Memaparkan catatan dengan label Parenthood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parenthood. Papar semua catatan

Selasa, 3 Januari 2023

Akhirnya... tukar jugak 😌

Baru je Mama ceritakan tentang Abg Ajmal yang bersekolah di SMKAF dan tak akan tukar sekolah sebab dah selesa kat sana kan...

Penghujung cuti sekolah bulan Disember 2022 lepas, dia tiba-tiba tanya Mama, 

Ajmal : Tingkatan 3 nanti boleh ke Abang pindah sekolah sama dengan Kakak?

Mama : Kenapa pulak? Hari tu Mama tanya nak tukar sekolah ke tak, abang cakap keputusan muktamad abang tak nak tukar. Sekarang dah ubah fikiran? So, bagitau Mama keputusan terkini, muktamad dan tak boleh ubah-ubah lagi!

Ajmal : Ok, Abang nak tukar...

Mama : Betul ni? Tak menyesal?

Ajmal : Insyaa Allah tak... urusan Mama lebih senang kalau Abang sekolah dekat dengan rumah.

Mama pun segeralah uruskan proses pertukaran sekolah. Mama jumpa pegawai di Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor, Ustaz Najib... sebab nak tukar sekolah ke aliran yang sama dengan SMKA Falahiah. Kebetulan pula Ketua Penolong Pengarah Kanan SPI, Tn Hj Lukman ada sekali, dia terus bagi green light untuk kelulusan Ajmal berpindah ke SMKA Johor Bahru. Kebetulan juga ada permohonan bertukar keluar dari sekolah tu, jadi adalah kekosongan di SMKA Johor Bahru. Alhamdulillah, urusan penempatan sekolah baru Ajmal dipermudahkan.

Urusan dengan CC di SMKA Falahiah pun sangat senang. Beliau yang ramah membahasakan diri beliau dengan panggilan Kak Na, menghantar borang pertukaran melalui aplikasi Whatsapp. Segala dokumen lampiran seperti surat beranak, IC ibubapa dan Sijil Kahwin pun Mama submit kepada Kak Na melalui whatsapp sahaja... Mama dengan rasa bersalah meminta maaf kerana Kak Na pula yang terpaksa mencetak dokumen-dokumen tersebut sebanyak 3 copy... Tapi Kak Na dengan mesra menjawab takde masalah, dan dia juga akan bantu mendapatkan tandatangan Pengetua untuk salinan diakui sah juga utk salinan-salinan dokumen lampiran tu.. 😍

Allah, terima kasih kerana permudahkan urusan Mama πŸ‘ 

πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬

Semalam Ajmal call... dia bagitau Badan Disiplin SMKAF interview dia untuk jawatan Pengawas bagi sesi 2023. 

Soalan Ajmal yang sangat tragis. "Mama, nanti abang tukar ke sekolah JB, abang boleh jadi Pengawas tak? 

Oh anak... 😡😢 


Untuk perkongsian, untuk urusan pertukaran sekolah, ada borang pertukaran standard yang KPM keluarkan. Ibubapa boleh guna borang P.U.(A) 275 (Permohonan Untuk Pertukaran Sekolah Oleh Murid Warganegara). Manakala dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama adalah salinan surat beranak pelajar, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, sijil nikah ibubapa, dan salinan keputusan peperiksaan terakhir di sekolah lama.

Namun, untuk memudahkan urusan sekolah, better berhubung dengan sekolah untuk mendapatkan borang tersebut kerana ada sekolah yang meletakkan nombor siri di borang tersebut bagi memudahkan urusan dokumentasi di peringkat sekolah.

Sabtu, 3 Disember 2022

It takes quite a while...

It has been quite a long time since I've scribbled something here... 

Anak-anak semakin membesar dan moment childhood ini semakin hilang dan kabur dari kotak ingatan Mama andainya kenangan-kenangan yang dicaptured tidak disimpan di sini.

Perubahan wajah, perangai dan kesukaan anak-anak berubah-ubah, hinggakan ada ketika menatap gambar-gambar lama, Mama mengimbau semua kenangan dan nostalgia lama. Kalau gambar-gambar lama ni takde, tidak mustahil suatu hari nanti Mama akan terlupa apa kesukaan kamu, gelak tawa kamu dan karakter kamu semasa kamu semua menginjak dewasa. 

Tika ini pun Mama semakin digamit rindu... ini baru Ajmal yang duduk asrama...huhuuuuuu 😒

Ajmal dah naik Tingkatan 1, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKAF), Pasir Pekan Kelantan. Duduk asrama jauh nun di Kelantan sana. Kenapa hantar Ajmal bersekolah jauh sangat?! Semua orang tanya Mama... Allah telah takdirkan Ajmal menuntut ilmu di SMKAF, dengan asbab dia nak ikut Abang Amjad bersekolah di sekolah yang sama. Namun, rezeki Amjad menuntut ilmu di SMKAF tak lama, kerana dia tidak betah tinggal di asrama dan tak betah duduk berjauhan daripada keluarga. So, Angah (Mommy) pindahkan Amjad ke sekolah harian di Kuantan. Tinggallah Ajmal bersendirian di SMKAF.  😒 Tapi Mama yakin Ajmal akan survive sebab dia berjiwa kental. 

Hari lapor diri ke SMKAF pada 16 Mei 2022.
Posing dah macam gaya masuk sekolah tentera πŸ˜‚πŸ˜€
Depan koperasi hari pertama daftar Tingkatan 1 πŸ˜„
Koperasi ini akan pasti menjadi tempat yang selalu dikunjungi selama mana Abang belajar di sini...
  
  
Pernah beberapa kali Mama tanya Ajmal sama ada dia nak pindah balik bersekolah di Johor Bahru. Pernah juga dia setuju, tetapi akhirnya dia buat keputusan untuk tetap bersekolah di SMKAF atas faktor dah selesa dengan suasana di SMKAF dan telah kenal kawan-kawan dan abang-abang senior. Mama dan Baba sokong apa sahaja keputusan Abang. Mama yakin itu keputusan terbaik.

Nuha dah Darjah 5. Semakin dewasa dan matang. Dah pandai bergaya... Kalau nak keluar tu, menggayakan shawl saja pun hampir satu jam πŸ˜„   Nuha seorang gadis yang serius. Wajahnya selalu berkerut dan masam je... Bercakap dengan orang macam nak ajak gadoh... πŸ˜… Berbeza sangat dengan karakter dia semasa kecik dulu. Bila Mama tengok semula semua video Nuha masa kecil, rindunya pada keletah dia yang comel. 


 

Nuha pun selalu menyatakan hasrat dia nak ke sekolah berasrama penuh. Mama memang nak anak-anak ke asrama, sebab Mama bekerja, tak sempat memantau anak-anak sepanjang hari. Keberadaan kalian di asrama menjadikan anak-anak lebih berdikari, jadual masa untuk kehidupan harian dan ulangkaji yang lebih teratur. 

Kalau duduk rumah, memang masa banyak habis main game, tengok TikTok, tengok YouTube, tengok Netflix...Mama pun tak terpantau sebab Mama pun tengok Netflix juga πŸ˜…πŸ˜

Last posting about Atif, masa tu dia baru 5 tahun, baru masuk Tadika Al-Amin. Sekarang ni Atif dah Darjah 2. Dulu dia lemah lembut dan malu-malu, sekarang ni nakal yakmat dan suka menyakat Mama dan Kakak Nuha... Main game jerrrr.... habis bateri HP dia, dia kidnap HP Mama. Bab study, ke lauttt... πŸ˜…  Darjah Dua tapi masih belum lancar baca jawi...mengaji pun masih Iqra' 4. Mama risau sebab kalau nak bandingkan dengan Abang Ajmal dan Kakak Nuha, Atif sedikit lambat dari segi akademik...tapi tak elok bandingkan keupayaan anak-anak kan... Setiap anak ada kelebihan masing-masing. 

Atif nampaknya lebih meminati sukan dan lasak menurun Baba. Atif goalkeeper untuk Team U8 Kelab Bola Sepak Kampung Melayu Football Academy (KMFA) dan Kelab Setia Darul Takzim (SDT). Dia minta dengan Baba nak jadi goalie sebab penat berlari kejar bola. Goalie tunggu bola datang je πŸ˜†πŸ˜

Gaya Mutu Keunggulan πŸ˜‚πŸ˜†


Semoga anak-anak membesar sihat walafiat, menjadi anak soleh dan solehah, bahagia di dunia dan di Akhirat, Insyaa Allah, aaamiiiin. πŸ’ž

Sabtu, 13 Oktober 2018

Sejarah Gigi Susu Anak²

Stressnya Mama memikirkan proses pertumbuhan gigi anak²..

Gigi susu diorang ni kukuh sangat sehingga gigi kekal dah keluar, gigi susu masih tak goyang. Keadaan ini menyebabkan gigi kekal diorang tumbuh tak cantik, tak tersusun..tumbuh berlapis-lapis macam gigi monster. Ajmal dan Nuha alami masalah yang sama.. Atif nanti tak tahulah...

Gigi susu anak² kukuh, masa kecil Mama ngan Baba bangga gigi anak² tak rongak, tak hitam, tersusun cantik je.. Masalah muncul bila gigi kekal mula tumbuh sedangkan gigi susu masih tak tercabut. Semua gigi susu kena pergi dental untuk dicabut. Gigi yang dah bergoyang sikit² tu, dentist guna krim pink tu je untuk kebaskan sebelum cabut. Tapi, bagi gigi yang betul² kukuh tak bergoyang langsung terpaksa dicucuk bius. Kebanyakan masanya, Ajmal dan Nuha memang kena cucuk lah... 😫😫

Semalam, bawa Nuha jumpa dentist, cabut gigi depan yang dah goyang. Dalam masa yang sama, dua batang gigi kekal bahagian bawah sudah mula memunculkan diri.. Dentist nasihatkan gigi susu yang masih belum tercabut perlu dibuang supaya gigi kekal dapat tumbuh kat tempat sepatutnya. Nak cabut sekaligus tiga batang gigi Nuha semalam, macam kejam sangat...risau dia trauma pulak. πŸ˜“

Mama rasa, kalau macam ni masalahnya, tak payahlah jaga sangat gigi susu anak²... Biarkan je anak² makan gula-gula, tak payah gosok gigi, biar gigi rongak, biar gigi cepat tercabut..hmmmmmm

Mama bukannya ada duit banyak nak betulkan gigi anak, nak pakaikan braces pula bila diorang besar nanti sebab gigi tak tersusun...adoilaaaaa... Dilema mak² betullaaaa... 😌😌😌

Nuha rongak πŸ˜‹

Selasa, 29 Mei 2018

Jom ke POPULAR!!!

Assalamualaikum my dearest diary,

Hari ini kebetulan cuti Hari Wesak, Ajmal keluarkan ayat pertanyaan sekaligus dengan ayat kenyataan dan permintaan, "Mama dah dapat gaji kan? 25 haribulan kan Mama dapat gaji. Dah lama kita tak ke POPULAR..." 😏

Dua atau tiga bulan sekali Mama akan bawa anak² ke kedai buku. Mama mengaku memang dah lama since last time kita ke kedai buku. Pergi kedai buku BookTalk pun hanya beli stationeries. Dah lama tak beli buku. Ok lah...jomlah kita membeli buku di kedai buku POPULAR aka HARRIS @ AEON Tebrau City! Anak² suka ke sini kerana banyak pilihan.

Kebiasaannya, Mama memperuntukkan RM100 untuk membeli buku setiap kali ke kedai buku, dua bulan sekali sahaja... Mama kena berjimat cermat untuk komitmen dan simpanan yang lain juga.

Ambil masa hampir satu jam memilih buku.

Ambil, belek, letak. Ambil, belek, letak. Hampir 10 pusingan lah... 

Ini hasil tangkapan hari ini... 

Kedai buku ni bukan setakat jual buku... mainan, gula² dan kad permainan semua ada. Hilang kesabaran melayan kehendak Si Atif nan seorang... Sabor je laaaaa.... πŸ˜“πŸ˜₯😫

Sabtu, 12 Mei 2018

Pengiring Pemain Bolasepak : JDT II vs Sabah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sebelum Mama bercerita tentang anak-anak Mama, just for the historical record, Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 di hadapan Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 10 Mei 2018, jam 9.30 malam dan beliau berumur 93 tahun. Semoga Allah memberikan keberkatan umur kepada Tun M dan panjangkan lagi usia beliau supaya dapat mentadbir Malaysia as long as Allah granted him to be PM, Insyaa Allah.

Gambar ini diambil oleh Mommy Amjad semasa majlis angkat sumpah yang disiarkan secara langsung di TV2.

Semalam anak-anak jadi pengiring pemain JDT II dan Sabah semasa perlawanan JDT II vs Sabah di Stadium Pasir Gudang. Sebenarnya ini dah kali kedua anak² jadi pengiring pemain bolasepak. Sebelum ni masa JDT II vs FELDA di stadium yang sama. Bertambah satu lagi pengalaman dan cebisan kenangan dalam kehidupan mereka.

Kakak Nuha and Atif 😍😘😘

That cute specky boy is Ajmal's bestfriend, Mirza Rizqy. 😍

Atif pengiring penjaga gol Sabah dan Kakak Nuha pengiring pemain Sabah.

Sangat banyak cerita tentang anak² yang melekat dalam memori Mama yang tak sempat dicoretkan di sini due to some circumstances happenned in my working life. Mama will definitely going to write about that soon...

Sabtu, 12 Ogos 2017

Atif dan simptom speech delay

Assalamualaikum Diariku...

Sebenarnya dah lama Mama nak menulis tentang Atif si bongsu Mama ni... Lambatnya dia nak bercakap.

At 2 years and 10 months old, words that he can fully pronounce are Mama, Baba, Kakak, Abang, Atif and Air. Other than those words, he can only pronounce the end of the words.

Contohnya kalau Mama tanya Atif buat apa tu? ...kan (MAKAN).
Tidur jadi DO. Limau jadi MAU. Buah jadi WAH.

Dan Atif masih belum boleh menggabungkan dua perkataan pendek dalam percakapannya. Jika kanak-kanak lain di umur menjangkau tiga tahun boleh menyebut "Mama, nak buah" Atif hanya menyebut "Mama, wah" (Mama, nak buah), " Mama, do" (Mama, nak tidur), "Mama, mau" (Mama, nak limau).

Tapi dua tiga minggu kebelakangan ni, ada sedikit peningkatan, dia dah boleh tambah satu lagi bunyi di depan sebutan hujung tu...

Contohnya, makan jadi AKAN. Limau jadi MMAU. Buah jadi UWAH. Mandi jadi ANDI. Hrmmmmm, perubahan ke arah kebaikan ke atau makin teruk tu? Mama harap sangat bila dia masuk umur 3 tahun nanti, makin banyak perkataan yang Atif boleh sebut dan secara penuh satu perkataan.

Angah (Mommy Amjad) cadangkan Mama bawa Atif ke sesi speech theraphy. Tapi, perlu ke Mama pergi sekarang? Atau Mama tunggu Atif umur 3 tahun dulu? 22.09.2017 nanti Atif genap 3 tahun.

Kalau dihitung dari segi umur masuk sekolah, tahun depan Atif dah dikira 4 tahun. Ajmal masa umur 4 tahun, Mama dah masukkan ke Tadika Al-Amin. Atif ni kalau masukkan sekolah tahun depan, memang kena tolak kot sebab masih pakai pampers, cakap pun hujung-hujung je... ustazah tak faham nanti.

Ya Allah, Kau permudahkanlah dan lancarkanlah lisan anakku Muhammad Atif Raihan...aamiiiiiiin.


Khamis, 25 Mei 2017

Being a fulltime housewife from my point of view... πŸ™‹

Assalamualaikum Diariku Sayang, 😘

Pengalaman cuti seminggu menjaga Atif yang kena chicken pox memberikan Mama satu sudut pengalaman yang jarang-jarang Mama fikirkan... Masa Mama dapat cuti kuarantin tu, Mama mencongak semua kerja rumah yang Mama mampu siapkan sepanjang bercuti daripada bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa (ada term baru skrg ni, SAHM stay at home mom) selama seminggu. Mama pasti yang masa semestinya cukup untuk mengemas rumah, melipat baju, meng'iron baju', memasak, menghantar dan mengambil anak2 sekolah, di samping memperuntukkan masa untuk menjaga Atif. ~ which is sangat senang jaga Atif, asalkan dia dapat pegang handphone Mama ~

Namun, perancangan Mama meleset sama sekali. Masa yang dirasakan amat panjang dan cukup untuk membuat semua kerja tu seakan-akan berlalu begitu sahaja. Baru je bangun pagi siapkan Nuha ke tadika, tiba masa untuk hantar Ajmal ke sekolah agama pula. Baru je balik dari hantar Ajmal ke sekolah agama, tiba masa untuk ambil Nuha di tadika pula dan sekali harung ambil Ajmal di sekolah agama. Baru je sampai rumah, kena siapkan Ajmal dan hantar ke sekolah kebangsaan pula. Kalau di waktu senggang antara hantar Ajmal ke sekolah agama dan waktu nak pergi ambil diorang semula balik dari sekolah Mama tak masak, memang tak sempatlah Ajmal nak makan sebelum ke sekolah kebangsaan dan nak bawa bekal bagai...

Alohlaaaaa... memey penat jadi surirumah ni, mencabar minda dan fizikal sungguh... Tabik toing-toing lah kepada semua surirumah sepenuh masa yang dapat mengatur masa dengan sistematik. Mama rasa selama seminggu jadi surirumah sepenuh masa ni, Mama tak dapat fokus dan tak dapat menyelesaikan kerja rumah dengan sistematik dan berkesan. Mama jadi suka bertangguh kerana merasakan Mama ada banyak masa sebab seharian Mama ada di rumah untuk buat semua kerja tu. Kesudahannya, semua kerja tak jalan. Mengemas rumah langsung tidak, baju dua tiga bakul tak terlipat dan ter'hanger'... Akhirnya Mama pasrah dan sedang tunggu 'semangat' datang untuk selesaikan semua house chores tu. πŸ˜–

Situasi amat berbeza kalau di siang hari Mama bekerja di pejabat dan waktu malam atau hujung minggu Mama kena selesaikan house chores. Mama akan fokus kepada menyelesaikan task tu kerana Mama tahu kalau Mama tak fokus dan tak selesaikan kerja tu, tak akan ada masa lain lagi untuk Mama selesaikannya. Contohnya, kalau Mama fokus untuk basuh baju, sampai je rumah Mama akan terus basuh baju, keringkan baju, lipat baju dan iron baju. Semua selesai sekaligus kerana kalau Mama bertangguh, Mama akan tension dan stress melihat baju berbakul-bakul boleh buat kubu perang! 😨😱😡

So, Mama rasa disebabkan Mama dah terbiasa mempunyai masa yang singkat untuk selesaikan house chores, cuti seminggu ini menyebabkan Mama terleka dan merasakan I got all the time in the world!


Yang ni sebahagian daripada 'kubu perang' Mama. Sebelah tu askar yang tengah menembak zombie... πŸ˜†

Time to get back on track Mama... πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Sabtu, 20 Mei 2017

Anak-anak dan 'chicken pox'



Mama ingat lagi Nek Mi (Ummi Mama) bagitau, kita semua ni sekali seumur hidup mesti kena penyakit campak, versi Kelantan bertih, versi omputeh measles a.k.a 'chicken pox' (bukan chicken chop ye.. 😜).

Rupa-rupanya campak dengan chicken pox tu bukan benda sama...  Campak tu measles, biji-biji gatal yang takde air. Chicken pox tu biji ada air, oghe Kelatey panggey bertih. ~Edited on 31/5/2017~

2  minggu lepas Nuha kena chicken pox seluruh badan. Mama tak tahu sehingga dia bagitau ada biji-biji keluar kat bahu dan kaki dia. Mama ingatkan biji gatal macam biasa, Mama siap tolong garukan lagi. Sehinggalah Mama terpandang biji-biji merah yang dah banyak tumbuh kat atas belakang dia, barulah Mama sedar Nuha kena chicken pox!!

So, Nuha sebelum ni kena campak sebab biji yang keluar seluruh badan dia merah dan gatal tapi takde air. ~Edited on 31/5/2017~

Alahai Nuha... seingat Mama, Nuha pernah kena chicken pox masa dia baby lebih kurang 11 bulan gitu, tapi sikit je dia kena masa tu. Mama dah lega ingatkan bila dah kena masa baby, tak akan kena lagi. Rupa-rupanya jangkaan Mama meleset. Nuha kena juga lagi... penyakit di akhir zaman ni semua berevolusi. Zaman dulu-dulu, kalau dah kena sekali dijamin tak kena lagi. Zaman sekarang ni, jangan lega dulu sebab kemungkinan besar akan kena lagi... huhuhuhuuuu...

Hari ni, Atif pula dijangkiti... biji-biji berair mula appear kat seluruh badan dia. Patutlah dua tiga hari sebelum ni, badan dia dedar je... Mama nak bawa Atif ke hospital untuk dapat surat perakuan oleh Pegawai Perubatan yang mengesahkan anak dijangkiti penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin yang melayakkan Mama dapat kemudahan Cuti Kuarantin bagi penjawat awam berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016. Masa Nuha kena minggu lepas, Mama tak tahu. Bila sorang PPT Mama bagitau, baru Mama aware.

Ajmal pun dah pernah kena masa dia umur lebih kurang setahun lebih. Masa tu memang seluruh badan kena dan banyak. Seminggu jugak dia ber'pampers' saja dan berbedak sejuk... Mama harap Ajmal dah tak akan dijangkiti lagi, Insyaa Allah.

Apa-apa pun, harapan Mama, penyakit yang singgah dalam kehidupan anak-anak Mama sementara sahaja dan anak-anak akan kembali sihat walafiat seperti sedia kala, Aamiiiin.

Rabu, 23 November 2016

Tahniah Abg Ajmal!


Alhamdulillah, syukur Ya Allah...

Permulaan yang baik untuk anak Mama Muhammad Ajmal Mirza. Keep it up Abang Ajmal. :-*

Mama selalu berdoa abang jadi anak soleh yang terdidik dengan ilmu agama. Kalau tak berapa cemerlang dalam ilmu akademik pun takpe sebab yang paling penting adalah ilmu agama. Namun, kalau cemerlang dlm pelbagai ilmu, itu adalah bonus.

Semoga Abang Ajmal dirahmati Allah selalu dan sihat walafiat. Itu doa Mama....



Dapat tempat ke-3 di sekolah kebangsaan

Tempat ke-4 di sekolah agama


Not to forget your idola Abang Amjad pun cemerlang juga... Abang Amjad dapat tempat ke-2.



Semoga anak² Mama semuanya terus cemerlang di dunia dan di akhirat, Insyaa Allah.

Mama will always love you Abang²! 😍😘

Khamis, 20 Oktober 2016

Happy 5th Birthday Nur Nuha Qairina... Happy 2nd Birthday Atif Raihan...


Lamanya Mama tak membebel kat sini... Vit M banyak...

Tahun ni birthday anak² disambut sederhana. Mama tepekkan semua gambar di sini untuk kenangan.

Birthday Abg Ajmal di sambut bersama-sama family Abg Amjad semasa kita bercuti di Kuantan.

2nd Birthday Adik Atif disambut bersama² keluarga Mama Shah di taman sebelah rumah kita... Potong kek, makan KFC. Seronok juga...


Birthday Kakak Nuha pula 11 Oktober. Dah 5 tahun usia anak dara Mama ni. 3 kali dia potong kek. Mula² kita celebrate bersama Baba kat KFC Setia Tropika. Esoknya Kakak Nuha potong kek bersama² kawan Tadika Al-Amin. Hujung minggu tu, kami ke KL rumah Mami Amjad tanpa Baba. Sekali lagi potong kek sharing dengan Papa dan Kak Mya.


Selamat menyambut Ulangtahun Kelahiran anak² Mama sayang. 😘
Anak² makin besar, Mama makin tua... 😐

Khamis, 3 Disember 2015

Anugerah Murid Cemerlang Akhlak Mulia


Cerita ni dah basi kot... hampir sebulan berlalu... cerita pada 14 November 2015 yang lalu. Namun akan menjadi kenangan yang tak akan basi selama-lamanya buat Mama... :-*

Mama perlu register ...eheheee :D... cerita ni sebab kenangan indah bagi Mama dan Baba. Ajmal terima anugerah khas Murid Cemerlang Akhlak Mulia. Semasa diumumkan, menitis air mata Mama... Mama tengok Baba pun dok kesat-kesat mata dia... Air mata kegembiraan dan terharu. Semoga Ajmal akan terus mempunyai akhlak mulia sehingga ke akhir hayat.

Mama dan Baba bangga dengan Abang Ajmal. Mama harap Abang jadi contoh yang baik untuk Kakak Nuha dan Adik Atif. Keep it up Abang... :x :-*

Rabu, 29 Julai 2015

Rambut Nuha kena potong sudah...


Cerita dah lama ni, cerita sebelum puasa lagi rasanya...tapi Mama tak sempat nak update.

Walaupun sedih, Mama terpaksa potong rambut Nuha kerana..... jeng, jeng, jeng..... kepala Nuha ada kutu!!!!

Kemonla.....kepala anak-anak kecil mana yang tak pernah dijangkiti kutu. Mesti berjangkit jugak walaupun sekali seumur hidup...kalau tak kena masa kecik, mesti kena masa masuk asrama...hahaha. Time tua bangka tu kalau kena memang malu laaa....huhuuuuu :">

Nuha dengan sportingnya menyerahkan rambut dia untuk dipotong oleh Mama... Mama cuma cekup rambut dia macam nak ikat tu, then terus zassss.... tak payah nak rapi-rapi bagai sebab walaupun senget, tak nampak sangat kesengetannya sebab rambut Nuha kan bergulung-gulung... :D

Lepas rambut dipotong, dia terus tengok cermin. Nampak dia sedih dan macam menyesal. Mama bagitau dia, consolekan dia bahawa rambut tu akan tumbuh cepat. Dengan rambut pendek senang Mama nak jaga kepala Nuha yang ada kutu tu... Lagipun, walau dengan rambut pendek, Nuha tetap cantik... auwwww... Selepas diberitahu yang dia tetap cantik terus berpusing-pusing menggayakan rambut baru dia di depan cermin sambil menyanyi lagu "I Got Magic" (lagu Barbie Secret Door tu...) Drama Queen betullah anak pompuan Mama ni.

Lepas tu, setiap orang yang tanya dia kenapa Nuha potong rambut, jawabnya Mama potong sebab ada kutu...aaaaaaaaahaaaa.... malu jugak Mama. Mama terlupa nak ajar dia jawapan kaver line.... :">


Khamis, 11 Disember 2014

Aktiviti mengepam susu...

Dear Diary,

All of this for only RM279! Tangkapan yang amat berbaloi-baloi kan... Mama tangkap kat LittleWhiz.com. Package of Autumnz Bliss Convertible Electric/Manual Breastpump, cooler bag, 3 pack reusable ice pack, 8 pcs storage bottles dan free 1 manual pump.
Sebelum-sebelum ni, Mama tak pernah terlibat dengan aktiviti mengepam susu ni... Maklumlah, sebelum-sebelum ni, lepas dua bulan bersalin, susu badan kering sendiri sebab Ajmal & Nuha malas nak nenen susu Mama... susunya sikit yang amat. Anak² penat nyonyot, tapi tak kenyang. Akhirnya, anak² minum susu formula sepenuhnya.

Kalau Abg Ajmal dan Kakak Nuha dulu, masa dalam wad lagi, Baba dah terpaksa menyeludup masuk susu formula dan botol susu kecik, manakala Mama pulak curi-curi bagi susu formula guna botol susu masa nurse tak nampak. Terpaksa sebab Ajmal dan Nuha akan melalak sebab lapar.

Lain pulak keadaannya pada kelahiran yang terakhir ini. Atif teramat rajin nenen, dia usaha sedaya upaya walaupun susu Mama tak berapa nak ada. Selepas lahir, kena tahan 3 hari dalam wad, sebab Mama czer, susu badan Mama yang sikit ni boleh mengenyangkan Atif, dia tak menangis kelaparan, so Mama tak perlu bagi susu formula. Cukup dengan susu badan Mama. Lama-lama bila Atif selalu hisap, susu badan Mama makin banyaklah. Hisapan bayi akan stimulate susu badan ibu. Untung Atif sebab dia rajin...hehehe

Dan disebabkan susu badan yang dah ada ni lah, Mama terlibat dengan aktiviti mengepam susu. Mama terfikir macam mana kalau Mama dah naik kerja nanti. Jadi, Mama sambarlah mesin pam susu Autumnz ni. Sebelum ni pakai pam susu Pureen. Tapi masa balik dari kampung haritu, corong pam tu hilang. Samada tak terbawak balik atau jatuh kat mana-mana.

Semoga Mama rajin mengepam, Insyaa Allah...

Jumaat, 12 September 2014

Aktiviti hujung minggu anak teruna Mama.

Dear Diary,

Hari ni pagi² lagi Ajmal dah bersiap dengan t-shirt Zikrul Matien. Baba hantar ke Pusat Pengajian Iqra' jam 9.00 pagi, bertolak ke Felda Linggiu Kota Tinggi jam 9.30 pagi. Aktiviti minggu ni di rumah ibu Walid, majlis tahlil, Yaasin dan Qasidah. Malam nanti ada aktiviti barbeque dan sesi tonton movie...seronoknya anak² qasidah ni. Rasanya aktiviti ini more to appreciate them selepas dah banyak aktiviti dan jemputan qasidah yang mereka sertai. Lagipun, ini kan minggu bermulanya cuti sekolah. Mama dapat gambar diorang sedang breakfast sebelum meneruskan perjalanan dari group Whatsapp Pengajian Iqra'. Semuanya nampak seronok... :)

Breakfast @ E&Y Adda Heights

Mama bangga dengan Ajmal. Kecik² lagi dah ada aktiviti sendiri... aktiviti yang berfaedah untuk pembentukan sahsiah diri. Mama harap aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membentuk jati diri Ajmal dan sahsiah diri apabila dia meningkat dewasa kelak.

Zaman sekarang ni, pengaruh rakan sebaya sangatlah penting. Anak² banyak menghabiskan masa dengan kawan²... Mama amatlah berharap kawan-kawan Ajmal nanti, kawan-kawan yang dapat memberi pengaruh positif pada dia. Kawan-kawan yang macam dalam kumpulan qasidah sekarang ni... In Shaa Allah...

Cer teka yang mana Ajmal?
Yang pakai seluar putih tuuuu.... :-*

Pokok kurmakah? ;)

By the way, this is the last week of Ajmal at school. He will have a looooong holiday and will be back to school in 2015. Will miss his final exam and Mama feel a little bit dissapointed because he will have to leave school for that long period of time due to my delivery on 22nd September and 2 months of confinement period at Mama's hometown at Kelantan. Ajmal and Nuha will be with me during this confinement.

Tempoh pantang Mama hanya dua bulan je kali ni...dah habis kuota 300 hari cuti bersalin dalam perkhidmatan awam. :(   Sungguh  tak best!! But what to do... was thinking to take unpaid leave...but, financial problem is much more to handle. So, just bersyukur je dengan cuti 2 bulan tu, dan lupakan hasrat untuk cuti tanpa gaji.. huhuhuuuuu :(

Jumaat, 5 September 2014

3 beranak berjogging...


Mama temankan Baba dan anak2 berjogging di taman depan rumah pagi ni... tak pernahnya keluar seawal ini kalau hujung minggu...

Ajmal selalu ajak baba jogging.. katanya ustazah di sekolah selalu bertanya siapa yang selalu berjogging bersama2 ibubapa... Kalau dia jogging, bolehlah dia angkat tangan...hehe

Baru je jogging, hujan pulakkkk.. kami cepat2 lari masuk kereta..

Mai breakfast roti canai kat kedai mamak.. :p

Sebelum jogging, stretching dulu...follow aunty2 bertaichi

Ahad, 11 Disember 2011

Iklan Burung Murai...isk, isk..

Bila Ajmal lambat dapat bercakap, membebel pun Mama tak paham, Mama bukan main risau. Sekarang bila mulut dia mengalahkan murai, asyik bertanya apa tu? apa tu?, Mama pulak naik rimas. Nak tak jawab setiap kali dia bertanya, takut terencat pulak perkembangan otak, nanti sel-sel otak tak bergabung, kurang bijak pulak anak Mama. Tapi setiap kali dia bertanya benda yang sama berulang-ulang kali, apa tu... apa tu... apa tu... kurang sabar pulak Mama, mulalah tinggikan suara pada dia.

Ajmal sekarang ni asyik bercakap je...tak berenti. Ada yang Mama faham, tapi kebanyakannya kurang difahamilah. Kesian dia, berbuih mulut mengulang apa yang dia nak, sbb Mama tak faham...bukan, bukan, bukan!! Setiap kali dia bertanya itu ini, Mama teringatkan satu iklan yang ditayangkan di TV3, bagaimana sabarnya seorang ayah melayan dan menjawab pertanyaan anaknya walaupun anak itu bertanya soalan yang sama berulang kali...
"Burung apa?" tanya si anak.
"Burung murai." jawab si ayah.
"Burung apa?" tanya si anak lagi.
"Burung murai." jawab si ayah tanpa mengenal jemu.

Mama teringat cerita Ummi tentang perangai Mama semasa usia sebaya Ajmal hinggalah sekolah rendah, suka sangat bertanya itu dan ini (Ajmal ikut perangai Mama rupenye, bijak... bijak... :p). Ummi akan menjawab setiap pertanyaan Mama tanpa jemu walaupun soalan yang sama ditanya berulang kali. Sehinggakan seorang saudara pernah memuji Ummi kerana dia kagum dengan kesabaran Ummi melayan si anak yang tak berenti2 bertanya dan bercakap. Kalau boleh dia nak seorang isteri yang boleh menjadi ibu seperti Ummi. (orang itu adalah Ayah Eil :) ) Mama dulu pun bertekad untuk menjadi ibu seperti Ummi, menjadikan Ummi sebagai idola dalam dunia parenthood yang mencabar nih!

Tapi sekarang bila dah betul2 jadi ibu, lain pula jadinya.. Mama cepat hilang sabar bila melayan karenah Ajmal. Bila dah geram+marah, perkataan yang tak sepatutnya pun cepat keluar dari mulut Mama, lepas tu baru menyesal. Ummi kata, perkataan yang keluar dari mulut ibu umpama doa. Jadi sebutlah perkataan yang baik-baik kepada anak kita. Doakan yang baik-baik sahaja kepada mereka.

Sekarang anak Mama dah dua... dan mungkin dua cahayamata ini sahajalah permata hati Mama. Mama kena sabar bebanyak, nak jadi macam Ummi yang berjaya mendidik Mama dan adik-adik, Insya-Allah. :)

"Ya Allah, hamba bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat rezeki yang telah Kau limpahkan kepada hambaMu ini. Terlalu banyak rezeki dan kemudahan yang Kau beri sehinggakan hambaMu ini kadang-kadang terlupa untuk bersyukur. Buka pintu hatiku untuk sentiasa mengingati Mu. Jauhkan aku dari sifat lupa diri dan takbur tika kau melimpahkan rezeki yang tak putus-putus padaku. Alhamdulillah... "


Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP