Memaparkan catatan dengan label Cakes 'n Cookies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cakes 'n Cookies. Papar semua catatan

Isnin, 11 Jun 2018

Biskut Raya Aidilfitri 1439H Episod 4 - Popia Coklat Nestum Crunchy

Assalamualaikum diari kesayangan Mama,

Semalam Mama dan Nuha telah berjaya membuat satu lagi cookies untuk juadah hari raya iaitu Popia Coklat Nestum @ Choco Stick Crunchy ~nama ni Mama reka sendiri πŸ˜‹~



Sangatlah senang membuatnya dengan hanya gunakan 3 bahan sahaja.


BAHAN²

Kulit Popia (Mama guna jenama KG)
Coklat masakan (Mama guna Beryls)
Nestum Original

Campuran air dan tepung gandum sebagai gam.

CARA²

Bahagi kulit popia kepada 4 bahagian. Jangan gulung sebesar2 kulit popia yang asal sebab gulungan yang tebal akan menjadikan choco stick keras. Gulung kulit popia dengan straw. Lekatkan gulungan itu dengan campuran air dan tepung. Goreng sehingga kuning keemasan. Toskan minyak.
Cairkan coklat dengan kaedah double boil. Masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi ke dalam coklat. Kemudian gaulkan dengan nestum.


Cairkan coklat guna kaedah double boil. Mama guna periuk pengukus je...

40 keping kulit popia menghasilkan Choco Stick Crunchy sebanyak ini...
Yang belum celup coklat tu sambung malam nanti. Mama dah sakit pinggang.  

Tahniah Nuha dan Mama!!! πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Biskut raya ke-4... Done! 😘


Sabtu, 9 Jun 2018

BIskut Raya Aidilfitri 1439H Episod 3 - Cornflakes Crunchy Cookies

Satu malam ada dua post... Hahahaaaa...
Nampak macam ada banyak masa ye...walaupun pada hakikatnya ada tiga bakul kain yang menunggu untuk diiron, satu bakul yang menunggu untuk disidai.... ko tunggu ye kejap kain-kain semua. Mama nak mengarang satu lagi kisah misi membuat biskut raya tahun ni... πŸ˜†

Pagi tadi, Mama meneruskan misi DIY biskut raya dengan membuat Biskut Cornflakes Crunchy Cookies. Biskut ni pun sangat senang nak dibuat dan tak messy sangat walaupun doh dia sedikit lembik dan melekat di tangan yang membuatkan Mama asyik nak menjilat lebihan doh yang terlekat di tangan tu... Jadinya, kalau nak buat biskut ni, make sure time takleh puasa...huhuhuuuuuu



BAHAN²

250 gm butter (Mama guna Buttercup)
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
½ sudu teh baking powder
½ cawan cornflakes yang diramas halus (Mama blend je...)
¾ cawan gula kastor
1 biji kuning telur
Coklat cip

CARA²

Pukul gula dan butter lebih kurang selama 5 minit. Mama guna whisk. Masukkan kuning telur.
Kemudian masukkan semua campuran tepung, cornflakes dan baking powder. Gaul sebati. Doh sedikit lembik. Gunakan sudu semasa nak salut bebola doh di atas cornflakes.






Kakak Nuha interprem lagi....
Dapatlah tiga bekas biskut. Dua bekas untuk di bawa pulang ke kampung.

Biskut ini terlebih manis bagi Mama...mungkin juga sebab Mama masukkan coklat cip yang menambahkan kemanisan biskut. Next time kita kena kurangkan kandungan gula, hanya ½ cawan gula sahaja.


Yeaayyyyyyyy πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ
Kita dah ada tiga jenis biskut raya... πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Biskut Raya Aidilfitri 1439H Episod 2 - Biskut Semperit Susu @ Biskut Dahlia

Semalam hari Jumaat kan? Hari ini hari Sabtu... Lagi 5 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H.

Mama teruskan episod buat biskut raya pada hari Jumaat... Biskut Semperit Susu. Dipanggil juga Biskut Dahlia kerana kebanyakan pembuat biskut ini menggunakan acuan bunga dahlia yang cantik berkembang mekar...

Mama jumpa banyak resipi semperit susu di facebook, semuanya menggunakan bahan asas yang sama iaitu butter, susu pekat, tepung jagung dan tepung kastad. Ada juga resipi yang menggunakan tepung gandum. Mama memilih untuk menggunakan resipi yang menggunakan tepung jagung sahaja kerana seingat Mama, Nek Mi hanya gunakan tepung jagung semasa kita buat biskut dahlia asli dolu²...

BAHAN²

250g butter (Mama guna Buttercup)
2 ½ cawan tepung jagung
2 sudu besar penuh tepung kastad
½ tin susu pekat

CARA²

Satukan buttercup dengan susu pekat. Kacau dengan senduk. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli. Bakar selama 17-20 minit dengan suhu 160°C.

Frust betul buat biskut ni sebab tak jadi seperti yang diharapkan. Sebelum dibakar, nampak bentuk bunga dahlia, lepas dibakar jadi mek bbunga gedobok wok....πŸ˜…πŸ˜…

Sebelum dibakar...

... Selepas dibakar.

Mama fikir mungkin doh terlampau lembik menyebabkan biskut jadi kembang setaman, so Mama tambah 1/2 cawan tepung jagung dan 2 sudu besar tepung kastad.


BAHAN² ~ setelah sesi try and error~

250gm butter (Mama guna Buttercup)
400gm tepung jagung (habiskan satu peket)
4 sudu besar penuh tepung kastad
½ tin susu pekat

Then, Mama cuba bakar. Kelopak bunga penyet juga, kali ni biskut jadi rangup, bukannya gebu seperti yang Mama ingat rasanya masa Mama buat dengan Nek Mi suatu masa dahulu... 😞

Then, Mama tambah 2 sudu butter ke dalam doh, kemudian bila dibakar, biskut kembali menjadi penyet. Urghhhhh, tak kisahlah, Mama teruskan juga menyemperit dan membakar doh tu sampai habis. Mama just nak habiskan doh yang ini sahaja...lepas ni tak nak buat dah biskut ni. πŸ˜”

Akhirnya, selesai juga misi membuat Biskut Semperit Susu @ Biskut Dahlia. Walaupun Mama tak berpuas hati dengan kemenjadiannya, tapi tahun ni kita dah ada dua jenis biskut raya. 😁😁😁

Sempat lagi jari tu interprem... Nuha le tuh... 😊
Dalam bekas hijau tu, biskut yang hangussss... 😜

Maybe, lepas ni Mama nak buat lagi biskut ni, tapi kita guna acuan semperit yang panjang pula... idoklah Mama frust bila kelopak bunga penyet lagi... πŸ˜‰


Rabu, 6 Jun 2018

Biskut Raya Aidilfitri 1439H Episod 1 - Biskut Arab

Mama dah lama pencen buat biskut raya...semenjak kahwin Mama berhenti buat biskut raya sendiri. Sebab apa ye.... Sebab malas, sebab semangat nak buat biskut tak datang², sebab ada duit boleh tunjuk-tunjuk je, sebab buat biskut sorang² sangat membosankan....

Setelah sekian lama, akhirnya Mama menemui semula semangat membuat biskut raya, heheheeeeee.... Kerana Nuha. Nuha yang selalu ajak Mama buat biskut raya. Demi anak daraku nan seorang dan demi secebis kenangan buat biskut bersama² ibu yang kebanyakan anak² lain punyai, Mama pun gagahkan diri untuk membuat biskut raya sendiri Aidilfitri tahun ini supaya Nuha memiliki secebis kenangan membuat biskut raya bersama Mama yang boleh dia kenang suatu hari nanti...

Kenangan Mama buat biskut raya bersama Ummi sememangnya adalah kenangan yang akan sentiasa tersemat di sanubari. Mama mengharapkan kenangan dan memori Mama bersama anak² juga akan diingati oleh anak² selamanya...

Biskut wajib yang Mama dan Nek Mi selalu buat setiap kali Aidilfitri adalah Biskut Arab...sebab biskut ni paling senang buat, rasanya pun sedap sebab letak minyak sapi. So, jom Kakak Nuha, kita buat Biskut Arab.



Nek Mi buat biskut arab tanpa resipi. Biskut arab yang Mama buat dengan Nek Mi dolu², ada letak kacang hancur gaul bersama tepung gandum dan minyak sapi secukupnya sehingga adunan tidak melekat di tangan dan boleh digentel bentuk bulat². Semalam Mama cuba resipi yang masukkan susu tepung. Rapuh di tangan, cair dalam mulut weiiii... Sedapppp!!

BAHAN²

1 cawan minyak sapi
1 cawan susu tepung
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh garam halus
* Satukan semua bahan dan kacau rata guna senduk



2½ cawan tepung gandum diayak
* Masukkan 1 cawan dulu. Uli. Kemudian masukkan baki tepung sikit² semasa menguli. Takut adunan keras kalau masuk semua sekali. Tapi kalau adunan keras, boleh masukkan minyak sapi lagi. Uli sehingga adunan lembut dan tidak lekat di tangan.

CARA²

Ambil sedikit dan bulat2kan. Hiaskan dengan ceri.
Bakar pada suhu 170°C selama 15 minit, api atas bawah.

Pembantu Mama yang terlebih semangat... 😍

Setelah sejuk, salutkan/tabur biskut dengan campuran gula icing dan susu tepung. Susahnya nak angkat biskut ni masuk bekas, risau pecah sebab gebu sangat...

Resipi 2½ cawan tepung gandum tu, dapat sebanyak ni je..tak penuh pun bekas ni...

Kena ada sambungan Biskut Arab Episod 2 agaknya....

Sabtu, 10 Mac 2018

Projek Nuha & Mama ~Muffin Nutella~

Petang semalam, selepas balik dari Book Talk Bandar Dato' Onn, kami singgah Maslee Taman Setia Indah, beli bahan-bahan untuk buat Muffin Nutella...

Semua bahan-bahan dalam sukatan gram/liter, so Mama sukat dan tukarkan dalam sukatan cawan bagi bahan-bahan serbuk, tapi maintain sukatan liter bagi bahan-bahan cecair.

BAHAN-BAHAN

1/2 buku buttercup
3/4 gula kastor
2 biji telur
1 1/2 all purpose flour
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120 liter susu segar
Nutella

CARA-CARA

Pukul butter dan gula sehingga gula hancur. Masukkan telur sikit-sikit. Pukul sebati. Masukkan campuran tepung serbaguna, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Pukul sebati. Masukkan susu segar. Gaul sebati. Masukkan adunan muffin tadi dalam plastik piping. Paipkan dalam bekas muffin atau cawan kek tu separuh. Lepas tu masukkan sesudu kecil nutella. Then, paip lagi adunan muffin tu tutup nutella. Kemudian, tabur chocolate chip.
Atif dan Nuha tukang tabur chocolate chip, so ada yang banyak, ada yang dua ketul je...πŸ˜…
Kemudian bakar dalam oven 180°C selama 25 minit.


Inilah kejadiannya selepas pelbagai insiden yang berlaku... antaranya gula tumpah, chocolate chip berterabur dan Mama menjerit macam tarzan...πŸ˜‚πŸ€£

Ajmal yang memang cerewet bab makanan ni memuji dan suruh Mama buat banyak-banyak untuk jual. 🀣🀣🀣
Nak buat sebanyak ini pun Mama kena cari mood rajin berjurus benar, bersilat la kalau nak jual...huuuuuuu
Asalkan Abg Ajmal, Kakak Nuha dan Adik Atif bagitau sedap pun Mama dah happy..

Ahad, 30 November 2014

Cheesekut...yummilicious!!

 

Entry makan lagi..... :">

Disebabkan Kakak Nuha...ehemm... :p suka sangat makan cheesekut yang Mama buat minggu lepas, Mama kena abadikan resipinya dalam diari ni supaya lepas² ni senang nak rujuk balik.

KEK LAPIS CHEESE

Bahan-bahannya :-
20 keping biskut marie ikut suka perisa apa pun (original, coklat, coffee)
250gm cream cheese
100gm whipping cream non-dairy
3 sudu besar gula kastor

Cara-caranya :-
1 ) Putar cream cheese dengan gula kastor sehingga kembang. Pukul whipping cream dalam bekas lain sehingga kental. Gaulkan whipping cream tadi dengan campuran cream cheese guna spatula je.

2) Lapik aluminium foil dalam loyang keseluruhannya supaya senang dikeluarkan bila kek keras nanti.

3) Celup biskut marie dalam susu segar panas. Celup sahaja, jangan sampai biskut tu lembik. Susunkan dalam loyang berselang seli dengan adunan cheese tadi sehingga habis.

4) Untuk lapisan atas, taburkan dengan chocolate rice atau kalau takde, blend lebihan biskut marie, tapiskan atas kek.

5) Bekukan dalam freezer lebih kurang 1-2 jam. Dah keras, boleh keluarkan dan potong.

Bahan-bahan nak buat cheesekut. Kalau nak crunchy, guna biskut marie TIGER. Whipping cream pula seeloknya jenama Anchor, tapi kat supermarket Maslee dekat rumah ada jenama ni je...
Lupa beli chocolate rice, Mama blend biskut marie je dan tapiskan kat atas kek.

Dah beku, boleh potong dan ngap laaa... yummilicious!!  
Untuk resipi asal, sila tengok Facebook Page Tutorial Buat Kek Sedap Dan Cantik.

Selasa, 22 Februari 2011

Nak cuba jadi rajin balik laaaa....

Nak sangat try buat ni...tapi bila???

Sabtu, 19 Februari 2011

Kek Coklat Kukus

Resipi ini Mama belajar dari Kak Ina, orang Kedah. Kami berjiran masa Mama menyewa kat Blok LM9, Jalan Enau 20, Taman Daya. She's very nice person... She taught me step by step because she don't want people said that her recipe is 'tak menjadi'... But, people, dun worry... kalau ikut sebijik-sejibik resipi yang Mama kasik ni, mesti menjadi punya!! Dah ramai frens yang amik resipi ni dari Mama, hasilnya... SUPERB!! :p

Then, this recipe specially goes to... Eida!!

Bahan A
1  1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko (terpulang, biasa or van houten ke, or whatever brand)
1 cawan minyak

* Semua bahan A dimasak di atas api kecil. Kacau hingga sebati. Padamkan api, biar sejuk.

Bahan B
3 biji telur - pukul (tak kembang pun takpe...)
sedikit esen vanilla

Bahan C
1  1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

* Semua Bahan C diayak bersama. Nak lagi senang, ayak atas paper (suratkhabar). Senang nak tuang dalam periuk Bahan A nanti.

Campur semua bahan-bahan tadi. Tuangkan telur dalam periuk Bahan A. Tuangkan Bahan C dalam periuk Bahan A, kacau sebati.

Alaskan kertas A4 biasa pada dasar loyang pembakar dengan minyak. Kukus selama 1 jam 30 minit. Selagi tak cukup 1 jam 30 minit, tak payah le asyik dok bukak tutup periuk tuh! Cukup 1 jam 30 minit mesti masak punya. Amik pencucuk, cucuk kat tengah2 kek, kalau takde sisa yang melekat, masak le tu...

Bila kek sejuk letak topping.

Bahan2 topping
3 sudu susu pekat
3 sudu susu cair
3 sudu gula
3 sudu serbuk koko
3 sudu minyak

* Masak hingga agak pekat, tuang atas kek.

Walllllllllaaaaaaaaa... dah jadi kek coklat moist.

So, Eida...untuk door gift wedding anem nanti, kita buat kek ni lam bentuk cup cake. Harap-harap jadi walaupun tak sehebat Junior Masterchef, huahuahua... :p

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP