Sabtu, 20 Jun 2015

Seri Muka Senget Benget


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H!

Seperti biasa, di bulan Ramadhan, laman² sosial tidak sepi daripada post-post berkenaan makanan dan resipi² yang dikongsi untuk sesiapa yang rajin nak mencuba... pagi tadi Mama share beberapa resipi daripada Tun Telani's Album : Kuih-Muih di Bulan Puasa. Banyak resipi kuih-muih tradisionalnya. Kalau rajin boleh la cuba...biasanya cuba di cuti hujung minggu sajalah. Hari kerja kalu, mana sempat nak masak. Sampai ke rumah pun dah 6.30 petang. Dahle tahun ni JPA keluar surat pekeliling, waktu kerja adalah seperti biasa di bulan Ramadhan ni. Elok je Laksamana Wilayah Maritim Selatan keluarkan surat edaran boleh balik setengah jam awal sempena Ramadhan ni, terpaksa dibatalkan bila surat JPA keluar. Kejam sungguhla sape yang buat keputusan ni...

Jadi, sempena hari ni hari Sabtu, hari cuti, jadi sempatlah Mama cuba satu resipi. Mama cuba buat kuih Seri Muka memandangkan semua bahan² ada di dapur. Tapi, ada satu benda yang takde...gas memasak! Jadi, instead of kukus, Mama high pressure (HP) dalam periuk tekanan NOXXA. Kejadiannya tidak mengecewakan. Walaupun bahagian bawah pulut tu sedikit garing dan nampak macam seolah² dibakar, tapi nampaklah juga rupa bentuk kuih seri muka tu. Mama hiris bahagian bawah pulut yang sedikit garing tu...menjadikan kuih seri muka yang senget kedudukannya semasa dihidangkan kerana bahagian bawahnya yang tak sekata... :p
Resipinya... 

Seri Muka Senget Benget.. ;)

Isnin, 15 Jun 2015

Happy 6th Birthday Ajmal Mirza.... double celebration!


Di usia 6 tahun, Ajmal sambut dua kali birthday tahun ni. :)

Mula-mula Mama dah planning nak celebrate birthday Ajmal sama macam tahun lepas. Sediakan sebiji kek besar dan goodies bag untuk semua anak² Iqra' yang seramai lebih kurang 200 orang tu...

Namun, bila Mama WA Ummi Azah, nak bincang tentang sambutan birthday Ajmal tu, Umi Azah cadangkan Mama join birthday celebration dengan another 4 birthday boys yang Mama² dan ibu² diorang dah planning nak buat on 11 jun. Mama pun rasa quite easy utk join party tu sebab tak banyaklah keje menyediakan goodies bag nanti sebab kumpul duit je, seorang je yang akan prepare semua tu. Dah ada seorang gorgeous Mom yang sanggup buat semua preparation sebab dia tak bekerja. Ini amat menyenangkan Mama yang bekerja ni... Mama amat setuju untuk join party ni.. ;)

Disebabkan Mama dah tempah kek dengan M.A.C. (Mad About Cake), Mama cepat2 call untuk rescheduled pengambilan kek tu instead of nak pick up on 3rd Jun 8 malam to 11th Jun 8 malam. But, it's too late...M.A.C. dah buat kek, so Mama kena ambil juga kek yang dah ditempah dan Mama tempah another cake untuk malam 11hb nanti... RM400 untuk 2 biji kek tahun ni...huhuhuuuuu

So, on 3 Jun 2015, Ajmal potong juga kek birthday dia yang besar gabak tu...jemput orang² yang rapat dengan keluarga kami je. Mama Shah, Umi Ceq Na, Ayah Din dan Ibu Ita datang. Agendanya potong kek dan makan KFC je...




Masa celebrate birthday kat rumah, bersama Baba, Mama, Kakak Nuha, Adik Atif, Mama Shah, Abg Kimi, Abg Yayat, Kakak Dania dan Amanda. :-*




Ini pula masa majlis sambutan Harijadi dekat Pusat Pengajian Iqra'

Masa ni Mama demam...yang membawa kepada sejarah demam Mama yang ultimate dalam sejarah. Dijangkiti HFMD..uhuhuuuuuuk


Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP