Sambungan cerita Hari Raya di hari yang ke-2... :p
Setiap tahun, hari raya kedua adalah hari perjumpaan keluarga besar Haji Abdul Rahman. Kali ni perjumpaan di rumah Pokcik Zain di Kg. Kuala Kelar.
Pada perjumpaan kali ni juga, Mama dengan gelenyanya mencadangkan diri sendiri untuk menjadi Setiausaha memandangkan setiausaha persatuan keluarga sebelum ni iaitu Faizal Ayah Long sukar membahagikan masa dengan karier beliau sebagai tok imam... Maklumlah, hari raya, mesti ramai orang yang nak kawin, tok imam wajib ada untuk majlis akad nikah. Jadi memandangkan setiap tahun Faizal akan terikat dengan jadual sebagai imam, maka Mama gantilah dia jadi Setiausaha...
Pada perjumpaan yang sebelum-sebelum ni, Mama rasa macam takde fungsi sangat. Jadi agenda utama adalah datang, jumpa sanak saudara, menjamu selera...dah, itu aje... Tapi kali ini, Mama rasa ada jugaklah pengisiannya sebab dah jadi Setiausaha ni... kerja ambik kehadiran, catat minit mesyuarat, buat minit mesyuarat setahun sekali. Tak habis-habis dengan minit mesyuarat. Kat pejabat pun kena catat minit mesyuarat, hari raya pun kena catat minit mesyuarat jugak lagi... padan muka Mama, sape suruh calonkan diri sendiri... :-S
Tapi takpe, Mama suka. Ini sedikit bakti Mama kepada keluarga yang disayangi ni. :-*
Apapun, gambar tetap ada....di mana-mana pun sempat bergambar... GGG (Geng Gila Gambar) :D
Antara keluarga yang terawal sampai.... jom tangkap gambar dulu!!! Papa dah ntah ke mana... |
Bakpola Cecenor posing lagu tu??? Dan gambar dia macam superimposed, dicrop dan ditepekkan di sini...hihiiii :-/ |
Doters... :x |
3 Generasi.... Ummi, Tok Deq, Mak Sedara dan Dromey... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan