Khamis, 3 Mac 2011

Kepada-Nya kita kembali...

Terkedu apabila mendapat sms dari seorang rakan pejabat yang mengkhabarkan... 'Wan Ahmad sudah meninggal pagi tadi kerana kemalangan...' Oleh kerana amat terkejut hinggakan Mama blur dan mengulang-ulang nama itu dalam kotak minda... Wan Ahmad, Wan Ahmad, Wan Ahmad Fadzil!!!
Innalillahi wainna ilaihi raji'un...
Mama panggil dia Wan Ahmad. Sama-sama satu batch PTD sesi 2/2005. Dia seorang yang sangat lucu, peramah dan keanak-anakan. Mama suka mengusik dia dan dia akan merajuk macam budak kecik, tapi sebenarnya dia main-main je...Wan Ahmad yang Mama kenal adalah seorang yang tetap pendirian. Bernaung di bawah kementerian yang sama iaitu KHEDN (dulu KDN), Mama sering bertemu arwah di seminar-seminar yang dianjurkan dan juga mesyuarat-mesyuarat Kementerian. Berbual dengannya, Mama sering mendengar keluhan arwah yang sungguh tidak betah dengan karenah birokrasi dan kerja-kerja gomen yang sungguh membosankan. Walaupun perlu bersikap profesional kerana itu kerjaya yang memberikan rezeki selama ini, jauh di sudut hati, arwah amat mengharapkan perubahan. Dia pernah berkata, " Mungkin satu hari nanti ye Kak Ina..."
Sehinggalah Mama ditukarkan ke Jabatan Pelajaran, dan arwah masih di Jabatan Imigresyen. Terdengar pula berita yang dia menjadi atase di Kedutaan Malaysia di Islamabad. Walaupun jarak memisahkan, dengan adanya teknologi canggih, Facebook menjadi penghubung persahabatan. Mama sering membaca perkembangan hidupnya di bumi Pakistan bersama isteri dan anak beliau, walaupun tak seaktif kawan-kawan lain mengomen itu dan ini di laman facebooknya.
Tanggal 2 Februari 2011, Wan Ahmad telah kembali ke Rahmatullah kerana kemalangan dengan seekor kuda sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah ibubapanya di Setiu. Ya-Allah..10 minit lagi nak sampai rumah dia...Kalau dia tak terlibat dalam kemalangan tu, mereka sekeluarga pasti bahagia menyambut kepulangannya dan baby girl yang baru mencecah 3 bulan umurnya. Isteri dan dua anaknya berada di tempat duduk belakang semasa kemalangan berlaku. Alhamdulillah, mereka selamat dan tidak tercedera. Kalau isteri dan baby baru lahir tu duduk kat seat depan... Kalau kuda tu tak terlepas dari tambatan... Kalau...
Selepas kejadian ni barulah Mama tau Wan Ahmad penulis blog, Nafastari. Membaca penulisan beliau selepas ketiadaannya, membuatkan Mama menitiskan airmata. Cerita tentang  kedua-dua cahaya matanya dan pesanan kepada mereka amat menusuk hati. Mungkin jika Mama baca penulisan Wan Ahmad ketika beliau masih ada, Mama akan teruja dan tumpang bahagia. Tapi dalam situasi ini...keadaan menjadi sebaliknya. Kisah-kisah bahagia yang beliau coretkan, Mama baca dengan titisan airmata.  Kalau Mama tau, dari dulu lagi Mama ikuti perkembangan Wan Ahmad melalui penulisannya dan tag blognya sebagai salah satu blog yang selalu dijenguk... Kalau lagi...
Semoga roh mu bersemadi aman dan ditempatkan dengan orang-orang yang soleh dan dirahmati Allah. Amiiiiin.
Selamat tinggal Wan Ahmad. Kita akan berjumpa lagi, Insya-Allah...

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP