Entry makan lagi..... :">
Disebabkan Kakak Nuha...ehemm... :p suka sangat makan cheesekut yang Mama buat minggu lepas, Mama kena abadikan resipinya dalam diari ni supaya lepas² ni senang nak rujuk balik.
KEK LAPIS CHEESE
Bahan-bahannya :-
20 keping biskut marie ikut suka perisa apa pun (original, coklat, coffee)
250gm cream cheese
100gm whipping cream non-dairy
3 sudu besar gula kastor
Cara-caranya :-
1 ) Putar cream cheese dengan gula kastor sehingga kembang. Pukul whipping cream dalam bekas lain sehingga kental. Gaulkan whipping cream tadi dengan campuran cream cheese guna spatula je.
2) Lapik aluminium foil dalam loyang keseluruhannya supaya senang dikeluarkan bila kek keras nanti.
3) Celup biskut marie dalam susu segar panas. Celup sahaja, jangan sampai biskut tu lembik. Susunkan dalam loyang berselang seli dengan adunan cheese tadi sehingga habis.
4) Untuk lapisan atas, taburkan dengan chocolate rice atau kalau takde, blend lebihan biskut marie, tapiskan atas kek.
5) Bekukan dalam freezer lebih kurang 1-2 jam. Dah keras, boleh keluarkan dan potong.
Bahan-bahan nak buat cheesekut. Kalau nak crunchy, guna biskut marie TIGER. Whipping cream pula seeloknya jenama Anchor, tapi kat supermarket Maslee dekat rumah ada jenama ni je... |
Lupa beli chocolate rice, Mama blend biskut marie je dan tapiskan kat atas kek. |
Dah beku, boleh potong dan ngap laaa... yummilicious!! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan