Memaparkan catatan dengan label School Holidays. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label School Holidays. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Januari 2018

CUTI-CUTI SEKOLAH TAHUN 2017

Hahahaaaaaaaaaadeiiiiiiiiii....

Tengok tajuk tu pun dah tahu cerita ni ketinggalan zaman!! 😏😏
Tapi takpolah...Mama nak tulis juga dan tepek semua gambar yang kita bercuti tahun lepas.

Tahun lepas keluarga kita mula bercuti sekolah awal sikit sebab Mama kena aturkan cuti Mama biar berkebetulan dengan majlis perkahwinan Along anak Che Ngah (kakak Baba nombor 4) kat Bandar Baru Ehsan Selangor pada 17/12/2017. Mama kena ejas cuti berjurus benar sebab cuti pun dah takde bila dah tiba hujung tahun ni...

So, lepas majlis tu, kami semua stay one day kat rumah Mommy & Daddy sebab Ajmal rindu sangat kat sahabat baik dia, Abg Amjad. Keesokan harinya, 19/12/2017 kami bergerak balik ke Selatan dan singgah di Melaka.... Melaka lagiiiiiii... (itu je lah tempat percutian yang di dalam bajet Mama tahun ni....huuuuuuu). Tapi takpe...anak-anak dah bagitau kat mana pun boleh asalkan ada waterpark. Sinonim sungguh budak-budak ni dengan air ye...

Kali ni kami cuti-cuti sekolah sama ngan Cik Sue... Cik Sue masa tu sedang cuti praktikal, so dapat join cuti bersama. Nasib baik juga ada Cik Sue temankan kita sebab Baba terpaksa balik awal, ada komitmen dengan customer dia... (itu kisah yang sama berlaku hampir setiap tahun terutama sekali setiap musim perayaan). 😏😏

Sampai Melaka pukul 12.00 tengahari, kami check in dulu...kali ni kita stay kat Hotel Seri Malaysia je... Tapi masa kami sampai tu, bilik belum sedia, pihak hotel bagitau pukul 2 petang baru bilik sedia sebab sekarang ni musim cuti sekolah, full house... Ok, takpe... jom kita pegi Melaka Wonderland dulu.... Kita mandi manda dulu!!!













Semua gambar candid di atas diambil dengan GoPro Hero 5.

Selesai mandi manda sampai kecut...jom kita balik hotel. Masa tu dah lebih kurang pukul 4.30 petang. Bilik sepatutnya dah ada lah kan sebab pihak hotel janji tadi pukul 2.00 petang.

Sampai hotel, bilik dah sedia. Solat jama' Zuhur dan Asar, Baba off to zzzzz land sekejap sebab malam tu dia dah kena naik bas balik JB sorang-sorang...

Malam tu selepas hantar Baba naik bas, on the way balik hotel, kami singgah makan kat Restoran Klasik Terapung Ayer Keroh.


Mama pernah makan kat restoran ni sebelum ni... Masa tu bos Mama Puan Irmawati yang bawa. Menu restoran ni masakan panas macam menu-menu kat kedai makan tomyam biasa tu... rasa makanannya pun biasa-biasa saja, tapi tempat dia tu memang nampak eksklusif kalau nak dibandingkan dengan restoran makanan panas yang biasa-biasa tu. Kami pilih tempat makan yang duduk bersila. Kat belakang tu boleh jenguk ke bawah dan nampak tasik buatan yang ada beberapa ekor binatang bergerak-gerak kat bawah tu. Mama rasa seram sejuk je, sebab ingatkan binatang tu biawak besar... rupa-rupanya kura-kura... 😌


Perut pun dah kenyang, jom kita balik hotel. Masa kat kaunter pembayaran tu, ada pulak diorang letak mainan-mainan. Adoiiiiiii, lari bajet percutian kalau macam gini.....πŸ˜”

Bila sampai bilik, kami terasa ada sesuatu yang tak kena....jeng jeng jeng.... bilik tu panas. Aircond dah buka tapi bunyi angin je lebih. Tapi sebab penat, letak je kepala, terus kroh kroh kroh...πŸ˜ͺ

Mama terjaga pukul 2.30 pagi, berpeluh-peluh...aircond tak sejuk juga. Sah aircond rosak. Mama call receptionist, buat aduan. Tak lama lepas tu, datang sorang technician bawa kipas. Dia suruh guna kipas dulu sementara dia betulkan aircond tu... Alhamdulillah, buka je kipas barulah rasa nyaman. Masa tu Cik Sue pun dah terjaga juga sebab panas sangat. Lepas tu kami berdua tak tidur menunggu mamat tu siapkan kerja dulu. Rupanya aircond habis gas. Lepas dia masukkan gas, barulah terasa kenyamanan penyaman udara di bilik kami tu... Oklah, terima kasih ye...ambiklah semula kipas ni, babai. Kami nak sambung tido... 

Esok pagi selepas breakfast, kami terus check out dan menuju ke Taman Mini Malaysia & Asean Ayer Keroh. Mama bawa anak-anak ke sini sebab kebetulan Mama dapat voucher diskaun buy 1 free 1 untuk semua tiket nak masuk sini  πŸ˜†. Kebetulan juga, Taman Mini Malaysia dan Asean ni baru dibuka semula setelah sekian lama ditutup untuk dinaik taraf. Tapi bila kami masuk hari tu, tak nampak pun apa yang dinaik tarafkan...😞

Walaupun anak-anak nampak boring sebab takde apa kat situ kecuali rumah-rumah lama...jom kita tour semua rumah-rumah tradisi ni...




Daripada enam anak panah yang Mama kena bayar RM4 , Ajmal berjaya membidik tepat ke sasaran hanya satu je...Nasib baik kena 1 tu, kalau tak, patah hati dia...πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜€



After that, we went to Submarine Museum at Jalan Klebang Besar, Melaka. The submarine named SMD QUESSANT AGOSTA 70 from France was originally purchased by the Royal Malaysia Navy (RMN). Kapal selam ini pernah menjadi tempat latihan krew pertama kapal selam negara kita.

Masa kami sampai, hujan renyai-renyai... Anak-anak pun dah penat. Suruh posing bergambar pun dah tak lalu...huhuhuuuuuu πŸ˜…πŸ˜”πŸ˜ͺ

Nuha tu muka toya kena paksa bangun tidur... 😁








Selepas makan kat cafe yang ada kat Muzium Kapal Selam tu, kami bergerak balik ke Johor Bahru. Maka, berakhirlah cuti-cuti sekolah tahun 2017.

Sekian.

Khamis, 26 Januari 2017

CUTI-CUTI SEKOLAH TAHUN 2016


Mama sedang scroll gambar-gambar di laman facebook yang memaparkan gambar-gambar percutian kawan-kawan Mama yang berkongsi cerita tentang kegembiraan mereka bercuti samada di dalam negara atau pun di luar negara. Nuha pun menempel di sebelah Mama dan turut melihat...

Nuha : Mama, siapa tu? Siapa budak² tu? Diorang pegi mana tu?

Mama : Kawan² Mama, budak² tu anak kawan Mama laa... Diorang pegi bercuti, pegi Australia, Korea, pegi pantai, pegi pulau..

Nuha : Seronoknya diorang tu... Kakak ni asyik pegi Maslee, Petron, Econsave jerrrrr....

Mama : (Gelak guling²) Kita pegi Melaka, kita pegi KL tu kakak tak ingat ke... Ohhhhh anak-anakku...

So, cuti sekolah tahun 2016, Baba dan Mama bawalah anak² bercuti ke Pulau Langkawi. Nak bawa bercuti ke oversea memang tak mampulah kan... Oklah, bolehlah, jauh sikit dari Maslee, Petron dan Econsave tu.


First time anak² naik feri. Atif memanjat tingkap feri, excited tengok lautan luas.

@ Waterpark Langkawi.

Waterpark jugak..

Waterpark lagiiii....

On the way ke Langkawi SkyCab, singgah Petronas pump station kat tepi laut yang ada banyak kapal layar. Kita wefie dulu. Nuha tu meragam sebab mengantuk.

We are in the cable car. Masa naik Mama steady je...time turun, nasib baik tak berlaku tragedi muntah...huhuhuuu

Wefie at the peak of Machincang Mountain.

Masa ni sedang tunggu giliran nak naik Sky Cab aka cable car. Beli tiket pukul 9.30, giliran naik cable car pukul 11.30. Memang lepas ni kalau datang Langkawi lagi, tak yah datang lagi sini. Kita pegi tempat lain pulak.

Sebenarnya dekat Panorama Langkawi Sky Cab ni bukan setakat boleh naik cable car, banyak lagi aktiviti lain. Mama dah lupa kitorang ambik pakej mana, tapi yang ada aktiviti naik cable car, 3D Museum, SkyRex, Skydome. Sampai pening nak muntah Mama menghabiskan aktiviti² tu. Kalau tak masuk, rugilah sebab dah bayar tiket.

Tapi, aktiviti yang tak payah bayar tiket (cuma habis juga duit beli carrot) juga yang anak² paling suka. Sampai dua kali masuk. Baba pun jadikan tempat tu pot dia rehat sementara menunggu Mama dan anak² masuk SkyRex. Baba temankan Atif sebab children below 3 years old takleh masuk SkyRex.


Inilah tempat yang menjuarai carta tempat yang paling disukai di Langkawi SkyCab. Lain kali kalau datang sini lagi, tak payah beli tiket, beli carrot je, suapkan arnab makan. Sukahati arnab² kat sini. Melantak je...gemoks² semuanya.

Tapi, kalau mengambil kira preference Ajmal tentang where is the best place among all, dia memang vote tempat ni. Salah satu aktiviti yang ada kat Waterpark Langkawi. Virtual game dia menembak jet² musuh. He non-stop expressing his excitement and asked Baba to go there again which is ignored by Baba. Ye lah....nak kena bayar beratus hengget lagi semata² nak main benda tu. Jangan haraplah kan...

Satu lagi aktiviti yang anak² suka sangat adalah mandi kat swimming pool yang ada di hotel tempat kami menginap. Kalau dah masuk pool, sampai kecut , menggigil² pun tak nak keluar lagi. Tak payah pergi tempat lain pun takpe.



Nak balik dah....


Selamat tinggal Pulau Langkawi. Next time kalau ada rezeki, kami datang lagi.

Sabtu, 18 April 2015

Cuti² to Melaka Bandaraya Bersejarah!

Cerita ni dah lama, tapi kesuntukan masa untuk abadikannya. Tapi for the sake of remembrance, Mama got to write it down somehow...

20-22 Mac 2015, kami ke Melaka. Percutian keluarga bersama Mommy and Daddy. Stay kat homestay dekat area Pantai Klebang, 5 minutes to Pusat Bandar Melaka. Anak² sangat seronok, especially Amjad & Ajmal. Diorang berdua ni, kalau dapat jumpa tak kiralah di mana pun, akan happy sentiasa.

Selalunya kalau ke Melaka, bawa anak² ke water park, kali ni tak pergi ke tempat² tu.... kali ni pergi Muzium, pergi Istana Lama Melaka, tengok rama-rama, tengok ikan, tengok binatang..huhuuuuu

Malam terakhir, pergi Umbai makan seafood. Fetch Cik Nor from her homestay then off we go to makan²... Rumah yang Cik Nor sewa kat Melaka bersama kawan² uni dia sangatlah cantik. Homestay di sepanjang sungai yang dijadikan salah satu daya tarikan river cruise di waktu malam. No wonder rumah tu dibiaya oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk diperindahkan... So, we are planning to stay at one of those homestays during our stay in Melaka next time.

But, something happened...something mysterious, like Misteri Nusantara gitew... but I don't wanna write or talk about it anymore. Let it be our secret and only us knew what happened that night.... along the Malacca's riverside.... huhuuuuu misteri sungguh bunyinya....

So, our plan to stay there when next visiting is out of question.

Mama tepekkan semua gambar di sini, so that it will always be here in case terdelete di handphone, tak sempat nak cuci. Gambar tak banyak mana pun, Mama tak dapat snap pic sebab dokong Atif sepanjang masa. Gambar yang mana ada ni hanya sempat snap bila Baba yang pegang Atif.

Enjoy the pics. :x

At Dataran Pahlawan.

Sepesen je rambut anak dara berdua ni.. :-*

Girl power....hihihiiii....
Yang belakang sedang berlari, pakai cap merah tu, tourist from Taiwan...hahahaa   :D
Amjad......... macam pelancong....hahaha  :D

Atif terlena...

Tak larat nak jalan dah.... Masa ni Atif lena, kami berehat bawah Istana Lama Melaka. Ada disediakan pangkin di bawah istana ni. Nice place...

Sesi cantas-mencantas... zassssss... :p

Perigi Hang Tuah

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP