Lepas-lepas ni ada banyak lagi kursus-kursus dan kem-kem yang akan Abg Ajmal sertai, Insyaa Allah.
Seperti biasa, bila anak-anak terlibat dengan program macam ni, ibu-ibu pulak yang terlebih risau macam kita pulak yang nak pergi kem tu. Risau anak-anak tak cukup pakaian, tak cukup spender, terhilang kasut, terhilang baju...macam-macam laaa... π΅ (
...dan di zaman teknologi canggih ni, bila ada aktiviti atau program je, wujudlah Whatsapp Group. Begitu juga dengan cikgu ustaz ustazah sekolah menggunakan kemudahan ini untuk berkongsi apa jua program anak-anak dengan ibubapa. Dapatlah ibubapa menatap gambar-gambar anak sepanjang program tu... siap ada ibubapa yang request macam-macam dalam group tu, seolah-olah ustaz ustazah tu jaga anak dia sorang je...huhuhuuuuuuu π
8.2.2018 : Berkumpul di Surau Sekolah Agama Taman Daya. Lebih kurang jam 7.15 baru bertolak sebab bas lambat sampai.
10.2.2018 : Sesi bergambar setelah tamat program.
Muka penat... π«π« |
Mama : Apa pengajaran dan nilai-nilai murni yang Abang belajar sepanjang kursus jatidiri ni?
Abang Ajmal : ...bekerjasama dalam kumpulan, bersabar,,,,, lagi,,,,,,,, lagi,,,,,,,,hmmmmmm,,,,,,,,jap ye nak fikir.....hmmmmm,,,,, tidak meninggalkan solat... haaaaaa!!!! menghormati guru-guru, mengikut arahan,,,,itu je la kottt...dahhhhhh
Bestnya Abg ajmal dapat join Kem ye... Akak pun suka kalau anak2 join program2 macam ni. Adalah juga manfaat yang dapat dikutip selain pengalaman hehe
BalasPadamFirst time pegi kem...balik tu non-stop cerita apa yg dia buat kat kem tu. Cerita yg dia repeat, air dalam parit yg dia kena merangkak bau mcm air kumbahan.. Ajmal tu penggeli sikit. Tengok Atif berak pun dia boleh muntah... π€£π
Padam