Tahun 2026 telah membawa pelbagai cabaran dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Kekejaman Israel kepada Palestin memang sejak dahulukala lagi, semakin bermaharajalela sehingga ke hari ini. Tiba-tiba tahun ini muncul pula kisah peperangan antara AS-Israel vs Iran. Apa hal ko Trump? Mungkin Trump nak realisasikan makna nama dia (To TRUMP is to outrank or defeat someone or something, often in highly public way). So, dia mencabar semua negara berperang dengan AS. π
Tapi yang paling mengejutkan Mama adalah... lepas satu, satu peralatan elektrik di rumah kita ni rosak ππ©. Tahun ini tahun paling tragik apabila semua peralatan elektrik di rumah kita mengambil keputusan bersara beramai-ramai... π π π .
Dalam post kali ini Mama ingin berkongsi pengalaman pahit manis yang Mama hadapi dengan peralatan elektrik yang rosak dan langkah-langkah yang Mama ambil untuk mengatasi situasi ini. Mari kita lihat bersama apakah punca di sebalik masalah ini dan bagaimana kita boleh bersedia untuk menghadapi cabaran serupa di masa hadapan!!! ππ
Bermula dengan kerosakan pressure cooker Noxxa yang telah Mama guna semenjak tahun 2010 ke 2011..Mama tak ingatlah, cari rekod belian pun tak jumpa dah. Lepas ni kena buat post kalau beli gajet baru. Untuk rekod. π
Sebelum-sebelum ini periuk Noxxa tu tak pernah bermasalah. Tiba-tiba masuk je tahun 2026, bermula dengan masalah lampu indicator dia tu berkelip-kelip, tapi masih boleh guna sehinggalah lampu tak keluar langsung dan terus kaput seminggu sebelum puasa. Huuuuuuuπ
Mama memang mati akal sebab periuk Noxxa itu lah periuk yang Mama gunakan hampir untuk semua jenis masakan disebabkan mudah dan cepatnya urusan memasak, termasuk masak nasi dalam kuantiti yang banyak. Kalau nasi kuantiti sikit, Mama masak nasi guna periuk nasi Tefal yang cute tu.
Tiba-tiba, dalam tempoh selang masa yang tak berapa lama, periuk nasi Tefal yang cute tu pun rosak juga. Tak boleh tekan butang masak nasi. Jadi, apa nak jadi kalau periuk nasi tak boleh masak nasi? Tak boleh jadiiii... π π π
Sepanjang bulan puasa, masaklah nasi dengan periuk nasi KINGWOOD warna putih berbunga pink yang bersaiz cute juga dibeli semasa awal perkahwinan dulu. Nasib baik masih simpan. Tak payah beli periuk nasi baru.
![]() |
| Jenama KINGWOOD ni dah takde dalam pasaran |
Periuk nasi Tefal tu Mama dah let go ke tempat pembuangan barang-barang elektrik. Tapi periuk Noxxa Mama sayang nak buang. Mama akan repair, harap-harap boleh guna lagi.
Balik kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri, tiba-tiba... Mama dapat hadiah daripada Ceq Nor, pressure cooker Swiss Thomas. Yahoooooooooo πππ. Ceq Nor dengar Mama bercerita dengan nenek, periuk Noxxa Mama dah rosak. Kebetulan dia ada sediakan complimentary gift untuk customer Coway dia, termasuklah pressure cooker tu..so dia hadiahkan kepada Mama sebab Mama pun one of her customer. Alhamdulillah, selesai masalah pressure cooker merangkap periuk nasi. Alhamdulillah, rezeki tak salah alamat. ππ
![]() |
| Merahnya dia πSedondon dengan blender |
Sehari sebelum raya, tiba-tiba...mesin basuh pulak meragam. Isi air tak penuh-penuh. Dah lebih sejam, mesin tak berpusing. Keluar indicator IE (Inlet Error). Apa pulak rosaknya ni? Bila Mama google indicator IE menandakan mesin basuh tidak menerima air atau air tidak dapat masuk ke dalam tab pada tahap yang sepatutnya dalam jangka masa yang ditetapkan. Baba panggil orang repair, tukar pump dan tukar belting dengan kos RM150.00. Alhamdulillah, mesin basuh masih berfungsi dan tak perlu lagi tukar baru. Mesin basuh SHARP 11kg ni pun sebenarnya dah berumur lebih kurang 10 tahun. π
Minggu lepas, steam iron Philips pulak buat hal. Beberapa tahun lepas, si iron magic ini pernah dibaiki kerana lampu indicator keep on blinking dan tak panas langsung. Rupanya pump rosak.
Kali ini tak tahulah apa pula yang rosak. Ironnya panas tapi tak keluar wap. Kedutan tak hilang langsung. Stress Nuha bila tudung sekolah dia berkedut. Terpaksalah Mama keluarkan iron conventional (dry iron) Philips generasi pertama yang masih Mama simpan untuk tujuan darurat seperti inilah... Tapi, Nuha tak mahir guna iron biasa ni, nasib baik tak berlubang tudungnya. Mama yang tolong iron tudung sekolah dia. Mama pun stress sebab silap panas sikit, melekat. Nasib baik tak hangusss π
Memandangkan iron magic ini pun sudah berbelas tahun Mama guna, kerosakan ini tidak membuatkan Mama marah atau terkilan. Cuma Mama sedih kerana telah berbelas tahun beliau berkhidmat untuk keluarga kita. Mama sangat terhutang budi dan berterima kasih kepada Puan Noxxa dan Mr. Iron Philips II. Akhirnya, telah tiba titik akhir dalam perkhidmatan mereka semua. Memang pembelian yang berbaloi. Alah membeli menang memakai.
Justeru, Mama telah membeli iron baru, steam iron Philips juga untuk menggantikan Mr. Iron Philips II. Iron baru ini Mama akan panggil dia Mr. Iron Philips III π. Mama beli through Shoppee. ETA on 4 April 2026.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan