Memaparkan catatan dengan label This and that. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label This and that. Papar semua catatan

Khamis, 9 April 2026

Tahun 2026 | Tahun penuh masalah untuk peralatan elektrik di rumah kita πŸ˜–πŸ˜©πŸ˜΅ - Ep. 2

Akhirnya, mesin basuh yang telah dibaiki dengan kos RM150 minggu lepas, turut bersara dari perkhidmatan. Masa membasuh dari 26 minit menjadi 2 jam gara-gara air tak penuh-penuh. Kena mengisi air dalam baldi semata-mata nak bagi mesin bertukar ke mode washing. Membasuh pula tak boleh kapasiti banyak, kena water level small sahaja. Jadi, Mama dan Baba ambil keputusan untuk membeli mesin basuh baru.

Semalam, Baba survey kedai peralatan elektrik kat Taman Setia Indah. Kedai yang sama kita beli mesin basuh lama tu..Mula-mula, tokey kedai tu recommend mesin SHARP 14kg sebab Baba request nak mesin top load. Bawa balik ke rumah, mesin tak muat masuk ruangan peti basuh asal. Pintu tak boleh buka sebab tersekat di kabinet. πŸ˜• Mesin ini lebih tinggi daripada mesin sebelum ini. Maklumlah, 14kg..


Mesin SHARP 11kg sebelum ini muat masuk bawah kabinet sebab pintu dia boleh lipat. Sekarang dah tiada model pintu top load boleh lipat. So tokey kedai recommend mesin basuh front load.

So, bermula malam semalam, bermulalah perkhidmatan mesin basuh baru di rumah kita. MIDEA front load, 12kg. Harapan Mama agar mesin basuh ini akan berkhidmat lama seperti mesin basuh sebelum ini.


Terima kasih kepada mesin basuh SHARP 11kg yang telah berkhidmat hampir 11 tahun. 

Masa beliau dibaiki tempoh hari. Takde gambar lain nak tepek.
Bolehlah, buat kenangan.. 😌

Sabtu, 4 April 2026

Tahun 2026 | Tahun penuh masalah untuk peralatan elektrik di rumah kita πŸ˜–πŸ˜©πŸ˜΅

Tahun 2026 telah membawa pelbagai cabaran dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Kekejaman Israel kepada Palestin memang sejak dahulukala lagi, semakin bermaharajalela sehingga ke hari ini. Tiba-tiba tahun ini muncul pula kisah peperangan antara AS-Israel vs Iran. Apa hal ko Trump? Mungkin Trump nak realisasikan makna nama dia (To TRUMP is to outrank or defeat someone or something, often in highly public way). So, dia mencabar semua negara berperang dengan AS. 😏

Tapi yang paling mengejutkan Mama adalah... lepas satu, satu peralatan elektrik di rumah kita ni rosak πŸ˜•πŸ˜©. Tahun ini tahun paling tragik apabila semua peralatan elektrik di rumah kita mengambil keputusan bersara berjemaah... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. 

Dalam post kali ini Mama ingin berkongsi pengalaman pahit manis yang Mama hadapi dengan peralatan elektrik yang rosak dan langkah-langkah yang Mama ambil untuk mengatasi situasi ini. Mari kita lihat bersama apakah punca di sebalik masalah ini dan bagaimana kita boleh bersedia untuk menghadapi cabaran serupa di masa hadapan!!! πŸ˜πŸ˜†

Bermula dengan kerosakan pressure cooker Noxxa yang telah Mama guna semenjak tahun 2010 ke 2011..Mama tak ingatlah, cari rekod belian pun tak jumpa dah. Lepas ni kena buat post kalau beli gajet baru. Untuk rekod.  πŸ˜ƒ

Sebelum-sebelum ini periuk Noxxa tu tak pernah bermasalah. Tiba-tiba masuk je tahun 2026, bermula dengan masalah lampu indicator dia tu berkelip-kelip, tapi masih boleh guna sehinggalah lampu tak keluar langsung dan terus kaput seminggu sebelum puasa. HuuuuuuuπŸ˜“ 

Mama memang mati akal sebab periuk Noxxa itu lah periuk yang Mama gunakan hampir untuk semua jenis masakan disebabkan mudah dan cepatnya urusan memasak, termasuk masak nasi dalam kuantiti yang banyak hanya 8 minit sahaja. Kalau nasi kuantiti sikit, Mama masak nasi guna periuk nasi Tefal yang cute tu je...

Tiba-tiba, dalam tempoh selang masa yang tak berapa lama, periuk nasi Tefal yang cute tu pun rosak juga. Tak boleh tekan butang masak nasi. Jadi, apa nak jadi kalau periuk nasi tak boleh masak nasi? Tak boleh jadiiii... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Sepanjang bulan puasa, masaklah nasi dengan periuk nasi KINGWOOD warna putih berbunga pink yang bersaiz cute juga dibeli semasa awal perkahwinan dulu. Nasib baik masih simpan. Tak payah beli periuk nasi baru.

Jenama KINGWOOD ni dah takde dalam pasaran

Periuk nasi Tefal tu Mama dah let go ke tempat pembuangan barang-barang elektrik. Tapi periuk Noxxa Mama sayang nak buang. Mama akan repair, harap-harap boleh guna lagi.

Puan Noxxa yang dah penat πŸ₯΄πŸ₯΅

Balik kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri haritu, tiba-tiba... Mama dapat hadiah daripada Ceq Nor, pressure cooker Swiss Thomas. Yahoooooooooo πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ. Ceq Nor dengar Mama bercerita dengan nenek, periuk Noxxa Mama dah rosak. Kebetulan dia ada sediakan complimentary gift untuk customer Coway dia, termasuklah pressure cooker tu..so dia hadiahkan kepada Mama sebab Mama pun one of her customer.  Alhamdulillah, selesai masalah pressure cooker merangkap periuk nasi. Alhamdulillah, rezeki tak salah alamat. πŸ˜€πŸ˜

Merahnya dia 😍 Sedondon dengan blender Mama yang dah dok ada.

Sehari sebelum raya, tiba-tiba...mesin basuh pulak meragam. Isi air tak penuh-penuh. Dah lebih sejam, mesin tak berpusing. Keluar indicator IE (Inlet Error). Apa pulak rosaknya ni? Bila Mama google indicator IE menandakan mesin basuh tidak menerima air atau air tidak dapat masuk ke dalam tab pada tahap yang sepatutnya dalam jangka masa yang ditetapkan. Baba panggil orang repair, tukar pump dan tukar belting dengan kos RM150.00. Alhamdulillah, mesin basuh masih berfungsi dan tak perlu lagi tukar baru. Mesin basuh SHARP 11kg ni pun sebenarnya dah berumur lebih kurang 10 tahun. πŸ˜…

Minggu lepas, steam iron Philips pulak buat hal. Beberapa tahun lepas, si iron magic ini pernah dibaiki kerana lampu indicator keep on blinking dan tak panas langsung. Rupanya pump rosak.

Kali ini tak tahulah apa pula yang rosak. Ironnya panas tapi tak keluar wap. Kedutan tak hilang langsung. Stress Nuha bila tudung sekolah dia berkedut. Terpaksalah Mama keluarkan iron conventional (dry iron) Philips yang masih Mama simpan untuk tujuan darurat seperti inilah... Tapi, Nuha tak mahir guna iron biasa ni, nasib baik tak berlubang tudungnya. Mama yang tolong iron tudung sekolah dia. Mama pun stress sebab silap panas sikit, melekat. Nasib baik tak hangusss πŸ˜– 

Memandangkan iron magic ini pun sudah berbelas tahun Mama guna, kerosakan ini tidak membuatkan Mama marah atau terkilan. Cuma Mama sedih kerana telah berbelas tahun beliau berkhidmat untuk keluarga kita. Mama sangat terhutang budi dan berterima kasih kepada Puan Noxxa dan Mr. Iron Philips II. Akhirnya, telah tiba titik akhir dalam perkhidmatan mereka semua. Memang pembelian yang berbaloi. Alah membeli menang memakai.

Justeru, Mama telah membeli iron baru, steam iron Philips juga untuk menggantikan Mr. Iron Philips II. Iron baru ini Mama akan panggil dia Mr. Iron Philips III  😁. Mama beli through Shoppee. ETA on 4 April 2026. 

Yeayyyy...iron baru dah sampai πŸ’ƒ.
Mr. Iron Philips III yang warna purple kat tengah tu sampai tengahari tadi.
Di sebelah beliau itu adalah Mr. Iron Philips I dan Mr. Iron Philips II. πŸ˜†
 Mr. Iron Philips I (dry iron) tu, hadiah kahwin daripada kawan baik uni Mama, Farahiyah Badri.

Untuk rekod, Mama beli peti ais baru jenama Hisense 4 pintu dan mula digunakan pada 1 April 2026. Mama harap peti ais ini akan berbakti kepada keluarga kita untuk tempoh yang lama seperti peti ais yang sebelum ini. Reason Mama tukar peti ais baru ni bukan sebab peti ais yang kita sedang pakai tu rosak, tapi Baba nak letak peti ais tu kat bengkel perabot dia. Alasan kukuh untuk Mama tukar peti ais baru. 😁
  


Panjang lebar Mama membebel ni, jadi apa punca dan masalah semua peralatan elektrik rumah kita rosak serentak di tahun 2026? Puncanya adalah kerana usia semua peralatan ini sudah lebih sebelas tahun. Jadi, sudah sampailah masanya diorang rosak. Kerosakan semula jadi yang terjadi atau susut nilai yang berlaku pada peralatan elektrik melalui penggunaan biasa setiap hari dari semasa ke semasa.

Ok, tamatlah sudah post yang sarat dengan peristiwa yang tiba-tiba... πŸ˜…πŸ€­

Ahad, 15 Mac 2026

My favourite movies and drama series of all times πŸ˜‰

Dalam banyak-banyak movies yang Mama pernah tonton sewaktu zaman sekolah rendah dan menengah yang Mama ingat sampai sekarang adalah Anne of Green Gables lakonan Megan Follows sebagai Anne Shirley dan Jonathan Crombie sebagai Gilbert Blythe yang disiarkan melalui slot Dunhill Double di RTM 2 setiap Khamis dan Jumaat pukul 10.00 malam, tahun 90-an dulu-dulu... 

Terngiang-ngiang lagi iklan yang berbunyi seperti ini.... "Alfred Dunhill mempersembahkan filem-filem yang bermutu luar biasa, setiap Khamis dan Jumaat, The Dunhill Double menampilkan (nama pelakon dan filem yang akan ditayangkan pada minggu itu). Iklan tersebut akan diakhiri dengan... "Dunhill, Gaya Mutu Keunggulan". Empunya siapakah suara latar di sebalik iklan itu? Mama tanya Mr. Google, tapi tiada maklumat tentang empunya suara latar itu. Tapi ada satu komen di YouTube yang menulis pemilik suara latar iklan itu adalah Allahyarham Farit Ismeth Emir. Mama dengar pun, sama macam suara arwah...

Sebenarnya, ada banyak versi filem Anne of Green Gables yang diadaptasi dari novel klasik karya Lucy Maud Montgomery ini. Tapi filem yang diarahkan oleh Kevin Sullivan dan dilakonkan oleh Megan Follows dianggap adaptasi paling popular. Mama pun suka versi yang ini. Tapi, sukar untuk mencari platform yang menyiarkan filem versi 1985 dan 1987 (sequel) sekarang. Yang ada di Netflix dan platform tontonan atas talian lain adalah versi yang lain-lain yang tidak se'asli' arahan Kevin Sullivan.

Mama rindu nak menonton lagi Anne of Green Gables versi ini. Kat mana ye Mama boleh menontonnya??? 😐

Poster filem Anne of Green Gables lakonan Megan Follows, arahan Kevin Sullivan. 
Credit goes to IMDb

Sewaktu zaman study UIA pula, Mama ter'minat' giler kat Shah Rukh Khan. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…  Semua filem lakonan Shah Rukh Khan Mama mesti tonton especially Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ) dan Kuch Kuch Hota Hai (KKHH).

Credit goes to Wikipedia

Zaman dulu, kalau nak tengok movies, kena beli CD atau DVD, atau sewa je..lepas tengok, pulang balik πŸ˜‰ Almaklumlah, zaman study uni, duit tak berapa nak ada. Ada kawan-kawan yang have-have, diorang beli DVD, Mama pun menumpanglah tengok sama-sama kat Library Pusat Matrikulasi UIA, Lembah Pantai. Mama menginap di Kolej Zainab Al-Ghazali (KZAG), bersama-sama Farahiyah Badri (Penang), Hasniza Md Noor (Kedah), Che Wan Azidah (Kedah), Junida Jamaluddin (KL), Nazarina Jamil (Johor), Norasikin Mohamed (Kelantan), Norazimah (Selangor)...dan ramai lagi lah, tapi nama-nama hok ni je yang kukuh terpahat dalam memori ingatan Mama masa kat Matrik Lembah Pantai. Hujung minggu je, kitorang pegi library menonton Dilwale ramai-ramai. Indahnya kenangan itu...😍 

Time study di main campus, IIUM Gombak, terjebak pula dengan drama series Taiwan, Meteor Garden (TV Series 2001) yang dilakonkan oleh Barbie Hsu sebagai San Cai dan Jerry Yan sebagai Dao Ming Si. πŸ˜… Mama beli DVD diaaaaa... 😁 Setiap waktu terluang, Mama dan kawan-kawan yang menginap di Blok G Mahallah Asma' akan menonton siri ini di bilik Farahiyah atau bilik Azimah yang lebih mesra kami panggil Jim. Mama menginap satu bilik dengan Farah, Jim dan Anisatul Fitri. Naja, Shikin, Che Chu dan Che Wan Azidah yang menginap di bilik depan Blok yang sama akan datang ke bilik kami. Junida Jamaluddin yang mesra kami panggil Ida sorang lagi geng lepak kami. Setiap kali lalu depan bilik kami otw dia nak ke toilet, mesti dia menyinggah πŸ˜‚. 

Kadang-kadang port menonton adalah di bilik Naja. Tempat lepak kami menonton adalah di bilik kawan-kawan yang ada PC atau laptop πŸ˜†. Angah (Mommy) yang time tu study kat UPM, setiap minggu akan datang ke UIA lepak kat bilik Mama πŸ˜…. Mommy pun dah jadi salah seorang ahli geng lepak kami. Sehingga sekarang, Mama masih berhubung dengan geng Meteor Garden dan kami ada Grup WA yang adminnya adalah Naja dan dia namakan Grup WA kami tu 'Meteor Garden Clan'  πŸ˜„πŸ˜†. 

Tapiiiii, DVD Meteor Garden Mama tu dah takde 😩. Mama lupa siapa pinjam, tak dipulangkan πŸ˜’. Mama ingat-ingat lupa, rasanya sepupu Mama yang pinjam time Mama dah kerja kat Kota Bharu. 

Poster Meteor Garden 2001 
Credit goes to IMDb

Terpengaruh dek siri inilah, Mama bertindik sampai 3 lubang di kedua-dua telinga. 3 pasang Mama pakai anting-antingπŸ˜„πŸ˜…. Once Mama kahwin dengan Baba, Ummi (Nek Mi) suruh Mama pakai sepasang je anting-anting. Lama kelamaan, lubang yang lain itu tertutup. Rupanya bertindik lebih daripada satu lubang di setiap telinga itu adalah dilarang kerana menyerupai golongan lain. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Ω…Ω† ΨͺΨ΄Ψ¨Ω‡ Ψ¨Ω‚ΩˆΩ… ΩΩ‡Ωˆ Ω…Ω†Ω‡Ω… Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari mereka” (Riwayat Abu Daud) ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ£ΨΉΩ„Ω… Ψ¨Ψ§Ω„Ψ΅ΩˆΨ§Ψ¨   Mama rujuk di SINI.

Di era digital dan globalisasi ini, dunia saling terhubung oleh internet. Banyak platform dan aplikasi streaming service yang menawarkan pelbagai jenis rancangan TV, filem, anime dan dokumentari. Semuanya di hujung jari. Rumah kita ni, dah jarang tengok siaran biasa TV. Buka TV je, tengok Netflix. Berita tentang negara dan luar negara, tengok kat handphone je melalui aplikasi FB, TikTok dan lain-lain. Banyak sangat perubahannya... Mama adalah anak zaman Gen X. Lahir di awal dunia mula globalisasi. Mama adalah generasi yang melalui fasa peralihan daripada teknologi analog kepada digital.

So, Mama pun tidak terkecuali menggunakan pelbagai medium penstriman yang wujud sekarang ini untuk menonton movies dan drama series dari pelbagai negara seperti Korea (K-Drama), Taiwan (C-Drama), Jepun (J-Drama), Turki, India, Sepanyol, Thailand dan negara-negara yang tak pernah Mama terfikir boleh tengok filem mereka seperti Rusia, Africa, dan baaaaanyak lagi...

Zaman sekarang, movies dan drama series banyak sangat. Setiap minggu keluar cerita baru kat Netflix, iQIYI, Viu dan lain-lain aplikasi penstriman. Bila dah banyak sangat, keterujaan kita akan hilang bila ceritanya lebih kurang sama. Mama akan tengok sekali dan binge-watch sahaja. Kadang-kadang skip je scene yang tak menarik sebab nak habiskan cepat siri tu untuk tahu endingnya sahaja.

Tapi ada beberapa K-Drama yang Mama suka dan boleh ulang tengok, antaranya Business Proposal, Reply 1988 dan When The Phone Rings. Ada beberapa lagi, tapi Mama lupa πŸ˜€. Baba pula suka melayan siri Racket Boys. Dah berpuluh kali kot dia khatam. Baba bagitau dia suka cerita tu sebab cerita santai, lucu, semangat setiakawan yang tinggi dan tak sakit kepala dan tak perlu fikir banyak bila menontonnya. 😁

Manakala C-Drama pula, Mama selalu ulang tengok cerita Hidden Love lakonan Zhou Lusi dan Chen Zeyuan. Satu lagi cerita The Prisoner of Beauty lakonan Liu Yuning dan Song Zuer.

Filem Inggeris yang menjadi kegemaran Mama dan Baba adalah The Chronicles of Narnia : The Lion, the Witch and the Wardrobe dan The Chronicles of Narnia : Prince Caspian. Sequel ketiga The Voyage of the Dawn Treader tu dah tak berapa syok. Pernah tengok tapi tak habis pun..so, tak berapa pasti jalan ceritanya macam mana... Dan, sudah pastinya tersenarai dalam movies paling disukai adalah semua siri The Lord of the Rings dan The Hobbit.

Ada satu movie Inggeris yang Mama selalu ulang tengok dan akan menitis air mata dan rasa sebak... cerita tu bukan cerita sedih... tapi Mama tak tahu kenapa Mama rasa sebak... tajuknya Flipped. Mama menontonnya di Netflix. Mama menangis teresak-esak masa scene Juli dapat tahu yang Bryce buang telur ayam yang dia bagi pada Bryce setiap hari dan sebak bila scene Juli mula menjauhkan diri setelah peristiwa itu. Mama menangis lagi bila scene Bryce tanam sycamore tree di halaman rumah Juli dan Juli memaafkan Bryce. Mereka menanam pokok sycamore bersama-sama. That day they started to really talk and they'd be talking for a long time. Happy ending πŸ˜πŸ’“. Tapi sekarang filem Flipped ni dah takde kat Netflix. Mama tak tahu nak tengok kat mana pula... Mungkin ada kat platform MovieBox.

Ada satu movie Jepun yang memberikan perasaan yang sama sewaktu Mama menonton Flipped... tajuknya Our Secret Diary, filem tahun 2023. Filem ini berkisar tentang zaman persekolahan dan semangat setia kawan. Mama menangis sewaktu scene Setoyama bagi teddy bear yang dia dapat di claw machine tu kepada Kuroda. Satu lagi scene yang menyentuh hati bila Kuroda dan kawan-kawan dia berselisih faham dan salah seorang kawan dia request lagu yang menceritakan tentang persahabatan dan betapa susahnya meminta maaf. Semasa lagu itu berkumandang, kawan Kuroda menunduk dan mengucapkan "Gomen ne" (I am sorry). Seorang lagi kawan yang turut mendengar lagu itu diputarkan semasa waktu rehat di sekolah mereka, berlari ke bilik broadcast sekolah dan mereka bertiga berpelukan dan saling meminta maaf. Ada beberapa scene lagi yang menyentuh perasaan. Kalian boleh menontonnya sendiri πŸ˜‰. Kebanyakan filem dan drama yang Mama sebutkan di atas boleh ditonton di SINI.

Ok, that's all movies dan drama series yang Mama boleh ingat sepenuhnya jalan cerita dan scene menarik sebab banyak kali ulang tengok πŸ˜€. Mungkin in the future, akan ada movies atau drama baru yang bisa menyentuh hati dan tersenarai dalam list Mama's favourite movies. πŸ‘Œ✌πŸ’“

Next time, Mama akan menulis tentang movies dan drama yang anak-anak suka pula. 😎

Khamis, 5 Januari 2023

Program Sekolah Berselawat Peringkat Negeri Johor

Pagi tadi Mama menghadiri Program Sekolah Berselawat Negeri Johor yang diadakan di SK Taman Bukit Tiram. Slot tazkirah bertajuk "Selawat" disampaikan oleh Al Fadhil Tn Hj Mohd Kamal bin Md Said, Pengerusi Pondok Anwarul Mahabbah, Kluang.

Kandungan tazkirah beliau sangat simple, senang sampai ke otak, melekat dan menusuk ke hati. Selawat ini simple tapi miracle. Beliau menceritakan lima kisah benar yang berlaku pada orang-orang yang beliau pernah bagi tazkirah tentang kelebihan mengamalkan selawat. 

Sekali kita berselawat kepada Rasulullah, 10 kali Allah berselawat dan melimpahkan rahmat kasih sayang kepada kita. 

Kawan sepejabat Mama pun turut hadir ke program tu.. Nama dia Norzalinawati. Dia hadiahkan Mama buku selawat. Semoga Allah melimpahkan rezeki melimpah ruah kepada beliau dan pahala yang mengalir kepada beliau juga dengan asbab Mama berselawat dan membaca buku ini.


By the way, Mama lupa nak update.. Mama dah bertukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor berkuat kuasa pada 15 Oktober 2021. 

Selasa, 3 Januari 2023

Akhirnya... tukar jugak 😌

Baru je Mama ceritakan tentang Abg Ajmal yang bersekolah di SMKAF dan tak akan tukar sekolah sebab dah selesa kat sana kan...

Penghujung cuti sekolah bulan Disember 2022 lepas, dia tiba-tiba tanya Mama, 

Ajmal : Tingkatan 3 nanti boleh ke Abang pindah sekolah sama dengan Kakak?

Mama : Kenapa pulak? Hari tu Mama tanya nak tukar sekolah ke tak, abang cakap keputusan muktamad abang tak nak tukar. Sekarang dah ubah fikiran? So, bagitau Mama keputusan terkini, muktamad dan tak boleh ubah-ubah lagi!

Ajmal : Ok, Abang nak tukar...

Mama : Betul ni? Tak menyesal?

Ajmal : Insyaa Allah tak... urusan Mama lebih senang kalau Abang sekolah dekat dengan rumah.

Mama pun segeralah uruskan proses pertukaran sekolah. Mama jumpa pegawai di Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor, Ustaz Najib... sebab nak tukar sekolah ke aliran yang sama dengan SMKA Falahiah. Kebetulan pula Ketua Penolong Pengarah Kanan SPI, Tn Hj Lukman ada sekali, dia terus bagi green light untuk kelulusan Ajmal berpindah ke SMKA Johor Bahru. Kebetulan juga ada permohonan bertukar keluar dari sekolah tu, jadi adalah kekosongan di SMKA Johor Bahru. Alhamdulillah, urusan penempatan sekolah baru Ajmal dipermudahkan.

Urusan dengan CC di SMKA Falahiah pun sangat senang. Beliau yang ramah membahasakan diri beliau dengan panggilan Kak Na, menghantar borang pertukaran melalui aplikasi Whatsapp. Segala dokumen lampiran seperti surat beranak, IC ibubapa dan Sijil Kahwin pun Mama submit kepada Kak Na melalui whatsapp sahaja... Mama dengan rasa bersalah meminta maaf kerana Kak Na pula yang terpaksa mencetak dokumen-dokumen tersebut sebanyak 3 copy... Tapi Kak Na dengan mesra menjawab takde masalah, dan dia juga akan bantu mendapatkan tandatangan Pengetua untuk salinan diakui sah juga utk salinan-salinan dokumen lampiran tu.. 😍

Allah, terima kasih kerana permudahkan urusan Mama πŸ‘ 

πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬

Semalam Ajmal call... dia bagitau Badan Disiplin SMKAF interview dia untuk jawatan Pengawas bagi sesi 2023. 

Soalan Ajmal yang sangat tragis. "Mama, nanti abang tukar ke sekolah JB, abang boleh jadi Pengawas tak? 

Oh anak... 😡😢 


Untuk perkongsian, untuk urusan pertukaran sekolah, ada borang pertukaran standard yang KPM keluarkan. Ibubapa boleh guna borang P.U.(A) 275 (Permohonan Untuk Pertukaran Sekolah Oleh Murid Warganegara). Manakala dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama adalah salinan surat beranak pelajar, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, sijil nikah ibubapa, dan salinan keputusan peperiksaan terakhir di sekolah lama.

Namun, untuk memudahkan urusan sekolah, better berhubung dengan sekolah untuk mendapatkan borang tersebut kerana ada sekolah yang meletakkan nombor siri di borang tersebut bagi memudahkan urusan dokumentasi di peringkat sekolah.

Sabtu, 3 Disember 2022

It takes quite a while...

It has been quite a long time since I've scribbled something here... 

Anak-anak semakin membesar dan moment childhood ini semakin hilang dan kabur dari kotak ingatan Mama andainya kenangan-kenangan yang dicaptured tidak disimpan di sini.

Perubahan wajah, perangai dan kesukaan anak-anak berubah-ubah, hinggakan ada ketika menatap gambar-gambar lama, Mama mengimbau semua kenangan dan nostalgia lama. Kalau gambar-gambar lama ni takde, tidak mustahil suatu hari nanti Mama akan terlupa apa kesukaan kamu, gelak tawa kamu dan karakter kamu semasa kamu semua menginjak dewasa. 

Tika ini pun Mama semakin digamit rindu... ini baru Ajmal yang duduk asrama...huhuuuuuu 😒

Ajmal dah naik Tingkatan 1, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKAF), Pasir Pekan Kelantan. Duduk asrama jauh nun di Kelantan sana. Kenapa hantar Ajmal bersekolah jauh sangat?! Semua orang tanya Mama... Allah telah takdirkan Ajmal menuntut ilmu di SMKAF, dengan asbab dia nak ikut Abang Amjad bersekolah di sekolah yang sama. Namun, rezeki Amjad menuntut ilmu di SMKAF tak lama, kerana dia tidak betah tinggal di asrama dan tak betah duduk berjauhan daripada keluarga. So, Angah (Mommy) pindahkan Amjad ke sekolah harian di Kuantan. Tinggallah Ajmal bersendirian di SMKAF.  😒 Tapi Mama yakin Ajmal akan survive sebab dia berjiwa kental. 

Hari lapor diri ke SMKAF pada 16 Mei 2022.
Posing dah macam gaya masuk sekolah tentera πŸ˜‚πŸ˜€
Depan koperasi hari pertama daftar Tingkatan 1 πŸ˜„
Koperasi ini akan pasti menjadi tempat yang selalu dikunjungi selama mana Abang belajar di sini...
  
  
Pernah beberapa kali Mama tanya Ajmal sama ada dia nak pindah balik bersekolah di Johor Bahru. Pernah juga dia setuju, tetapi akhirnya dia buat keputusan untuk tetap bersekolah di SMKAF atas faktor dah selesa dengan suasana di SMKAF dan telah kenal kawan-kawan dan abang-abang senior. Mama dan Baba sokong apa sahaja keputusan Abang. Mama yakin itu keputusan terbaik.

Nuha dah Darjah 5. Semakin dewasa dan matang. Dah pandai bergaya... Kalau nak keluar tu, menggayakan shawl saja pun hampir satu jam πŸ˜„   Nuha seorang gadis yang serius. Wajahnya selalu berkerut dan masam je... Bercakap dengan orang macam nak ajak gadoh... πŸ˜… Berbeza sangat dengan karakter dia semasa kecik dulu. Bila Mama tengok semula semua video Nuha masa kecil, rindunya pada keletah dia yang comel. 


 

Nuha pun selalu menyatakan hasrat dia nak ke sekolah berasrama penuh. Mama memang nak anak-anak ke asrama, sebab Mama bekerja, tak sempat memantau anak-anak sepanjang hari. Keberadaan kalian di asrama menjadikan anak-anak lebih berdikari, jadual masa untuk kehidupan harian dan ulangkaji yang lebih teratur. 

Kalau duduk rumah, memang masa banyak habis main game, tengok TikTok, tengok YouTube, tengok Netflix...Mama pun tak terpantau sebab Mama pun tengok Netflix juga πŸ˜…πŸ˜

Last posting about Atif, masa tu dia baru 5 tahun, baru masuk Tadika Al-Amin. Sekarang ni Atif dah Darjah 2. Dulu dia lemah lembut dan malu-malu, sekarang ni nakal yakmat dan suka menyakat Mama dan Kakak Nuha... Main game jerrrr.... habis bateri HP dia, dia kidnap HP Mama. Bab study, ke lauttt... πŸ˜…  Darjah Dua tapi masih belum lancar baca jawi...mengaji pun masih Iqra' 4. Mama risau sebab kalau nak bandingkan dengan Abang Ajmal dan Kakak Nuha, Atif sedikit lambat dari segi akademik...tapi tak elok bandingkan keupayaan anak-anak kan... Setiap anak ada kelebihan masing-masing. 

Atif nampaknya lebih meminati sukan dan lasak menurun Baba. Atif goalkeeper untuk Team U8 Kelab Bola Sepak Kampung Melayu Football Academy (KMFA) dan Kelab Setia Darul Takzim (SDT). Dia minta dengan Baba nak jadi goalie sebab penat berlari kejar bola. Goalie tunggu bola datang je πŸ˜†πŸ˜

Gaya Mutu Keunggulan πŸ˜‚πŸ˜†


Semoga anak-anak membesar sihat walafiat, menjadi anak soleh dan solehah, bahagia di dunia dan di Akhirat, Insyaa Allah, aaamiiiin. πŸ’ž

Isnin, 27 April 2020

Tahun 2020 yang akan meninggalkan 1001 kenangan...

Assalamualaikum Dear Diary,
Walaupun kau dah lupa padaku, please bear with me... πŸ˜‰

Last posting di sini pada 2 Mac 2019... maksudnya dah lebih setahun Mama tak update apa-apa di sini. Alasannya bukanlah takde masa, tapi sangatlah takde idea! Hahahaaaaa...

Walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama yang bermula 18 Mac 2020 lalu telah bersambung-sambung sampai fasa keempat dah, Mama masih dalam mood malas sebab takde idea nak tulis apa, tapi hari ini ketika Mama merajinkan diri untuk memurnikan storage handpone Mama yang berat sangat dah tu, Mama terlihat gambar-gambar family yang banyak sangat kat dalam tu yang perlu di transfer ke dalam medium yang lain iaitu pendrive...hihihiiiiiii apa la yang Mama mengarut ni, takde idea sangat dah ni....

Haaaa....belum cerita lagi tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan? Belum pernah lagi Mama terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan atau Movement Control Order ni sepanjang usia Mama 42 tahun...tiba-tiba di tahun 2020 ni, kita semua rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia terlibat dengan satu kejadian penularan wabak pandemic dikenali sebagai Corona Virus atau COVID-19 yang telah mengorbankan seramai 98 orang rakyat Malaysia semasa Mama menulis ni... Jumlah kematian akibat wabak COVID-19 melebihi 15,000 kes di seluruh dunia dengan angka tertinggi dicatatkan di Eropah. Wabak ini diisytiharkan pandemic sebab penularannya ke seluruh dunia. Virus ini mula-mula ditemui di pasar di Wilayah Wuhan, China.

Dolu-dolu, masa Mama sekolah rendah, kerajaan pada masa tu telah mengilhamkan satu wawasan untuk mewujudkan negara berdaya maju iaitu Wawasan 2020. Tak sangka tahun 2020, kita semua kena duduk dalam rumah je, tak boleh keluar #jangetubik. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan.

Jadi, PKP ini dilaksanakan untuk membendung penularan wabak ini. Semua orang kena duduk dalam rumah je #StayAtHome. Untuk beli barang keperluan, ketua keluarga seorang je yang boleh keluar. Nasib baiklah Baba dah biasa shopping barang dapur, so takdelah dia tertukar beli selabu bawang putih dengan sebiji labu...hihihiiiii 😁

Mama work from home. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga ke hari ini, Mama tak masuk pejabat langsung. Rasa diri sangat under-utilized...  Sekolah semua tutup, anak-anak belajar di rumah. Ini paling susah Mama nak manage sebab buat keje sekolah sekejap, dah tido. Kalau main handphone, sampai pukul 2 pagi masih cerah biji mata. Nuha je yang ada inisiatif sendiri siapkan semua kerja sekolah yang cikgu share kat grup WA kelas, tak perlu Mama suruh 2-3 kali.


Kerja rumah Bahasa Inggeris Nuha. 

Berbalik kepada gambar-gambar yang kena pindah ke pendrive tadi tu, jadi bila tengok gambar-gambar tu, Mama terpaksa merajinkan diri untuk buat another pages of School Holiday 2019 memandangkan semua gambar holiday kita sebelum ini setiap tahun ada. So, for the sake of remembrance...

Ahad, 14 Oktober 2018

Akhirnya Mama alaminya juga...

Mama kena catatkan peristiwa ini... supaya tak terlupa yang kita sekeluarga pernah terpaksa berkorban demi sebuah kehidupan. Chewwaaaaaaahhh...

Mama telah ditukarkan dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Johor Bahru ke APMM Zon Maritim Batu Pahat berkuatkuasa 1 Ogos 2018. So, semenjak 1 Ogos 2018 sehingga ke entry ini ditulis, Mama telah berkhidmat di Batu Pahat di mana ada hari-harinya Mama ulang alik setiap hari menghabiskan duit minyak dan duit tol dan adakalanya Mama stay di bilik sewa di Taman Soga, Batu Pahat bagi mengurangkan perbelanjaan minyak dan tol.

Pada hari-hari Mama bermalas-malasan di rumah sewa di Batu Pahat, baring-baring sahaja tanpa membuat apa-apa layan drama Korea, tunggu masa nak tidur sahaja, Baba di Johor Bahru yang akan menguruskan semua hal anak-anak termasuk menghantar anak ke rumah pengasuh, menghantar anak ke tempat mengaji dan membasuh baju anak-anak. Mama akan balik hari Isnin dan hari Khamis ke JB. Sampai bila keluarga kita akan menjalani kehidupan sebegini??? πŸ˜•

Setiap kali Mama stress dan rasa sedih, rasa nak menangis, rasa tak berdaya, Baba akan tenangkan hati Mama dengan kata-kata " Sabar Mama, Allah nak bagi dugaan kecil je ni. Selama ni Allah bagi kita senang, urusan hidup mudah... So, untuk dugaan sekecil ini, bertabah dan terimalah dengan redha".

Soalan semua orang, "Puan dah pindah Batu Pahat, semua pindah ke? Anak-anak tukar sekolah ke? Jual ke rumah kat JB? Belilah rumah kat Batu Pahat pula...."

Jawapan Mama, "Saya sewa bilik je kat Batu Pahat. Anak-anak masih di JB, suami yang jaga dan uruskan anak-anak. Susahlah nak tukar sekolah anak-anak tengah tahun ni...lagipun, saya tak pernah terfikir yang anak-anak kena tukar sekolah ke sana sini setiap kali saya kena pindah. Sekejap je saya kat Batu Pahat ni...."

Jawapan ini menunjukkan Mama memang berharap sangat bila Mama naik pangkat nanti, semoga akan ada kekosongan gred jawatan Mama di Johor Bahru, Insyaa Allah...

Nasib baiklah jarak Johor Bahru dan Batu Pahat ni 2 jam perjalanan sahaja...


Sabtu, 13 Oktober 2018

Sejarah Gigi Susu Anak²

Stressnya Mama memikirkan proses pertumbuhan gigi anak²..

Gigi susu diorang ni kukuh sangat sehingga gigi kekal dah keluar, gigi susu masih tak goyang. Keadaan ini menyebabkan gigi kekal diorang tumbuh tak cantik, tak tersusun..tumbuh berlapis-lapis macam gigi monster. Ajmal dan Nuha alami masalah yang sama.. Atif nanti tak tahulah...

Gigi susu anak² kukuh, masa kecil Mama ngan Baba bangga gigi anak² tak rongak, tak hitam, tersusun cantik je.. Masalah muncul bila gigi kekal mula tumbuh sedangkan gigi susu masih tak tercabut. Semua gigi susu kena pergi dental untuk dicabut. Gigi yang dah bergoyang sikit² tu, dentist guna krim pink tu je untuk kebaskan sebelum cabut. Tapi, bagi gigi yang betul² kukuh tak bergoyang langsung terpaksa dicucuk bius. Kebanyakan masanya, Ajmal dan Nuha memang kena cucuk lah... 😫😫

Semalam, bawa Nuha jumpa dentist, cabut gigi depan yang dah goyang. Dalam masa yang sama, dua batang gigi kekal bahagian bawah sudah mula memunculkan diri.. Dentist nasihatkan gigi susu yang masih belum tercabut perlu dibuang supaya gigi kekal dapat tumbuh kat tempat sepatutnya. Nak cabut sekaligus tiga batang gigi Nuha semalam, macam kejam sangat...risau dia trauma pulak. πŸ˜“

Mama rasa, kalau macam ni masalahnya, tak payahlah jaga sangat gigi susu anak²... Biarkan je anak² makan gula-gula, tak payah gosok gigi, biar gigi rongak, biar gigi cepat tercabut..hmmmmmm

Mama bukannya ada duit banyak nak betulkan gigi anak, nak pakaikan braces pula bila diorang besar nanti sebab gigi tak tersusun...adoilaaaaa... Dilema mak² betullaaaa... 😌😌😌

Nuha rongak πŸ˜‹

Selasa, 29 Mei 2018

Jom ke POPULAR!!!

Assalamualaikum my dearest diary,

Hari ini kebetulan cuti Hari Wesak, Ajmal keluarkan ayat pertanyaan sekaligus dengan ayat kenyataan dan permintaan, "Mama dah dapat gaji kan? 25 haribulan kan Mama dapat gaji. Dah lama kita tak ke POPULAR..." 😏

Dua atau tiga bulan sekali Mama akan bawa anak² ke kedai buku. Mama mengaku memang dah lama since last time kita ke kedai buku. Pergi kedai buku BookTalk pun hanya beli stationeries. Dah lama tak beli buku. Ok lah...jomlah kita membeli buku di kedai buku POPULAR aka HARRIS @ AEON Tebrau City! Anak² suka ke sini kerana banyak pilihan.

Kebiasaannya, Mama memperuntukkan RM100 untuk membeli buku setiap kali ke kedai buku, dua bulan sekali sahaja... Mama kena berjimat cermat untuk komitmen dan simpanan yang lain juga.

Ambil masa hampir satu jam memilih buku.

Ambil, belek, letak. Ambil, belek, letak. Hampir 10 pusingan lah... 

Ini hasil tangkapan hari ini... 

Kedai buku ni bukan setakat jual buku... mainan, gula² dan kad permainan semua ada. Hilang kesabaran melayan kehendak Si Atif nan seorang... Sabor je laaaaa.... πŸ˜“πŸ˜₯😫

Isnin, 28 Mei 2018

Meja Makan Tatami DIY

Assalamualaikum Diari Mama,,,

Hari ini Mama cuti, kerana perut meragam seawal jam 2 pagi tadi menyebabkan Mama kurang tidur. Selepas siapkan juadah sahur dan selepas kejutkan Baba dan anak² sahur, Mama terus menyapu Ameltz Yoko Yoko di seluruh perut dan belakang. Inilah bahana makan lontong selepas balik solat terawih semalam. Mama memang tak boleh makan banyak di waktu malam lebih² lagi di bulan puasa ni sebab makan yang terlebih tu boleh menyebabkan perut sebu, pedih ulu hati dan sakit belakang yang Mama tak tahu nak cerita sakitnya macam mana... Adakalanya Mama terlampau sakit sehinggakan Mama terpaksa memuntahkan semua isi perut untuk kurangkan kesakitan. Kebiasaannya cara itu berkesan...tapi amat memenatkan. πŸ˜«πŸ˜–

Lebih kurang jam 10, sakit mula berkurangan dan Mama dah boleh berjalan tanpa membongkokkan badan lagi, timbul satu idea bernas ~bernaslah sangatttt~ untuk follow Baba ke bengkel dan minta dia buat (bukan Mama buat sendiri πŸ˜…πŸ˜‹) meja kat ruang tamu. Meja ruang tamu yang sedia ada sebelum ni, Mama pindahkan ke dapur. Meja yang akan Baba buat ni custom made yang sesuai dengan kecomelan dibaca kesempitan πŸ˜‰ ruang tamu rumah kita.

Sebelum tu kami singgah kedai hardware, Baba beli kaki meja. Akhirnya kami pilih kaki meja jenis tatami. Kaki meja ni boleh dilaraskan tinggi rendahnya. Di Jepun, kebanyakan meja makan guna kaedah ini sebab senang untuk dilaraskan sesuai dengan keadaan. Kalau nak makan di atas meja yang ketinggiannya standard meja biasa, kita boleh tinggikan. Kalau nak bersila, boleh rendahkan. Excitednya tengok Baba siapkan meja ni. I can't wait to see the outcome.  Mama cengini 😎, tukang tengok. Baba cengini πŸ’ͺπŸ’ͺ, tukang buat. Hihihiii...


Proses menyediakan top meja.
Tebuk lubang di tengah² top meja untuk ruang butang laras kedudukan meja.
Formica yang akan dilekatkan di atas top meja disapu gam.
Top meja juga disapu gam.

Proses melekatkan formica di atas top meja.
Inilah kaki meja yang dipanggil tatami atau di resit pembelian ditulis Japanese Table Lift (Auto)

Proses memasang kaki meja di atas pelapik kayu untuk support kaki meja supaya lebih stabil.

Pekerja Baba tu nama dia Arif, dari Bangladesh... Tapi dia lebih cerah sikit daripada Baba. Siapa sebenarnya dari Bangladesh ni... πŸ˜„πŸ˜


Tadaaaaaa... Meja Tatami Mama sudah siap. 
Baba mula buat pukul 1.30 tengahari, siap lebih kurang pukul 3.15 petang. Bravo Zulu Baba πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ. Tahniah juga buat Mama kerana sabar menunggu... 😌😌😌

Di ruangan inilah Si Tatami diletak. Ruangan santai boleh, ruang makan tetamu pun boleh... 

Mama pun nak jugaaaaaaaakk.. 😎😍😚


Ahad, 20 Mei 2018

Selamat Hari Guru 2018 dan Selamat Berpuasa!

Hai, hai, hai....

Ermmmm, aktif pulak Mama melakar kenangan di sini dua tiga hari ni... πŸ˜ƒπŸ˜„

Hari Guru telah 3 hari berlalu, namun disebabkan tarikh 16 Mei 2018 ni jatuh sehari sebelum Awal Ramadhan 17 Mei 2018 bersamaan 1 Ramadhan 1439H, sekolah agama dan sekolah kebangsaan menyambut sambutan Hari Guru serentak pada waktu pagi 16 Mei tu... Maklumlah, esoknya dah nak puasa.

So, Ajmal dan Nuha memilih untuk hadir sambutan Hari Guru di sekolah agama memandangkan mereka bersekolah sesi pagi di sekolah agama. Kata Ajmal, kalau dia hadir sambutan sekolah kebangsaan, guru² sesi petang takde, tak dapat juga nak serahkan hadiah pada guru² yang mengajar dia di sesi petang. Jadi, baik dia ke sekolah agama, boleh sambut dan bagi hadiah kepada Ustazah sekolah agama yang mengajar dia di sesi pagi. Nuha pun setuju sebab mereka berdua sama² sesi pagi sekolah agama, dan sesi petang sekolah kebangsaan.

So, esoklah baru Ajmal dan Nuha boleh bagi hadiah hari guru kepada guru² sekolah kebangsaan. Seperti tahun lepas, Mama belikan pewangi jenama Fleur kepada semua guru² yang mengajar anak²... Pewangi ini boleh digunakan samada dalam kereta, dalam rumah, kat pejabat pun boleh...sangat wangi, lebih² lagi pewangi yang nama Honey Paris. Buka je kereta, semerbak bau dia. Tidak memeningkan kepala dan menyesakkan pernafasan... Sempat lagi Mama buat iklan ye... 😜

Haaaa...ini Honey Paris, mengandungi pati honey dew. Letak dalam kereta, memang menyegarkan. Baunya bukanlah seperti ada buah honey dew busuk yang terperap dalam kereta terlupa nak bawa keluar. πŸ˜‚

Sehingga Darjah 6, Ajmal dan Nuha akan bagi hadiah pewangi Fleur ni kepada guru² setiap kali Hari Guru... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Sedia untuk dibawa ke sekolah esok. Terima kasih Cikgu. Jasa dan baktimu sewangi bauan Fleur... πŸ˜πŸ˜†

Sekarang dah pukul 12 malam, dah masuk hari ke-4 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, tahun ini kita sekeluarga akan cuba istiqamah seperti amalan tahun lepas. Semenjak hari pertama, kita hadir awal ke masjid seawal jam 6.30 petang. Kita membawa sedikit juadah kuih untuk bekalan berbuka puasa di masjid. Semasa menunggu waktu berbuka, semua jemaah masjid berzikir dan bertahmid diketuai oleh Imam. Ada juga yang membaca Al-Quran. Mama pun ambil kesempatan ini untuk membaca Al-Quran. Mama dah baca Juzuk ke-6.

Mama dan Baba sangat menyenangi cara ini. Mungkin ada yang berpendapat, orang² yang berbuka puasa di masjid ini orang miskin atau orang kedekut. Tapi bagi Mama, semenjak kita sekeluarga menjadikan amalan berbuka di masjid daripada tahun lepas, ibadah puasa menjadi sangat tenang. Dari segi juadah berbuka, tiada lagi pembaziran sebab kita hanya sediakan sedikit kurma dan kuih untuk mengalas perut sahaja sebelum menunaikan solat Maghrib. Setelah selesai solat Maghrib, semua jemaah masjid dijemput menikmati hidangan yang telah disediakan. Setiap malam, tanpa gagal, pihak pengurusan Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn Johor Bahru akan menyediakan juadah berbuka kepada semua jemaah masjid yang hadir sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas.

Dari segi ibadah pula, tiada lagi rasa malas nak solat terawih sebab memang kita already ada di masjid dan faktor perut yang tidak padat disumbat dengan pelbagai jenis makanan meringankan lagi badan untuk menunaikan ibadah. Namun, hanya mampu terawih 8 rakaat je... Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita di bulan yang berkat ini, Inshaa Allah.

Seusai terawih, kita terus pulang ke rumah sebab Mama nak masak untuk sahur nanti... masak simple² je... Walaupun waktu sahur ni kebiasaannya orang takde selera, tapi Ajmal boleh makan bertambah...hihihiiiiii, semangat betul la Abang Ajmal ni... πŸ˜‹

Untuk kesekian kalinya, Mama masih berimpian untuk menurunkan berat badan sempena bulan puasa tahun ini... πŸ˜…πŸ˜…

Credit to source  πŸ˜Ž


Khamis, 17 Mei 2018

Majlis Perbarisan Istiadat dan Majlis Makan Malam Beradat APMM Wilayah Maritim Selatan

Assalamualaikum Dear Diary,

After 13 years since the last time Mama wore Baju Istiadat No. 1 dan Mess Kit, 14 Mei 2018 menyaksikan Mama menyarungkan sekali lagi Baju Istiadat ini untuk majlis yang julung kali dilaksanakan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Wilayah Maritim Selatan. Yang pasti semua baju istiadat ni kena buat yang baru sebab baju lama dah mengecut... πŸ˜‚πŸ˜‚

Kenangan yang sangat bermakna since Mama juga menjadi Urusetia Induk untuk majlis ini. Daripada urusan jemputan sehinggalah urusan menentukan sitting arrangement dan peraturan² yang perlu dipatuhi dan dijaga sepanjang majlis istiadat ini berlangsung. Banyak yang Mama belajar daripada pengurusan majlis istiadat ini.

Gambar-gambar sekitar Majlis Perbarisan Istiadat pada waktu siang di Jeti APMM Sungai Pulai, Gelang Patah.

With Puan Irmawati, Ganesan, Norhidayah, Maznah and Zahratul Ziha. 😍😘


Leftenan (M) Firdaus, Lt. Kdr (M) Izuar, Lt. Dya (M) Hafiz, Mama, LK I (M) Bakhruddin, LK I (M) Jeffson. 

Bersama staf² Mama daripada Seksyen Pengurusan yang sangat disayangi... LK I (M) Fatihah, Amirulazmi dan LK (M) Norehan.


Gambar-gambar sekitar Majlis Makan Malam Beradat pada waktu malam di Grand Ballroom Hotel Holiday Villa.

Norhidayah, Zahratul Ziha, Lt Dya (M) Hafiz, Mama, Maznah dan Asrol.

Credit to Puan Irmawati who captured this nice pic from the view of High Table. 

With YH Laksamana (M) Dato' Sri Zulkifli bin Abu Bakar, Ketua Pengarah APMM and his wife, Datin Sri Norsiah.

Posing wajib berlatar belakang backdrop. πŸ˜„πŸ˜†

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP