, dapat lagi juadah berbuka, sepinggan donut. Ya Allah, donut dia lembuttttttttttnyaaaaaaa... tak cukup sebiji sorang 😂😂😂


17 Ramadhan 1441H ~ 10 Mei 2020
Disebabkan masih teringat-ingat kenangan donut lembut semalam, Mama mengumpul semangat untuk mendonut hari ini. Mama minta resipi donut dengan Nek Ton, tapi dia bagitau donut semalam tu, Angah (anak dia) yang buat. Mama pun terus wasap Angah, minta resipi.

Untuk makluman ye... Mama memang seteru mak bapak dengan donut ni. semua resipi donut Mama cuba, tak pernah jadi. Ada yang liat, keras, doh tak naik, macam-macam lagi kenangan mendonut. Mama nak cuba buat resipi yang Angah bagi ni, kot-kot la kali ni menjadi...

Uli punya uli, lepas tu peram 45 minit, lepas tu bulat-bulatkan, peram lagi 10 minit. Doh naik cantik, lembut. Then, lepas goreng, permukaan luar donut macam rangup, isi dalam pula sedikit berat dan liat. Cengitulah terjadi setiap kali Mama mendonut. Gagallllll.....

Permukaan luar donut rangup. Lapisan dalam nampak penuh dan bila makan, rasa macam banyak gandum dan berat. 


18 Ramadhan 1441H ~ 11 Mei 2020
Hari ni Mama kerja di pejabat, tapi Mama balik awal jadi sempat untuk sediakan juadah berbuka. Mama mendonut lagi... Mama belum putus asa. Mungkin sebab kesalahan Mama menguli agaknya. Mungkin tempoh menguli yang sekejap, tangan lenguh. So, hari ini Mama menguli doh menggunakan Blender Panasonic Multipurpose. Namunnnnnn, sama juga hasilnya...


Hasilnya sama macam donut semalam jugakkkkk....

Mama dan donut tiada jodoh. Mama sampai call kawan yang terer bab baking membaking ni untuk minta nasihat dia. Ada beberapa tips yang beliau kongsikan yang Mama akan cuba next time apabila mendonut. Terima kasih Yusmaliza Yusoff, panggilan manja Kak. Buat masa sekarang ni, Mama hold dulu percubaan buat donut, Mama kena bertenang dulu... ngeeeeeeeee 😞 


20 Ramadhan 1441H ~ 13 Mei 2020

Tadaaaaaaa..... Puding Karamel.

Teksturnya lembut, cair di dalam mulut, berlemak dan berkrim, disukai ramai... 😁 Manis terlebih sudahhhh... respon Nuha, "delicious, kakak suka sangat. Tapi takleh makan banyak, boleh kena potong kaki ni..."
😂😂😂😂😂

Mama cuba resipi yang kawan Mama sharekan dalam group WA kawan-kawan sekolah menengah..

Bahan2:
8 butir telur
Susu cair setin
Susu pekat 1/2 tin
1-2 tepung kastard ( kalu nok buh) - masa bubuh dia jangan sapa berketul
1 sudu kecil esen vanila
5-7 sudu gula utk karamel.

Cara buat:
1) kacau gula utk karamel atas api sederhana,  kacau smpi cair & perang tutup api, letak tepi dulu.
2) Campur semua bahan,  kacau/whisk la sebati.. Kak royak kacau semeta jah. Kacau manja jah. Kalu kacau sapa berbuih, nati puding kita akan berlubang-lubang. 🤭
*** (tambah air 1/3 tin kalu x sey manis sgt)
3) tapis adunan masuk dale loyang.
4) boleh la kukus anggaran 10-15 min..api sederhana
(ambo paka pressure cooker masak lebih krg 15 minit)
Tunggu sejuk barulah terbalik dale pinggan.. Tunggu masuk waktu buko baru boleh make deh😉😝😝🤭

Haaaaa...tu dia resipi Mama copy paste je dari grup. Resipi versi loghat Kelatey 😀😃😄

Puding ni bagi Mama terlebih manis, so next time Mama akan tambahkan air 1/3 tin.


21 Ramadhan 1441H ~ 14 Mei 2020
Giliran Mama bekerja di pejabat. Mama terpaksa balik selepas berbuka puasa kerana komitmen kerja yang tak dapat dielakkan. Baba yang uruskan semua urusan berbuka di rumah. Terima kasih Baba 😘😘😘


Done minggu ketiga Ramadhan 1441H. Insyaa Allah, jumpa lagi di minggu hadapan... tata 👋👋👋

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP