Assalamualaikum
❤😘
Kali ni Mama nak tulis resipi buat laksam kat sini supaya Mama tak lupa lagi. Mama ni walaupun anak Kelantan jati, tapi setiap kali buat laksam sendiri mesti ada yang tak kena. Sebab tu lah Mama selalu order je laksam dengan orang yang lebih terer, Mama buat kuah je sendiri.
Alkisahnya pada hari Khamis lepas, Mama diminta oleh kawan² pejabat supaya buat laksam untuk jualan di booth jualan pejabat Mama... (actually setiap Khamis, dua kali sebulan ofis Mama buka booth jualan makanan). Mama memang tak terus say ok sebab Mama memang fail bab buat laksam ni. Tapi takkanlah nak tempah dengan orang lain untuk kita buat jualan kan? Tak untung la kan... So, Mama bertekad akan berusaha buat sendiri laksam sampai jadi. Chaiyyok chaiyyok 💪💪
Seperti kebiasaannya, Mama telefon Nek Mi untuk tanya resipi apa² je lah masakan tradisional ni. Nek Mi pun seperti biasa akan bagi resipi dia yang takde sukatan....
"Alaaaaa.... Along cuba je bancuh tepung beras dengan campur sikit tepung gandum. Bancuh dengan air suam. Masukkan garam sikit. Agak2 cair dan bancuhan tadi tak lekat sangat di senduk tu, bolehla cuba kukus. Kalau keras, tambah air lagi. Kalau laksam tu masak, licin dan berkilat tu, jadilah tu...." Alahai Ummiku sayang...... Along buat memang tak pernah jadilah.....
So, lepas tu Mama cuba tanya Mr. Google pula. Terjumpa satu resipi kat blog linapg.blogspot.my. Mama pun cubalah buat laksam berpandukan resipi tu.... menjadi la wehhhhhhh... 👏👏👏 Terima kasih Puan Malina Lina Pg. Kena tulis resipi kat sini supaya tak hilang ingatan.
RESIPI LAKSAM HOMEMADE MENJADI DENGAN JAYANYA
3 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung gandum (Mama oter sikit drpd resipi asal untuk keraskan sikit sebab Baba tak suka laksam lembik)
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Minyak masak untuk lenser tudung periuk
Cara-caranya Mama dah tahu. Panaskan air dalam periuk kukusan. Lenser tudung periuk dengan minyak kemudian tuang bancuhan tepung beras tadi ke atas tudung periuk nipis tu. Setiap kali tu kena kacau sebab tepung tu mendap ke dasar bekas.
Kukuslah laksam tu sampai naik gelembung baru angkat. Setiap kali sebelum letak bancuhan tu atas tudung periuk, kena lenser dengan minyak dulu. Ulangi langkah mengukus tu sampai bancuhan tepung beras tadi habis.
Disebabkan tudung periuk Mama semua kiut miut, saiz paling besar pun 18 cm je, jadi laksam yang Mama buat kementot je... Gulungannya pun kiut miut je... Takpelah, asalkan jadi. Lepas tu, disebabkan kuah yang Mama buat untuk jualan ada lebihan lagi, Mama buat lagi laksam untuk makan sekeluarga pula. Mama dah berjaya buat laksam sendiri tanpa sebarang rungutan dan pembaziran (biasanya ada je seperiuk bancuhan tepung beras yang dibuang ke sinki). Tahniah Mama!!! 💃💃💃
Resipi kuah lemak laksam/laksa Kelantan pula tak perlu lah Mama tulis kat sini sebab bab buat kuah Mama dah master...chewwwwaahhhhh agah napok terrrr...
~Entry ni tiada gambar kerana Mama kena fokus buat laksam~ 😋😅
10012025 ~ PB Last ke First?
-
Hari ni Abang Angah PB... Yang terakhir utk Sesi 2024/25. Dan PB pertama di
tahun 2025 :) Nak kata *last* boleh, *first* pun boleh dak?
Abang bawa balik *...
10 jam yang lalu
Alhamdulillah..menjadi dengan jayanya laksam tu.
BalasPadamTerima kasih sudi cuba laksam dr blog TMK
Salam kenal
LiNa Pg
Ehhh... Puan LiNa Pg melawat blog Mama lah...segannya Mama.
PadamTerima kasih banyak2 for all the recipes in your blog. Selalu kita melawat linapg.blogspot.my tu...