Ahad, 16 Ogos 2015

Qasidah di sana sini...


Sepanjang bulan Syawal, bulan raya ni, aktif Kumpulan Zikrul Matien memenuhi jemputan. Mama sebagai pengurus artis merangkap supir ni pun lelah menguruskan jadual Ajmal... :p

Gambar-gambar sepanjang aktiviti qasidah banyak dikongsikan dalam WhatsApp Group Family Iqra'. Mama tepek kat sini untuk kenangan sepanjang zaman...

Singgah di R&R Pagoh sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka.

Kat mana agaknya ni ye... Mama pun tak pasti. Kat Dataran Pantai Klebang kot...

Gambar ni macam kat masjid...
  
Sesi rehearsal sebelum majlis bermula pada waktu malam.

Majlis perkahwinan di Melaka. Beratur untuk naik ke pentas.

Wefie... :D


Jemputan Open House rumah Uncle Man dan Aunty Eina ~ parent Farishman dan Farhat ~

@ Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Johor

Nice pic. :-* @ Open House Menteri Besar Johor.

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Johor.

Untuk kenangan Ajmal... :x

Ahad, 2 Ogos 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 - Hari Kedua


Sambungan cerita Hari Raya di hari yang ke-2... :p

Setiap tahun, hari raya kedua adalah hari perjumpaan keluarga besar Haji Abdul Rahman. Kali ni perjumpaan di rumah Pokcik Zain di Kg. Kuala Kelar.

Pada perjumpaan kali ni juga, Mama dengan gelenyanya mencadangkan diri sendiri untuk menjadi Setiausaha memandangkan setiausaha persatuan keluarga sebelum ni iaitu Faizal Ayah Long sukar membahagikan masa dengan karier beliau sebagai tok imam... Maklumlah, hari raya, mesti ramai orang yang nak kawin, tok imam wajib ada untuk majlis akad nikah. Jadi memandangkan setiap tahun Faizal akan terikat dengan jadual sebagai imam, maka Mama gantilah dia jadi Setiausaha...

Pada perjumpaan yang sebelum-sebelum ni, Mama rasa macam takde fungsi sangat. Jadi agenda utama adalah datang, jumpa sanak saudara, menjamu selera...dah, itu aje... Tapi kali ini, Mama rasa ada jugaklah pengisiannya sebab dah jadi Setiausaha ni... kerja ambik kehadiran, catat minit mesyuarat, buat minit mesyuarat setahun sekali. Tak habis-habis dengan minit mesyuarat. Kat pejabat pun kena catat minit mesyuarat, hari raya pun kena catat minit mesyuarat jugak lagi... padan muka Mama, sape suruh calonkan diri sendiri... :-S
Tapi takpe, Mama suka. Ini sedikit bakti Mama kepada keluarga yang disayangi ni. :-*

Apapun, gambar tetap ada....di mana-mana pun sempat bergambar... GGG (Geng Gila Gambar) :D

 
Antara keluarga yang terawal sampai.... jom tangkap gambar dulu!!! Papa dah ntah ke mana...

Bakpola Cecenor posing lagu tu??? Dan gambar dia macam superimposed, dicrop dan ditepekkan di sini...hihiiii   :-/

Doters... :x

3 Generasi.... Ummi, Tok Deq, Mak Sedara dan Dromey...

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP