Memaparkan catatan dengan label balik kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label balik kampung. Papar semua catatan

Khamis, 8 Julai 2010

Cuti-cuti balik kampung...

29 Jun 2010
Jadi jugak Mama balik Kelantan. Mama bertolak lebih kurang 10.30 pagi. Perjalanan balik kampung memang menyeronokkan. Banyak jugak pitstop kami sepanjang perjalanan. Tak leh lama2 dalam kereta, Ajmal boring, meragam je.. Kena stop sekejap2.. tapi tak boleh la berenti lama2, tak sampai Kelantan la jawabnya. 12 jam perjalanan, kebas punggung weiiihh.. :p
1st pitstop: Kami melalui pantai ni setiap kali balik kampung. Area Pekan... Bukan pantai komersial. Tak ramai orang kat sini. Hanya orang memancing dan traveller yang berenti rehat...macam kami laa...

2nd pitstop: Stop lunch kat warung ni. Mee celup dia best. Belakang kedai ni ada tandas yang disayangi oleh tuan punya dia! :D

Singgah kat sini semata-mata nak beli satar. Mama loooiikeee satar very the much!!

Best gila cuti2 and bermalas-malasan kat kampung. Ajmal pun seronok main ball ngan Tok Pa. Kawasan rumah kat kampung luas, so seronok la Ajmal berlari ke sana sini. Pantang bukak pintu, nak 'tateh' (jalan2) jer...Pakaikan kasut, terus ajak Tok Pa or Cik Snor tateh... Pagi2 dah naik motosikal, round2 kampung ngan Tok Pa...

Kat kampung, Nek Mi bela kucing. Ajmal suka membuli kucing2 tu, takut kucing2 tu bila nampak Ajmal..

Ajmal dok pulun durian.
"Abg Amjad, Adik Amal pinjam baju tido Abg Amjad ye..."
Mek Baba ada dusun durian, walaupun Mek xde (g rumah anak2 dia kat KL), Baba balik Seligi angkut durian Mek. Sedapnya isi durian 'kampung' Mek. Apa lagi... makanan sume bertemakan durian. Pulut durian, pengat durian, budu letak durian...yummmy.. ;) Ajmal pun suka durian!


2 Julai 2010
Mama terjaga Baba dah tak de.. ke manakah? Nek Mi bagitau, pagi2 lagi Baba dah ke pusara Hurin Ain. Dari rumah, Mama nampak Baba kat depan pusara puteri kami. Lain kali Mama ziarah pusara Hurin ye, sayang... Kali ni, Mama sedekahkan Al-Fatihah dari jauh je.. Mama uzur... :(

Bila balik kampung, staf kat ofis mesti minta Mama belikan apa2 je dari Kelantan. Kali ni, ramai yang pesan supaya Mama beli tikar plastik yang lipat tiga tuh! Sorang2, pesan 2-3 bidang. Macam Bangla jual tikar lak!! :p Serunding, wajib beli!! Mama bawak lebih daripada pesanan pun, sure habis punya! X yah risau... Ada yang pesan rempah ikan nasi dagang, kat JB x de ke? :-/


3 Julai 2010
Perjalanan balik ke Johor Bahru selalunya tidak menyeronokkan. Tapi kali ni, kami bertolak awal dan singgah rumah Abg Halim (abg Baba no.3) di kuarters polis Kuala Terengganu. Pada waktu petang, kami amik kesempatan melawat Taman Tamadun Islam. Walaupun tiap kali balik kampung, mesti akan nampak Masjid Kristal tu dari atas jambatan, tapi inilah kali pertama Mama dan Baba ke Edutainment Park ni, untuk melihat dengan lebih dekat. B-)




Memang luas tempat ni, dan memang memenatkan bila terpaksa mengejar Ajmal yang nak berjalan sendiri, tak nak orang pegang tangan dia, dan nak pergi tempat yang orang lain tak nak pergi... asyik melawan arus je... Mama asyik tangkap gambar je, so Baba ler yang terpaksa 'menangkap' Ajmal!!
" kejar ye Baba, nanti ilang anak kesayangan awak tuh!"

Banyak betul replika masjid kat Taman Tamadun Islam ni. Mama asyik tangkap gambar, sampai terlupa tak sempat pun nak baca nama masjid2 tu dan its explanation... Ajmal pulak masih nak berjalan sendiri. Nak pegang tangan dia, ditepisnya. Nak dokong, menjerit2 nak jalan sendiri. Baba pun apa lagi, biarkan je Ajmal berjalan sendiri.. sambil berjalan, dikutipnya segala benda. Penat jugak melayan dia. Banyak sangat replika tu, sampai dah tak larat Mama nak berjalan lagi. Replika yang kat ujung2 tu, Mama amik gambar dari jauh jer... Sampaikan Ajmal pun dah tak larat, sampai termuntah... :) Sampaikan angkat tangan minta dokong. Mama suruh dia jalan sendiri, siap geleng2 kepala lagi, x nak....Haaaa, baru dia rasa...
Tengoklah Ajmal yang suka buat hal sendiri... Bila dah penat, tak nak jalan lagi. Nak duduk aje, sambil minum...

4 Julai 2010
Bertolak pagi2 lagi dari rumah Abg Halim. Kena sampai awal sebab 5hb Julai Mama kena kursus di IKWAS. Perjalanan balik JB memang selalu membosankan! :-S Baba drove all the way from Kuala Terengganu to Johor Bahru sebab Ajmal meragam x nak duduk dengan co-pilot dan tak nak tido. Kalau Mama drive, dia nak duduk atas riba Mama, behind the wheel. Mama x berani... tapi kalau Baba yang drive, bolehla Ajmal duduk atas riba dia. So, Baba je la yang drive walaupun mengantuk dan penat. Kami berenti makan je kat satu tempat makan ni, Mama lupa nama tempat makan tu.. dah 2 kali kami berenti makan kat situ. Lauk2 dia sedap.

Sebab Baba mengantuk sangat, kami stop kat Pantai Air Papan. Dapat lah Baba tido sekejap, lagipun masa tu, Ajmal pun tido... Bila Ajmal bangun, dia nampak pantai terus tunjuk2...tuh! tuh!

Ajmal sekarang dah pandai posing, macam gaya otromen! Sebenarnya dia dok kira 1, 2, 3!!!!! Bila kiraan tiga je terus angkat tangan. Mama pun snap! Pandai anak Mama mengira ye....

Kesimpulannya, cuti balik kampung memang menyeronokkan dan membahagiakan!!! hmmmmm... :-*

Mama menulis dari Bilik 116, Asrama Impian, IKWAS.



Selasa, 29 Jun 2010

(' ',) eppy holiday !!

Cabaran betul nak balik kampung ni... Ingatkan pagi2 dah boleh bertolak, tapi Baba ada projek urgent pulak. Tapi, ok jugak, ada la masa untuk Mama buat apa yang patut :p Kain baju yang basuh semalam pun lembap lagi.. Mama bawak balik baju lembap le ke Kg. Bujok!!

Tak sabarnya nak balik kg. Kg. Bujok... here I come!!!

Isnin, 28 Jun 2010

Yahooooo....

Esok pagi Mama akan bertolak balik ke Kg. Bujok, To'Uban... jadi doh kali ni. :D

Isnin, 22 Februari 2010

Seronoknya balik kampung!!!!


Hari ni naik keje setelah seminggu bercuti kat Kelantan... Bestnya dapat balik kampung, jumpa Ummi, Papa, adik2 n Mek... lepas ni, lambat la pulak nak balik lagi. kena tunggu cuti raya puasa la pulak..hmmmm..


Sepanjang cuti, dapatla gi antar Wirda mendaftar kat MRSM Kuala Lipis... harap2 Wirda dapat menyesuaikan diri di sekolah baru. Masa tinggalkan dia hari tu, tersengih2 jer, jangan lak lepas ditinggalkan dia menangis! Tapi Ummi bagitau dia cal tiap2 malam, hepi je...

Ajmal lak cuti ni, asyik demam jer... risau Mama. Tapi, sekarang dah ok..

Masa cuti, Baba n Mama bawak Ajmal gi mandi air terjun kat Jeram Linang... suka dia, macam itik jumpa air!! Baba belikan pelampung kereta, suka dia main air sambil pusing stereng. Konon2nya macam drive gitu... Malamnya, Ajmal selsema dan batuk yang amat kuat, sampai Baba n Mama rasa bersalah yang amat sangat...isk,isk,isk...



On the way balik ke Johor Bahru, kami singgah kat Tasik Kenyir, sewa bot, ronda2 pulau... Ajmal bukan main suka lagi dapat naik bot!!
Baba & Mama pun excited jugops... 😝






Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP