Khamis, 11 Disember 2014

Aktiviti mengepam susu...

Dear Diary,

All of this for only RM279! Tangkapan yang amat berbaloi-baloi kan... Mama tangkap kat LittleWhiz.com. Package of Autumnz Bliss Convertible Electric/Manual Breastpump, cooler bag, 3 pack reusable ice pack, 8 pcs storage bottles dan free 1 manual pump.
Sebelum-sebelum ni, Mama tak pernah terlibat dengan aktiviti mengepam susu ni... Maklumlah, sebelum-sebelum ni, lepas dua bulan bersalin, susu badan kering sendiri sebab Ajmal & Nuha malas nak nenen susu Mama... susunya sikit yang amat. Anak² penat nyonyot, tapi tak kenyang. Akhirnya, anak² minum susu formula sepenuhnya.

Kalau Abg Ajmal dan Kakak Nuha dulu, masa dalam wad lagi, Baba dah terpaksa menyeludup masuk susu formula dan botol susu kecik, manakala Mama pulak curi-curi bagi susu formula guna botol susu masa nurse tak nampak. Terpaksa sebab Ajmal dan Nuha akan melalak sebab lapar.

Lain pulak keadaannya pada kelahiran yang terakhir ini. Atif teramat rajin nenen, dia usaha sedaya upaya walaupun susu Mama tak berapa nak ada. Selepas lahir, kena tahan 3 hari dalam wad, sebab Mama czer, susu badan Mama yang sikit ni boleh mengenyangkan Atif, dia tak menangis kelaparan, so Mama tak perlu bagi susu formula. Cukup dengan susu badan Mama. Lama-lama bila Atif selalu hisap, susu badan Mama makin banyaklah. Hisapan bayi akan stimulate susu badan ibu. Untung Atif sebab dia rajin...hehehe

Dan disebabkan susu badan yang dah ada ni lah, Mama terlibat dengan aktiviti mengepam susu. Mama terfikir macam mana kalau Mama dah naik kerja nanti. Jadi, Mama sambarlah mesin pam susu Autumnz ni. Sebelum ni pakai pam susu Pureen. Tapi masa balik dari kampung haritu, corong pam tu hilang. Samada tak terbawak balik atau jatuh kat mana-mana.

Semoga Mama rajin mengepam, Insyaa Allah...

Ahad, 30 November 2014

Cheesekut...yummilicious!!

 

Entry makan lagi..... :">

Disebabkan Kakak Nuha...ehemm... :p suka sangat makan cheesekut yang Mama buat minggu lepas, Mama kena abadikan resipinya dalam diari ni supaya lepas² ni senang nak rujuk balik.

KEK LAPIS CHEESE

Bahan-bahannya :-
20 keping biskut marie ikut suka perisa apa pun (original, coklat, coffee)
250gm cream cheese
100gm whipping cream non-dairy
3 sudu besar gula kastor

Cara-caranya :-
1 ) Putar cream cheese dengan gula kastor sehingga kembang. Pukul whipping cream dalam bekas lain sehingga kental. Gaulkan whipping cream tadi dengan campuran cream cheese guna spatula je.

2) Lapik aluminium foil dalam loyang keseluruhannya supaya senang dikeluarkan bila kek keras nanti.

3) Celup biskut marie dalam susu segar panas. Celup sahaja, jangan sampai biskut tu lembik. Susunkan dalam loyang berselang seli dengan adunan cheese tadi sehingga habis.

4) Untuk lapisan atas, taburkan dengan chocolate rice atau kalau takde, blend lebihan biskut marie, tapiskan atas kek.

5) Bekukan dalam freezer lebih kurang 1-2 jam. Dah keras, boleh keluarkan dan potong.

Bahan-bahan nak buat cheesekut. Kalau nak crunchy, guna biskut marie TIGER. Whipping cream pula seeloknya jenama Anchor, tapi kat supermarket Maslee dekat rumah ada jenama ni je...
Lupa beli chocolate rice, Mama blend biskut marie je dan tapiskan kat atas kek.

Dah beku, boleh potong dan ngap laaa... yummilicious!!  
Untuk resipi asal, sila tengok Facebook Page Tutorial Buat Kek Sedap Dan Cantik.

Jumaat, 28 November 2014

Habis dah 2 bulan cuti...

Dear Diary,

Mama dan anak² dah balik JB...sebenarnya pada 19hb yang lepas.. tapi tak sempat nak update. Amat sedih masa nak tinggalkan Nek Mi...sebab dah lama duduk kat kampung. Tapi Mama naik kerja 1 Januari 2015, jadi sempat lagi balik kampung lepas ni. Ikut Baba balik urusan kerja dia.

Atif dah ada skill baru, dah pandai ketawa bila diagah...

Rutin tidur Atif pun Mama dah dapat atur dengan baik.... bangun pagi seawal 6.30 pagi. Tapi lepas minum susu, dia akan tidur balik sampai 12.30 tengahari jika Mama baringkan dia secara meniarap. Dapatlah Mama selesaikan semua kerja rumah semasa dia tidur tu... Tapi, Mama selalu jenguk Atif kat dalam bilik...risau kalau dia tertutup hidung, susah nak bernafas.



Isnin, 17 November 2014

Bungkus Manis by Ummiku Sayang


Dear Diary,

Another entry about food... (nampak sangat azam menurunkan berat badan tak akan berjaya.... :"> )

Entry ni tentang satu lagi kuih tradisional yang berasaskan ubi kayu. Pada musim tengkujuh ni, kuih-muih berasaskan ubi kayu memang glamer. Salah satu kuih glamer apabila musim tengkujuh tiba adalah Putu Halba. Mama pernah buat entry tentang Putu Halba semasa cuti berpantang bersalinkan Nuha. Masa tu pun musim banjir sebab Nuha lahir bulan Oktober.

Selain putu halba, ada satu lagi kuih yang bahan asasnya ubi kayu iaitu Bungkus Manis. Mama panggil kuih ni Bungkus Manis, tapi mungkin dikenali dengan nama lain oleh orang² negeri lain.

Petang semalam Nek Mi buat Bungkus Manis ni, special request oleh Tok Pa. Mama catatkan resipi dan cara² membuatnya supaya satu hari nanti kalau Mama nak buat, resipinya akan kekal dalam diari Mama ni... :)

BAHAN-BAHANNYA :-
Ubi kayu yang diparut
Gula Melaka secukup rasa
Sedikit garam
Santan

CARA-CARANYA :-
Panaskan gula melaka dengan santan dan sedikit garam sehingga larut. Gaulkan bahan yang dipanaskan tadi dengan ubi kayu yang diparut. Bungkus adunan tadi dalam daun pisang. Kukus sehingga masak.

Adunan ubi kayu parut, gula melaka dan santan.
Bungkus dalam daun pisang yang yang telah disalai untuk melembutkannya supaya senang dilipat.
Taraaaaa..... Kuih Bungkus Manis. :-*

Sabtu, 8 November 2014

Nuha cukur janggut...

Dear Diary,

Malam semalam Mama tangkap Nuha sedang cukur dagu dia dengan pencukur Tok Pa. Sebenarnya bukan tangkap pun sebab dia memang bercukur kat depan Mama dan Ajmal yang sedang tengok tv. Mama yang pada mulanya tak berapa sedar apa yang dia buat tu hanya memandang sepi je..tapi, bila otak Mama dah register apa yang Nuha sedang buat, terus Mama menjerit dengan nyaringnya... Nuhaaaaaaaaaa, jangan buat macam tuuuuuuu!!!!!

Nuha yang sedang asyik cukur dagu dia tu terkejut dan terpinga-pinga... Mama risau sangat sebab biasanya bekas pisau tu akan trigger pertumbuhan bulu kat tempat dia cukur tu. Tumbuh janggut, nayalah hang Nuha oiiii... huhuuuu 😖

Hari ni pula, masa dia menonton rancangan di saluran CERIA, ada rancangan Ya Ustaz (rancangan kanak² yang dihoskan oleh PU Ustaz Yeop yang glamer dengan tagline "Nyeghongin nyeghongin juga, moh kita beghame) membincangkan topik menjaga kebersihan dan kecantikan. Ustaz Yeop bagitau disunatkan mencukur misai dan janggut supaya sentiasa kemas kerana Nabi Muhammad SAW pun sentiasa kemas dan bersih dan baginda pun suka kepada kecantikan. Nuha siap suruh Mama tengok dan dengar apa yang Ustaz tu bagitau.

Lepas tu dia bagitau Mama, "Ustaz pun suruh cukur misai, sebab tu Kakak buat".

Aduiiiiii Nuha, awak tu perempuan...

Sugho a.k.a Bubur Asyura

Dear Diary,

Ini entry tentang makanan... (entry sebelum ni tentang azam nak turunkan berat badan..hmmmm.. :-o )

Mama saja buat entry ni supaya suatu hari nanti, anak² kenal dengan sugho versi Kelantan ni. Mana tau kalau satu hari nanti, makanan ni akan pupus ditelan zaman.

Bubur asyura versi Kelantan yang telah ditabur beras goreng untuk mengelakkan bubur cepat basi.
Bubur ni dimasak secara bergotong royong oleh ahli qariah (org² kampung ke, taman ke) sempena Hari Asyura, 10 Muharram.

Isnin, 3 November 2014

Confinement @ Kg. Bujok - Episod 4

Dear Diary,

Walaupun Mama bahagia giler bercuti panjang di kampung, kadang² Mama rasa kosong sangat sebab rasa macam takde sebarang achievement yang boleh dibanggakan sepanjang bercuti ni... :(

That's why Mama rasa, mesti buat sesuatu yang boleh dibanggakan dan takdelah rasa rugi sangat sepanjang tempoh 3 bulan bercuti di kampung ni. Walaupun apa yang akan Mama buat ni tidak memberi manfaat sedikit pun kepada negara Malaysia, tapi at least pencapaian ni penting untuk diri Mama sendiri.

MAMA BERAZAM UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN DARI 63KG TO 55KG!!!  :-o        

Kalaulah Mama berjaya, Mama akan kembali ke pejabat tahun 2015 nanti with new look, barulah betul² jadi Mama Gojes..ngengenge... :">  tapi yang paling penting, Mama nak kurus untuk kesihatan. :p

Jadi, tengok je lah samada Mama ni akan berjaya ataupun tidak. Mama sendiri pun tak percayakan diri sendiri. Mulut ni asyik nak mengunyah aje... cabaran sungguh getir...huhuuuuu

~hari ni tak makan nasi~

Ahad, 2 November 2014

Confinement @ Kg. Bujok - Episod 3

Dear Diary,

Hari ni dah masuk hari ke-42 Mama bercuti di kampung. Adakah Mama bosan dengan rutin yang sama, yang amat tidak produktif? :-/  Tidak sama sekali :d  Masa ni lah Mama kena berehat dan bermalas-malasan sebaik mungkin sebab bila dah naik kerja nanti, jangan haraplah nak saja² cuti dan bermalas-malasan macam ni. :p

Tapi, yang buat Mama sedikit terkilan, Ajmal memang mengalami sindrom boring dan rindukan Baba yang amat kritikal. Sepanjang minggu lepas, Abg Amjad duduk kat kampung sebab Bibik sakit, so terubatlah boring dia...sepanjang masa ada saja aktiviti yang dia buat sama² dengan Abg Amjad. Nuha pun sama, berkepit je dengan Kakak Afia...

Semalam, Abg Amjad dah balik KL semula, Ajmal monyok je... nasib baik Baba masih ada kat kampung... nak cheer up kan Ajmal, Baba bawa Ajmal & Nuha jalan², beli stationery, beli baju...

Hari ni, Baba pula yang akan balik ke JB. Mama akan mengadap muka monyok Ajmal dua tiga hari ni... tapi, Inshaa Allah monyoknya tak lama. Lepas ni Ajmal kembali ke rutin biasa dia lah, buat kerja sekolah dan baca buku. Rutin yang ditinggalkan terus sepanjang Abg Amjad ada kat Kampung. :p


Isnin, 20 Oktober 2014

Confinement @ Kg. Bujok - Episod 2

Dear Diary,

Hari ke-29 pantang yang tak berapa pantang sebenarnya... B-)

Sepanjang berada di kampung ni, Ajmal menjadi seorang anak yang amat rajin buat kerja sekolah. Kalau boleh, satu buku kerja nak dihabiskan dalam masa 1 hari. Disebabkan keboringan yang amat sangat telah melanda.. ke sekolah pun dia rajin. Mama kagum sungguh! ;)


Haaaaa... ini aktiviti Nuha!

Rabu, 15 Oktober 2014

Happy 3rd Birthday Nur Nuha Qairina! ~ siaran tertunda

Dear Diary,

Birthday Kakak Nuha yg ke-3 disambut pada 5 Oktober 2014. Awal 6 hari dari tarikh lahir dia sebenar iaitu 11 Oktober.. reasonnya kerana nak potong kek dengan sepupu², Abg Amjad, Kakak Afia dan Kakak Aisya. Kalau tunggu 11hb, semua orang dah takde, dah habis cuti, semua orang dah balik. Tinggal Mama, Ajmal dan Nuha je kat kampung..

Acaranya simple aje..nyanyi lagu birthday, Kakak Nuha potong kek, pastu acara makan kek. ;)





Mama beli kek secara adhoc je kat Secret Recipe Tanah Merah. Nak beli Chocolate Indulgance tapi dah habis. Yang ada semuanya kek yang tak pernah Mama cuba. Belek2 menu, akhirnya Mama ambik Blueberry Cheese Cake.

Tak berapa laku rupanya kek Blueberry Cheese ni di kalangan kanak² sebab rasa blueberry yang agak masam. Di kalangan dewasa, hantam je kek hape pun... :p

Selamat Hari Lahir untuk Puteri Mama, Nur Nuha Qairina. Mama doakan semoga hidupmu diberkati dan dirahmati Allah selalu, panjang umurmu, murah rezekimu dan menjadi anak solehah penyejuk hati Baba dan Mama. Aamiiiiin Ya Rabbal 'Aalamiiiin.

Confinement @ Kg. Bujok - Episod 1

Dear Diary,

Hari ni hari ke-24 Mama berpantang... eh, eh pantang ke? Huhuuuu...

Hari ni juga hari pertama Ajmal ke Tadika Kemas Kg Gabus. Tumpang belajar di tadika yang pernah suatu masa dulu Mama menjadi pelajarnya. Gurunya adalah Cikgu Zaharah yang pernah suatu masa dulu menjadi guru pertama Mama, yang mendidik Mama mengenal huruf ABC dan nombor 123.

Seronok dan bersemangat dia ke sekolah... Maklumlah, sbb keboringan yang amat sangat sampaikan jadi rajin ke sekolah.. :p

Selasa, 30 September 2014

Cerita minggu lepas...

Dear Diary,

Minggu ni Mama senyap je... nape eh? Dah mula tak bersemangat balik nak update ke? Tidak, bukan begitu... Mama kan due bersalin on 22 September, minggu lepas... So, kita flashback apa yang berlaku sepanjang minggu lepas... :)


21 September 2014
Pagi² lagi Mama bangun mengemas apa yang patut dibawa ke hospital, Mama kena masuk wad hari ni. Lebih kurang jam 8.00 pagi, Mama ke Hentian Bas Larkin untuk ambil Nek Mi yang datang ke JB untuk membantu Mama selepas melahirkan nanti. Maklumlah, Mama kan czer, so amatlah susah nak manage sendiri segalanya lepas bersalin nanti.

Lebih kurang jam 11.00 pagi, Baba dan Nek Mi hantar Mama ke Hospital Sultan Ismail. Orang lain nak beranak, gi spital muka berkerut²... Mama g spital nak beranak, lenggang kangkong... yelah...bukannya sakit apa pun lagi... Mama menyerah diri masa sihat walafiat lagi. :p

Mama sebilik dengan 3 orang lagi ibu mengandung yang sedang menahan kesakitan contraction... Mama pulak sempat lagi take a nap...berdengkur pulak tu. Tapi...... sejurus selepas kedua² tangan Mama dipasang drip, bermulalah kesakitan dirasai. Dah mula rasa tak selesa. Selain tu, the thought of inserting urine tube filled me with dread..


22 September 2014
Lebih kurang jam 5.00 pagi nurse kejutkan Mama untuk mandi, pakai pakaian khas untuk persediaan pembedahan. Pukul 8.00 pagi, apa yang digeruni Mama akan berlaku.. nurse yang nak pasang tiub tu dah datang... Mama terus request supaya tiub tu dipakaikan selepas Mama ambil epidural. Namun, perkara itu mustahil, nurse tu bgtau prosedur tu perlu dilakukan sebelum pesakit masuk ke bilik pembedahan. Terpaksalah Mama menahan kesakitan dan ketidakselesaan sehinggalah dicucuk dengan epidural. Bila dh cucuk epi, sakit dan tak selesa tu dah tak rasa sangat.

Hampir 3 jam tunggu giliran, akhirnya lebih kurang jam 11.00 pagi barulah Mama ditolak ke dewan pembedahan. Dup..dap..dup..dap... berdebar weiiii..

Dipendekkan cerita, jam 11.57 Mama selamat melahirkan seorang bayi lelaki, beratnya 3.5kg.. Syukur Alhamdulillah... pembedahan Bilateral Tubal Litigation (ikat peranakan) juga berjaya. Team yang melaksanakan pembedahan Mama kali ni, daripada team pakar bius dan team pakar bedah, majoritinya doktor bangsa Cina. Sepanjang pembedahan berlaku, diorang speaking bahasa depa.. Mama rasa mcm sedang bersalin di Republik of China pulak... :p

Proses penyembuhan luka pembedahan kali ni amat memberangsangkan. Luka cepat kering, dan jahitannya pun cantik dan kemas. Terima kasih pada semua doktor² yang terlibat.

Our new bundle of joy... Muhammad Atif Raihan. Semoga membesar menjadi anak yang soleh. :-*

Khamis, 18 September 2014

Cuti bersalin 3 bulan....

Yahooooooooooo!!!

Setelah menyemak Buku Rekod Perkhidmatan, Mama masih layak cuti bersalin 90 hari... cuti 3 bulan lah Mama... :D :D :D

Alhamdulillah, dapat cuti lama sikit... dapat spent masa lama sikit bercuti dengan anak². Peluang keemasan untuk Mama take a break sekejap drpd kerja.

Selepas ni Mama dah tak layak untuk cuti bersalin kerana telah habis kuota 300 hari cuti bersalin dalam perkhidmatan awam. Tapi takpe, Mama dah tutup kilang. :p

Selasa, 16 September 2014

Selamat Hari Malaysia, 16/9/2014

Dear Diary,

Hari ni public holiday sempena ulangtahun Hari Malaysia. Tapi Mama tetap ke pejabat untuk setelkan kerja memandangkan bermula minggu depan, Mama akan mula cuti panjang. So, baik setelkan mana² kerja yang boleh disetelkan. Yang tak boleh setel, tinggalkan pada pegawai yang akan tanggung kerja..huhuuuuu

Ajmal pula, ada jemputan qasidah di Kg Melayu Majidee, majlis kahwin. Sejak semalam Ajmal tidur rumah Ummi Azah. Abg Qudin minta kebenaran supaya Ajmal dibenarkan tidur rumah diorang supaya dapat praktis sebelum majlis hari ni...

Semalam juga Mama dapat kiriman video melalui Whatsapp daripada Ummi Azah, Ajmal berqasidah... Mama kan selalu dah dengar lontaran suara dia yang sengau tu. Bila tengok video tu, mula² Mama tergelak, tapi lama² dengar, best jugak suara Ajmal ni... macam Mama masa zaman sekolah rendah dolu-dolu, selalu masuk pertandingan menyanyi, pertandingan nasyid, pertandingan musabaqah al-Quran. Di mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi..chewwwwaaahhhhhh.. ;)

Audio jalan dulu, nampak macam filem alihsuara pulak.. :p

Nuha pula terpaksalah dihantar ke rumah Mama Shah... pagi tadi masa Mama bersiap², dia tanya, "Mama nak gi opis ye? Mama hantar kakak rumah Mama Shah lah..."
Berjurus benar anak dara Mama ni... :x

Nuha pun suka nyanyi...kebanyakan kanak² memang suka menyanyilah... lagu yang paling glamer sekarang ni of coz lah "Let it Go" lagu dari filem animasi Frozen tu... ;)




Malam ni bawak diorang gi main kat taman funfair Econsave tu..


Jumaat, 12 September 2014

Aktiviti hujung minggu anak teruna Mama.

Dear Diary,

Hari ni pagi² lagi Ajmal dah bersiap dengan t-shirt Zikrul Matien. Baba hantar ke Pusat Pengajian Iqra' jam 9.00 pagi, bertolak ke Felda Linggiu Kota Tinggi jam 9.30 pagi. Aktiviti minggu ni di rumah ibu Walid, majlis tahlil, Yaasin dan Qasidah. Malam nanti ada aktiviti barbeque dan sesi tonton movie...seronoknya anak² qasidah ni. Rasanya aktiviti ini more to appreciate them selepas dah banyak aktiviti dan jemputan qasidah yang mereka sertai. Lagipun, ini kan minggu bermulanya cuti sekolah. Mama dapat gambar diorang sedang breakfast sebelum meneruskan perjalanan dari group Whatsapp Pengajian Iqra'. Semuanya nampak seronok... :)

Breakfast @ E&Y Adda Heights

Mama bangga dengan Ajmal. Kecik² lagi dah ada aktiviti sendiri... aktiviti yang berfaedah untuk pembentukan sahsiah diri. Mama harap aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membentuk jati diri Ajmal dan sahsiah diri apabila dia meningkat dewasa kelak.

Zaman sekarang ni, pengaruh rakan sebaya sangatlah penting. Anak² banyak menghabiskan masa dengan kawan²... Mama amatlah berharap kawan-kawan Ajmal nanti, kawan-kawan yang dapat memberi pengaruh positif pada dia. Kawan-kawan yang macam dalam kumpulan qasidah sekarang ni... In Shaa Allah...

Cer teka yang mana Ajmal?
Yang pakai seluar putih tuuuu.... :-*

Pokok kurmakah? ;)

By the way, this is the last week of Ajmal at school. He will have a looooong holiday and will be back to school in 2015. Will miss his final exam and Mama feel a little bit dissapointed because he will have to leave school for that long period of time due to my delivery on 22nd September and 2 months of confinement period at Mama's hometown at Kelantan. Ajmal and Nuha will be with me during this confinement.

Tempoh pantang Mama hanya dua bulan je kali ni...dah habis kuota 300 hari cuti bersalin dalam perkhidmatan awam. :(   Sungguh  tak best!! But what to do... was thinking to take unpaid leave...but, financial problem is much more to handle. So, just bersyukur je dengan cuti 2 bulan tu, dan lupakan hasrat untuk cuti tanpa gaji.. huhuhuuuuu :(

Khamis, 11 September 2014

Semakin hampir harinya....

Dear Diary,

Dah makin hampir tarikh Mama nak melahirkan, semakin kecut perut membayangkan keperitannya... Keperitan luka cesarean tu satu hal. Ni keperitan sebelum bersalin tatkala dipasangkan bag urine masa keadaan Mama yg sihat walafiat tu lagi teramat memeritkan. So, Mama bercadang nak minta kebenaran dr pihak hospital supaya dipasangkan bag urine tu selepas Mama dicucuk ubat bius...huhuuu, boleh? Kalaulah permintaan ni dilayan... Patient ada hak utk mengadu kan, lagipun trauma tak baik utk kesihatan ibu yang bakal melahirkan. ;)  Memang traumalah saat2 nak kena cucuk tiub urine tu.... huhuhuuuuuu :(

Sabtu, 6 September 2014

Ubah layout Dear Diary

Hari ni Mama ubah layout blog dari layout 3 column ke 2 column saje..


Untuk ingatan di masa depan sekiranya Mama nak tukar balik layout menjadi 3 column :

1. Template, edit html;
2. Main-wrapper, width 500px;
3. Padding, semua 0px; dan
4. Main, width 476px.
5. Lower-wrapper background :  'http://static.pyzam.com/img/thumbs/bgs/lg/ahnotebookpaper.jpg'

Jumaat, 5 September 2014

Baju Kakak dah sihat!


"Mama, baju kakak dah sihat! Jomla angkat..."  :D

Mama kan pernah bagitau yg Nuha memang rajin sidai baju, angkat baju dan lipat baju. Kalau ada baju yang dia suka (sekarang ni of course la any shirt or blouse Frozen) kat sidaian, lima minit sekali dia cek baju tu, dah kering ke belum...

Kalau dia jerit, "Mama, baju kakak dah sihat, jomla angkat"... Itu maksudnya baju dia dah kering lah tu.

Tapi kadang-kadang, Mama baru je sidai baju tu, dia dah jerit baju kakak dah sihat sebabnya dia tak sabar nak pakai... :)

Perangai Nuha yang suka pilih baju nak pakai pun selalu buat Mama sentap. Kalau dia nak pakai baju yang dia tunjuk tu, baju tulah yang dia nak pakai, walaupun itu baju tidur dan waktu tu tengahari ceng ceng.. Mama yang senang sentap ni mulalah bising marah2 baju tu tak sesuai. Nuha pulak sensitip, tak boleh orang tinggikan suara, mulalah mencebik nak nangis.. Hanya Baba yang boleh layan angin Nuha ni... tapi kadang-kadang Baba pun hilang sabar jugak .. ;)

Inilah anak dara Mama yang rajin tu... 

3 beranak berjogging...


Mama temankan Baba dan anak2 berjogging di taman depan rumah pagi ni... tak pernahnya keluar seawal ini kalau hujung minggu...

Ajmal selalu ajak baba jogging.. katanya ustazah di sekolah selalu bertanya siapa yang selalu berjogging bersama2 ibubapa... Kalau dia jogging, bolehlah dia angkat tangan...hehe

Baru je jogging, hujan pulakkkk.. kami cepat2 lari masuk kereta..

Mai breakfast roti canai kat kedai mamak.. :p

Sebelum jogging, stretching dulu...follow aunty2 bertaichi

Ahad, 31 Ogos 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Di sini lahirnya sebuah cinta... 
Tema sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun ni... Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-57 yang disambut seluruh Negara hari ini tanggal 31 Ogos 2014.

Tema yang diambil dari senikata lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman ini seriyes mengimbau kenangan syahdu :'(  semasa Mama kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) 2-2005. Mama ni memang suka nyanyi, masuk team DPA Koir. Nyanyi lagu ni... :)

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini  tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harusku semaikan
Cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke Utara Selatan Timur dan Barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan



Hahahahaaaaa.... penuh perasaan! :p


Kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila... :x

Rabu, 27 Ogos 2014

I conclude all....

It's been a dinosaur year since I last updated this diary... :(

Sementara ada masa dan ada idea nak cerita apa, baik Mama teruskan sesi Ulasan Keseluruhan. :p

Tentang Baba dan Mama,
Seperti biasa, Baba dan Mama menjalani hidup yang lebih kurang sama je seperti tahun-tahun yang lepas, bekerja bertungkus lumus mencari rezeki yang halal untuk menampung keperluan keluarga kita.... dan kehidupan kami berkitar di sekeliling kehidupan anak-anak.

Terlupa satu detail penting.... Mama sedang mengandungkan adik Ajmal & Nuha.. expected to deliver on 22 September 2014, In Shaa Allah... :)

Tentang Ajmal,
Banyaknya benda yang berlaku di sekitar kehidupanmu anakku... Mama tak sempat nak meng'update' keseluruhan perkembangan kisah kehidupanmu sebelum ini. Hari ini, Mama akan cuba untuk mengimbasnya dan menceritakannya selengkap yang boleh.

Ajmal telah menjangkau umur 5 tahun pada tanggal 3.6.2014 yang lepas. Masih bersekolah di Tadika Al-Amin. Perkembangan pelajaran Ajmal amat membanggakan. Sehingga post ini ditulis, Ajmal dah baca buku Bacalah Anakku Siri ke-5. Sukukata pendek dia bolehlah baca, yang panjang belum mahir lagi. Iqra' pula dah pindah Buku 2. Alhamdulillah...Ajmal terang hati. Senang je mengajar dia. Semoga dia dipermudahkan oleh Allah dan diterangkan hati untuk menerima pelajaran dan ilmu selama-lamanya... In Shaa Allah, Aamiiiin.

Satu lagi aktiviti Ajmal ialah dia terpilih menyertai Kumpulan Qasidah Zikrul Al-Matien, kumpulan qasidah yang ditubuhkan di Pusat Pengajian Iqra', tempat Mama hantar Ajmal mengaji di waktu malam. Banyak sungguh jemputan untuk kumpulan ini sampaikan Mama pun kesiankan Ajmal, risau dia penat. Sebab jemputannya kadang-kadang sehari tu 2 tempat, pastu sampai ke tengah malam. Esoknya pulak ada lagi...biasanya jemputan di hujung minggu. Ajmal pun selalu merungut penat nak ikut qasidah sebab banyak lagu nak kena nyanyi... huuhuuu. Itu kalau time dia malas, kalau time dia semangat, dia pulak yang beria-ia mintak Mama cepat hantarkan dia berkumpul di Pusat Pengajian Iqra'.. Sekarang ni, Mama akan bincang dulu dengan Baba untuk tapis jemputan qasidah kalau jemputan tu banyak sangat.... dah macam pengurus artis lak Mama ni.. :p

Bila disuruh berqasidah je, laju dia bawak lagu "Solatun Bissalamil Mubin" dengan gaya sengau dan penuh penghayatan... tergelak sape2 yang tengok dia qasidah penuh perasaan... (tapi jangan sampai dia tahu kita gelakkan dia, panjang rajuknya nanti).

Antara perangai Ajmal yang masih belum berubah ialah tahap keaktifan...masih sama macam dulu-dulu jugak... dia tak boleh duduk diam. Asyik melompat ke sana sini, beraksi sepanjang masa tanpa rasa penat...keluar anak tekak Mama menjerit suruh dia duduk diam. Tambahan pula sekarang Nuha dah besar, makin huru hara dibuatnya bila time diorang bergaduh. Ajmal pulak suka mengusik adik dia...menjerit la Nuha bila diusik abang dia. Tapi satu sifat Ajmal, dia suka mengalah. Nuha jenis yang suka apa saja yang abang dia main dan pegang, jadi dia akan rampas saje barang tu terutamanya tab...bila dah habis bateri baru dia bagi Ajmal. Ajmal akan mengalah dan merajuk je bila Nuha ambil barang-barang yang dia sedang main..dia tak akan pukul atau marah adik dia. Dia cuma akan mengadu pada Baba atau Mama, yang Nuha ni asyik pentingkan diri sendiri je (dengan muka sedih)... Mama pula akan bagi alasan, " takpe, bagi je Nuha main...dulu kan abang dah lama main tab tu masa Nuha belum lahir. Jadi sekarang bagi je dia main dulu..."

Tentang Nuha,
Nuha akan menjangkau umur 3 tahun pada tanggal 10.11.2014 akan datang.... semakin keletah dan ada saja yang dia nak tahu. Sangat concern tentang fesyen dan sekarang ni dia minat dengan baju-baju watak animasi Frozen. Sebelum ni Hello Kitty... Mama pun layankan aje minat dia sebab seronok tengok keterujaan dia bila dapat baju baru (adakah Mama mengajar dia untuk menjadi shopaholic? :-S ) Perangai dia yang sukakan pakaian memang berlainan daripada Ajmal. Ajmal pulak bila ditanya, abang nak beli baju apa? Jawapan dia, "Baju abang dah banyak kat rumah tu..."  Memang berbeza.... anak perempuan... :D

One of her favorite Frozen t-shirt... :x
Nuha juga rajin bantu Mama sidai baju, kemas baju, lipat baju... seronok bila buat kerja rumah ada orang tolong. Walaupun Nuha lebih kepada menolong menyemakkan lagi almari baju dia sebab dia suka hang pakaian yang tak sepatutnya dia hang (seluar dalam pun dia pakai hanger, pastu dia bising hanger tak cukup nak hang baju-baju lain), tapi Mama seronok tengok kerajinan dia. Walaupun selepas tu, Mama senyap2 akan organize balik almari pakaian dia yang tunggang langgang. Kadang-kadang baju kotor dia dan abang Ajmal pun dia akan hang.. Nuha particular tentang pakaian yang Ajmal biarkan bersepah di ruang tamu atau depan pintu bilik mandi. So, dia akan ambik baju kotor tu, gantungkan dalam almari pakaian abang dia... That's why Mama kena selalu cek almari pakaian diorang... :-S

Nuha juga suka ber'drama queen'... :p   Dia suka berlakon, tengoklah gaya dia cakap sorang2 kat telefon...

"Ayah ye gi mana?.... Oooo, ayah ye gi work.... Mak ye gi mana? Ooooo...mak ye gi work..." :p


One more thing about Nuha, gi mana-mana je orang akan tegur about her curly hair... :x

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP