Isnin, 26 April 2010

Bilakah???

Hari ni Mama dah dapat surat from Bahagian Pinjaman Perumahan bahawa cek bayaran baki harta kepada penjual dah diterima oleh pihak lawyer... Meaning, x lama lagi Mama dah boleh pindah rumah baru la. Tapi, kena tunggu jugak Salmi (owner) siap renovate rumah baru dia dulu.. hmmm...lambat lagi ke?

Mama dah x sabar nak dok rumah sendiri... banyak idea2 renovation lam kepala otak Mama ni. Area bawah tangga, Mama nak buat rak buku, dan jadikan ruangan tu ruang bacaan, letak my most beloved books dalam rak cermin berkunci. Boleh kata ruang tu akan jadi ruang Mama la...

Dalam bilik, buat wardrobe kaler putih. Kitchen cabinet Salmi yang lama dah ok, cuma maybe Mama akan tukar style pintu or it's colour...Ruang dry kitchen maybe akan diubahsuai jadi tempat makan tetamu... waaaaaaa, x sabarnyeeeeeee...

Nasib baik Baba pandai buat semuanya sendiri. Kalau tidak melayang la duit puluh2 ribu lagi nak buat all the renovations. Untung gak kawin ngan orang reti bertukang. Hmmmm, baru Mama ingat, dulu2 masa time sekolah, Mama suka mengubah kedudukan perabot lam bilik. Minggu ni, katil sebelah sini, meja study dok sudut sana. Sat gi, katil dok sebelah sana pulak, meja study kat sudut sini. Meja study pun Mama ubahsuai jadi meja dan rak buku sekali, kreatif gak Mama ni walaupun rak tu senget benget... Time tu, mama selalu fikir, bestnya kalau suami Mama nanti tau buat perabot sendiri, tau interior design nih... x sangka pulak, dapat suami yang cengitu..

Moral of the story... bagi yang belum kawin tu, impikan lah bakal suami anda jutawan ka, hartawan ka sebab kemungkinan besar anda akan dapat apa yang anda impikan tu... renung-renungkan dan selamat berimpian... :p

Ahad, 25 April 2010

Tuku Taka Balik Bukit....

"Tuku taka balik bukit, budak nakal bulih sakit. Lengkuas atas pintu, budak nakal biarnyo gitu..." Pantun Nek Mi...

Nampak tak lebam biru kat pipi Ajmal? Petang semalam dia tenyeh pipi kat rak tepi peti ais... Time tu Mama tengah busy masak, kawan Mama nak datang. Mama suruh Baba terus tuam, tapi dia tuam kat tempat lain pulops... geramnya Mama.
Dah le time tu Ajmal x sedap badan, tapi masa kawan Mama datang, dia aktif macam xde pe2...

Tapi, malam semalam dia merengek, badan panas je...Mama masukkan ubat ikut bontot. Alhamdulillah, hari ni badan dah x panas, tapi muka mcm orang x sihat la...

Makan-makan...

haaaaa.... inilah menu yang Mama prepare for my fren semalam... Laksa Kelantan, Spaghetti Bolognese & Agar-agar laici.

*
*
*


*
*
Bon appetite!!!

Sabtu, 24 April 2010

Masak-masak....

Malam ni kawan Mama, Muliati nak datang rumah. So, Mama nak masak something untuk tetamu... Mama nak masak sesuatu yg simple je... I thought I wanna cook Spagheti & Laksa Kelantan.... hmmmmm, boleh la tu..

Ajmal, Mama dah transfer rumah Che Na... Kalau Ajmal ada, macam mana Mama nak masak! Dia pun sama naik mengetuk periuk dan goyang tingkat pinggan kat dapur... tak concentrate la Mama masak.
Ok, nak mula masak sekarang...bahan2 sume dah beli. Let's cook!!!!

Jumaat, 23 April 2010

LELONG KAIN gila-gila at Jakel Tampoi!!

Whuiiiiiihhhh... rehat hari Jumaat kan panjang, Mama & da Gang menyerang Jakel!! Tambah pulops hari ni dapat gaji, huhuhu...

Mama beli Viscose Cotton... dari harga rm22.00 semeter 'dijunamkan' sehingga rm8 semeter! Mama pun igat la 2 pasang, buat gilir2 gi opis.. pastu jait manik, uhuuuuuu, mesti meletops!!
*
*


*
*
Satu lagi kain corak stripes....x tau le cantik ke idok bila jadi baju nanti.. hmmmmm,we'll see...

Selasa, 20 April 2010

Sayang Mama dah boleh jalan...

Ajmal dah boleh jalan...actually dia dah boleh jalan pelan2, masa 9 month-old... sekarang, 10 month-old, dia dah boleh jalan laju, kdg2 terhoyong hayang jugak!

Cakap pun dah boleh...
"Ajmal nak susu?"
"Nak!"
"Sedap Tak"?
"Dap!"

(maaf la kalu sakit leher, mama x reti nak edit video nih!!)

Rabu, 14 April 2010

Geram, marah.... rasa nak nangis pun ada...

Kenapa ada orang2 yang busuk hati dan dengki kat dunia ni??
Mama bersyukur dikurniakan rezeki yang boleh dikatakan bagus dan jawatan di peringkat pengurusan tertinggi... Tapi kenapa ada saja yang nak mengenakan Mama dengan cara x nak bagi kerjasama, walaupun Mama ni menghormati diorang yang busuk hati tu, yang dah nak pencen tapi selalu dengki ngan orang2 muda yang dah jadi bos walaupun masih muda...
Wei pakcik2!! Korang kena ingat rezeki masing2 dikurniakan Allah... Dah kami dikurniakan jadi PTD yang cepat naik pangkat and of course gaji pun naik... korang yang lambat tu jangan la jeles!! Ni, cakap pun asyik sindir2 je... Kalau rasa korang tu superb sangat, kenapa dulu tak apply jadi PTD? Mengata PTD macam2, tapi bila anak korang sendiri yang dapat PTD, suka bukan main... maklumla, boleh numpang gaji anak yang cepat naik tuh!! Bottom line is, korang memang busuk hati dan DENGKI@jeles@jaki...

Isnin, 12 April 2010

Taklimat Logistik PTK at Pullman Hotel, Putrajaya

Hai diary....
Dah berkurun Mama tak update...Mama bz lar. Ujung minggu pun Mama kena g meeting kat Putrajaya. Tinggallah Ajmal with Baba. Ajmal 'berjurus'...bagus je dia tinggal ngan Baba. Cian, Ajmal selalu ditinggalkan Mama.. Abg Amjad pun selalu ditinggal Mommy..By the time Mama bertolak balik dari Putrajaya, Mommy Amjad tiba @ KLIA, meeting kat MINDEF till Thursday...ohhh, mengapakah???

Tapi, meeting kali ni Mama was impressed by the accomodation... thumbs up to Bhg. Pembangunan Penilaian Kompetensi, KPM. Time Kementerian kurang peruntukan ni, boleh pulak buat meeting kat 5 star hotel.. The building is breathtaking... the room is awesome.. mula2 masuk bilik Mama tergezut. Biasanya standard BPPK, Hotel Quality jer...
While staying here, ahli-ahli mesyuarat yang majoritinya guru-guru yang dilantik sebagai Ketua Pengawas Peperiksaan (semuanya dah berumur, cikgu yang pangkat bapak2 gitu) yang selalu suka buat lawak.. Setiap pintu yang ada di hotel ni, diletakkan signage PULL dan PUSH... so, tiap kali nak buka pintu mesti diorang cakap kuat2... "Pull man...." , nama hotel ni diambil sempena tu le kot....
So, accomodation, thumbs up, tapi meeting... Ya Allah, penin kepala Mama. Semuanya kelam-kabut. Examnya 17 April.. bidang tugas Penyelaras, Ketua Pengawas pun berterabur lagi, pelan tindakan x proper...semua Ketua Pengawas pening n konpius. Masa dah suntuk. Harap2 Sesi 2 exam nanti, x jadi cam gini lagi... Kalau tak, kepala Mama le yang pusing!!

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP