Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mac 2026

Open House - The Jamil's Family


Naja dan Angah jemput Mama ke open house family dia yang diadakan di rumah Angah di Perjiranan 10, Bandar Dato' Onn.

Lamanya tak jumpa kawan-kawan UIA. Naja antara kawan uni yang kerap Mama jumpa after habis belajar. Yang lain hanya jumpa dan bersembang di alam maya. πŸ˜”

Mama masih ingat lagi, masa Mama kat UIA, Mama dan kawan-kawan ikut Naja balik kampung kat Kangkar Pulai, Johor Bahru. Kebetulan masa tu, Cik Anim sedang belajar di Sekolah Tun Fatimah (STF). Mama datang melawat Cik Anim di asrama. 

Mama ingat itulah kali pertama dan kali terakhir Mama akan sampai ke negeri Johor sebab Kelantan dan Johor ni jaraknya jauh. Mama tak pernah terfikir Mama akan menetap di sini. Perancangan Allah adalah terbaik. Sekarang, kehidupan Mama, tempat mencari rezeki serta tempat kelahiran anak-anak adalah di Negeri Johor. 

Ahad, 24 Mei 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441H ~ CovEidulfitri 2020

Assalamualaikum Dear Diary...

Kenangan menyambut hari raya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).   


                                           
           
Acara yang paling ditunggu-tunggu πŸ˜€πŸ˜


Mama masak nasi dagang, kari ayam, gulai ikan tongkol, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, sambal bilis dan puding karamel. 

Jiran-jiran berkongsi juadah macam-macam... Kak Ton bagi Lontong dan Ayam Merah, Kak Fati bagi Nasi Tomato, Kak Muzana bagi jugak, tapi Mama dah lupa dia bagi apa πŸ˜…
Mama balas semua juadah jiran-jiran dengan nasi dagang. Mama dah standby masak banyak.

Selesai sesi makan, sesi bagi duit raya, takde apa nak buat dah...sesi menonton TV je lahhhh...

Maka berakhirlah sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 yang akan dikenang sampai bila-bila.

Ahad, 2 Ogos 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 - Hari Kedua


Sambungan cerita Hari Raya di hari yang ke-2... :p

Setiap tahun, hari raya kedua adalah hari perjumpaan keluarga besar Haji Abdul Rahman. Kali ni perjumpaan di rumah Pokcik Zain di Kg. Kuala Kelar.

Pada perjumpaan kali ni juga, Mama dengan gelenyanya mencadangkan diri sendiri untuk menjadi Setiausaha memandangkan setiausaha persatuan keluarga sebelum ni iaitu Faizal Ayah Long sukar membahagikan masa dengan karier beliau sebagai tok imam... Maklumlah, hari raya, mesti ramai orang yang nak kawin, tok imam wajib ada untuk majlis akad nikah. Jadi memandangkan setiap tahun Faizal akan terikat dengan jadual sebagai imam, maka Mama gantilah dia jadi Setiausaha...

Pada perjumpaan yang sebelum-sebelum ni, Mama rasa macam takde fungsi sangat. Jadi agenda utama adalah datang, jumpa sanak saudara, menjamu selera...dah, itu aje... Tapi kali ini, Mama rasa ada jugaklah pengisiannya sebab dah jadi Setiausaha ni... kerja ambik kehadiran, catat minit mesyuarat, buat minit mesyuarat setahun sekali. Tak habis-habis dengan minit mesyuarat. Kat pejabat pun kena catat minit mesyuarat, hari raya pun kena catat minit mesyuarat jugak lagi... padan muka Mama, sape suruh calonkan diri sendiri... :-S
Tapi takpe, Mama suka. Ini sedikit bakti Mama kepada keluarga yang disayangi ni. :-*

Apapun, gambar tetap ada....di mana-mana pun sempat bergambar... GGG (Geng Gila Gambar) :D

 
Antara keluarga yang terawal sampai.... jom tangkap gambar dulu!!! Papa dah ntah ke mana...

Bakpola Cecenor posing lagu tu??? Dan gambar dia macam superimposed, dicrop dan ditepekkan di sini...hihiiii   :-/

Doters... :x

3 Generasi.... Ummi, Tok Deq, Mak Sedara dan Dromey...

Selasa, 28 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015!!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Hari ni hari raya ke-12... kalau di Kelantan, habis dah tempoh perayaannya... tapi di JB, raya sebulan. Berderet-deret jemputan rumah terbuka. Malam semalam pun cover dua buah rumah, kami gi beraya, siap pakai sedondon lagi... berlumba-lumba orang buat rumah terbuka, rumah kita bila agaknya ye...huhuhuuuu

Gambar-gambar family di hari raya pertama memang ada, tapi.... bila dah namanya ada anak kecik, jangan haraplah nak dapat gamba yang cantik dan semenggah. Kebanyakan gambar memang tak memuaskan hati sungguh. Ajmal dengan perangai moncongnya yang selalu sabotaj mood gambar. Nuha boleh dikira co-operative juga bab ambil gambar ni. Atif pula masih belum faham apa-apa, menggeliat, menguap, ikut suka hati dia je nak buat apa.

Jadi, inilah antara gambar-gambar yang cantik, gambar yang tak berapa nak cantik, gambar candid, gambar kelakar... yang Mama nak abadikan di sini.

Proses mengumpulkan semua ahli keluarga...ada yang tengah bagi susu anaklah...ada yang tengah tidurkan anaklah, akhirnya ibu yang tertidur.

Semua mata tertumpu kepada Nuha yang buat perangai kecuali Cecenor yang tengah control senyum, Che Wan yang sedang berkelip dan Ayah Cu yang memang maintain dengan gaya sama setiap kali ambik gambar. :p Ceq Anim not in the pics, tidurkan Hana. Akhirnya dia tidur sama.

Alaaaaaa.... Daddy tutup mata pulak...

Posing gaya skema

Gaya bebas... abaikan budak lelaki dua orang yang duduk paling depan tu... diorang memang legend merosakkan mood gambar.

Gaya bebas lagi...... πŸ˜›

Keluarga kita.... Mama & Baba gaya skema, Ajmal gaya nak nangis, Nuha gaya drama queen, Atif gaya tersendiri...hehehe 😁

Keluarga Daddy & Mommy.... seriyes cantik dan sporting...jeles Mama

GBK... Geng Belum Kahwin..... πŸ˜‰

Dah habis gambar hari raya pertama....
Mama akan sambung cerita hari raya kedua kerana ada banyak lagi gambar masa majlis perjumpaan Keluarga Haji Abdul Rahman... πŸ˜„


Ahad, 28 Ogos 2011

Salam Aidilfitri 1432H :-D

Sedih nak mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan tahun ni kerana penghayatan yang tak cukup sempurna bagi Mama. Solat tarawih tak boleh buat. Amalan tadarus pun Mama tak sertai. Malam2 haram tak sempat nak mengaji kalau kena melayan anak macam Ajmal. Ni baru sorang..Tambahan pula tahun ni Baba pun banyak projek di bulan puasa. Mama bukak puasa pun selalunya dengan Ajmal je, kami berdua je..Lepas buka puasa sibuk je dia minta on cd ultraman atau upin dan ipin dia. Mama lak lepas solat Maghrib, mata dah mula layu..terus Mama sleeping beauty, huhu.. :p

Khamis, 7 Oktober 2010

Open house here and there.....

Banyak tol open house kat JB nih... Kat ofis pun banyak Open Sector! :)  Sepanjang naik cuti raya ni, boleh dikatakan setiap hari ada je sektor yang buat jamuan raya...

Kami, orang2 'M' yang kat jabatan pelajaran negeri johor ni pun tak ketinggalan buat open house. Hostnya adalah Puan Muliati, co-hostnya adalah kami-kami, geng PTD kat jabatan la... Venue rumah Muliati. Kami buat style potluck, setiap orang contribute juadah hari raya dan berkumpul rumah Muliati. Mama memang suka rumah Muliati yang sesuai untuk buat makan-makan nih... Her house is very nice, like it very much!! A convenient house to be a host or to entertain guest...


Semalam, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (sektor kami laaa.....) juga buat jamuan raya... Mama siap import buah duku, dokong dan rambutan dari Kg. Bujok!  :p  Papa post by bus...

Isnin, 27 September 2010

Salam Aidilfitri 1431 Hijrah...

Tak terlambatkan untuk ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua??!!! Raya kan sebulan...  :p

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN dari Mama, Baba dan Ajmal Mirza untuk semua.  :)

Mama tak sempat nak update my dear diary disebabkan selepas naik keje lepas cuti raya, keje menimbun dan PTK untuk pentadbir, guru besar dan pengetua kena laksanakan pada 25/9... Naik ofis pun dah 22/9 disebabkan meeting dulu kat KL.

Untuk makluman Mama Danish, gambar-gambar raya semuanya dalam kamera Cik Anim.. Mama x sempat nak amik softcopy. So, lambat la sket nak upload gamba2 sekitar raya ye... tapi akan diusahakan ASAP.

Hmmmmm, raya ni tak best sangatlah sebab Danish takde, Amjad pun takde...Ajmal buli Cik Su dan Cik Snow je lah... kalau tak dia yang akan dibuli oleh Abg Danish dan Abg Otromen Cosmos (gelaran baru untuk Amjad)...  :)

Tahun depan, semua balik yer...pwwweeeeeeeaaaaase

Hobi No. 1 Ajmal kat kampung...mandi sokmo!!
~ Update on 25 Nov 2010 ~
Setelah sekian lama, barulah Mama berjaya meng'upload' gambar-gambar sekitar Raya Aidilfitri 2010. Seperti yang Mama katakan, gambar-gambar tak banyak sangat sebab tak semangat nak snap pics...semua tak balik! 2-3 kerat ni je lah... 
On to the pics! 
 
Ajmal bersama Ayah Cu
Bersama Cik Snow dan Cik Su
Anak dara dan teruna Mak Long Pasir Mas

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP