Khamis, 26 Januari 2017

CUTI-CUTI SEKOLAH TAHUN 2016


Mama sedang scroll gambar-gambar di laman facebook yang memaparkan gambar-gambar percutian kawan-kawan Mama yang berkongsi cerita tentang kegembiraan mereka bercuti samada di dalam negara atau pun di luar negara. Nuha pun menempel di sebelah Mama dan turut melihat...

Nuha : Mama, siapa tu? Siapa budak² tu? Diorang pegi mana tu?

Mama : Kawan² Mama, budak² tu anak kawan Mama laa... Diorang pegi bercuti, pegi Australia, Korea, pegi pantai, pegi pulau..

Nuha : Seronoknya diorang tu... Kakak ni asyik pegi Maslee, Petron, Econsave jerrrrr....

Mama : (Gelak guling²) Kita pegi Melaka, kita pegi KL tu kakak tak ingat ke... Ohhhhh anak-anakku...

So, cuti sekolah tahun 2016, Baba dan Mama bawalah anak² bercuti ke Pulau Langkawi. Nak bawa bercuti ke oversea memang tak mampulah kan... Oklah, bolehlah, jauh sikit dari Maslee, Petron dan Econsave tu.


First time anak² naik feri. Atif memanjat tingkap feri, excited tengok lautan luas.

@ Waterpark Langkawi.

Waterpark jugak..

Waterpark lagiiii....

On the way ke Langkawi SkyCab, singgah Petronas pump station kat tepi laut yang ada banyak kapal layar. Kita wefie dulu. Nuha tu meragam sebab mengantuk.

We are in the cable car. Masa naik Mama steady je...time turun, nasib baik tak berlaku tragedi muntah...huhuhuuu

Wefie at the peak of Machincang Mountain.

Masa ni sedang tunggu giliran nak naik Sky Cab aka cable car. Beli tiket pukul 9.30, giliran naik cable car pukul 11.30. Memang lepas ni kalau datang Langkawi lagi, tak yah datang lagi sini. Kita pegi tempat lain pulak.

Sebenarnya dekat Panorama Langkawi Sky Cab ni bukan setakat boleh naik cable car, banyak lagi aktiviti lain. Mama dah lupa kitorang ambik pakej mana, tapi yang ada aktiviti naik cable car, 3D Museum, SkyRex, Skydome. Sampai pening nak muntah Mama menghabiskan aktiviti² tu. Kalau tak masuk, rugilah sebab dah bayar tiket.

Tapi, aktiviti yang tak payah bayar tiket (cuma habis juga duit beli carrot) juga yang anak² paling suka. Sampai dua kali masuk. Baba pun jadikan tempat tu pot dia rehat sementara menunggu Mama dan anak² masuk SkyRex. Baba temankan Atif sebab children below 3 years old takleh masuk SkyRex.


Inilah tempat yang menjuarai carta tempat yang paling disukai di Langkawi SkyCab. Lain kali kalau datang sini lagi, tak payah beli tiket, beli carrot je, suapkan arnab makan. Sukahati arnab² kat sini. Melantak je...gemoks² semuanya.

Tapi, kalau mengambil kira preference Ajmal tentang where is the best place among all, dia memang vote tempat ni. Salah satu aktiviti yang ada kat Waterpark Langkawi. Virtual game dia menembak jet² musuh. He non-stop expressing his excitement and asked Baba to go there again which is ignored by Baba. Ye lah....nak kena bayar beratus hengget lagi semata² nak main benda tu. Jangan haraplah kan...

Satu lagi aktiviti yang anak² suka sangat adalah mandi kat swimming pool yang ada di hotel tempat kami menginap. Kalau dah masuk pool, sampai kecut , menggigil² pun tak nak keluar lagi. Tak payah pergi tempat lain pun takpe.



Nak balik dah....


Selamat tinggal Pulau Langkawi. Next time kalau ada rezeki, kami datang lagi.

So, it's a Toyota Wish


Mama pernah menulis tentang kereta idaman Mama dan Baba dalam satu post sebelum ni... My Wish List : RSZ or WISH 

Actually last year on 21st June 2016, with a mix feeling of sad and joy I surrendered my beloved Cik City to one car seller company in Johor Bahru. Amat sedih sehingga Mama teresak-esak menahan tangisan. Sedihnya berpisah walaupun ia hanyalah sebuah kereta, namun terasa sangat dekat di hati Mama kerana dialah yg membawa Mama setiap hari mencari rezeki, tak pernah meragam walaupun sekali. Kalau dia makhluk bernyawa, pasti dia sedih dan tertanya-tanya kenapa Mama menyisihkan dia. Maafkan Mama wahai Cik City ku sayang, pertambahan ahli keluarga memaksa Mama dan Baba beralih kepada kenderaan yang menawarkan additional space to cater keperluan keluarga kita.

Mama sedih tu, menangis di dalam hati. Di saat berjalan meninggalkan dia, Mama dah tak boleh tahan, terus teresak-esak... Sedihnyeeeeeee... :'(

Mama harap sekarang ni Cik City baik-baik saje dengan tuan baru walau di mana dia berada. I wish that new owner will take care of you and love you more than I did.

Pada 30 Jun 2016, Mama drove home a Toyota WISH. So, my wishlist of dream car is fulfilled. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki kepada kita sekeluarga.

Selasa, 24 Januari 2017

Gambar-gambar kenangan Ajmal Darjah 1.


Mama kena transfer semua gambar dari handphone ke sini supaya tak hilang. Ini semua untuk kenangan Abang Ajmal dan Mama juga suatu hari nanti...

Dapat tempat ke-3 dalam Peperiksaan Akhir Tahun



Jamuan Aidilfitri




Gambar-gambar semasa di Darjah 1 Afiat SKTD3.










Gambar-gambar sepanjang penglibatan Ajmal dengan Kumpulan Qasidah Zikrul Matien.


Kenangan berkhatan..sekali seumur hidup...Abang Ajmal dah jadi anak teruna.  :-*

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP