Mama kan beli peti ais baru... Peti ais baru ni tak muat nak masuk kat ruangan slot kabinet peti ais lama...
![]() |
| Tersembul kat depan kabinet. Tak boleh masuk. Kalau nak buka laci kabinet, peti ais kena tolak ke tepi. Keraplah Mama menolaknya sebab boleh π... dia ada roda |
Mama pun mengadulah kat Baba, disebabkan peti ais kerap ditolak ke kiri ke kanan, Mama dengar bunyi macam cengkerik kat belakang peti ais, sebelum ni takde bunyi apa-apa. Peti ais ni inverter, so dia senyap je..2-3 hari selepas guna, Mama dengar ada bunyi krik-krik kat belakang peti ais tu... So, Mama risaulah asbab asyik ditolak ke sana sini, peti ais cepat rosak π
So, 10/4/2026, Baba buatkan kabinet baruuuuuu π. Baba ubah design kabinet supaya peti ais muat masuk kat tempat asal. Dulu ruangan storage dan laci sama besar ukurannya di sebelah slot peti ais. Sekarang, kena kecilkan ruang storage untuk muatkan peti ais tanpa perlu mengubah semua kabinet di ruangan dinding dapur.
Disebabkan sekarang IN warna kabinet dapur warna cream or beige, Mama pun requestla nak warna cream atau coklat cair gitu. Baba pun setuju sebab stok papan warna seperti yang Mama request, available kat bengkel.
Petang 11/4/2026, kabinet baru siap dipasang. Heh, cepatnyaaaa...Mama suka, Mama suka πππ
![]() |
| Body dah siap pasang, pintu belum ada π
|
![]() |
| Sebenarnya kabinet ini awal kejadiannya warna merah. Design asal macam ni π Kemudian tukar warna dark grey. |
Untung bersuamikan Baba yang pandai buat perabot ni kan... πππ Kali ini, cepat juga proses dan tindakan dia. π
Namun, kebiasaannya, memang lambatlah rumah sendiri nak siap. ππ¬ Mama ada bagi modal bulan 9 tahun lepas, untuk buat katil double decker bilik Ajmal dan Atif... dan wardrobe bilik depan, tapi sehingga kini senyap sunyi tanpa berita. Bila ditanya bila akan siap, Baba jawab...sabar, kerja tengah banyak...huuuuuu... ππ





Tiada ulasan:
Catat Ulasan