Ahad, 18 Disember 2011

How do I post via e-mail?

Try posting using email

Ahad, 11 Disember 2011

Iklan Burung Murai...isk, isk..

Bila Ajmal lambat dapat bercakap, membebel pun Mama tak paham, Mama bukan main risau. Sekarang bila mulut dia mengalahkan murai, asyik bertanya apa tu? apa tu?, Mama pulak naik rimas. Nak tak jawab setiap kali dia bertanya, takut terencat pulak perkembangan otak, nanti sel-sel otak tak bergabung, kurang bijak pulak anak Mama. Tapi setiap kali dia bertanya benda yang sama berulang-ulang kali, apa tu... apa tu... apa tu... kurang sabar pulak Mama, mulalah tinggikan suara pada dia.

Ajmal sekarang ni asyik bercakap je...tak berenti. Ada yang Mama faham, tapi kebanyakannya kurang difahamilah. Kesian dia, berbuih mulut mengulang apa yang dia nak, sbb Mama tak faham...bukan, bukan, bukan!! Setiap kali dia bertanya itu ini, Mama teringatkan satu iklan yang ditayangkan di TV3, bagaimana sabarnya seorang ayah melayan dan menjawab pertanyaan anaknya walaupun anak itu bertanya soalan yang sama berulang kali...
"Burung apa?" tanya si anak.
"Burung murai." jawab si ayah.
"Burung apa?" tanya si anak lagi.
"Burung murai." jawab si ayah tanpa mengenal jemu.

Mama teringat cerita Ummi tentang perangai Mama semasa usia sebaya Ajmal hinggalah sekolah rendah, suka sangat bertanya itu dan ini (Ajmal ikut perangai Mama rupenye, bijak... bijak... :p). Ummi akan menjawab setiap pertanyaan Mama tanpa jemu walaupun soalan yang sama ditanya berulang kali. Sehinggakan seorang saudara pernah memuji Ummi kerana dia kagum dengan kesabaran Ummi melayan si anak yang tak berenti2 bertanya dan bercakap. Kalau boleh dia nak seorang isteri yang boleh menjadi ibu seperti Ummi. (orang itu adalah Ayah Eil :) ) Mama dulu pun bertekad untuk menjadi ibu seperti Ummi, menjadikan Ummi sebagai idola dalam dunia parenthood yang mencabar nih!

Tapi sekarang bila dah betul2 jadi ibu, lain pula jadinya.. Mama cepat hilang sabar bila melayan karenah Ajmal. Bila dah geram+marah, perkataan yang tak sepatutnya pun cepat keluar dari mulut Mama, lepas tu baru menyesal. Ummi kata, perkataan yang keluar dari mulut ibu umpama doa. Jadi sebutlah perkataan yang baik-baik kepada anak kita. Doakan yang baik-baik sahaja kepada mereka.

Sekarang anak Mama dah dua... dan mungkin dua cahayamata ini sahajalah permata hati Mama. Mama kena sabar bebanyak, nak jadi macam Ummi yang berjaya mendidik Mama dan adik-adik, Insya-Allah. :)

"Ya Allah, hamba bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat rezeki yang telah Kau limpahkan kepada hambaMu ini. Terlalu banyak rezeki dan kemudahan yang Kau beri sehinggakan hambaMu ini kadang-kadang terlupa untuk bersyukur. Buka pintu hatiku untuk sentiasa mengingati Mu. Jauhkan aku dari sifat lupa diri dan takbur tika kau melimpahkan rezeki yang tak putus-putus padaku. Alhamdulillah... "


Selasa, 6 Disember 2011

HRMIS yang hamis, hampeh dan yg sewaktu dengannyer......

Walaupun baru habis pantang, dan masih bercuti tapi...here I am... di rumah adikku, Anem, bertungkus lumus memberi markah prestasi kepada anggota pentadbiran dan kewangan maritim daerah Johor Bahru...bertungkus lumus dan berpenat lelah sbb berchenta nak masuk sistem HRMIS! Lembap basah, lesu, lambat, lembu dan semua binatang kat hutan (lembu mesti marah, kenapa dia dikaitkan dalam kontroversi ini :p)...

Dateline utk PPP masukkan markah 9 Disember 2011. Kalau Mama lambat key-in, nanti Kepten Sabri (Pegawai Penilai Kedua) tak boleh bagi markah kpd staf2 Mama. Tak pasal2 dia kasik markah rendah kat LNPT Mama pulak sebab lembab!!!

Actually, Mama terlibat dalam kancah ini semenjak dalam pantang lagi! Belum habis pantang, Mama dah ulang alik dtg umah Cik Anem sbb rumah dia ada streamyx. Kat Kg. Bujok, coverage ada tapi kat depan pintu depan jer...itu pun mcm siput sedut, terkemut-kemut...nak berfesbuk pun, ala-ala manjer, inikan pulak nak masuk sistem HRMIS yang memang diketahui ramai memang hamis dan hampeh! (kepada kawan-kawan Mama yang terlibat secara langsung dalam membangunkan sistem HRMIS ni, minta maap yer atas keramahan Mama mengutuk sistem ni. Tapi memang sistem HRMIS ni lembap skeeeeeeeet...)!

Isnin, 5 Disember 2011

feberet kuih di musim tengkujuh! :-P

Nama kuih ni PUTU HALBA. Kuih kegemaran Mama.. Boleh didapati dengan banyaknya di musim tengkujuh nih! Yummy, yummy.. :p
Kalau di KL, JB, atau mana2 tempat di planet bumi ni memang takkan jumpa lah kuih ni. Kat Kelantan jer ada kuih putu halba ni. Kat tempat lain ada putu bamboo ngan putu piring jer..

Putu bamboo dan putu piring tu dibuat dari tepung apa pun Mama tak tau. Rasa dia bersepah dan memang tak menepati citarasa Mama le. Sebab Mama dah terbiasa makan putu halba ni. Putu halba had been the standard against which I'd measured every putu I'd eaten! Cheh, cheh, chewwwwwwaaaaaaah..

Kuih putu halba dibuat dari tepung ubi kayu, campur ngan sikit halba~Mama tengok kakak kat gerai Putu Halba Tok Bok kat tepi Jalan Lemal tu yg buat, masa Mama tunggu giliran beli kuih ni lah~ Kuih ni ada inti gula melaka dan gula. Makan masa panas2 bersama air kopi. Kalau ada ubi rebus panas cecah kelapa muda lagi kawwww! Sampai perut kembung..yg kesian baby sbb breastfeeding.

Selasa, 22 November 2011

My Wish List # My Favourite Space-Ep. 2

Deco kat ruangan bawah tangga tu dah siap. Walaupun tak 100% sama macam draft pertama, tapi function di ruangan ini masih sama. Mama masih ada ruangan untuk menyusun koleksi novel yang Mama sayang. Ruangan storage pun banyak. Sekarang nak fikir setee yang sesuai untuk diletakkan kat ruangan ni.. ;)

Sabtu, 19 November 2011

Nur Nuha Qairina

Sudah agak lama Mama tidak story mory di ruangan ini. Keadaan tidak begitu mengizinkan. Mama sedang bercuti, confinement kt Kampung Bujok, Kelantan. Selain daripada line internet yang kurang memuaskan, faktor Ajmal yang selalu 'mengacau' di saat Mama nak menggerodes, membantutkan hasrat Mama utk scribbled something here..

Mama dah selamat melahirkan adik perempuan Ajmal pada 11.10.2011 yang lalu @ Hospital Sultan Ismail, JB. Nama diberi, Nur Nuha Qairina yang bermaksud 'Cahaya Kebijaksanaan dan Kebaikan'.



On the first day @ HSI
Nuha dilahirkan secara pembedahan kerana Mama tidak dibenarkan bersalin secara normal, dah 4 kali operate. Kalau ikutkan consultation dgn doktor yang Mama selalu jumpa masa check-up, dia nasihatkan Mama mengikat saluran peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL). Pada mulanya Mama berat hati dan rasa sedih, tapi atas faktor-faktor keselamatan kerana Mama memang sudah tidak mampu untuk bersalin secara normal dan previous scar pun dah 4 kali, Mama bersetuju. Lagipun, Ummi berkeras supaya Mama ikut je apa kata doktor, jangan ambil risiko tentang perkara yang melibatkan hidup dan mati. Memang lah semua akan mati tapi kalau diberi pilihan, Mama pilih untuk meninggal sebab sakit tua, bukannya meninggal after melahirkan. Kesiannya anak kecik takde ibu. Tapi kalau dah ditakdirkan dan semua itu ketentuan Allah, Mama redha. Baba pun setuju Mama ikat saluran peranakan, atas sebab-sebab keselamatan. Dia kata cukuplah anak dua orang...dengan Mama. Dengan orang lain, dia boleh tambah lagi, huhuhu..hampeh!


Namun, kita merancang, Allah yang menentukan segalanya. Pada hari kejadian, setelah Mama dan Baba tandatangan all the documents regarding the BTL procedure, doktor pakar yang lakukan pembedahan pada hari tu menasihatkan Mama jangan lakukan dulu. Beliau akan tengok condition dinding rahim dan parut luka yang lepas samada masih selamat for the next pregnancy. Kalau everything ok, mereka tak akan teruskan dengan prosedur BTL tu.

So, it's turn out to be ok. Diorang tak perform that BTL procedure. Tak tau lah pulak kalau2 doktor tu yang malas nak perform that procedure! Jadinya sekarang Mama kena rancang kehamilan lagi lah.. Malasnya..... kalau dah ikat kan, senang. So, I'm thinking of using implanon. Setiap kaedah ada risiko tersendiri, bergantung kpd hormon individu. Yang pasti Mama tak akan guna kaedah IUD! Ngeri weiiiii.....

Permata hati mama  :-*   Syukur Ya Allah..

Isnin, 10 Oktober 2011

C-sect lagiiiiii....... takoooootttt...

Dear Diary, today I was admitted to Hospital Sultan Ismail. Mula2 datang, muka ceria je.. bila dah kena set drip kedua-dua tangan, Mama dah mula cuak. Pagi esok, jam 5 pagi nak kena pakai urine bag pulak. Benda tulah yang buatkan Mama cuak sangat. Perasaan tak selesa yang amat sangat bila pakai alat tu..alahai, 4 hari pulak tu kena pakai benda alah tuh! Semoga Mama dapat mengharungi keadaan ini buat kesekian kalinya, Amiiiin.

Khamis, 15 September 2011

Anak-anak Mama..

Ragam anak-anak yang Mama sempat snap masa raya kat kampung haitu.. :)

Danish, Amjad, Ajmal
Terhibur dengan gelagat korang.. :-*

Rabu, 7 September 2011

Keletah anak-anakku..

Mama masih belum sempat nak up-date meriahnya suasana raya tahun ni bila giliran family gathering Hj Abd Rahman diadakan di rumah Tok Pa dan Nek Mi di Kg Bujok! It's due to the technical problem of galaxy tab yang Mama baru gerodes ni (sebenarnya Mama yang tak brapa reti nak guna lagi.. nak upload gambar pun x reti.. :p)

Mama cuba upload gambar Ajmal dan Amjad dulu. Ni masa mood diorang baik. Time diorang bertumbuk, bagai mau pecah rumah dengan jeritan Mama!


Peminat fanatik Ultraman nih!

With beloved Che Su :x

Ahad, 28 Ogos 2011

Salam Aidilfitri 1432H :-D

Sedih nak mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan tahun ni kerana penghayatan yang tak cukup sempurna bagi Mama. Solat tarawih tak boleh buat. Amalan tadarus pun Mama tak sertai. Malam2 haram tak sempat nak mengaji kalau kena melayan anak macam Ajmal. Ni baru sorang..Tambahan pula tahun ni Baba pun banyak projek di bulan puasa. Mama bukak puasa pun selalunya dengan Ajmal je, kami berdua je..Lepas buka puasa sibuk je dia minta on cd ultraman atau upin dan ipin dia. Mama lak lepas solat Maghrib, mata dah mula layu..terus Mama sleeping beauty, huhu.. :p

Isnin, 22 Ogos 2011

Mama, I love you..

I love you too, honey.. :x

"I wrote, upload photo and published this post entirely from my iPad! Ok jugak bila dah tau caranya. Sekarang dah rasa tak menyesal sangat beli iPad ni.." :p

Ahad, 21 Ogos 2011

Ipad vs Galaxy Tab

Mungkin Mama akan bertukar daripada Ipad2 kepada Samsung Galaxy Tab 8.9.

Ipad is actually the best for person that prefer more entertainment on the go.. but for me, I really want to use it when attending meeting which require me to bring a lot of data. Data tu dalam bentuk words or excel or power point. No such things of that apps in Ipad. Yang ada pun namanya Pages, tapi kena beli melalui iTunes. So messy..

Tapi dengan Galaxy Tab, ada Polaris Apps yang compatible with Microsoft Office. Boleh create, edit and do the same thing as PC can. I think it's better for me..

I choose Galaxy Tab 8.9 rather than 10.1 because all the features are same but in two different size. It's conveniently sized in between the smaller 7" Tab and larger 10.1" Tab.

I'll buy it after Aidilfitri, Insya-Allah..after I sold my Ipad2 to my brother-in-law, Aiman! :p  He promised to buy it from me, of course with cheaper price than I'd already spent at Apple Reseller, Machines. huhuhu..

Rupanya Galaxy Tab 8.9 takde kat pasaran Malaysia. :( -updated on 23/8/2011.

Rabu, 17 Ogos 2011

Ipad2

Actually, hari ni Mama beli ipad2.. That's why le kalau adik2 perasan Mama rajin hapdate Facebook dan blog nih!!

Tapi blogging ngan iPad ni banyak masalah la.. Nak scroll pun susah. Terkial2 Mama nak edit html. Rupanya ada cara scroll yang berbeza pulak! Untuk whole screen, scroll with one finger, untuk subscreen(maksudnya screen dalam screen), scroll with two fingers! Susohnyo bab2 teknikal nih. Tu belum masuk problem nak download gambar. Susah jugak!

Sabtu, 6 Ogos 2011

Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Selamat menunaikan puasa di bulan Ramadhan 1432H. Semoga ibadah tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.

Bagi Mama, tahun ni susah nak gi solat tarawikh sebab takde sapa nak jaga Ajmal. Kalau bawak dia sama-sama ke masjid, nanti dia ganggu jemaah lain pulak. Jadi, Mama solat kat rumah je..tapi selalu tak jadi sebab lepas Maghrib je Mama dah penat. :p Jadi kesimpulannya, kalau dah tak buat tu banyak le alasannya...

Khamis, 9 Jun 2011

Dah berkulat tuh!!

Orang lain ada blog, Mama pun gatai nak ada blog. Orang lain update tetiap hari, Mama dah berbulan2 tak bukak. Tak sempat dan malas. Tak sempat sebab, bila Mama on je laptop ada tukang kacau, peminat fanatik ultraman yang merengek2...terpaksa le Mama bukak story2 Ultraman kat youTube tuh...dia layan sampai boring. Mama pun dah boring tunggu lama sangat dia layan ultraman sampai boring. Akhirnya Mama malas nak update facebook dan blog Mama yang tak seberapa nih..

Tapi hari ni, Mama sampai rumah awal (actually baru balik dari IOI Resort, ada taklimat HRMIS di Ibu Pejabat APMM), so ada masa untuk buka facebook dan blog yang dah sekian lama berkulat. Ajmal pun masih kat rumah Ummi (babysitter dia). Kalau dia ada, jangan harap Mama dapat pegang laptop ni...dia akan conquer la!!

Mama dah tukar tempat keje... Sekarang kat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 6 Johor Bahru. Biasale, keje gomen...sampai masa kena tukar, kena le pasrah kat mana pun ditempatkan. Tapi, Mama bersyukur sangat, sebab surat penempatan yang Mama dapat menempatkan Mama kat Daerah Johor Bahru. So, masih ada peluang Mama untuk duduk rumah yang Mama beli kat sini lama sikit. Masa mula-mula dapat tau kena pindah, Mama dah pasrah dan planning untuk sewa rumah area Nilai or KLIA, in case kalau kena pindah ke Putrajaya.

Tapi, Alhamdulillah...masih kat JB. Next time, jangan harap dapat stay sini lagi. Dapat balik kampung, alangkah bahagianya...tapi jangan harap la dapat balik Kelantan. Bila dah pencen, baru dapat balik kampung, bela lembu.. :p

Khamis, 3 Mac 2011

Kepada-Nya kita kembali...

Terkedu apabila mendapat sms dari seorang rakan pejabat yang mengkhabarkan... 'Wan Ahmad sudah meninggal pagi tadi kerana kemalangan...' Oleh kerana amat terkejut hinggakan Mama blur dan mengulang-ulang nama itu dalam kotak minda... Wan Ahmad, Wan Ahmad, Wan Ahmad Fadzil!!!
Innalillahi wainna ilaihi raji'un...
Mama panggil dia Wan Ahmad. Sama-sama satu batch PTD sesi 2/2005. Dia seorang yang sangat lucu, peramah dan keanak-anakan. Mama suka mengusik dia dan dia akan merajuk macam budak kecik, tapi sebenarnya dia main-main je...Wan Ahmad yang Mama kenal adalah seorang yang tetap pendirian. Bernaung di bawah kementerian yang sama iaitu KHEDN (dulu KDN), Mama sering bertemu arwah di seminar-seminar yang dianjurkan dan juga mesyuarat-mesyuarat Kementerian. Berbual dengannya, Mama sering mendengar keluhan arwah yang sungguh tidak betah dengan karenah birokrasi dan kerja-kerja gomen yang sungguh membosankan. Walaupun perlu bersikap profesional kerana itu kerjaya yang memberikan rezeki selama ini, jauh di sudut hati, arwah amat mengharapkan perubahan. Dia pernah berkata, " Mungkin satu hari nanti ye Kak Ina..."
Sehinggalah Mama ditukarkan ke Jabatan Pelajaran, dan arwah masih di Jabatan Imigresyen. Terdengar pula berita yang dia menjadi atase di Kedutaan Malaysia di Islamabad. Walaupun jarak memisahkan, dengan adanya teknologi canggih, Facebook menjadi penghubung persahabatan. Mama sering membaca perkembangan hidupnya di bumi Pakistan bersama isteri dan anak beliau, walaupun tak seaktif kawan-kawan lain mengomen itu dan ini di laman facebooknya.
Tanggal 2 Februari 2011, Wan Ahmad telah kembali ke Rahmatullah kerana kemalangan dengan seekor kuda sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah ibubapanya di Setiu. Ya-Allah..10 minit lagi nak sampai rumah dia...Kalau dia tak terlibat dalam kemalangan tu, mereka sekeluarga pasti bahagia menyambut kepulangannya dan baby girl yang baru mencecah 3 bulan umurnya. Isteri dan dua anaknya berada di tempat duduk belakang semasa kemalangan berlaku. Alhamdulillah, mereka selamat dan tidak tercedera. Kalau isteri dan baby baru lahir tu duduk kat seat depan... Kalau kuda tu tak terlepas dari tambatan... Kalau...
Selepas kejadian ni barulah Mama tau Wan Ahmad penulis blog, Nafastari. Membaca penulisan beliau selepas ketiadaannya, membuatkan Mama menitiskan airmata. Cerita tentang  kedua-dua cahaya matanya dan pesanan kepada mereka amat menusuk hati. Mungkin jika Mama baca penulisan Wan Ahmad ketika beliau masih ada, Mama akan teruja dan tumpang bahagia. Tapi dalam situasi ini...keadaan menjadi sebaliknya. Kisah-kisah bahagia yang beliau coretkan, Mama baca dengan titisan airmata.  Kalau Mama tau, dari dulu lagi Mama ikuti perkembangan Wan Ahmad melalui penulisannya dan tag blognya sebagai salah satu blog yang selalu dijenguk... Kalau lagi...
Semoga roh mu bersemadi aman dan ditempatkan dengan orang-orang yang soleh dan dirahmati Allah. Amiiiiin.
Selamat tinggal Wan Ahmad. Kita akan berjumpa lagi, Insya-Allah...

Selasa, 22 Februari 2011

Nak cuba jadi rajin balik laaaa....

Nak sangat try buat ni...tapi bila???

Sabtu, 19 Februari 2011

Kek Coklat Kukus

Resipi ini Mama belajar dari Kak Ina, orang Kedah. Kami berjiran masa Mama menyewa kat Blok LM9, Jalan Enau 20, Taman Daya. She's very nice person... She taught me step by step because she don't want people said that her recipe is 'tak menjadi'... But, people, dun worry... kalau ikut sebijik-sejibik resipi yang Mama kasik ni, mesti menjadi punya!! Dah ramai frens yang amik resipi ni dari Mama, hasilnya... SUPERB!! :p

Then, this recipe specially goes to... Eida!!

Bahan A
1  1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko (terpulang, biasa or van houten ke, or whatever brand)
1 cawan minyak

* Semua bahan A dimasak di atas api kecil. Kacau hingga sebati. Padamkan api, biar sejuk.

Bahan B
3 biji telur - pukul (tak kembang pun takpe...)
sedikit esen vanilla

Bahan C
1  1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

* Semua Bahan C diayak bersama. Nak lagi senang, ayak atas paper (suratkhabar). Senang nak tuang dalam periuk Bahan A nanti.

Campur semua bahan-bahan tadi. Tuangkan telur dalam periuk Bahan A. Tuangkan Bahan C dalam periuk Bahan A, kacau sebati.

Alaskan kertas A4 biasa pada dasar loyang pembakar dengan minyak. Kukus selama 1 jam 30 minit. Selagi tak cukup 1 jam 30 minit, tak payah le asyik dok bukak tutup periuk tuh! Cukup 1 jam 30 minit mesti masak punya. Amik pencucuk, cucuk kat tengah2 kek, kalau takde sisa yang melekat, masak le tu...

Bila kek sejuk letak topping.

Bahan2 topping
3 sudu susu pekat
3 sudu susu cair
3 sudu gula
3 sudu serbuk koko
3 sudu minyak

* Masak hingga agak pekat, tuang atas kek.

Walllllllllaaaaaaaaa... dah jadi kek coklat moist.

So, Eida...untuk door gift wedding anem nanti, kita buat kek ni lam bentuk cup cake. Harap-harap jadi walaupun tak sehebat Junior Masterchef, huahuahua... :p

Semua hilang...isk,isk

*** Update : Dah tukar font, tapi bukan cute font kevinandamanda... guna advance template designer jer..

Setelah sekian lama Mama tak menjenguk blog Mama nih, semua cute font Mama hilang, huaaaaaaaaaa...  It will take a loooooooong time for me to reinstall the cute font! Sedeyyyyyy.

Sabtu, 15 Januari 2011

Vitamin 'M' yang banyak!!!

Maaflah kerana tak sempat nak update dan coretkan everyhting that happened in my life recently... Mama tengah krisis jiwa ni. Konflik kemalasan diri yang melampau. Kena muhasabah diri...

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP