Sabtu, 26 Mei 2012

Innalillahi wainna ilaihi rooji'un..

Setelah sekian lama Mama meng'ignore'kan diary ni, hari ini Mama terpanggil untuk mencoretkan kenangan yang akan Mama kekalkan di sini, untuk tatapan anak-anak Mama, Ajmal dan Nuha.

Tanggal 20 Mei 2012, nenek kamu berdua telah kembali ke Rahmatullah.. Ajmal mengenali ibu Baba dengan panggilan nenek eng ong (akan Mama kongsikan cerita bagaimana nenek dpt gelaran tu..). Nuha pula memang tak akan sempat mengenali nenek eng ong krn tatkala Nenek menghembuskan nafas terakhir, Nuha baru berusia 7 bln.

Namun, adakah Ajmal akan mengingati rupa paras Nenek? Mama kurang pasti.. kerana ketika cucu2 nenek yang lain beramai2 baca Yaasin utk nenek, Ajmal pulak sibuk main babylade dan kunyah gula2.. dan ketika cucu2 nenek yang lain mengucup dahi nenek utk kali terakhir sebelum dikafankan, Ajmal pula menangis minta Mama dokongkan krn takut pocong..~pengaruh slot Seram @ TV3~

Bagaimana nenek dpt gelaran nenek eng ong? Sebenarnya, nenek~ibu Baba~ mengalami masalah pendengaran semenjak terlibat dalam beberapa siri kemalangan motosikal. Arwah tak dapat mendengar langsung segala apa bunyi sekalipun.. namun, arwah selalu mendakwa yg beliau ada mendengar bunyi2 makhluk yg mendatangi beliau sewaktu malam, kadang-kadang siang pun dia dengar jugak. Kami selalu bertanya arwah bunyi macam mana yang dia selalu dengar tu.. Arwah jawab, "bunyi eng ong, eng ong..." Bermula dari situlah arwah nenek dikenali oleh Ajmal dengan nama nenek eng ong...

Waktu Mama nak post entry ini, Mama menyelongkar koleksi gambar-gambar untuk di'insert'kankan bersama, barulah Mama sedar...tiada satupun gambar Nenek yang Mama snap, samada gambar dia sorang ataupun bersama kamu berdua. Kenapa tiada? Adakah Nenek tidak begitu fotogenik sehingga Mama tak ter'snap' gambar dia.. sebenarnya Nenek kamu berdua ni cantik orangnya. Walaupun dah berumur, kulit dia halus licin tanpa sebarang parut jerawat atau jeragat pun..ini menandakan yang semasa muda beliau lebih cantik. Kalau tak, takdelah sampai semua orang lelaki di Kg. Seligi, Pasir Puteh tergila-gilakan arwah. Walaupun telah berumur, Nenek tetap jaga penampilan, malah dia lah yang mengajar Mama supaya pakai krim Nivea untuk mengelakkan 'sunburn'... :) 

Walaupun tak banyak kenangan yang Mama cipta ketika Nenek masih ada, namun Nenek meninggalkan satu harta yang tak ternilai untuk kita semua iaitu..... Baba.

Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang Soleh...Amiiiiiiiin.

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP