Walaupun kau dah lupa padaku, please bear with me... 😉
Last posting di sini pada 2 Mac 2019... maksudnya dah lebih setahun Mama tak update apa-apa di sini. Alasannya bukanlah takde masa, tapi sangatlah takde idea! Hahahaaaaa...
Walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama yang bermula 18 Mac 2020 lalu telah bersambung-sambung sampai fasa keempat dah, Mama masih dalam mood malas sebab takde idea nak tulis apa, tapi hari ini ketika Mama merajinkan diri untuk memurnikan storage handpone Mama yang berat sangat dah tu, Mama terlihat gambar-gambar family yang banyak sangat kat dalam tu yang perlu di transfer ke dalam medium yang lain iaitu pendrive...hihihiiiiiii apa la yang Mama mengarut ni, takde idea sangat dah ni....
Haaaa....belum cerita lagi tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan? Belum pernah lagi Mama terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan atau Movement Control Order ni sepanjang usia Mama 42 tahun...tiba-tiba di tahun 2020 ni, kita semua rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia terlibat dengan satu kejadian penularan wabak pandemic dikenali sebagai Corona Virus atau COVID-19 yang telah mengorbankan seramai 98 orang rakyat Malaysia semasa Mama menulis ni... Jumlah kematian akibat wabak COVID-19 melebihi 15,000 kes di seluruh dunia dengan angka tertinggi dicatatkan di Eropah. Wabak ini diisytiharkan pandemic sebab penularannya ke seluruh dunia. Virus ini mula-mula ditemui di pasar di Wilayah Wuhan, China.
Dolu-dolu, masa Mama sekolah rendah, kerajaan pada masa tu telah mengilhamkan satu wawasan untuk mewujudkan negara berdaya maju iaitu Wawasan 2020. Tak sangka tahun 2020, kita semua kena duduk dalam rumah je, tak boleh keluar #jangetubik. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan.
Jadi, PKP ini dilaksanakan untuk membendung penularan wabak ini. Semua orang kena duduk dalam rumah je #StayAtHome. Untuk beli barang keperluan, ketua keluarga seorang je yang boleh keluar. Nasib baiklah Baba dah biasa shopping barang dapur, so takdelah dia tertukar beli selabu bawang putih dengan sebiji labu...hihihiiiii 😁
Mama work from home. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga ke hari ini, Mama tak masuk pejabat langsung. Rasa diri sangat under-utilized... Sekolah semua tutup, anak-anak belajar di rumah. Ini paling susah Mama nak manage sebab buat keje sekolah sekejap, dah tido. Kalau main handphone, sampai pukul 2 pagi masih cerah biji mata. Nuha je yang ada inisiatif sendiri siapkan semua kerja sekolah yang cikgu share kat grup WA kelas, tak perlu Mama suruh 2-3 kali.
Kerja rumah Bahasa Inggeris Nuha. |
Berbalik kepada gambar-gambar yang kena pindah ke pendrive tadi tu, jadi bila tengok gambar-gambar tu, Mama terpaksa merajinkan diri untuk buat another pages of School Holiday 2019 memandangkan semua gambar holiday kita sebelum ini setiap tahun ada. So, for the sake of remembrance...
Selamat berpuasa kak long. Moga yabg baik-baik saja utk kita semua. Walau apapun ujiannya, moga kita terpelihara dari segala musibah.
BalasPadamSelamat berpuasa K.Zack. Aamiiiin 🤲
BalasPadam