Sabtu, 27 Januari 2018

CUTI-CUTI SEKOLAH TAHUN 2017

Hahahaaaaaaaaaadeiiiiiiiiii....

Tengok tajuk tu pun dah tahu cerita ni ketinggalan zaman!! 😏😏
Tapi takpolah...Mama nak tulis juga dan tepek semua gambar yang kita bercuti tahun lepas.

Tahun lepas keluarga kita mula bercuti sekolah awal sikit sebab Mama kena aturkan cuti Mama biar berkebetulan dengan majlis perkahwinan Along anak Che Ngah (kakak Baba nombor 4) kat Bandar Baru Ehsan Selangor pada 17/12/2017. Mama kena ejas cuti berjurus benar sebab cuti pun dah takde bila dah tiba hujung tahun ni...

So, lepas majlis tu, kami semua stay one day kat rumah Mommy & Daddy sebab Ajmal rindu sangat kat sahabat baik dia, Abg Amjad. Keesokan harinya, 19/12/2017 kami bergerak balik ke Selatan dan singgah di Melaka.... Melaka lagiiiiiii... (itu je lah tempat percutian yang di dalam bajet Mama tahun ni....huuuuuuu). Tapi takpe...anak-anak dah bagitau kat mana pun boleh asalkan ada waterpark. Sinonim sungguh budak-budak ni dengan air ye...

Kali ni kami cuti-cuti sekolah sama ngan Cik Sue... Cik Sue masa tu sedang cuti praktikal, so dapat join cuti bersama. Nasib baik juga ada Cik Sue temankan kita sebab Baba terpaksa balik awal, ada komitmen dengan customer dia... (itu kisah yang sama berlaku hampir setiap tahun terutama sekali setiap musim perayaan). 😏😏

Sampai Melaka pukul 12.00 tengahari, kami check in dulu...kali ni kita stay kat Hotel Seri Malaysia je... Tapi masa kami sampai tu, bilik belum sedia, pihak hotel bagitau pukul 2 petang baru bilik sedia sebab sekarang ni musim cuti sekolah, full house... Ok, takpe... jom kita pegi Melaka Wonderland dulu.... Kita mandi manda dulu!!!













Semua gambar candid di atas diambil dengan GoPro Hero 5.

Selesai mandi manda sampai kecut...jom kita balik hotel. Masa tu dah lebih kurang pukul 4.30 petang. Bilik sepatutnya dah ada lah kan sebab pihak hotel janji tadi pukul 2.00 petang.

Sampai hotel, bilik dah sedia. Solat jama' Zuhur dan Asar, Baba off to zzzzz land sekejap sebab malam tu dia dah kena naik bas balik JB sorang-sorang...

Malam tu selepas hantar Baba naik bas, on the way balik hotel, kami singgah makan kat Restoran Klasik Terapung Ayer Keroh.


Mama pernah makan kat restoran ni sebelum ni... Masa tu bos Mama Puan Irmawati yang bawa. Menu restoran ni masakan panas macam menu-menu kat kedai makan tomyam biasa tu... rasa makanannya pun biasa-biasa saja, tapi tempat dia tu memang nampak eksklusif kalau nak dibandingkan dengan restoran makanan panas yang biasa-biasa tu. Kami pilih tempat makan yang duduk bersila. Kat belakang tu boleh jenguk ke bawah dan nampak tasik buatan yang ada beberapa ekor binatang bergerak-gerak kat bawah tu. Mama rasa seram sejuk je, sebab ingatkan binatang tu biawak besar... rupa-rupanya kura-kura... 😌


Perut pun dah kenyang, jom kita balik hotel. Masa kat kaunter pembayaran tu, ada pulak diorang letak mainan-mainan. Adoiiiiiii, lari bajet percutian kalau macam gini.....😔

Bila sampai bilik, kami terasa ada sesuatu yang tak kena....jeng jeng jeng.... bilik tu panas. Aircond dah buka tapi bunyi angin je lebih. Tapi sebab penat, letak je kepala, terus kroh kroh kroh...😪

Mama terjaga pukul 2.30 pagi, berpeluh-peluh...aircond tak sejuk juga. Sah aircond rosak. Mama call receptionist, buat aduan. Tak lama lepas tu, datang sorang technician bawa kipas. Dia suruh guna kipas dulu sementara dia betulkan aircond tu... Alhamdulillah, buka je kipas barulah rasa nyaman. Masa tu Cik Sue pun dah terjaga juga sebab panas sangat. Lepas tu kami berdua tak tidur menunggu mamat tu siapkan kerja dulu. Rupanya aircond habis gas. Lepas dia masukkan gas, barulah terasa kenyamanan penyaman udara di bilik kami tu... Oklah, terima kasih ye...ambiklah semula kipas ni, babai. Kami nak sambung tido... 

Esok pagi selepas breakfast, kami terus check out dan menuju ke Taman Mini Malaysia & Asean Ayer Keroh. Mama bawa anak-anak ke sini sebab kebetulan Mama dapat voucher diskaun buy 1 free 1 untuk semua tiket nak masuk sini  😆. Kebetulan juga, Taman Mini Malaysia dan Asean ni baru dibuka semula setelah sekian lama ditutup untuk dinaik taraf. Tapi bila kami masuk hari tu, tak nampak pun apa yang dinaik tarafkan...😞

Walaupun anak-anak nampak boring sebab takde apa kat situ kecuali rumah-rumah lama...jom kita tour semua rumah-rumah tradisi ni...




Daripada enam anak panah yang Mama kena bayar RM4 , Ajmal berjaya membidik tepat ke sasaran hanya satu je...Nasib baik kena 1 tu, kalau tak, patah hati dia...😅😆😆😤



After that, we went to Submarine Museum at Jalan Klebang Besar, Melaka. The submarine named SMD QUESSANT AGOSTA 70 from France was originally purchased by the Royal Malaysia Navy (RMN). Kapal selam ini pernah menjadi tempat latihan krew pertama kapal selam negara kita.

Masa kami sampai, hujan renyai-renyai... Anak-anak pun dah penat. Suruh posing bergambar pun dah tak lalu...huhuhuuuuuu 😅😔😪

Nuha tu muka toya kena paksa bangun tidur... 😁








Selepas makan kat cafe yang ada kat Muzium Kapal Selam tu, kami bergerak balik ke Johor Bahru. Maka, berakhirlah cuti-cuti sekolah tahun 2017.

Sekian.

Ahad, 21 Januari 2018

Cerita ceriti anak-anak di awal tahun 2018

Assalamualaikum laman putih yang dah lama sangat Mama tak conteng... Don't give up on me okay...

Hari ni dah Ahad minggu ketiga Januari 2018. Bermakna dah tiga minggu berlalunya tahun baru 2018.

Tahun ni 10 tahun Hurin Ain tinggalkan Mama.
Tahun ni Ajmal naik Darjah 3.
Tahun ni Nuha naik Darjah 1.
Tahun ni Atif masuk 4 tahun.

Ajmal kekal kelas 3 Amanah di sekolah kebangsaan. Sekolah agama pula kekal kelas 3 Siddiq. Kalau tahun lepas Ajmal dilantik jadi pengawas sekolah agama, tahun ni dia dilantik jadi pengawas sekolah kebangsaan juga.




Nuha dah naik darjah 1. Sekolah kebangsaan Darjah 1 Amanah, sekolah agama Darjah 1 Jihad. Nuha sangat rajin. Siapkan kerja sekolah dan susun buku awal-awal lagi.

Lain benar perangai dan sikap anak perempuan kalau banding ngan anak lelaki ni ye...  😌

Nuha on the first day of sekolah kebangsaan session. Satu kelas dengan kawan tempat mengaji, Faiqah.
First day of sekolah agama session. Paling kecil antara semua rakan sekelas. 😍


Atif ni..... Mama risau sikit. Bercakap dah banyak tapi dia manja sikit. Dia masih bercakap guna perkataan hujung2 sahaja tapi dah boleh sambung perkataan tu jadi ayat. "Mama, nak wak inan" (Mama, nak bawak mainan). Dengan orang yang dia tak biasa, dia diam saja. That's why Baba & Mama ambil keputusan tak hantar Atif masuk Tadika Al-Amin dulu. So, Mama hantar Atif tuisyen rumah Teacher Nor supaya dia kenal huruf dan nombor dulu. Tuisyen setiap hari Jumaat, 1 jam.


Bukannya Mama tak boleh ajar ABC & 123 tu, tapi susah yang amat anak2 ni nak dengar dan ikut apa yang Mama dia ajar sendiri, banyak nak main...kalau cikgu yang ajar, disiplin dia lain sikit..

Tahun ni juga Atif masuk kelas mengaji kat Pusat Pengajian Iqra'. Hari ketiga dah tak nak gi ngaji... 😅

Minggu pertama persekolahan, Mama tak cukup tidur sebab nak siapkan sticker nama buku teks, buku tulis, buku kerja. Buku-buku untuk dua sesi sekolah pulak tu, sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sticker tu Mama buat sendiri, beli je kertas sticker, pastu print. Kena balut buku lagi...banyak tu... Nasib baik zaman sekarang ni ada pembalut buku segera yang kita cuma masukkan kulit buku dan tampal je tu...jimat masa dan tak sakit belakang membongkok lama2 membalut buku. Zaman sekarang ni semua segera ye, makanan segera, pembalut buku pun segera...kihkihkih 😎



Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP