Hari ni dah masuk hari ke-42 Mama bercuti di kampung. Adakah Mama bosan dengan rutin yang sama, yang amat tidak produktif? :-/ Tidak sama sekali :d Masa ni lah Mama kena berehat dan bermalas-malasan sebaik mungkin sebab bila dah naik kerja nanti, jangan haraplah nak saja² cuti dan bermalas-malasan macam ni. :p
Tapi, yang buat Mama sedikit terkilan, Ajmal memang mengalami sindrom boring dan rindukan Baba yang amat kritikal. Sepanjang minggu lepas, Abg Amjad duduk kat kampung sebab Bibik sakit, so terubatlah boring dia...sepanjang masa ada saja aktiviti yang dia buat sama² dengan Abg Amjad. Nuha pun sama, berkepit je dengan Kakak Afia...
Semalam, Abg Amjad dah balik KL semula, Ajmal monyok je... nasib baik Baba masih ada kat kampung... nak cheer up kan Ajmal, Baba bawa Ajmal & Nuha jalan², beli stationery, beli baju...
Hari ni, Baba pula yang akan balik ke JB. Mama akan mengadap muka monyok Ajmal dua tiga hari ni... tapi, Inshaa Allah monyoknya tak lama. Lepas ni Ajmal kembali ke rutin biasa dia lah, buat kerja sekolah dan baca buku. Rutin yang ditinggalkan terus sepanjang Abg Amjad ada kat Kampung. :p
Bila nak balik JB? Nak bagi fridge magnet Perth ni :-)
BalasPadam