Memaparkan catatan dengan label my lovely family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my lovely family. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Disember 2024

Selamat Tinggal Papa 😭😭😭

Selamat tinggal Papaku sayang...

Papa telah kembali ke Rahmatullah pada 25 November 2024, jam 12.36 pagi. Mama terima panggilan Mommy lebih kurang jam 12.45 pagi. Mama terkedu dan menangis, tak tahu nak buat apa selama 10 minit... Kemudian, bila fikiran kembali waras dan tenang, Mama terus bagitau Nuha untuk kemas apa yang patut. Kita kena balik kampung sekarang juga.

Baba dan Atif ke KL, ada games. Mama call Baba berkali-kali nak bagitau Mama nak balik kampung dulu sebab tak sempat tunggu mereka balik dari KL. Rupa-rupanya, Baba dah sampai JB masa tu tapi dia tak dengar Mama call. After 30 minutes lebih kurang, Baba return call dan bagitau tunggu kat rumah, kita balik sama-sama. Lebih kurang jam 2.30 pagi, kami gerak ke sekolah Ajmal. Selesai urusan mohon kebenaran warden untuk bawa Ajmal keluar asrama, kami gerak balik ke Kelantan jam 2.45 pagi. Kami sampai kampung lebih kurang jam 1 tengahari. Urusan pengebumian selesai jam 3 petang.

"Ya Allah, tempatkanlah roh arwah Papaku di kalangan hamba-hambaMu yang soleh dan beriman. Luaskanlah tempat pembaringannya seluas saujana mata memandang. Ringankanlah siksaan kuburnya. Semoga bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang Along baca sampai terus kepada Papa. Semoga Al-Mulk yang Along baca menerangi Papa di alam sana, Insyaa Allah, aamiiiiiin YRA." 😭







Kami 7 beradik akan selalu ziarah pusara Papa... setiap kali balik kampung.. Kami janji.

Selasa, 2 Julai 2024

Papa ~Tok Pa~ πŸ’ž

Lama dah Mama berhenti menulis di sini... 

Tapi terpanggil untuk menulis semula bila banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup ini yang memerlukan ianya dicatat untuk kekal dalam ingatan.

Coretan ini tentang Papa.. cucu-cucu panggil Tok Pa..

Setelah hampir setahun juga Tok Pa batuk berdarah dan keluar darah melalui hidung, dan bila kelenjar leher Tok Pa membengkak pada 9 Januari 2022, Mommy bawa Tok Pa ke HUSM untuk buat ct scan

Pada 23 January 2022, doktor diagnose Tok Pa kena kanser hidung. Bermulalah sesi rawatan chemo sebanyak 16 kali. Setelah habis sesi chemo, doktor nak sambung buat radiotherapy, tapi kanser dah spread ke paru-paru. Jadi tak boleh buat radiotherapy.

Doktor nasihatkan untuk sambung sesi chemo, tapi Tok Pa enggan buat chemo lagi. Dia penat. Dia dah tak nak rasa tak bermaya dan hilang selera makan.  Doktor faham sebab Tok Pa warga emas. Kalau orang muda doktor tak akan beri pilihan lain selain untuk teruskan sesi chemo. Disebabkan Tok Pa dah lanjut usianya, jadi doktor bagi pilihan untuk makan ubat sahaja. 

Sepanjang tahun 2023, Tok Pa memang sihat, selera makan pun bertambah sebab dah berhenti chemo. Masa Tok Pa mula-mula kena kanser, dia jual semua lembu peliharaan sebab tak mampu untuk jaga. Tapi, bila dah sihat ni, dia beli semula lembu-lembu. Dia mula berkebun semula. Pergi mana-mana pun, dia drive sendiri. Masa chemo, aktiviti ke surau terhenti. Tapi lepas dia sihat semula, setiap kali masuk waktu, mesti akan pergi surau dengan Nek Mi...mcm dulu-dulu...

Awal tahun 2024, Tok Pa alami masalah dengan mata. Semua objek dia nampak 2, jadi sukar untuk dia bergerak dan buat aktiviti harian bila semua objek yang dia lihat akan ada sepasang. Kalau naik motosikal, jalan akan nampak dua. Bila ke HUSM, doktor pun tak boleh sahkan samada masalah mata Tok Pa ni berpunca daripada kesan kanser atau penyakit baru yang timbul. So, Tok Pa letakkan kertas hitam menutup sebelah cermin spek mata dia. Bila guna sebelah mata sahaja, barulah benda tak jadi double..

19 Mei 2024, Tok Pa sakit kepala yang sangat kritikal sehingga doktor mengesahkan Tok Pa kena strok. Tapi sebab Cik Nor sempat bawa Tok Pa ke hospital cepat, badan, kaki dan tangan Tok Pa boleh pulih seperti sedia kala. Cuma, percakapan Tok Pa sahaja yang terjejas, jadi pelat, lidah seolah-olah jadi pendek, tertarik ke dalam. Biasanya begitulah kesan pesakit yang kena strok kan...

Mama cuba kerap balik kampung untuk jenguk Tok Pa dan Nek Mi. Nasib baik ada Cik Nor yang tinggal bersama Tok Pa dan Nek Mi di kampung dan Cik Anim yang tinggal di Pengkalan Chepa...















Khamis, 3 Ogos 2017

Tokpa dan Nekmi ke Tanah Suci menunaikan haji

Assalamualaikum...

Sebelum cerita dan kenangan ini menjadi terlebih basi, baik Mama cepat-cepat tulis di sini... πŸ˜‰

Tanggal 30 Julai 2017 yang lepas, kita sekeluarga mengiringi Tokpa dan Nekmi yang berpeluang menjadi tetamu Allah tahun ni, menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah.. Alhamdulillah... iring sampai Kompleks Islam Panji jerrr.... πŸ˜†

Sehari sebelum itu, keluarga kita buat kenduri doa selamat. Ajak jiran-jiran dan orang Kampung Bujok, Kampung Gabus bertahlil dan solat hajat. Pagi tu semua datang tolong keluarga kita masak. As usual, orang-orang kuat seperti Mokcik Nah, Mok Yah Kolam, Mok Yah Parit, Moksoh, Mokcik, Mok Lang, Cik Ma, Mok Long mesti ada tiap kali keluarga kita nak buat makan-makan. Itu tradisi gotong royong dan tolong-menolong yang belum pupus di kampung kita. Semoga terus berkekalan amalan mulia ini.

Syukur semua urusan Tokpa dan Nekmi ke Tanah Suci dipermudahkan, berjalan lancar tanpa ada masalah visa ataupun masalah lain-lain. Semoga Tokpa dan Nekmi sihat walafiat di sana dan dapat menunaikan ibadah tanpa sebarang masalah. Insyaa Allah.

Mama pejam mata la pulokkkk...
Mommy nampak sekerat la pulokkk...



Khamis, 26 Januari 2017

CUTI-CUTI SEKOLAH TAHUN 2016


Mama sedang scroll gambar-gambar di laman facebook yang memaparkan gambar-gambar percutian kawan-kawan Mama yang berkongsi cerita tentang kegembiraan mereka bercuti samada di dalam negara atau pun di luar negara. Nuha pun menempel di sebelah Mama dan turut melihat...

Nuha : Mama, siapa tu? Siapa budak² tu? Diorang pegi mana tu?

Mama : Kawan² Mama, budak² tu anak kawan Mama laa... Diorang pegi bercuti, pegi Australia, Korea, pegi pantai, pegi pulau..

Nuha : Seronoknya diorang tu... Kakak ni asyik pegi Maslee, Petron, Econsave jerrrrr....

Mama : (Gelak guling²) Kita pegi Melaka, kita pegi KL tu kakak tak ingat ke... Ohhhhh anak-anakku...

So, cuti sekolah tahun 2016, Baba dan Mama bawalah anak² bercuti ke Pulau Langkawi. Nak bawa bercuti ke oversea memang tak mampulah kan... Oklah, bolehlah, jauh sikit dari Maslee, Petron dan Econsave tu.


First time anak² naik feri. Atif memanjat tingkap feri, excited tengok lautan luas.

@ Waterpark Langkawi.

Waterpark jugak..

Waterpark lagiiii....

On the way ke Langkawi SkyCab, singgah Petronas pump station kat tepi laut yang ada banyak kapal layar. Kita wefie dulu. Nuha tu meragam sebab mengantuk.

We are in the cable car. Masa naik Mama steady je...time turun, nasib baik tak berlaku tragedi muntah...huhuhuuu

Wefie at the peak of Machincang Mountain.

Masa ni sedang tunggu giliran nak naik Sky Cab aka cable car. Beli tiket pukul 9.30, giliran naik cable car pukul 11.30. Memang lepas ni kalau datang Langkawi lagi, tak yah datang lagi sini. Kita pegi tempat lain pulak.

Sebenarnya dekat Panorama Langkawi Sky Cab ni bukan setakat boleh naik cable car, banyak lagi aktiviti lain. Mama dah lupa kitorang ambik pakej mana, tapi yang ada aktiviti naik cable car, 3D Museum, SkyRex, Skydome. Sampai pening nak muntah Mama menghabiskan aktiviti² tu. Kalau tak masuk, rugilah sebab dah bayar tiket.

Tapi, aktiviti yang tak payah bayar tiket (cuma habis juga duit beli carrot) juga yang anak² paling suka. Sampai dua kali masuk. Baba pun jadikan tempat tu pot dia rehat sementara menunggu Mama dan anak² masuk SkyRex. Baba temankan Atif sebab children below 3 years old takleh masuk SkyRex.


Inilah tempat yang menjuarai carta tempat yang paling disukai di Langkawi SkyCab. Lain kali kalau datang sini lagi, tak payah beli tiket, beli carrot je, suapkan arnab makan. Sukahati arnab² kat sini. Melantak je...gemoks² semuanya.

Tapi, kalau mengambil kira preference Ajmal tentang where is the best place among all, dia memang vote tempat ni. Salah satu aktiviti yang ada kat Waterpark Langkawi. Virtual game dia menembak jet² musuh. He non-stop expressing his excitement and asked Baba to go there again which is ignored by Baba. Ye lah....nak kena bayar beratus hengget lagi semata² nak main benda tu. Jangan haraplah kan...

Satu lagi aktiviti yang anak² suka sangat adalah mandi kat swimming pool yang ada di hotel tempat kami menginap. Kalau dah masuk pool, sampai kecut , menggigil² pun tak nak keluar lagi. Tak payah pergi tempat lain pun takpe.



Nak balik dah....


Selamat tinggal Pulau Langkawi. Next time kalau ada rezeki, kami datang lagi.

Rabu, 23 November 2016

Tahniah Abg Ajmal!


Alhamdulillah, syukur Ya Allah...

Permulaan yang baik untuk anak Mama Muhammad Ajmal Mirza. Keep it up Abang Ajmal. :-*

Mama selalu berdoa abang jadi anak soleh yang terdidik dengan ilmu agama. Kalau tak berapa cemerlang dalam ilmu akademik pun takpe sebab yang paling penting adalah ilmu agama. Namun, kalau cemerlang dlm pelbagai ilmu, itu adalah bonus.

Semoga Abang Ajmal dirahmati Allah selalu dan sihat walafiat. Itu doa Mama....



Dapat tempat ke-3 di sekolah kebangsaan

Tempat ke-4 di sekolah agama


Not to forget your idola Abang Amjad pun cemerlang juga... Abang Amjad dapat tempat ke-2.



Semoga anak² Mama semuanya terus cemerlang di dunia dan di akhirat, Insyaa Allah.

Mama will always love you Abang²! 😍😘

Sabtu, 7 Mei 2016

Sepupu-sepupu baru.


Mama dapat anak saudara baru lagi.... maksudnya Ajmal, Nuha dan Atif dapat sepupu baru lagi... :x

Sebenarnya, tahun ni Mama dapat dua orang anak saudara baru...Baby boy Cik Anim lahir pada 19/1/2016 diberi nama Che Wan Aqil. Baby girl Mommy Amjad pula lahir pada 19/4/2016 diberi nama Nur Zulaikha Hani.

Che Wan Aqil bin Che Wan Aimi

Nur Zulaikha Hani binti Muhammad Aiman

Membesarlah anak²ku menjadi anak soleh dan solehah.

Ahad, 2 Ogos 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 - Hari Kedua


Sambungan cerita Hari Raya di hari yang ke-2... :p

Setiap tahun, hari raya kedua adalah hari perjumpaan keluarga besar Haji Abdul Rahman. Kali ni perjumpaan di rumah Pokcik Zain di Kg. Kuala Kelar.

Pada perjumpaan kali ni juga, Mama dengan gelenyanya mencadangkan diri sendiri untuk menjadi Setiausaha memandangkan setiausaha persatuan keluarga sebelum ni iaitu Faizal Ayah Long sukar membahagikan masa dengan karier beliau sebagai tok imam... Maklumlah, hari raya, mesti ramai orang yang nak kawin, tok imam wajib ada untuk majlis akad nikah. Jadi memandangkan setiap tahun Faizal akan terikat dengan jadual sebagai imam, maka Mama gantilah dia jadi Setiausaha...

Pada perjumpaan yang sebelum-sebelum ni, Mama rasa macam takde fungsi sangat. Jadi agenda utama adalah datang, jumpa sanak saudara, menjamu selera...dah, itu aje... Tapi kali ini, Mama rasa ada jugaklah pengisiannya sebab dah jadi Setiausaha ni... kerja ambik kehadiran, catat minit mesyuarat, buat minit mesyuarat setahun sekali. Tak habis-habis dengan minit mesyuarat. Kat pejabat pun kena catat minit mesyuarat, hari raya pun kena catat minit mesyuarat jugak lagi... padan muka Mama, sape suruh calonkan diri sendiri... :-S
Tapi takpe, Mama suka. Ini sedikit bakti Mama kepada keluarga yang disayangi ni. :-*

Apapun, gambar tetap ada....di mana-mana pun sempat bergambar... GGG (Geng Gila Gambar) :D

 
Antara keluarga yang terawal sampai.... jom tangkap gambar dulu!!! Papa dah ntah ke mana...

Bakpola Cecenor posing lagu tu??? Dan gambar dia macam superimposed, dicrop dan ditepekkan di sini...hihiiii   :-/

Doters... :x

3 Generasi.... Ummi, Tok Deq, Mak Sedara dan Dromey...

Selasa, 28 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015!!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Hari ni hari raya ke-12... kalau di Kelantan, habis dah tempoh perayaannya... tapi di JB, raya sebulan. Berderet-deret jemputan rumah terbuka. Malam semalam pun cover dua buah rumah, kami gi beraya, siap pakai sedondon lagi... berlumba-lumba orang buat rumah terbuka, rumah kita bila agaknya ye...huhuhuuuu

Gambar-gambar family di hari raya pertama memang ada, tapi.... bila dah namanya ada anak kecik, jangan haraplah nak dapat gamba yang cantik dan semenggah. Kebanyakan gambar memang tak memuaskan hati sungguh. Ajmal dengan perangai moncongnya yang selalu sabotaj mood gambar. Nuha boleh dikira co-operative juga bab ambil gambar ni. Atif pula masih belum faham apa-apa, menggeliat, menguap, ikut suka hati dia je nak buat apa.

Jadi, inilah antara gambar-gambar yang cantik, gambar yang tak berapa nak cantik, gambar candid, gambar kelakar... yang Mama nak abadikan di sini.

Proses mengumpulkan semua ahli keluarga...ada yang tengah bagi susu anaklah...ada yang tengah tidurkan anaklah, akhirnya ibu yang tertidur.

Semua mata tertumpu kepada Nuha yang buat perangai kecuali Cecenor yang tengah control senyum, Che Wan yang sedang berkelip dan Ayah Cu yang memang maintain dengan gaya sama setiap kali ambik gambar. :p Ceq Anim not in the pics, tidurkan Hana. Akhirnya dia tidur sama.

Alaaaaaa.... Daddy tutup mata pulak...

Posing gaya skema

Gaya bebas... abaikan budak lelaki dua orang yang duduk paling depan tu... diorang memang legend merosakkan mood gambar.

Gaya bebas lagi...... πŸ˜›

Keluarga kita.... Mama & Baba gaya skema, Ajmal gaya nak nangis, Nuha gaya drama queen, Atif gaya tersendiri...hehehe 😁

Keluarga Daddy & Mommy.... seriyes cantik dan sporting...jeles Mama

GBK... Geng Belum Kahwin..... πŸ˜‰

Dah habis gambar hari raya pertama....
Mama akan sambung cerita hari raya kedua kerana ada banyak lagi gambar masa majlis perjumpaan Keluarga Haji Abdul Rahman... πŸ˜„


Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP