Tahun ini keluarga sebelah Mama tiada gambar keluarga besar keseluruhan memandangkan pada hari raya pertama, hanya keluarga Mommy Amjad, Ceq Nor dan Cik Su sahaja yang ada di rumah Nenek.
Keluarga Cik Anim berhari raya pertama di Dungun. Tahun ini tahun pertama keluarga Cik Anim berhari raya di rumah sendiri. Keluarga Che Wan Aimi (Ayah) dan Cik Anim telah berpindah ke Dungun since Ayah telah membina rumah di atas tanah milik dia di kampung beliau di Dungun.
Keluarga kita pula beraya bersama keluarga adik beradik Baba di Pasir Puteh. Keluarga Baba ni kalau hari raya, tak de pergi jalan-jalan menziarahi sanak saudara keluarga lain. Mereka beraya dengan ahli keluarga 7 orang adik beradik tu sahaja. Semua berkumpul rumah Ayah Lim dan Cik Za. Juadah raya dimasak banyak macam nak buat open house since ahli keluarga yang ramai dan anak-anak saudara Baba (sepupu korang) pun dah berkeluarga juga.
Tahun ini, Anok Cucu Cicit Moksu Mekyoh berhari raya dengan tema Karnival Raya π
. Pelbagai acara dan games diatur oleh AJK Permainan iaitu Angah Lily (Kakni Spin), Kakak Syafiqah dan Wawa (anak Cik Ngoh). Ada juga sesi bertukar-tukar hadiah di antara semua anak cucu yang telah berkeluarga. Selepas solat Aidilfitri, usai menjamu selera, acara karnival raya dimulakan sehinggalah selesai (hampir nak masuk waktu Maghrib baru selesai). Keluarga Baba bolehlah buat karnival raya di hari raya pertama sebab takde saudara mara datang ziarah raya... π
Kalau keluarga Mama, pagi hari raya pertamalah semua datang beraya ke rumah Tok Pa dan Nenek. Mok Long, Ayoh Long, Ayoh Ngoh, Mok Ngoh, Mok Lang, Mok Su, Mokcik, anak-anak saudara (sepupu sepapat Mama) datang menyerbu. Seronok melayan diorang menjamu selera dan bersembang. Maklumlah, setahun sekali je berpeluang bertemu mata dengan semua. π
Walaupun tahun ini semua adik beradik Baba balik kampung beraya, tapi tidak diabadikan gambar keseluruhan keluarga besar. Hanya gambar keluarga sendiri-sendiri sahaja yang ada. Mama abadikan gambar berhari raya Aidilfitri Tahun 2026 di sini.
Mula-mula, kita tengok gambar-gambar hari raya pertama Keluarga Kampung Seligi, Pasir Putih...
Keluarga Abe Long & Kak Sah (Poknik & Moknik) bersama anak mereka yang belum kahwin, Aiman
Keluarga Abe Latif & Cik Lah. Mana anak-anak teruna Cik Lah ni? MIA belako..
Keluarga Abe Riza dan Cik Ngoh bersama anak dara mereka Wawa.
Keluarga Pokcik & Mokcik bersama anak-anak mereka.
Along bersama isteri dan anak, Faiz dan Kakak Shafiqah
Keluarga Ayoh Su & Cik Su bersama 8 orang anak π
Keluarga Mat Jae & Miza. Mat Jae anak sulong Abe Long dan Kak Sah
Keluarga Suren & Isteri (lupa nama isteri dia π
). Suren anak ketiga Abe Long & Kak Sah
Keluarga Angah & Waki (Angah anak kedua Abe Latif & Cik Lah)
Keluarga Along Farah Suhana & Khai (Along anak sulong Abe Riza & Cik Ngoh)
Keluarga Angah Izzat & Nia (Angah anak kedua Abe Riza & Cik Ngoh)
Keluarga Kak Chik Mimi & Roy (Mimi anak ketiga Abe Riza & Cik Ngoh)
Last but not least... Keluarga kita laaaahhhhh π
 |
Mama : Nak posing gaya apa ni? Baba : Gaya apa pun, Baba tetap hensem. Mama : π |
 |
| Gaya Bebas Wajib; Mini Love π«°π» |
Gaya ikut sukahati mung laaaa... π
Tengok Baba tu.... Dia nak buat peace atau mini love. Serba-salah ππ
 |
| Baba dapat hadiah Pemain Terbaik games Kiri Kanan πππ |
Next, tengok gambar-gambar hari raya pertama keluarga Kampung Bujuk, Pasir Mas pula...
 |
Nenek tak sanggup nak melayan gaya anak cucu π Nenek bersama Keluarga Mommy & Daddy, Ceq Nor dan Cik Su featuring Amjad, Afiyah, Adelia dan Baby Zulaikha |
 |
| Keluarga Papa (Abe Cik) & Mommy Eida bersama Danish, Mya, Myra dan Mikaela |
 |
| Keluarga Che Wan Aimi & Cik Anim featuring Aisya, Hana, Aqil dan Hadi |
 |
Keluarga Ayah Cu & Cik Eid featuring Kayyisya, Iskandar, Faliq dan Andika |
 |
| Aderrrrrr.... π |
 |
Posing gaya apa ni...Ketam ke? Pelik-pelik la anak-anak Gen Alpha ni. |
 |
| Mak sedara pun mengikut gaya posing anak sedara π |
Jalan-jalan ziarah hari raya ke-2
Rumah Muin Ayah Ngah, Kg Kelar Dalam
Rumah Pakcik Kadir Tanah Merah
Banyak lagi rumah yang kita kunjungi di hari raya ke-2, termasuk rumah Tok Deq, tapi lupa nak bergambar.
Hari Raya Ke-3, kita jalan-jalan rumah Tok Mat, Mok Long, Mok Cik, Mok Lang dan Ayoh Eil. Semua tak de gambar π