Sabtu, 10 Mac 2018

Projek Nuha & Mama ~Muffin Nutella~

Petang semalam, selepas balik dari Book Talk Bandar Dato' Onn, kami singgah Maslee Taman Setia Indah, beli bahan-bahan untuk buat Muffin Nutella...

Semua bahan-bahan dalam sukatan gram/liter, so Mama sukat dan tukarkan dalam sukatan cawan bagi bahan-bahan serbuk, tapi maintain sukatan liter bagi bahan-bahan cecair.

BAHAN-BAHAN

1/2 buku buttercup
3/4 gula kastor
2 biji telur
1 1/2 all purpose flour
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120 liter susu segar
Nutella

CARA-CARA

Pukul butter dan gula sehingga gula hancur. Masukkan telur sikit-sikit. Pukul sebati. Masukkan campuran tepung serbaguna, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Pukul sebati. Masukkan susu segar. Gaul sebati. Masukkan adunan muffin tadi dalam plastik piping. Paipkan dalam bekas muffin atau cawan kek tu separuh. Lepas tu masukkan sesudu kecil nutella. Then, paip lagi adunan muffin tu tutup nutella. Kemudian, tabur chocolate chip.
Atif dan Nuha tukang tabur chocolate chip, so ada yang banyak, ada yang dua ketul je...😅
Kemudian bakar dalam oven 180°C selama 25 minit.


Inilah kejadiannya selepas pelbagai insiden yang berlaku... antaranya gula tumpah, chocolate chip berterabur dan Mama menjerit macam tarzan...😂🤣

Ajmal yang memang cerewet bab makanan ni memuji dan suruh Mama buat banyak-banyak untuk jual. 🤣🤣🤣
Nak buat sebanyak ini pun Mama kena cari mood rajin berjurus benar, bersilat la kalau nak jual...huuuuuuu
Asalkan Abg Ajmal, Kakak Nuha dan Adik Atif bagitau sedap pun Mama dah happy..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP