Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Hari ni hari raya ke-12... kalau di Kelantan, habis dah tempoh perayaannya... tapi di JB, raya sebulan. Berderet-deret jemputan rumah terbuka. Malam semalam pun cover dua buah rumah, kami gi beraya, siap pakai sedondon lagi... berlumba-lumba orang buat rumah terbuka, rumah kita bila agaknya ye...huhuhuuuu
Gambar-gambar family di hari raya pertama memang ada, tapi.... bila dah namanya ada anak kecik, jangan haraplah nak dapat gamba yang cantik dan semenggah. Kebanyakan gambar memang tak memuaskan hati sungguh. Ajmal dengan perangai moncongnya yang selalu sabotaj mood gambar. Nuha boleh dikira co-operative juga bab ambil gambar ni. Atif pula masih belum faham apa-apa, menggeliat, menguap, ikut suka hati dia je nak buat apa.
Jadi, inilah antara gambar-gambar yang cantik, gambar yang tak berapa nak cantik, gambar candid, gambar kelakar... yang Mama nak abadikan di sini.
 |
Proses mengumpulkan semua ahli keluarga...ada yang tengah bagi susu anaklah...ada yang tengah tidurkan anaklah, akhirnya ibu yang tertidur. |
 |
Semua mata tertumpu kepada Nuha yang buat perangai kecuali Cecenor yang tengah control senyum, Che Wan yang sedang berkelip dan Ayah Cu yang memang maintain dengan gaya sama setiap kali ambik gambar. :p Ceq Anim not in the pics, tidurkan Hana. Akhirnya dia tidur sama. |
 |
Alaaaaaa.... Daddy tutup mata pulak... |
 |
Posing gaya skema |
 |
Gaya bebas... abaikan budak lelaki dua orang yang duduk paling depan tu... diorang memang legend merosakkan mood gambar. |
 |
Gaya bebas lagi...... 😛 |
|
 |
Keluarga kita.... Mama & Baba gaya skema, Ajmal gaya nak nangis, Nuha gaya drama queen, Atif gaya tersendiri...hehehe 😁 |
 |
Keluarga Daddy & Mommy.... seriyes cantik dan sporting...jeles Mama |
 |
GBK... Geng Belum Kahwin..... 😉 |
Dah habis gambar hari raya pertama....
Mama akan sambung cerita hari raya kedua kerana ada banyak lagi gambar masa majlis perjumpaan Keluarga Haji Abdul Rahman... 😄
Tiada ulasan:
Catat Ulasan