Pengalaman cuti seminggu menjaga Atif yang kena chicken pox memberikan Mama satu sudut pengalaman yang jarang-jarang Mama fikirkan... Masa Mama dapat cuti kuarantin tu, Mama mencongak semua kerja rumah yang Mama mampu siapkan sepanjang bercuti daripada bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa (ada term baru skrg ni, SAHM stay at home mom) selama seminggu. Mama pasti yang masa semestinya cukup untuk mengemas rumah, melipat baju, meng'iron baju', memasak, menghantar dan mengambil anak2 sekolah, di samping memperuntukkan masa untuk menjaga Atif. ~ which is sangat senang jaga Atif, asalkan dia dapat pegang handphone Mama ~
Namun, perancangan Mama meleset sama sekali. Masa yang dirasakan amat panjang dan cukup untuk membuat semua kerja tu seakan-akan berlalu begitu sahaja. Baru je bangun pagi siapkan Nuha ke tadika, tiba masa untuk hantar Ajmal ke sekolah agama pula. Baru je balik dari hantar Ajmal ke sekolah agama, tiba masa untuk ambil Nuha di tadika pula dan sekali harung ambil Ajmal di sekolah agama. Baru je sampai rumah, kena siapkan Ajmal dan hantar ke sekolah kebangsaan pula. Kalau di waktu senggang antara hantar Ajmal ke sekolah agama dan waktu nak pergi ambil diorang semula balik dari sekolah Mama tak masak, memang tak sempatlah Ajmal nak makan sebelum ke sekolah kebangsaan dan nak bawa bekal bagai...
Alohlaaaaa... memey penat jadi surirumah ni, mencabar minda dan fizikal sungguh... Tabik toing-toing lah kepada semua surirumah sepenuh masa yang dapat mengatur masa dengan sistematik. Mama rasa selama seminggu jadi surirumah sepenuh masa ni, Mama tak dapat fokus dan tak dapat menyelesaikan kerja rumah dengan sistematik dan berkesan. Mama jadi suka bertangguh kerana merasakan Mama ada banyak masa sebab seharian Mama ada di rumah untuk buat semua kerja tu. Kesudahannya, semua kerja tak jalan. Mengemas rumah langsung tidak, baju dua tiga bakul tak terlipat dan ter'hanger'... Akhirnya Mama pasrah dan sedang tunggu 'semangat' datang untuk selesaikan semua house chores tu. 😖
Situasi amat berbeza kalau di siang hari Mama bekerja di pejabat dan waktu malam atau hujung minggu Mama kena selesaikan house chores. Mama akan fokus kepada menyelesaikan task tu kerana Mama tahu kalau Mama tak fokus dan tak selesaikan kerja tu, tak akan ada masa lain lagi untuk Mama selesaikannya. Contohnya, kalau Mama fokus untuk basuh baju, sampai je rumah Mama akan terus basuh baju, keringkan baju, lipat baju dan iron baju. Semua selesai sekaligus kerana kalau Mama bertangguh, Mama akan tension dan stress melihat baju berbakul-bakul boleh buat kubu perang! 😨😱😵
So, Mama rasa disebabkan Mama dah terbiasa mempunyai masa yang singkat untuk selesaikan house chores, cuti seminggu ini menyebabkan Mama terleka dan merasakan I got all the time in the world!
Yang ni sebahagian daripada 'kubu perang' Mama. Sebelah tu askar yang tengah menembak zombie... 😆 |
Time to get back on track Mama... 💪💪💪
Iron kita sama la...Ciptaan manusia yang aku rasa amat berguna kepada para isteri dan ibu di dunia yang fana ini!
BalasPadamHahahaaaa... 100% setuju!! Ciptaan paling aku suka. takyah penat2 nak sembur air bila iron baju batik. Tapi aku rasa ko punya mesti yg version ada lock kan? Aku punya takde lock sbb aku beli awal2 dia viral dulu..
PadamYang adik aku baru beli ada safety lock, so iron tak menggelungsur kalau anak2 tertarik wayar dia tuh..
Atif kena iron ni, jatuh melekap atas telapak tangan dia. Parut kekal yg menggerutu kat tapak tangan dia sebab isi dah masak.
Iye...yg aku punya ada lock..aku beli bulan 5 tahun lepas.
PadamAdui la...kesian Atif...sakit tu!
Padamkena buat to do list.. tapi masaelohnya, tulis tulis to do list berjela pun, ado jugok hok tak terbuat.. hoho
BalasPadamYo lo jugok hok Angah royak haritu...semenjak baju kering instant ni, berbakul2 kain baju yg dok terperuk je dlm bakul, tok lipat, tok iron, tok hang... Makin maju teknologi, kito ni makin malas...huhuhuuuuuu
Padam