Memaparkan catatan dengan label School Days. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label School Days. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Mac 2019

Atif pun dah bersekolah...


Pengakuan jujur di hari pertama persekolahan. πŸ’“πŸ˜˜
Mama ingatkan anak ini yang paling senang urusan masuk tadika...
rupa-rupanya... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


So long since I've been here...
Still remember me Dear Diary?

Mama rajinkan diri untuk mencoret kisah sesi persekolahan Atif di Tadika Al-Amin. Sungguh tidak adil kalau takde kenangan Atif bersekolah tadika di sini sedangkan Abang Ajmal dan Kakak Nuha semuanya ada...

Tahun 2019, Atif mula bersekolah di Tadika Al-Amin. Umur Atif 5 tahun, sama umur dengan Kakak Nuha masa kakak masuk sekolah tadika. Abang Ajmal je yang masuk tadika seawal umur 4 tahun.

Mungkin simptom anak bongsu, Atif sangat manja. Minggu pertama ke sekolah, masih bersemangat dan ceria. Masuk minggu kedua, dia buat muka senget...(sengetkan mata sebelah kanan dan mata mula berair). Mama dan Baba cannot stand that look...kami pun sedih...

Beberapa kali juga Atif tak ke sekolah just because we were carried away by his sadness...bila Mama suruh dia mandi, dia minta peluk dan mula menangis teresak-esak, Mama tak mampu untuk marah bahkan turut sama sedih. Baba lebih-lebih lagi, dia tak boleh tengok muka sedih Atif tu, hati tersentuh gitewwww. So, Atif tak hadir lagi... seminggu dua hari je kot pegi sekolah..tiga hari lagi duduk ngan Mama Shah atau ikut Baba pegi work...

Then, after confirm dia tak payah ke sekolah hari tu, mood dia bertukar ceria dan happy and willingly took his bath and talked about having breakfast at Mamak's... πŸ˜…πŸ˜

Setiap pagi dia berdrama...tak boleh jadi ni...so kami berbincang dengan Mama Shah dan keputusan dibuat untuk menghantar Atif seawal 6.30 pagi ke rumah Mama Shah, let Mama Shah yang uruskan Atif ke sekolah. So, dengan Mama Shah, Atif tak boleh berdrama sangat...jadi berjayalah Atif ke sekolah 5 kali seminggu dan masuk awal kerana van sekolah yang ambil dan hantar ke sekolah. Sebelum ni, kelas masuk pukul 7.30, Baba hantar Atif pukul 8.00..huhuuuuuuu, memang selalu masuk senarai murid datang lewat. 😞

Sekarang ni, Atif makin berubah. Hujung minggu bila Mama ada di JB, dia rajin scribble everything yang dia belajar kat buku...baru pandai tulis huruf a,b, i dan u, dah kenal nombor dan boleh kira in english sampai twenty. Tulis nombor pula pandai tulis nombor 1 dan 2 je... πŸ˜„

It's ok Atif... as long as Atif dah boleh adapt kat sekolah, Mama dan Baba lega sangat dah... Semoga Atif terus ceria dan suka ke sekolah. Insyaa Allah, aamiiiin.

Hari pertama persekolahan... Muka ada manis juga πŸ˜…


Hari pertama, belajar naik van sekolah.

Peminat tegar pistol....main lego pun buat pistol πŸ˜„


Muka sedih...tiap-tiap hari request Baba ambil dari sekolah. 😒

Kalau balik Baba ambil, Baba bawak gi ngeteh πŸ‘

Be happy Atif!!! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Khamis, 15 Februari 2018

Tokoh Maulidur Rasul SKTD3 2018

Assalamualaikum Diari Mama,

13 Februari 2018, Ustazah Siti Mastura tiba-tiba mesej Mama melalui aplikasi Whatsapp bertanyakan nama penuh dan No. K/P Abang Ajmal. Mama tanya Ustazah maklumat tu untuk buat sijil ke. Ustazah mengiakan, tapi Mama takde la bertanya sijil apa.

Then. Mama dapat lagi mesej daripada Ustazah Siti Mastura pada 14 Februari tu, dia share gambar Abang Ajmal terima sijil Tokoh Maulidur Rasul 2018. Hahahaaaa....Mama rasa terharu pun ye, nak tergelak pun ya... Iyalah... Kalau kat rumah Mama tak nampak pun ketokohan Abang Ajmal ni... πŸ˜†πŸ˜…

Ustazah Mastura bagitau Ajmal memang ada ketokohan tu, berani, berketrampilan dan ada ciri-ciri pemimpin. Terharu Mama... Rasa bangga dapat anak yang mempunyai good attitude ni. Mama berharap sangat agar anak-anak Mama akan menjadi anak yang soleh, solehah dan menjadi manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka sehingga akhir hayat mereka. Sekarang ni ramai anak-anak yang bijak pandai, genius otaknya tapi ketandusan nilai-nilai murni, lack of empathy...Ada juga anak-anak yang masa usia kanak-kanak sangatlah bagus tapi bila dewasa berubah karakternya...Nau'zubillahi min zaalik.

Tokoh Maulidur Rasul SKTD3 2018 😍😍😘😘

Ini semua kawan2 Ajmal dari Kumpulan Qasidah Zikrul Matien... Boleh pula diorang 6 ketul ni tubuh grup qasidah kat sekolah... πŸ˜ŒπŸ˜ŽπŸ˜€




Rabu, 14 Februari 2018

KURSUS JATIDIRI @ KEM KAIZEN GUNUNG PULAI PONTIAN

Ini kursus pertama Ajmal sertai semenjak bergelar pelajar sekolah...
Lepas-lepas ni ada banyak lagi kursus-kursus dan kem-kem yang akan Abg Ajmal sertai, Insyaa Allah.

Seperti biasa, bila anak-anak terlibat dengan program macam ni, ibu-ibu pulak yang terlebih risau macam kita pulak yang nak pergi kem tu. Risau anak-anak tak cukup pakaian, tak cukup spender, terhilang kasut, terhilang baju...macam-macam laaa... 😡 (atau Mama sorang je yang ter'over acting' lagu ni...)

...dan di zaman teknologi canggih ni, bila ada aktiviti atau program je, wujudlah Whatsapp Group. Begitu juga dengan cikgu ustaz ustazah sekolah menggunakan kemudahan ini untuk berkongsi apa jua program anak-anak dengan ibubapa. Dapatlah ibubapa menatap gambar-gambar anak sepanjang program tu... siap ada ibubapa yang request macam-macam dalam group tu, seolah-olah ustaz ustazah tu jaga anak dia sorang je...huhuhuuuuuuu 😏


8.2.2018 : Berkumpul di Surau Sekolah Agama Taman Daya. Lebih kurang jam 7.15 baru bertolak sebab bas lambat sampai.















10.2.2018 : Sesi bergambar setelah tamat program.


Muka penat... 😫😫

Mama : Apa pengajaran dan nilai-nilai murni yang Abang belajar sepanjang kursus jatidiri ni?

Abang Ajmal : ...bekerjasama dalam kumpulan, bersabar,,,,, lagi,,,,,,,, lagi,,,,,,,,hmmmmmm,,,,,,,,jap ye nak fikir.....hmmmmm,,,,, tidak meninggalkan solat... haaaaaa!!!! menghormati guru-guru, mengikut arahan,,,,itu je la kottt...dahhhhhh


Ahad, 21 Januari 2018

Cerita ceriti anak-anak di awal tahun 2018

Assalamualaikum laman putih yang dah lama sangat Mama tak conteng... Don't give up on me okay...

Hari ni dah Ahad minggu ketiga Januari 2018. Bermakna dah tiga minggu berlalunya tahun baru 2018.

Tahun ni 10 tahun Hurin Ain tinggalkan Mama.
Tahun ni Ajmal naik Darjah 3.
Tahun ni Nuha naik Darjah 1.
Tahun ni Atif masuk 4 tahun.

Ajmal kekal kelas 3 Amanah di sekolah kebangsaan. Sekolah agama pula kekal kelas 3 Siddiq. Kalau tahun lepas Ajmal dilantik jadi pengawas sekolah agama, tahun ni dia dilantik jadi pengawas sekolah kebangsaan juga.




Nuha dah naik darjah 1. Sekolah kebangsaan Darjah 1 Amanah, sekolah agama Darjah 1 Jihad. Nuha sangat rajin. Siapkan kerja sekolah dan susun buku awal-awal lagi.

Lain benar perangai dan sikap anak perempuan kalau banding ngan anak lelaki ni ye...  😌

Nuha on the first day of sekolah kebangsaan session. Satu kelas dengan kawan tempat mengaji, Faiqah.
First day of sekolah agama session. Paling kecil antara semua rakan sekelas. 😍


Atif ni..... Mama risau sikit. Bercakap dah banyak tapi dia manja sikit. Dia masih bercakap guna perkataan hujung2 sahaja tapi dah boleh sambung perkataan tu jadi ayat. "Mama, nak wak inan" (Mama, nak bawak mainan). Dengan orang yang dia tak biasa, dia diam saja. That's why Baba & Mama ambil keputusan tak hantar Atif masuk Tadika Al-Amin dulu. So, Mama hantar Atif tuisyen rumah Teacher Nor supaya dia kenal huruf dan nombor dulu. Tuisyen setiap hari Jumaat, 1 jam.


Bukannya Mama tak boleh ajar ABC & 123 tu, tapi susah yang amat anak2 ni nak dengar dan ikut apa yang Mama dia ajar sendiri, banyak nak main...kalau cikgu yang ajar, disiplin dia lain sikit..

Tahun ni juga Atif masuk kelas mengaji kat Pusat Pengajian Iqra'. Hari ketiga dah tak nak gi ngaji... πŸ˜…

Minggu pertama persekolahan, Mama tak cukup tidur sebab nak siapkan sticker nama buku teks, buku tulis, buku kerja. Buku-buku untuk dua sesi sekolah pulak tu, sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sticker tu Mama buat sendiri, beli je kertas sticker, pastu print. Kena balut buku lagi...banyak tu... Nasib baik zaman sekarang ni ada pembalut buku segera yang kita cuma masukkan kulit buku dan tampal je tu...jimat masa dan tak sakit belakang membongkok lama2 membalut buku. Zaman sekarang ni semua segera ye, makanan segera, pembalut buku pun segera...kihkihkih 😎



Jumaat, 24 November 2017

Berakhir sudah sesi persekolahan Tahun 2017

Assalamualaikum...

Berabad lamanya tidak menjenguk diari Mama. Tidak punya cukup masa untuk mencoret di sini. Balik kerja, terus terbongkang. Kenapa penat sangat? Mama pun tak tahu... Hormon M terlampau banyak agaknya...

Sesi persekolahan Tahun 2017 telah berakhir semalam... Tahun depan Ajmal naik Darjah Tiga, Nuha pula masuk Darjah 1. Cepatnya anak-anak membesar.... Perasaan Mama? Mestilah gembira sebab anak-anak membesar sihat walafiat 😊 Sayu pun ada sebab bila anak-anak dah besar, Mama akan rindukan saat-saat kalian masih baby dan tidur bawah ketiak Mama... 😒

Ajmal di tahun 2017 menjadi seorang budak yang chubby. Asyik lapar je...pastu makan banyak... ikut perangai sapa la agaknya πŸ˜†πŸ˜‰ . Setiap kali ujian atau peperiksaan, selalu bertekad nak buat ulangkaji bersungguh-sungguh....Namun, malangnya, baru sekejap buat homework, dah terbongkang... ikut perangai sapa la agaknya πŸ˜πŸ˜†πŸ˜œ .

So, result exam Ajmal tahun ni hanya memuaskan. Ulasan Guru Kelas pada Slip Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun "Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan, usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang". Whatever it is, Mama takdelah frust menonggeng sebab Ajmal dapat nombor 11/39. Ajmal baru Darjah 2. Masih jauh lagi perjalananmu anakku...

Mama abadikan kenangan Darjah 2 Amanah Tahun 2017 untuk tatapan Abang...




Sorry Abang Ajmal....ini je gambar yang Mama ada, yang lain dah terdelete agaknya....huaaaaaaa 😭😭

Terima kasih kepada Ustazah Siti Mastura binti Kamaludin dan semua cikgu dan ustaz yang telah mencurahkan ilmu kepada anak-anak 2 Amanah Tahun 2017.


Then.... Nuha.....

Nuha telah tamat sesi persekolahan di Tadika Al-Amin. Tahun depan Nuha Darjah 1.


With her bestie, Wawa πŸ˜πŸ’“

Wawa, Abg Ajmal, Nuha & Abg Safwat 😊😊😊😡

Bersama Ustazah Nisa... terima kasih Ustazah!! πŸ˜˜πŸ˜πŸ’–

Terima kasih kepada semua Ustazah di Tadika Al-Amin.

Pagiku cerahku
Matahari bersinar
Ku gendong tas merahku...di pundak

Selamat pagi semua
Ku nantikan dirimu
Di depan kelas mu
Menantikan kami

Guruku tersayang....
Guru tercinta....
Tanpamu apa jadinya aku

Tak bisa baca tulis
Mengerti banyak hal
Guruku
Terima kasihku....

Nakalnya diriku
Kadang buatmu marah
Namun segala maaf kau berikan

Guruku tersayang....
Guru tercinta....
Tanpamu apa jadinya aku

Tak bisa baca tulis
Mengerti banyak hal
Guruku
Terima kasihku....


THE END.

Selasa, 24 Januari 2017

Gambar-gambar kenangan Ajmal Darjah 1.


Mama kena transfer semua gambar dari handphone ke sini supaya tak hilang. Ini semua untuk kenangan Abang Ajmal dan Mama juga suatu hari nanti...

Dapat tempat ke-3 dalam Peperiksaan Akhir Tahun



Jamuan Aidilfitri




Gambar-gambar semasa di Darjah 1 Afiat SKTD3.










Gambar-gambar sepanjang penglibatan Ajmal dengan Kumpulan Qasidah Zikrul Matien.


Kenangan berkhatan..sekali seumur hidup...Abang Ajmal dah jadi anak teruna.  :-*

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP