Sabtu, 27 Mei 2017

Salam Ramadhan 1438H

Diari Mama dearest,

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Tahun 1438H!

Bersyukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini. 

Tqvm pencipta imej!

Dah berapa tahun berturut-turut, keluarga kita terlepas waktu sahur pada hari pertama puasa. Namun tahun ini Alhamdulillah.... berjaya bersahur pada hari pertama berpuasa  😁. Kebetulan sahur kali ni Cecenor ada... dia yang tolong kejutkan Mama yang nyaris-nyaris terlepas waktu sahur juga kalau tak dikejutkan. 

Baba bagitau dia dah terjaga juga, sejak jam 4 pagi lagi... tapi kalau tak kejutkan Mama, takde gunanya! 😬

Pagi tadi sahur dengan ayam masak lemak kuning, telur masin, sayur goreng campur dan sambal bilis. Pagi esok nak sahur dengan apa pulak ye? Baru dua hari puasa dah pening memikirkan menu apa nak masak untuk sahur....hmmmmmmmmmmmm 😵

Jumaat, 26 Mei 2017

Diari Mama bersalin kulit untuk kesekian kalinya... 😄

Assalamualaikum Dear Diary,

Untuk kesekian kalinya, wajah Diari Mama berubah lagi. Layoutnya masih sama, 2-column template, cuma Mama ubah background content-wrapper dan header-wrapper. Font-type pun Mama tukar juga.

SEBELUM
Header wrapper : 'vintage16.jpg' credit to Lyssa Faizureen
Background-content-wrapper : 'divagirl-v3/stripespink.jpg' credit to photobucket.com
Date dan Header Font-type : Chewy
Post-header-divider : 'ShabbyBlogsDividerG.jpg' credit to shabbyblogs.com
Post Font-type : Unkempt
Lower-bar wrapper : 'vintage9.jpg' credit to Lyssa Faizureen
Sidebar Font-type : Trebuchet



SEKARANG

Header wrapper : 'headerbg.jpg' credit to www.ipietoon.com (Secret Diary Template)
Background-content-wrapper : 'paperbg.jpg' credit to www.ipietoon.com (Vintage Diary Template)
Date dan Header Font-type : Neucha
Post-header-divider : 'ShabbyBlogsDividerG.jpg' credit to shabbyblogs.com
Post Font-type : Neucha
Lower-bar wrapper : 'cuteflower' credit to www.ipietoon.com ( New Baby Cute template)
Sidebar Font-type : Halogen


So, kita tengok sampai bila penampilan Diari Mama yang baru ni akan bertahan. Mama suka ber'eksperimen' dengan HTML ni sebenarnya. Tapi kalau eksperimen tak menjadi dan blog jadi haru biru, Mama akan revert to default template. That's why, we should save the previous template before we do any amendments. It's a must. We could come back to the previous template should the changes are not what we expected it to be.

But, this time, there's a slight mistake that I can't figure it out. Linkwithin widget tu hilang tak keluar langsung. Linkwithin tu adalah senarai entry kita yang akan appear di bawah setiap entry yang kita baru buat. Tujuannya adalah untuk menarik minat pembaca untuk baca entry yang lain juga. Apa lah silapnya, Mama pun tak tahu. 😕

Hmmmmmmm, biarlah.... biarlah dulu....


Khamis, 25 Mei 2017

Being a fulltime housewife from my point of view... 🙋

Assalamualaikum Diariku Sayang, 😘

Pengalaman cuti seminggu menjaga Atif yang kena chicken pox memberikan Mama satu sudut pengalaman yang jarang-jarang Mama fikirkan... Masa Mama dapat cuti kuarantin tu, Mama mencongak semua kerja rumah yang Mama mampu siapkan sepanjang bercuti daripada bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa (ada term baru skrg ni, SAHM stay at home mom) selama seminggu. Mama pasti yang masa semestinya cukup untuk mengemas rumah, melipat baju, meng'iron baju', memasak, menghantar dan mengambil anak2 sekolah, di samping memperuntukkan masa untuk menjaga Atif. ~ which is sangat senang jaga Atif, asalkan dia dapat pegang handphone Mama ~

Namun, perancangan Mama meleset sama sekali. Masa yang dirasakan amat panjang dan cukup untuk membuat semua kerja tu seakan-akan berlalu begitu sahaja. Baru je bangun pagi siapkan Nuha ke tadika, tiba masa untuk hantar Ajmal ke sekolah agama pula. Baru je balik dari hantar Ajmal ke sekolah agama, tiba masa untuk ambil Nuha di tadika pula dan sekali harung ambil Ajmal di sekolah agama. Baru je sampai rumah, kena siapkan Ajmal dan hantar ke sekolah kebangsaan pula. Kalau di waktu senggang antara hantar Ajmal ke sekolah agama dan waktu nak pergi ambil diorang semula balik dari sekolah Mama tak masak, memang tak sempatlah Ajmal nak makan sebelum ke sekolah kebangsaan dan nak bawa bekal bagai...

Alohlaaaaa... memey penat jadi surirumah ni, mencabar minda dan fizikal sungguh... Tabik toing-toing lah kepada semua surirumah sepenuh masa yang dapat mengatur masa dengan sistematik. Mama rasa selama seminggu jadi surirumah sepenuh masa ni, Mama tak dapat fokus dan tak dapat menyelesaikan kerja rumah dengan sistematik dan berkesan. Mama jadi suka bertangguh kerana merasakan Mama ada banyak masa sebab seharian Mama ada di rumah untuk buat semua kerja tu. Kesudahannya, semua kerja tak jalan. Mengemas rumah langsung tidak, baju dua tiga bakul tak terlipat dan ter'hanger'... Akhirnya Mama pasrah dan sedang tunggu 'semangat' datang untuk selesaikan semua house chores tu. 😖

Situasi amat berbeza kalau di siang hari Mama bekerja di pejabat dan waktu malam atau hujung minggu Mama kena selesaikan house chores. Mama akan fokus kepada menyelesaikan task tu kerana Mama tahu kalau Mama tak fokus dan tak selesaikan kerja tu, tak akan ada masa lain lagi untuk Mama selesaikannya. Contohnya, kalau Mama fokus untuk basuh baju, sampai je rumah Mama akan terus basuh baju, keringkan baju, lipat baju dan iron baju. Semua selesai sekaligus kerana kalau Mama bertangguh, Mama akan tension dan stress melihat baju berbakul-bakul boleh buat kubu perang! 😨😱😵

So, Mama rasa disebabkan Mama dah terbiasa mempunyai masa yang singkat untuk selesaikan house chores, cuti seminggu ini menyebabkan Mama terleka dan merasakan I got all the time in the world!


Yang ni sebahagian daripada 'kubu perang' Mama. Sebelah tu askar yang tengah menembak zombie... 😆

Time to get back on track Mama... 💪💪💪

Selasa, 23 Mei 2017

Terlebih rajin...

Assalamualaikum, Dear Diary...❤

Terlebih rajin pulak Mama menulis dua tiga hari ni. Almaklumlah, sedang Cuti Kuarantin jaga Atif kena chicken pox.

Tapi walaupun cuti, Mama tetap bekerja... bekerja dari rumah. Sekarang ni zaman teknologi, semua kerja pejabat boleh diselesaikan walaupun sedang bercuti di rumah. Asalkan ada PC dan line internet, semua beresssss. 😎

One more thing, walaupun handphone Mama seringkali di'kidnap' oleh Atif, tapi Mama masih boleh ber'whatsapp' tanpa gagal dengan menggunakan Whatsapp Web. See..... senang betul kerja dengan adanya teknologi ni. Tapi kemajuan teknologi ni kalau disalahgunakan, parah jadinya. Ada harga yang perlu dibayar untuk setiap kemajuan dan pembangunan. 😞

Back to cerita bekerja dari rumah...

Pengarah Maritim Daerah whatsapp tanya Nota Serah Tugas Ketua Pengarah kita dah hantar ke?
Mama terlupa dah sebenarnya task tu, tapi sepantas kilat Mama whatsapp semua Timbalan Pengarah lain untuk bagi maklumat Seksyen masing-masing. One hour later, Nota Serah Tugas telah selamat diemelkan ke Wilayah Maritim Selatan (WILSEL). Selesai!

Timbalan Pengarah (Pengurusan) WILSEL whatsapp minta bantuan boleh ke sediakan driver bawa peserta kawad ke Pusat Latihan Amsas?
Terus Mama whatsapp Asyraf... (staff yang sangat senang minta tolong, semoga segala urusan beliau dipermudahkan Allah sebab dia selalu permudahkan kerja orang lain). Selesai!

Staf Admin whatsapp tanya boleh ke Seksyen Operasi minta sediakan sajian untuk Mesyuarat Operasi?
Well, Mama terus whatsapp urusetia mesyuarat sendiri bagitau suruh dia baca Arahan Ketua Pengarah APMM berkaitan kawalan dalaman penjimatan "sajian tidak dibenarkan untuk mesyuarat, hanya sediakan air mineral dan biskut sahaja." Walaupun ada nada tak puas hati dari urusetia... Selesai!

Untuk mesyuarat yang Mama jadi urusetia, selalu Mama yang sponsor sajian, nasi lemak ke, kuih-muih ke... Penjimatan duit pengurusan, tapi ketirisan duit Timbalan Pengarah Pengurusan...huhuhuuuu 😭

Malam tadi sempat mengajar Nuha membaca buku English. Merangkak-rangkak Nuha menyebut perkataan English.

"How many languages do you sepak" (How many languages do you speak?)

Mama gelak sampai keluar air mata. 😄😄😝😝😂😂😂


Ahad, 21 Mei 2017

LAKSAM KELANTAN 😍

Assalamualaikum ❤😘

Kali ni Mama nak tulis resipi buat laksam kat sini supaya Mama tak lupa lagi. Mama ni walaupun anak Kelantan jati, tapi setiap kali buat laksam sendiri mesti ada yang tak kena. Sebab tu lah Mama selalu order je laksam dengan orang yang lebih terer, Mama buat kuah je sendiri.

Alkisahnya pada hari Khamis lepas, Mama diminta oleh kawan² pejabat supaya buat laksam untuk jualan di booth jualan pejabat Mama... (actually setiap Khamis, dua kali sebulan ofis Mama buka booth jualan makanan). Mama memang tak terus say ok sebab Mama memang fail bab buat laksam ni. Tapi takkanlah nak tempah dengan orang lain untuk kita buat jualan kan? Tak untung la kan... So, Mama bertekad akan berusaha buat sendiri laksam sampai jadi. Chaiyyok chaiyyok 💪💪

Seperti kebiasaannya, Mama telefon Nek Mi untuk tanya resipi apa² je lah masakan tradisional ni. Nek Mi pun seperti biasa akan bagi resipi dia yang takde sukatan....

"Alaaaaa.... Along cuba je bancuh tepung beras dengan campur sikit tepung gandum. Bancuh dengan air suam. Masukkan garam sikit. Agak2 cair dan bancuhan tadi tak lekat sangat di senduk tu, bolehla cuba kukus. Kalau keras, tambah air lagi. Kalau laksam tu masak, licin dan berkilat tu, jadilah tu...." Alahai Ummiku sayang...... Along buat memang tak pernah jadilah.....

So, lepas tu Mama cuba tanya Mr. Google pula. Terjumpa satu resipi kat blog linapg.blogspot.my. Mama pun cubalah buat laksam berpandukan resipi tu.... menjadi la wehhhhhhh... 👏👏👏  Terima kasih Puan Malina Lina Pg. Kena tulis resipi kat sini supaya tak hilang ingatan.


RESIPI LAKSAM HOMEMADE MENJADI DENGAN JAYANYA

3 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung gandum (Mama oter sikit drpd resipi asal untuk keraskan sikit sebab Baba tak suka laksam lembik)
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Minyak masak untuk lenser tudung periuk


Cara-caranya Mama dah tahu. Panaskan air dalam periuk kukusan. Lenser tudung periuk dengan minyak kemudian tuang bancuhan tepung beras tadi ke atas tudung periuk nipis tu. Setiap kali tu kena kacau sebab tepung tu mendap ke dasar bekas.

Kukuslah laksam tu sampai naik gelembung baru angkat. Setiap kali sebelum letak bancuhan tu atas tudung periuk, kena lenser dengan minyak dulu. Ulangi langkah mengukus tu sampai bancuhan tepung beras tadi habis.

Disebabkan tudung periuk Mama semua kiut miut, saiz paling besar pun 18 cm je, jadi laksam yang Mama buat kementot je... Gulungannya pun kiut miut je... Takpelah, asalkan jadi. Lepas tu, disebabkan kuah yang Mama buat untuk jualan ada lebihan lagi, Mama buat lagi laksam untuk makan sekeluarga pula. Mama dah berjaya buat laksam sendiri tanpa sebarang rungutan dan pembaziran (biasanya ada je seperiuk bancuhan tepung beras yang dibuang ke sinki). Tahniah Mama!!! 💃💃💃

Resipi kuah lemak laksam/laksa Kelantan pula tak perlu lah Mama tulis kat sini sebab bab buat kuah Mama dah master...chewwwwaahhhhh agah napok terrrr...

~Entry ni tiada gambar kerana Mama kena fokus buat laksam~ 😋😅

Sabtu, 20 Mei 2017

Anak-anak dan 'chicken pox'



Mama ingat lagi Nek Mi (Ummi Mama) bagitau, kita semua ni sekali seumur hidup mesti kena penyakit campak, versi Kelantan bertih, versi omputeh measles a.k.a 'chicken pox' (bukan chicken chop ye.. 😜).

Rupa-rupanya campak dengan chicken pox tu bukan benda sama...  Campak tu measles, biji-biji gatal yang takde air. Chicken pox tu biji ada air, oghe Kelatey panggey bertih. ~Edited on 31/5/2017~

2  minggu lepas Nuha kena chicken pox seluruh badan. Mama tak tahu sehingga dia bagitau ada biji-biji keluar kat bahu dan kaki dia. Mama ingatkan biji gatal macam biasa, Mama siap tolong garukan lagi. Sehinggalah Mama terpandang biji-biji merah yang dah banyak tumbuh kat atas belakang dia, barulah Mama sedar Nuha kena chicken pox!!

So, Nuha sebelum ni kena campak sebab biji yang keluar seluruh badan dia merah dan gatal tapi takde air. ~Edited on 31/5/2017~

Alahai Nuha... seingat Mama, Nuha pernah kena chicken pox masa dia baby lebih kurang 11 bulan gitu, tapi sikit je dia kena masa tu. Mama dah lega ingatkan bila dah kena masa baby, tak akan kena lagi. Rupa-rupanya jangkaan Mama meleset. Nuha kena juga lagi... penyakit di akhir zaman ni semua berevolusi. Zaman dulu-dulu, kalau dah kena sekali dijamin tak kena lagi. Zaman sekarang ni, jangan lega dulu sebab kemungkinan besar akan kena lagi... huhuhuhuuuu...

Hari ni, Atif pula dijangkiti... biji-biji berair mula appear kat seluruh badan dia. Patutlah dua tiga hari sebelum ni, badan dia dedar je... Mama nak bawa Atif ke hospital untuk dapat surat perakuan oleh Pegawai Perubatan yang mengesahkan anak dijangkiti penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin yang melayakkan Mama dapat kemudahan Cuti Kuarantin bagi penjawat awam berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016. Masa Nuha kena minggu lepas, Mama tak tahu. Bila sorang PPT Mama bagitau, baru Mama aware.

Ajmal pun dah pernah kena masa dia umur lebih kurang setahun lebih. Masa tu memang seluruh badan kena dan banyak. Seminggu jugak dia ber'pampers' saja dan berbedak sejuk... Mama harap Ajmal dah tak akan dijangkiti lagi, Insyaa Allah.

Apa-apa pun, harapan Mama, penyakit yang singgah dalam kehidupan anak-anak Mama sementara sahaja dan anak-anak akan kembali sihat walafiat seperti sedia kala, Aamiiiin.

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP