Last percutian kita bersama family Mommy, pada tahun 2019 ke Colmar Tropicale. π Berabad yang lalu...hahahaaa.
Tahun 2020-2021, PKP Covid-19. Semua duduk rumah sebab Perintah Kawalan Pergerakan. Tapi selepas PKP berakhir pun, kita tak pernah bercuti ke tempat lain, selain balik kampung Mama sebab pada tahun 2022, kesihatan Tok Pa mula merosot kerana cancer hidung. π’
So, bila ada cuti panjang, kita akan balik kampung menjenguk Tok Pa dan Nek Mi.
Akhir tahun lepas, Mama dah ke CH bersama rakan pejabat tapi atas tujuan kerja. Masa bagitau Nuha Mama akan ke CH, Nuha kata, syoknyaaa..bila kakak dapat pegi CH. Nuha terlupa agaknya family kita pernah bercuti di CH suatu masa dahulu..heheheee.. Time tu anak-anak masih kecil, mungkin mereka lupa dan kenangan bercuti di CH tiada dalam ingatan mereka. That's why pentingnya Mama buat blog ni.. π . Anak-anak boleh tengok di SINI ye gambar-gambar korang masa kecil di CH.
Cuti Chinese New Year tahun 2026 bersambung dengan cuti Awal Ramadhan. So, Mama ambil cuti rehat 2 hari, dapatlah cuti panjang terkumpul seminggu. Mama plan memang nak terus balik kampung dan stay kat kampung the whole week itu. Then, Mommy ajak ke CH sebab dia pun dah lama tak bawa family bercuti. So, Mama pun apa lagi...terus setujulah sebab FOMO..hahahaaaa ππ
Di CH, Mommy booked apartment di Khor Apartment Green Hill Resort. Apartment 3 bilik yang sangat luas dan selesa. Nuha tidur sebilik dengan Afiah, Adelia dan Baby Zulaikha. Ajmal tidur kat ruang tamu dengan Abang Amjad. Satu bilik Mommy bagi Mama. So, Mama tidur dengan Atif. Terlupa nak bagitau, Baba tak ikut kita bercuti ke CH dan balik kampung.
![]() |
![]() |
Kita bertolak dari Taman Setia Indah lebih kurang pukul 11.00 pagi. Mama hanya berpandukan Google Maps dan dipandukan untuk ke CH melalui Tapah. Waktu azan Maghrib tu, Mama masih driving melepasi jalan kecil, sempit dan berliku menuju ke Tanah Rata. Allah, terasa seperti perjalanan yang tidak berpenghujung. Lambatnya nak sampai. Bila dah sampai Tanah Rata lebih kurang pukul 8.20 malam, barulah lega...
Esok pagi, Daddy telah menyediakan itenary perjalanan sepanjang sehari di CH. Venue pertama yang kita akan pergi adalah ke Lavender Garden. Dari Khor Apartment ke Lavender Garden hanya 15.2 km dan akan mengambil masa 27 minit pada hari biasa. Namuuuunnnnn, hari itu, kita mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai ke Lavender Garden π΅π΅. Waktu cuti, memang begitulah jalan di CH. Jalan satu tu je, kereta banyak. Jadi bertabah saja lah..
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| @ Tokyo Town, gambar Nuha ni je yang ada. Mama cari-cari gambar lain dah takde. Penat dah nak bergambar pun. π |
Esoknya, seawal pagi kami bertolak balik ke kampung. Dalam perjalanan balik, Mama lalu Jalan Sungai Koyan. Luas jalannya dan tak berliku sangat. Sampai kampung lebih kurang pukul 6 petang.

























