Memaparkan catatan dengan label Home Sweet Home. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Home Sweet Home. Papar semua catatan

Selasa, 14 April 2026

KABINET DAPUR BERWAJAH BARU 😍

Mama kan beli peti ais baru... Peti ais baru ni tak muat nak masuk kat ruangan slot kabinet peti ais lama... 

Tersembul kat depan kabinet. Tak boleh masuk.
Kalau nak buka laci kabinet, peti ais kena tolak ke tepi.
Keraplah Mama menolaknya sebab boleh πŸ˜‚... dia ada roda  

Mama pun mengadulah kat Baba, disebabkan peti ais kerap ditolak ke kiri ke kanan, Mama dengar bunyi macam cengkerik kat belakang peti ais, sebelum ni takde bunyi apa-apa. Peti ais ni inverter, so dia senyap je..2-3 hari selepas guna, Mama dengar ada bunyi krik-krik kat belakang peti ais tu... So, Mama risaulah asbab asyik ditolak ke sana sini, peti ais cepat rosak πŸ˜…

So, 10/4/2026, Baba buatkan kabinet baruuuuuu 😍. Baba ubah design kabinet supaya peti ais muat masuk kat tempat asal. Dulu ruangan storage dan laci sama besar ukurannya di sebelah slot peti ais. Sekarang, kena kecilkan ruang storage untuk muatkan peti ais tanpa perlu mengubah semua kabinet di ruangan dinding dapur.

Disebabkan sekarang IN warna kabinet dapur warna cream or beige, Mama pun requestla nak warna cream atau coklat cair gitu. Baba pun setuju sebab stok papan warna seperti yang Mama request, available kat bengkel.

Petang 11/4/2026, kabinet baru siap dipasang. Heh, cepatnyaaaa...Mama suka, Mama suka πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ 

Body dah siap pasang, pintu belum ada πŸ˜…
Sebenarnya kabinet ini awal kejadiannya warna merah. Design asal macam ni πŸ‘†
Kemudian tukar warna dark grey. 


Dah siap pasang pintu. 😍
Sebenarnya Baba nak tukar juga pintu kabinet sebelah tu dari warna dark grey ke warna cream.
Tapi Mama tak kisahlah kalau kekal macam ni pun. Tak payah buang duit tukar pintu baru.

Untung bersuamikan Baba yang pandai buat perabot ni kan... πŸ˜πŸ˜€πŸ˜‰ Kali ini, cepat juga proses dan tindakan dia. 😌 

Namun, kebiasaannya, memang lambatlah rumah sendiri nak siap. 😌😬 Mama ada bagi modal bulan 9 tahun lepas, untuk buat katil double decker bilik Ajmal dan Atif... dan wardrobe bilik depan, tapi sehingga kini senyap sunyi tanpa berita. Bila ditanya bila akan siap, Baba jawab...sabar, kerja tengah banyak...huuuuuu... 😏😌 

Isnin, 28 Mei 2018

Meja Makan Tatami DIY

Assalamualaikum Diari Mama,,,

Hari ini Mama cuti, kerana perut meragam seawal jam 2 pagi tadi menyebabkan Mama kurang tidur. Selepas siapkan juadah sahur dan selepas kejutkan Baba dan anak² sahur, Mama terus menyapu Ameltz Yoko Yoko di seluruh perut dan belakang. Inilah bahana makan lontong selepas balik solat terawih semalam. Mama memang tak boleh makan banyak di waktu malam lebih² lagi di bulan puasa ni sebab makan yang terlebih tu boleh menyebabkan perut sebu, pedih ulu hati dan sakit belakang yang Mama tak tahu nak cerita sakitnya macam mana... Adakalanya Mama terlampau sakit sehinggakan Mama terpaksa memuntahkan semua isi perut untuk kurangkan kesakitan. Kebiasaannya cara itu berkesan...tapi amat memenatkan. πŸ˜«πŸ˜–

Lebih kurang jam 10, sakit mula berkurangan dan Mama dah boleh berjalan tanpa membongkokkan badan lagi, timbul satu idea bernas ~bernaslah sangatttt~ untuk follow Baba ke bengkel dan minta dia buat (bukan Mama buat sendiri πŸ˜…πŸ˜‹) meja kat ruang tamu. Meja ruang tamu yang sedia ada sebelum ni, Mama pindahkan ke dapur. Meja yang akan Baba buat ni custom made yang sesuai dengan kecomelan dibaca kesempitan πŸ˜‰ ruang tamu rumah kita.

Sebelum tu kami singgah kedai hardware, Baba beli kaki meja. Akhirnya kami pilih kaki meja jenis tatami. Kaki meja ni boleh dilaraskan tinggi rendahnya. Di Jepun, kebanyakan meja makan guna kaedah ini sebab senang untuk dilaraskan sesuai dengan keadaan. Kalau nak makan di atas meja yang ketinggiannya standard meja biasa, kita boleh tinggikan. Kalau nak bersila, boleh rendahkan. Excitednya tengok Baba siapkan meja ni. I can't wait to see the outcome.  Mama cengini 😎, tukang tengok. Baba cengini πŸ’ͺπŸ’ͺ, tukang buat. Hihihiii...


Proses menyediakan top meja.
Tebuk lubang di tengah² top meja untuk ruang butang laras kedudukan meja.
Formica yang akan dilekatkan di atas top meja disapu gam.
Top meja juga disapu gam.

Proses melekatkan formica di atas top meja.
Inilah kaki meja yang dipanggil tatami atau di resit pembelian ditulis Japanese Table Lift (Auto)

Proses memasang kaki meja di atas pelapik kayu untuk support kaki meja supaya lebih stabil.

Pekerja Baba tu nama dia Arif, dari Bangladesh... Tapi dia lebih cerah sikit daripada Baba. Siapa sebenarnya dari Bangladesh ni... πŸ˜„πŸ˜


Tadaaaaaa... Meja Tatami Mama sudah siap. 
Baba mula buat pukul 1.30 tengahari, siap lebih kurang pukul 3.15 petang. Bravo Zulu Baba πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ. Tahniah juga buat Mama kerana sabar menunggu... 😌😌😌

Di ruangan inilah Si Tatami diletak. Ruangan santai boleh, ruang makan tetamu pun boleh... 

Mama pun nak jugaaaaaaaakk.. 😎😍😚


Selasa, 22 November 2011

My Wish List # My Favourite Space-Ep. 2

Deco kat ruangan bawah tangga tu dah siap. Walaupun tak 100% sama macam draft pertama, tapi function di ruangan ini masih sama. Mama masih ada ruangan untuk menyusun koleksi novel yang Mama sayang. Ruangan storage pun banyak. Sekarang nak fikir setee yang sesuai untuk diletakkan kat ruangan ni.. ;)

Rabu, 25 Ogos 2010

My Wish List # My Favorite Space - Ep. 1

Standard rumah teres 2 tingkat, mesti ada ruangan kat bawah tangga, rite... Kadang-kadang, ruangan tu dijadikan sebagai stor penyimpanan. Rumah yang Mama beli ni, ada ruangan tu jugak, tapi takde stor. Kosong je... tuan rumah lama letakkan akuarium kat ruangan tu...blup, blup, blup...

So, Mama mencadangkan supaya kat ruangan bawah tangga tu dijadikan ruangan bacaan...Baba setuju aje. :) Baba terus draw pelan interior... huhuhu...  ;)
When my favorite space has been completed, I hope it will look perfect.
That space will be crammed full of these... and more!!
~Koleksi ni Mama kumpul sejak zaman UIA dolu-dolu. I used to 'lepak' at Mamak Bookstore Central Market, (introduced by my friend, Junida or.. Syikin or.. Naja  :x  ). Read, rent and bought a second-hand, third-hand and even eleventh-hand books at cheaper price. Tapi masih elok lagi sebab Mama jaga elok-elok, siap wrapping ngan plastic wrapper yang tebal gitu... Sampai sekarang masih tersusun rapi dalam display cabinet Ummi kat Kg Bujok.  :p ~

Tapi selagi tuan rumah lama belum pindah, selagi itu lah, Mama's Favourite Space ni nggak bisa dizahirkan...waduuuuuhhhhh!! ~Mama's latest favorite serial drama: "Para Pencari Tuhan"...ditayangkan di Astro Oasis 106. Kelakar giler! Can't stop laughing watching this sinetron.~  

~to be continued in episode 2~ :p

Isnin, 26 April 2010

Bilakah???

Hari ni Mama dah dapat surat from Bahagian Pinjaman Perumahan bahawa cek bayaran baki harta kepada penjual dah diterima oleh pihak lawyer... Meaning, x lama lagi Mama dah boleh pindah rumah baru la. Tapi, kena tunggu jugak Salmi (owner) siap renovate rumah baru dia dulu.. hmmm...lambat lagi ke?

Mama dah x sabar nak dok rumah sendiri... banyak idea2 renovation lam kepala otak Mama ni. Area bawah tangga, Mama nak buat rak buku, dan jadikan ruangan tu ruang bacaan, letak my most beloved books dalam rak cermin berkunci. Boleh kata ruang tu akan jadi ruang Mama la...

Dalam bilik, buat wardrobe kaler putih. Kitchen cabinet Salmi yang lama dah ok, cuma maybe Mama akan tukar style pintu or it's colour...Ruang dry kitchen maybe akan diubahsuai jadi tempat makan tetamu... waaaaaaa, x sabarnyeeeeeee...

Nasib baik Baba pandai buat semuanya sendiri. Kalau tidak melayang la duit puluh2 ribu lagi nak buat all the renovations. Untung gak kawin ngan orang reti bertukang. Hmmmm, baru Mama ingat, dulu2 masa time sekolah, Mama suka mengubah kedudukan perabot lam bilik. Minggu ni, katil sebelah sini, meja study dok sudut sana. Sat gi, katil dok sebelah sana pulak, meja study kat sudut sini. Meja study pun Mama ubahsuai jadi meja dan rak buku sekali, kreatif gak Mama ni walaupun rak tu senget benget... Time tu, mama selalu fikir, bestnya kalau suami Mama nanti tau buat perabot sendiri, tau interior design nih... x sangka pulak, dapat suami yang cengitu..

Moral of the story... bagi yang belum kawin tu, impikan lah bakal suami anda jutawan ka, hartawan ka sebab kemungkinan besar anda akan dapat apa yang anda impikan tu... renung-renungkan dan selamat berimpian... :p

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP