Memaparkan catatan dengan label Sekali-sekala Masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekali-sekala Masak. Papar semua catatan

Ahad, 17 Mei 2020

Ramadhan Kareem 1441H / 2020 ~ Minggu Ketiga

Assalamualaikum Diariku Sayang...

Minggu ketiga dah kita berpuasa. Minggu lepas rasa macam dah lama sangat berpuasa. Minggu ni rasa macam cepatnya pula nak habis bulan Ramadhan, sayu rasanya... 😒

Misi khatam Al-Quran nampaknya tak berjaya juga tahun ni. Kiraan nak habiskan 4 halaman setiap kali lepas solat fardhu, adakalanya tak berjaya dilaksanakan. Kalau hari bekerja, memang tak sempat nak baca Quran sampai 4 halaman. Lama sangat duduk surau, nanti orang ingat kita tidur pulakkk... memang selalu jugaklah tertido, lama pulak tu.. 😬

Baju raya beli online semua dah sampai. Alhamdulillah, semua muat, tak perlu tukar-tukar. Pembeli happy, penjual pun lega 😊. Seperti raya tahun sebelum dan sebelumnya, Mama beli baju raya online dengan trusted seller Masliza Mahram a.k.a Jaja. Tema kita tahun ni warna kelabu. Walaupun tak dapat balik kampung 😭😭😭, at least semangat beraya tu mesti ada. Nak ada semangat dan feel raya, baju raya baru mesti ada. Sepasang cukuplah...

Nikmat menyambut hari perayaan tu mesti ada, walaupun cara kita meraikannya berbeza. Sebelum ini, kita menyambutnya bersama-sama keluarga besar di kampung. Tahun ini, kita meraikannya bersama keluarga kecil kita sahaja. Secara tak langsung membuatkan kita lebih menghargai ibu ayah, adik beradik dan sanak saudara. Sebab tu bila balik kampung, usahalah menjenguk semua saudara mara yang jauh atau dekat, yang bau-bau bacang atau yang takde bau. Kita tak tahu bila kita atau mereka akan meninggalkan dunia fana ini selama-lamanya.

Ingat ye Ajmal, Nuha dan Atif... Esok-esok bila Mama dan Baba dah tiada di dunia ini, terus jalinkan silaturrahim dengan semua pak sedara, mak sedara, sepupu sepapat, sedara mara jauh dan dekat...dalam dunia ini yang paling penting adalah institusi kekeluargaan. Kukuh institusi keluarga, kukuhlah masyarakat, kukuhlah Islam, Insyaa Allah.

Minggu ketiga berpuasa, mood memasak ke lautttt dalam...rasa macam dah abih menu Mama masak πŸ˜…. Jadi faham-faham je lah, kalau ada hari yang Mama tak share kuih-muih atau juadah tu, maksudnya kita order online je lah kat kawan-kawan Mama yang berjualan sepanjang Ramadhan ni...

Jom recap juadah kuih-muih yang Mama telah sediakan sepanjang 15-21 Ramadhan ✌πŸ’ͺ


15 Ramadhan 1441H ~ 8 Mei 2020


Taraaaaaa...Kuih Bakar Pandan yang marvelously delicious. Mama akan repeat lagi kuih ni sebab teramatlah sedap dan berlemak. Mama cuba resipi Puan Malina LiNa Pg. Boleh tengok secara live beliau buat kuih ini di SINI.


16 Ramadhan 1441H ~ 9 Mei 2020
Hari malas sedunia...lagipun anak-anak request nak makan fast food. Elok sangatlah, Mama pun tak berapa rajin sangat nak masak hari ni, jom order online. Undian majoriti oleh anak-anak, nak McD. Nek Ton bagi nasi kerabu sepinggan, Alhamdulillah..dapat juga makan nasi kerabu. Memang dah lama teringin nak makan nasi kerabu, tapi nak buat sendiri tu, semangat belum mari..hrmmmmmmm...😏. Dah hampir sangat waktu berbuka, Ayie anak Kak Ton bagi salam sekali lagi, dapat lagi juadah berbuka, sepinggan donut. Ya Allah, donut dia lembuttttttttttnyaaaaaaa... tak cukup sebiji sorang πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


17 Ramadhan 1441H ~ 10 Mei 2020
Disebabkan masih teringat-ingat kenangan donut lembut semalam, Mama mengumpul semangat untuk mendonut hari ini. Mama minta resipi donut dengan Nek Ton, tapi dia bagitau donut semalam tu, Angah (anak dia) yang buat. Mama pun terus wasap Angah, minta resipi.

Untuk makluman ye... Mama memang seteru mak bapak dengan donut ni. semua resipi donut Mama cuba, tak pernah jadi. Ada yang liat, keras, doh tak naik, macam-macam lagi kenangan mendonut. Mama nak cuba buat resipi yang Angah bagi ni, kot-kot la kali ni menjadi...

Uli punya uli, lepas tu peram 45 minit, lepas tu bulat-bulatkan, peram lagi 10 minit. Doh naik cantik, lembut. Then, lepas goreng, permukaan luar donut macam rangup, isi dalam pula sedikit berat dan liat. Cengitulah terjadi setiap kali Mama mendonut. Gagallllll.....

Permukaan luar donut rangup. Lapisan dalam nampak penuh dan bila makan, rasa macam banyak gandum dan berat. 


18 Ramadhan 1441H ~ 11 Mei 2020
Hari ni Mama kerja di pejabat, tapi Mama balik awal jadi sempat untuk sediakan juadah berbuka. Mama mendonut lagi... Mama belum putus asa. Mungkin sebab kesalahan Mama menguli agaknya. Mungkin tempoh menguli yang sekejap, tangan lenguh. So, hari ini Mama menguli doh menggunakan Blender Panasonic Multipurpose. Namunnnnnn, sama juga hasilnya...


Hasilnya sama macam donut semalam jugakkkkk....

Mama dan donut tiada jodoh. Mama sampai call kawan yang terer bab baking membaking ni untuk minta nasihat dia. Ada beberapa tips yang beliau kongsikan yang Mama akan cuba next time apabila mendonut. Terima kasih Yusmaliza Yusoff, panggilan manja Kak. Buat masa sekarang ni, Mama hold dulu percubaan buat donut, Mama kena bertenang dulu... ngeeeeeeeee 😞 


20 Ramadhan 1441H ~ 13 Mei 2020

Tadaaaaaaa..... Puding Karamel.

Teksturnya lembut, cair di dalam mulut, berlemak dan berkrim, disukai ramai... 😁 Manis terlebih sudahhhh... respon Nuha, "delicious, kakak suka sangat. Tapi takleh makan banyak, boleh kena potong kaki ni..."
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Mama cuba resipi yang kawan Mama sharekan dalam group WA kawan-kawan sekolah menengah..

Bahan2:
8 butir telur
Susu cair setin
Susu pekat 1/2 tin
1-2 tepung kastard ( kalu nok buh) - masa bubuh dia jangan sapa berketul
1 sudu kecil esen vanila
5-7 sudu gula utk karamel.

Cara buat:
1) kacau gula utk karamel atas api sederhana,  kacau smpi cair & perang tutup api, letak tepi dulu.
2) Campur semua bahan,  kacau/whisk la sebati.. Kak royak kacau semeta jah. Kacau manja jah. Kalu kacau sapa berbuih, nati puding kita akan berlubang-lubang. 🀭
*** (tambah air 1/3 tin kalu x sey manis sgt)
3) tapis adunan masuk dale loyang.
4) boleh la kukus anggaran 10-15 min..api sederhana
(ambo paka pressure cooker masak lebih krg 15 minit)
Tunggu sejuk barulah terbalik dale pinggan.. Tunggu masuk waktu buko baru boleh make dehπŸ˜‰πŸ˜πŸ˜πŸ€­

Haaaaa...tu dia resipi Mama copy paste je dari grup. Resipi versi loghat Kelatey πŸ˜€πŸ˜ƒπŸ˜„

Puding ni bagi Mama terlebih manis, so next time Mama akan tambahkan air 1/3 tin.


21 Ramadhan 1441H ~ 14 Mei 2020
Giliran Mama bekerja di pejabat. Mama terpaksa balik selepas berbuka puasa kerana komitmen kerja yang tak dapat dielakkan. Baba yang uruskan semua urusan berbuka di rumah. Terima kasih Baba 😘😘😘


Done minggu ketiga Ramadhan 1441H. Insyaa Allah, jumpa lagi di minggu hadapan... tata πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹

Jumaat, 8 Mei 2020

Ramadhan Kareem 1441H / 2020 ~ Minggu Kedua

Assalamualaikum Diariku sayang...

Hari ini 15 Ramadhan sudah...
Kenapa terasa sudah teramat lama kita berpuasa...
Mungkin juga kita berpuasa di musim PKP ini, dengan duduk saja di rumah, menjadikan masa terasa amat perlahan dan kadang-kadang duduk rehat sahaja, menjadikan kita terasa lebih penat, sakit urat  dan macam-macam lagi.

Awal-awal tempoh PKP, di fasa pertama dan separuh masa kedua tu, Mama memang rasa sangat penat....mungkin sebab terlebih tidur...hahahaaaaa... iyelah, lepas solat Subuh, Mama bantai tidur lagi sebab takyah terkejar-kejar nak pergi kerja. Bangkit tidur, kepala ting tong... 😡

Tempoh PKP fasa ketiga dan keempat, Mama bertekad untuk berubah. Selepas solat Subuh, Mama tak sambung tidur dah... Mama terus buat kerja-kerja pejabat, barulah berkat gaji yang dapat semasa tempoh kerja WFH ni, Insyaa Allah. Sambil-sambil buat kerja opis, pantau kerja-kerja sekolah anak-anak. Tapi takdela terpantau sangat sebab sampai ke la ni, kerja sekolah Ajmal belum siap-siap juga...😫😡😡

Ramadhan tahun ini juga Mama berazam untuk khatam Al-Quran. Insyaa Allah dengan rezeki masa yang sangat luas yang Allah kurniakan di musim PKP ni, Mama sempat membaca 4 helaian Al-Quran atau lebih setiap kali solat fardhu.

credit to MuslimPro apps ~

Lepas solat Zohor, Mama terus masuk dapur untuk sediakan juadah berbuka. Walaupun masak simple, Mama kena masak awal, sebab bab masak-memasak ni, Mama slow-mo sikit... πŸ˜…

Jom recap juadah kuih-muih untuk berbuka yang Mama telah sediakan sepanjang 8-14 Ramadhan ✌


8 Ramadhan 1441H ~ 1 Mei 2020
Mama masuk dapur awal untuk menjala Roti Jala. πŸ˜€
Mama cuba resipi daripada blog Azie Kitchen. Mama pernah buat roti jala guna resipi yang sama sebelum ni. Memang lembut sampai ke malam. πŸ‘



Nasi masa sahur berlebih banyak, so Mama buat Cucur Nasi. Ini first time Mama buat Cucur Nasi. Alhamdulillah, menjadi dan masih lembut walaupun dah sejuk... Mama guna resipi di SINI.



9 Ramadhan 1441H ~ 2 Mei 2020
Ya Allah... Mama sakit perut, sakit belakang dari malam hingga tengahari. Penyakit Mama ni semenjak Mama sekolah menengah lagi. Puncanya daripada sakit gastrik. Bila perut kosong sepanjang hari, dan waktu berbuka atau moreh tu Mama makan banyak, rasalah kesannya waktu malam tu. Perut rasa sebu dan sakit sampai ke belakang. Baba akan urut bahagian belakang, kat tempat yang rasa macam ada urat yang tersimpul tu...lepas urutan yang kuat, Mama akan sendawa atau muntah. Then, baru rasa lega. Penyakit angin kus-kus 😩

So hari ni, kita berbuka dengan kuih-muih yang Baba beli dan rezeki pemberian jiran-jiran. Mama masak lauk untuk sahur je lepas terawih.


10 Ramadhan 1441H ~ 3 Mei 2020
Masa Mama buat Apam Nasi minggu lepas, Baba bagitau dah lama tak makan apam yang selalu kita beli pada waktu pagi di kampung. Itu namanya apam bakar. Rasa dia macam ada rasa masam manis tapai atau pisang dan rasa lada hitam tu... Jadi, Mama google resipi Apam Bakar dan Mama memilih untuk mencuba resipi di blog Azie Kitchen.


Resipi tu dapat 7 biji apam. Dalam pinggan untuk Kak Ton, dalam bekas untuk Kak Fati.

Mama buat Roti Lasagna juga, guna je bahan-bahan yang ada kat rumah. So cheese yang ada hanya cheesedale slice je...dia punya tarikan cheese tu tak umphhh sangat. Next time kita guna cheese yang sepatutnya iaitu mozarella or parmesan shredded... Mama cuba resipi di SINI.

Lapisan lasagna yang sangat tebal, makan seketul dah kenyang. Next time, buat dua lapis sahaja.

Mama sempat masak Ayam Grilled Sos Pedas Korea juga. πŸ˜‹


Hari ini cuti Hari Pekerja bawa ke depan. πŸ˜ƒπŸ˜„


11 Ramadhan 1441H ~ 4 Mei 2020
Giliran Mama kerja di pejabat hari ini. Sampai rumah dah pukul 5 petang. Nak berbuka dengan apa kita hari ini? Mama ternampak pisang lebihan buat apam bakar semalam. Cekodok pisang sajelah yang Mama sempat hari ni ye...tapi juadah berbuka jadi bertambah juga hasil pemberian jiran-jiran, Alhamdulillah. πŸ‘


12 Ramadhan 1441H ~ 5 Mei 2020
Stok roti sandwich banyak, so terjadilah Puding Roti Marble. Namun, masa nak berbuka, penuh satu meja dengan kuih kosui by Kak Ton, mee hailam by Kak Fati, seri muka, koci dan vadey yang Baba beli bila dia keluar beli air khatira.

Mama guna resipi Cikgu Edry Shaszlin di FB Kelas Online Berbayar Puding Custard Cocktail

13 Ramadhan 1441H ~ 6 Mei 2020
Puding Roti Marble semalam masih ada lagi. So, jangan membazir. Tak perlu buat kuih lain lagi. Mama masak bihun tomyam untuk tambahan juadah berbuka. Sama seperti semalam, masa berbuka ada je tambahan juadah lain... kuih ketayap by Kak Ton dan spaghetti carbonara by Kak Zana. Alhamdulillah πŸ‘


14 Ramadhan 1441H ~ 7 Mei 2020
Mama ulang lagi buat Butir Nangka, kuih feveret Mama πŸ˜€πŸ˜. Hari ni kita skip makan nasi. Seperti biasa, meja makan penuh juga dengan juadah pemberian jiran-jiran. Ada roti canai, bihun soto dan tomyam. Mama masak spaghetti bolognese untuk santapan selepas terawih, tetapi dah kena ngap masa berbuka... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Berwarna-warni πŸ˜‰πŸ˜ŠπŸ˜‹

Meleleh sampai ke dagu πŸ˜†



Done minggu kedua Ramadhan. Insyaa Allah minggu depan Mama update lagi. Bye... 😘

Jumaat, 1 Mei 2020

Ramadhan Kareem 1441H / 2020 ~ Minggu Pertama

Ramadhan tahun-tahun sebelum, kita sekeluarga mengamalkan berbuka di masjid. Mama akan memasak sedikit juadah kuih-muih atau membelinya di bazar Ramadhan untuk berkongsi bersama-sama dengan muslimin yang turut sama berbuka di masjid. Masak sendiri tu memang boleh kira dengan jarilah, banyak kali beli je kat bazar... πŸ˜…πŸ˜

Tapi Ramadhan kali ini sangat berbeza. Ramadhan tahun 2020 ini, kita semua kena duduk rumah, patuhi arahan PKP. Solat jemaah dan solat terawih semua kat rumah. Bazar Ramadhan pun takde...jadi masaklah sendiri. πŸ˜…

Semenjak 1 Ramadhan, Mama tak pernah miss buat satu jenis kuih. Terpaksa buat, kena buat...selain untuk santapan family, Mama kena pulangkan pinggan jiran-jiran, Kak Ton dan Kak Fati... 😁. Berkat Ramadhan sempena PKP ni, sebab semua orang berbuka kat rumah je, jadi amalan bertukar-tukar juadah berbuka, dah jadi acara wajib antara rumah kita, Nek Ton dan Kak Fati.

Jom recap kuih-muih yang Mama telah sediakan sepanjang 1-7 Ramadhan πŸ˜‰πŸ˜‹

1 Ramadhan
Mama bersilat dan tikam-menikam di hari pertama berpuasa ni... buntu memikirkan menu apa yang nak buat berbuka. Al-maklumlah, jarang-jarang masak... 😌🀭 Maka terjadilah kuih Lompat Tikam, kuih tradisional Kelantan. Tok Pa amat menggemari kuih ni. Mama ingat lagi dolu-dolu, kalau Papa pergi Pasar Besar Pasir Mas, mesti dia beli kuih ni... teringat kat Tok Pa dan Nek Mi puasa tahun ni sebab tak boleh berpuasa sama-sama di awal Ramadhan. 😒


Resipi dan cara-cara di SINI

2 Ramadhan
Mama buat kuih Onde-onde dan Butir Nangka. Kuih tradisional Kelantan juga...Ini kuih wajib setiap kali Ramadhan. Takde gambar nak letak sebab kuih dah biasa buat, so takdelah teruja sangat nak snap 🀭

3 Ramadhan
Order murtabak cheese dengan Kak Ummi. Kena support bisnes kawan² tambah² lagi musim PKP ni.

4 Ramadhan
Seri Muka yang kurang berseri sebab lapisan pulut kurang masak... Ada² saje masalah mama kalau masak kuih muih ni, mesti ada yang tak kena. Tapi yang ini Mama tau kenapa, sebab Mama derhaka dengan resipi asal 🀭. Mama tak rendam beras pulut tu selama 3-4 jam macam yang tok guru Malina Lina Pg buat.


Resipi dan cara-cara di SINI

5 Ramadhan
Hari ni Mama masak kuih tradisional Kelantan juga... Kuih Puteri Mandi atau dikenali juga dengan nama kuih Kepek Hidung. Kuih paling senang buat, gerenti jadi 😁.

Sedondon dengan tudung saji πŸ˜‚

6 Ramadhan
Ini baru hari ke-6 puasa, tapi Mama dah buntu nak masak kuih apa. So, jadilah Agar² Santan dan Agar² Gula Melaka. Mama buat juga Roti Pizza simple.


Untuk tips agar-agar santan dan agar-agar gula melaka jadi cantik boleh lihat SINI dan SINI . Mama dah follow satu persatu resipi dan cara yang ditunjukkan, tapi masih tak cantik macam yang tok guru Malina Lina Pg buat. Mama punya agar-agar, nipis je lapisan bawah tu, senipis kulit bawang. Mungkinkah selepas ni Mama kena kurangkan santan?

7 Ramadhan
Buat kuih tradisional Kelantan lagi... Pulut Sekaya Telur. Mama masuk dapur awal hari ni, jadi masih ada masa untuk buat satu lagi menu kuih. Nasi semalam banyak lebih, so Mama buat Apam Nasi.


Resipi Apam Nasi di SINI
Resipi Pulut Sekaya Telur di SINI

Ada cerita di sebalik kuih Apam Nasi ni... Usai memproses adunan, Mama perap adunan dalam bekas bertutup. Selesai solat Asar, Mama masuk dapur, ini yang terjadi...😲

Lain kali kena guna bekas yang lebih besar πŸ˜…

Done minggu pertama Ramadhan. See you soon... 😘

Sabtu, 2 Jun 2018

Jom kita buat Roti Jala Paling Sedap πŸ˜‹πŸ˜†

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran.

Kebetulan pula kumpulan Mama di group Whatsapp Ukhuwah Pengajian Iqra' yang membaca Al-Quran secara berjemaah sempena bulan Ramadhan ini khatam kesemua 30 juzuk pada tarikh Nuzul Al-Quran... Alhamdulillah. Semoga Allah menerima ibadah kita semua serta mendapat keberkatan dan kemuliaan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tengahari tadi, masa melayan facebook, ternampak Resipi Roti Jala Paling Sedap, Oleh Azie Kitchen. Kalau Chef Azie tu buat jadilah paling sedap, Mama buat jadi paling apa ye...πŸ€”πŸ˜…

Mama tak pernah buat roti jala. Mama nak cuba buat untuk juadah berbuka puasa hari ni...

BAHAN² :

3 cawan tepung gandum
3 cawan air + 4 sudu besar santan. (Mama guna santan kotak jenama Kara dan Mama campur dengan ½ cawan susu sejat F&N lebihan buat puding jagung minggu lepas)
1 biji telur
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar minyak masak
Pewarna kuning (pewarna kuning takde, Mama letak warna pink πŸ˜…)

CARA² :

Blend semua bahan di atas. Masukkan dalam acuan, bolehla mula menjala... πŸ˜€πŸ˜€
Kalau adunan keluarnya putus-putus, maksudnya adunan tu pekat sangat. Tambah lagi air sehingga adunan keluar dengan lancar. Mama guna kuali non-stick, so urusan berjalan lancar tanpa ada adegan mengeluh, menjerit dan mencampak adunan ke dalam sinki. 🀣


Hodohnya Mama menjala. Mama menjala pakai botol mineral yang Mama tebuk penutupnya dengan paku. 

Roti Jala Paling Hodoh dengan pasangan sejolinya, kari ayam.

Walaupun kejadiannya tak cantik, tapi sememangnya ia adalah roti jala paling lemak dan lembut yang pernah Mama rasa... Ngengengeeee.... 😁😁😁

Raya nanti kita boleh buat Roti Jala Paling Sedap ni untuk juadah di pagi raya. πŸ‘ŒπŸ‘πŸ€ž

Jumaat, 1 Jun 2018

Pulut Sekaya Telur Resipi Sukahati Mama!

Assalamualaikum Diariku Sayang...

Hari ini hari ke-16 umat Islam berpuasa. Hari ini hari pertama Mama terpaksa berbuka puasa seawal jam 10 pagi lagi..biasalah wanita. Wanita kan istimewa. πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ
Tapi sedihnya tak dapat terawih dan beribadat di akhir Ramadhan. 😒😒😒

Tiba-tiba tekak teringin nak makan sesuatu yang manis...mcm Gerodok Telur ke... Pulut Sekaya Telur ke... Puding Telur ke... Tengok bahan² kat dapur, semua ada, beras pulut pun ada. So, Mama buat kuih Pulut Sekaya Telur.

Mama rujuk blog Azie Kitchen tapi sebab ini kali pertama buat kuih ni, so Mama nak buat dalam kuantiti yg sedikit je... Kalau tak jadi, taklah terkilan dan rasa rugi sangat. πŸ’”πŸ˜–

Langkah pertama ☝, masak lapisan bawah kuih iaitu lapisan pulut. Mama masak 1 cawan beras pulut, 5 sudu besar santan, Mama guna santan kotak Kara. Sedikit garam. Masukkan air secukupnya untuk masak beras pulut. Kacau rata dan tanak beras pulut dengan dua helai daun pandan. Simpul cantik-cantik daun pandan tu, buat bentuk riben ye... πŸ˜œπŸ˜ƒπŸ˜ƒ
Kalau ikut resipi asal, beras pulut tu kena rendam selama 4 jam sebelum dikukus. Tapi Mama masak je terus, tak kukus pun. Mama masak dalam periuk nasi Tefal, pilih mode Quick, sama macam masak nasi. Alhamdulillah, elok je pulut masak dan lembut.

Langkah kedua ✌, pecahkan 7 biji telur, pukul perlahan bersama 5 kuntum bunga cengkih. Bunga cengkih takde, Mama guna esen vanilla je lah sebanyak 1 sudu teh. Pukul biasa biasa je...
Kalau ikut resipi sebenar, kena guna telur ayam kampung dan telur itik, tapi manalah nak dapat telur ayam kampung dan telur itik tu... So, Mama pasrah je guna telur ayam biasa yang ada kat rumah ni...

7 biji telur ayam dan 1 sudu teh esen vanilla

Pukul telur biasa-biasa je...tak payah guna blender or mixer

Langkah ketiga, masak gula melaka dengan sedikit air dan dua helai daun pandan...simpul menjadi riben  πŸ˜†πŸ˜. Masak sehingga gula melaka larut.
Mama kehabisan stok gula melaka yang biasa Mama panggil "nnisey keghek" tu, so Mama guna gula melaka yang jenis hancur yang beli timbang kilo kat pasaraya tu... Sukahati nak guna yang jenis mana pun, ia hanyalah untuk memaniskan dan menjadikan sekaya kita berwarna coklat yang cantik.


Tuang larutan gula melaka tadi ke dalam adunan telur. Masukkan tiga sudu besar santan pekat. Mama guna santan kotak Kara. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.




Langkah keempat, alas loyang dengan plastic wrap. Plastic wrap takde, so Mama ambil pembalut buku plastik anak-anak...yang belum digunakan laaaa... Masukkan pulut dan tekan padatkan pulut. Taburkan sedikit tepung gandum.




Tuangkan adunan telur tadi ke atas lapisan pulut dan kukus selama lebih kurang 30 minit. Lagi senang nak tahu kuih masak ke belum, cucuk kuih dengan lidi, kalau lidi keluar bersih tak melekit, dah masaklah tu...


Plastik pelapik memudahkan proses mengeluarkan kuih daripada loyang.

Tadaaaaa.... Pulut Sekaya Telur untuk juadah berbuka hari ini!! 

Mama dah ngap dua ketul. Sedapppp... Manis dan lemak secukup rasa. So, resipi menggunakan 7 biji telur ini bolehlah digunakan untuk dapat lebih kurang 16 ketul kuih. Petang nanti boleh pulangkan pinggan jiran sebelah... 😁😁😁


Ada sedikit lebihan adunan telur yang Mama letakkan dalam bekas kecil dan Mama kukus.



Tadaaaaa.... jadi kuih Gerodok Telur!!



Ahad, 21 Mei 2017

LAKSAM KELANTAN 😍

Assalamualaikum ❤😘

Kali ni Mama nak tulis resipi buat laksam kat sini supaya Mama tak lupa lagi. Mama ni walaupun anak Kelantan jati, tapi setiap kali buat laksam sendiri mesti ada yang tak kena. Sebab tu lah Mama selalu order je laksam dengan orang yang lebih terer, Mama buat kuah je sendiri.

Alkisahnya pada hari Khamis lepas, Mama diminta oleh kawan² pejabat supaya buat laksam untuk jualan di booth jualan pejabat Mama... (actually setiap Khamis, dua kali sebulan ofis Mama buka booth jualan makanan). Mama memang tak terus say ok sebab Mama memang fail bab buat laksam ni. Tapi takkanlah nak tempah dengan orang lain untuk kita buat jualan kan? Tak untung la kan... So, Mama bertekad akan berusaha buat sendiri laksam sampai jadi. Chaiyyok chaiyyok πŸ’ͺπŸ’ͺ

Seperti kebiasaannya, Mama telefon Nek Mi untuk tanya resipi apa² je lah masakan tradisional ni. Nek Mi pun seperti biasa akan bagi resipi dia yang takde sukatan....

"Alaaaaa.... Along cuba je bancuh tepung beras dengan campur sikit tepung gandum. Bancuh dengan air suam. Masukkan garam sikit. Agak2 cair dan bancuhan tadi tak lekat sangat di senduk tu, bolehla cuba kukus. Kalau keras, tambah air lagi. Kalau laksam tu masak, licin dan berkilat tu, jadilah tu...." Alahai Ummiku sayang...... Along buat memang tak pernah jadilah.....

So, lepas tu Mama cuba tanya Mr. Google pula. Terjumpa satu resipi kat blog linapg.blogspot.my. Mama pun cubalah buat laksam berpandukan resipi tu.... menjadi la wehhhhhhh... πŸ‘πŸ‘πŸ‘  Terima kasih Puan Malina Lina Pg. Kena tulis resipi kat sini supaya tak hilang ingatan.


RESIPI LAKSAM HOMEMADE MENJADI DENGAN JAYANYA

3 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung gandum (Mama oter sikit drpd resipi asal untuk keraskan sikit sebab Baba tak suka laksam lembik)
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Minyak masak untuk lenser tudung periuk


Cara-caranya Mama dah tahu. Panaskan air dalam periuk kukusan. Lenser tudung periuk dengan minyak kemudian tuang bancuhan tepung beras tadi ke atas tudung periuk nipis tu. Setiap kali tu kena kacau sebab tepung tu mendap ke dasar bekas.

Kukuslah laksam tu sampai naik gelembung baru angkat. Setiap kali sebelum letak bancuhan tu atas tudung periuk, kena lenser dengan minyak dulu. Ulangi langkah mengukus tu sampai bancuhan tepung beras tadi habis.

Disebabkan tudung periuk Mama semua kiut miut, saiz paling besar pun 18 cm je, jadi laksam yang Mama buat kementot je... Gulungannya pun kiut miut je... Takpelah, asalkan jadi. Lepas tu, disebabkan kuah yang Mama buat untuk jualan ada lebihan lagi, Mama buat lagi laksam untuk makan sekeluarga pula. Mama dah berjaya buat laksam sendiri tanpa sebarang rungutan dan pembaziran (biasanya ada je seperiuk bancuhan tepung beras yang dibuang ke sinki). Tahniah Mama!!! πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ

Resipi kuah lemak laksam/laksa Kelantan pula tak perlu lah Mama tulis kat sini sebab bab buat kuah Mama dah master...chewwwwaahhhhh agah napok terrrr...

~Entry ni tiada gambar kerana Mama kena fokus buat laksam~ πŸ˜‹πŸ˜…

Jumaat, 10 Jun 2016

Bingka Pandan Noxxa


Kuih ni Mama buat untuk berbuka puasa di hari kedua puasa. :p

Memandangkan semua bahan² yang diperlukan untuk membuat kuih ini ada di rumah, tak payah susah² gi pasar beli, Mama pun cubalah resipi Bingka Pandan Noxxa di Facebook Koleksi Resipi Kak Zon. Pelbagai resipi bingka ada, dimasak dengan periuk noxxa. Cepat dan tangkas.

Ini resipinya :-

BINGKA PANDAN NOXXA
************************
Bahan²:
2 cawan tepung
1 cawan gula
3 biji telor
2 cawan santan
1 cawan air pandan
2 sdb butter
1/2 sdt garam
Bijan utk tabur

Cara²:
πŸ“Œ blend semua bahan kecuali bijan.
πŸ“Œ lengser minyak dlm innerpot dn tuang adunan yg bertapis.
πŸ“Œ tabur bijan atas adunan dn steam 25 minit.
πŸ“Œ sejukkan baru potong.

Masa steam tu, abaikan saje bunyi beep beep tu. Selepas 25 minit  boleh terus buka tutup periuk. After 5 minit baru buka tutup dan keluarkan innerpot. Biarkan innerpot sejuk dulu, dah boleh pegang tanpa kain lapik, baru keluarkan bingka dan potonglah kuih tu. 

Biarkan sejuk dulu dalam innerpot noxxa. Sepatutnya ada taburan bijan kat atas bingka ni. Tapi bijan takde...

Yang ini untuk hantar pinggan Kak Ton (jiran sebelah). Dia bagi kuih buka puasa tahun lepas. Tahun ni baru balas... melampau Mama ni :p

Food tester Chef Mama  :p

Isnin, 6 Jun 2016

πŸ’ž Sagu Gula Melaka πŸ’ž

Bahan²
- susu cair / santan
- sagu speket (jenis kecik)
- gula melaka (prefer yg sebiji tu)
- rose sirap
- daun pandan

● Cara-caranya ●

Air Gula
- hancurkan gula melaka, masak dgn daun pandan
- air jgn byk.. sbb nak bg pekat.. *klu x pekat gula tu, nnt tambah gula pasir putih tu sikit bg likat sikiit.. bukan likat banyak hehe..
- biarkan sejuk dlm 15 minit

Sagu
- rendam sekejap sagu dlm air (sementara duk karate gula melaka td)
- kemudian rebus sagu tu ngan air paras2 sagu. klu nak letak daun pandan pun bole..
- masukkan sirap rose tanpa gula tu 2 sudu besar. standby air extra sbb takut air kering cepat..
- masak smpai hilang warna putih sagu tu & jd mcm lembut creamy2 cewah..
- biarkan sejuk dlm bekas lain

Deco
- letak gula merah tu dulu dlm 3 sudu besar *bole adjust klu xnak manis sgt*
- letak sagu timpa atas gula tu dlm 2 senduk nasik
- tuang susu cair atas sagu.. jgn byk sgt.. - klu guna santan, letak garam sikiiit aje.. so lg sedap dr susu
- pastu sejukkan dalam peti ais.. siap!

perkongsian resepi dari fb Nornathasha Mohd Isa




∞∞===∞∞===∞∞===∞∞===∞∞∞===∞∞∞∞====∞∞

Khamis, 21 April 2016

Butir Nako aka Butir Nangka


Setiap kali nak masak kuih ni, setiap kali tu lah akan call Ummi untuk tanya, guna Tepung Pulut ke Tepung Beras....

So, kita tepek gambar kat sini supaya ingat sokmo lepas ni...

Ini dia tepung pulut. Guna untuk buat kuih butir nako, onde², puteri mandi... kena letak kapur makan sikit dlm adunan kuih² tu....
Kuih butir nangka yang Mama buat semalam... gambar tak menarik, tapi rasa sedapppp hihihii ;)

 Bulan puasa nanti kita buat lagi. Tata...

Sabtu, 20 Jun 2015

Seri Muka Senget Benget


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H!

Seperti biasa, di bulan Ramadhan, laman² sosial tidak sepi daripada post-post berkenaan makanan dan resipi² yang dikongsi untuk sesiapa yang rajin nak mencuba... pagi tadi Mama share beberapa resipi daripada Tun Telani's Album : Kuih-Muih di Bulan Puasa. Banyak resipi kuih-muih tradisionalnya. Kalau rajin boleh la cuba...biasanya cuba di cuti hujung minggu sajalah. Hari kerja kalu, mana sempat nak masak. Sampai ke rumah pun dah 6.30 petang. Dahle tahun ni JPA keluar surat pekeliling, waktu kerja adalah seperti biasa di bulan Ramadhan ni. Elok je Laksamana Wilayah Maritim Selatan keluarkan surat edaran boleh balik setengah jam awal sempena Ramadhan ni, terpaksa dibatalkan bila surat JPA keluar. Kejam sungguhla sape yang buat keputusan ni...

Jadi, sempena hari ni hari Sabtu, hari cuti, jadi sempatlah Mama cuba satu resipi. Mama cuba buat kuih Seri Muka memandangkan semua bahan² ada di dapur. Tapi, ada satu benda yang takde...gas memasak! Jadi, instead of kukus, Mama high pressure (HP) dalam periuk tekanan NOXXA. Kejadiannya tidak mengecewakan. Walaupun bahagian bawah pulut tu sedikit garing dan nampak macam seolah² dibakar, tapi nampaklah juga rupa bentuk kuih seri muka tu. Mama hiris bahagian bawah pulut yang sedikit garing tu...menjadikan kuih seri muka yang senget kedudukannya semasa dihidangkan kerana bahagian bawahnya yang tak sekata... :p
Resipinya... 

Seri Muka Senget Benget.. ;)

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP