Jumaat, 23 Julai 2010

Hari kerja cuti, hari cuti kerja...

Mama ambil cuti ganti hari ni... nak rehat and spent time with Ajmal. Tapi, Ajmal kena hantar rumah Cheq Na jugak sebab Mama kena servis kereta Angah. Meter terlebih sudah... Mama tak sempat nak servis minggu lepas sebab outstation. 

Esok pulak kena gi ofis sebab ada kerja penting kena siapkan ASAP! masuk angin keluar asap...  :(  Hampeh tol!

Rabu, 21 Julai 2010

10sen dan hangin... :(

Mama hangin satu badan!!! Buat kerja pun moncong je... Mama cukup hangin bila ada yang tak selesaikan kerja kat ofis, tapi bila datang bengkel key-in data, borang tu takde, borang ni takde. Pastu nak amik jalan mudah, rekod tak terima! Mana boleh, tak adil kepada calon yang memang datang temuduga dan isi borang pemerhatian (ini borang2 yang terlibat dlm PTK anggota khidmat sokongan, Mama kan urus PTK). So, tak kisahlah kalau ngko kena berhabis bayar fax kat hotel, sebab nape kat ofis ngko tak buat keje?? :( Kalau settlekan semua masalah kat ofis, datang sini kan, senang.... Itu semalam. Hari ni Mama ok jer... :p

Teringat perbualan dengan En. Lokman, pegawai ICT BPPK semalam...
"Saya dah nampak dah...Puan tengah marah ye? Sebelum ni selalu nampak puan ketawa, senyum, happy je, hari ni senyap dan consentrate kerja...ooooo, mcm ni la gaya kalau puan marah ye...?"
"Eh, nampak ke? Memang saya tengah ala2 marah ni..." jawab Mama.
"Kenapa tak luahkan? Bahaya untuk kesihatan!" kata En. Lokman sambil ketawa.
"En. Lokman, nak luahkan kemarahan perlu jugak fikirkan risiko after that. Kalau kita tak bijak menangani kemarahan, risikonya lebih berat perlu ditanggung selepas tu. Dibuatnya orang yang kita marah tu, terus give up dan boikot kita, langsung tak nak buat kerja, lagi teruk kita! So, better tegur dengan cara berhemah, dan sama2 bantu dia selesaikan kerja. Dia selesaikan kerja, kita pun senang. Betul tak?" panjang lebar Mama menerangkan pada dia sambil tersenyum, huhuhu  :p

Semasa Mama dok menerangkan dan bersembang dengan En. Lokman, orang yang Mama maksudkan tu ada kat luar dewan dan terdengar perbualan Mama. Biarlah dia dengar... Mama bukan mengutuk dia. Mama bercakap apa yang benar.

Hari ni dah settle key-in markah, hantar untuk auditan.

So, esok dah boleh balik! Ajmal, Mama miss you soooooooo much!  :-*

Isnin, 19 Julai 2010

Mama sedey...

Dah 4 hari tinggalkan Ajmal dengan Baba kat JB. Baba selalu update Mama... tiap2 malam Ajmal akan terjaga, merengek dan macam tercari2 sesuatu. Agaknya dia terfikir "mana la perempuan yang selalu tido ngan aku nih??"

Tadi, pihak urusetia baru announce, Ketua Unit perlu ada pada Rabu malam, 8.30 mlm utk taklimat akhir. Berkecai harapan Mama untuk blah awal... isk, isk. :(

Jumaat, 16 Julai 2010

Malas fikir tajuk...

Semalam Mama dah cuba resipi yang Mama amik dari Kak Inna Lamin. Ayam goreng tu macam biasa je... Mama lagi prefer yang Mama selalu buat, resipi yang letak jintan tu. Tapi Baba dan Ajmal cakap sedap..hehehe Ajmal tak de le cakap, tapi dari gaya dia makan tu, nampak macam sedap! :p

Ikan tiga rasa tu memang sedap. Rasa macam ikan tiga rasa yang selalu Mama makan kat kedai tu! chewwwwwwaaaah perasaan! ;) Tapi memang betul la...maybe sebab letak sos thai tu. Mama rasa tak payah masukkan kicap pun tak pe...sos thai tu dah rasa masam manis.

Mama takde la upload hasil yang Mama masak semalam ye, sebab presentation tak menarik. Mama terlebih minyak masa menumis...huhuhu. :p Nanti Mama akan masak lagi resipi ni bila jemput Abg Halim (abg Baba no.3) makan kat rumah nanti. Dia datang JB, bertugas di Balai Polis Central sebulan. Cian Cik Za & anak-anak...

Sekarang ni Mama dah ada kat Seri Cempaka Service Suite, Cheras, sampai 22hb nanti... masukkan data ujian khas PTK. Kesian anak Mama... Ajmal dok elok-elok ngan Baba ye, jangan nakal2. I'm going to miss u... :-*

Khamis, 15 Julai 2010

Masa marah tak hengat, pastu menyesal...

Malam semalam, geram punya pasal, Mama telah membiarkan Ajmal meraung, menangis, menjerit... lebih kurang setengah jam!

Dia lapar, Mama nak suapkan nasi... tapi mestilah Mama kena masak dulu kan.. Dia pulak buat perangai tak nak duduk, minta dokong jer.. buatkan susu, tak nak! Suruh tengok tv, tak nak! Macam mana nak masak?? Kalau ada bibik tu, lain la...

Mama yang hangin bertambah hangin bila Baba pulak balik lewat... Akhirnya, Mama biarkan dia melalak, meraung sampai teresak-esak. Mama teruskan aktiviti memasak tanpa hiraukan dia. Sampai satu tahap, Mama pun tak tahan dah dengar dia meraung, bingit.. Mama angkat dia. Otometik je senyap, dan terhenggut2 menahan esakan kat bahu Mama... Mama pulak yang sedih. Mata dia pun macam dah tak boleh buka. Mama bagi susu, letak dalam buaian terus je tido... Kesian pulak kat Ajmal, terus tak makan nasi.

Malam tu, Mama nengok je dia tido... sayu hati Mama. :( Menyesal biarkan dia menangis teresak2 tadi... tapi, time marah x hengat dunia! Mungkin inilah yang selalu terjadi pada kanak-kanak yang didera tu... Na'uzubillah! Tapi kemarahan Mama bukanlah sampai tahap nak dera anak... tahap geram jer, lepas tu menyesal la... :(

Ajmal, Mama saaaaaaayang sangat kat Ajmal! :-*

Selasa, 13 Julai 2010

Padan muka Mama!

Gelenya!!!

Doh tau banyak lagi keje lain, nape gelenya sangat hari tu hadir masa Mesyuarat Agong Puspanita?? Last2 dilantik jadi Pengerusi Biro Dokumentasi dan Penggambaran. Mama ni dilantik untuk buat buletin??? :-S Hooooohh, masakla korang tunggu buletin tuh!!

Sekarang ni mula rasa terbeban bila kerja hakiki pun menimbun, Pengerusi Puspanita pulak dah bisik2 kat Mama, " Maz, siapkan buletin ye..." :-@

Mama menulis selepas mesyuarat Puspanita... baru habis nih!

Ahad, 11 Julai 2010

Perlu ada anjakan paradigma ye...

2-3 menjak ni Mama & Baba selalu berbincang tentang projek menternak kambing, lembu dan ayam...huhuhu   :-/

Mama memang berminat nak jadi usahawan penternakan nih! Sejak dulu lagi, cuma tiada peluang dan modal je..  :(
Actually, Mama tak minat sangat la kerja gomen ni.. tapi dah tak de keje lain, dan life pulak memerlukan sumber kewangan, so Mama bersyukur sangat2 dengan apa yang Mama dapat sekarang ni. Tapi, Mama tak akan berhenti untuk mencapai cita-cita Mama untuk menjadi usahawan berjaya, suatu hari nanti, Insya-Allah...  B-)

Happy Birthday Baba, we love U!

Ooooopsss, Mama nyaris2 lupa! Today (10/7/2010) is Baba's birthday... :)

Lebih kurang pukul 5.30 ptg tadi, Mama ke kedai kek... with Ajmal la, sape lagi... Nak buat a really big surprise, don't have much time!

Bila Baba balik petang tadi, Mama kelam kabut nyalakan lilin, tutup semua lampu.. Well, it took him by surprise. He didn't even remember his own birthday! ;)


Mama minta maaf sebab tak sempat sediakan apa2 pun, even his birthday's present. :( Baba kata, it's ok...ingat birthday dia pun dah ok sesangat. So, hadiah tu, kira x yah le ye..kira sekali harung ngan hadiah anniversary lepas ye.. :p

By the way, Mama dapat tau dari Nek Mi pagi tadi, Danish tak berapa sihat sekarang. Hari Isnin nanti admitted. Mama harap Papa & Mama banyak2 bersabar ye... Mama faham perasaan uols. Tambah2 lagi hal melibatkan anak ni... :(

Sabtu, 10 Julai 2010

Air tangan Kak Inna Lamin (' ',)

Masa kursus Protokol dan Etiket Sosial kat IKWAS, Mama berkenalan ngan seorang kakak nurse dari Hospital Kota Tinggi. Baik orangnya dan kelakar... Banyak jugak Mama menuntut ilmu masakan dengan ibu dua orang anak ni... :)
Di bawah ni, resipi2 yang Mama minta dari Kak Inna..

AYAM REMPAH BERMADU
Bahan2 diblend :
Cili kering
Halia
Kunyit
Serai
Sedikit lengkuas
Bawang merah & bawang putih
Garam secukup rasa
Madu
Daun kari dan serai dihiris nipis (semasa menggoreng)

Perap ayam dengan bahan yang telah diblend selama 2 jam. Selepas minyak panas, masukkan daun kari dan serai yang dihiris2, kemudian masukkan ayam yang diperap tadi. Sedap! (Kak Inna yang cakap, Mama belum cuba). Bila dah buat dan menjadi, Mama update ye.. Kalau tak jadi, Mama cuba lagiiiii...  :p


IKAN 3 RASA
Bawang besar merah & bawang putih dipotong dadu
Tomato potong dadu
Cili padi dihiris
Sos tiram
Sos cili thai
Sedikit kicap dan sos plum
Daun limau purut
Ikan apa2 je (yang sesuai dibuat 3 rasa laa..) digoreng garing (x garing pun boleh)

Tumis semua bahan2. Masukkan ikan. Daaaah!


KETAM BEREMPAH
Bahan2 diblend halus :
Bawang merah & bawang putih
Serai
Cili padi (ikut rasa)
Serbuk kari

Ketam
Garam + gula secukup rasa

Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang telah diblend halus sampai naik bau. Masukkan sedikit air asam. Masukkan ketam. Sekiranya ketam banyak, boleh tambah air dan biarkan hingga kering sedikit.

:)  :d  ;)  B-)  :-*  :x

Baca sampai habis dan fikir-fikirkan ye...

Ini cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang berjaya.

Beginilah kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak...
"Ada duit? Mintak ayah sikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulillah, mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik mintak duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar diteka reaksinya.
"Bagilah setakat yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengangguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit... Tapi untuk tidak menghampakan dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah, apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota, di kocek anak saya sudah terselit wang 10 ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Gelihati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi permintaan ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan permintaannya dan tetap tersenyum apabila menerimanya. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap kali memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta duit pada saya bukan kerana 'tidak ada' tetapi dia ada yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas,  tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ni..." ujar ayah senyum.

Apapun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan ke kocek anak saya. "Eh, tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta! Di samping menjadi penulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat, saya sudah mampu membeli MPV untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekali pun, saya tetap pulang menziarahi ayah dan emak. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya ayah memberi bukan kerana kelebihan atau kekurangan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah Al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu dan bapa yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibubapa yang telah tua tapi mengabaikan mereka."

"Memberi kepada ibubapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka berkekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w., keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa."

Jaga diri, hiasi peribadi  :x
:x  :x  :x

Khamis, 8 Julai 2010

Cuti-cuti balik kampung...

29 Jun 2010
Jadi jugak Mama balik Kelantan. Mama bertolak lebih kurang 10.30 pagi. Perjalanan balik kampung memang menyeronokkan. Banyak jugak pitstop kami sepanjang perjalanan. Tak leh lama2 dalam kereta, Ajmal boring, meragam je.. Kena stop sekejap2.. tapi tak boleh la berenti lama2, tak sampai Kelantan la jawabnya. 12 jam perjalanan, kebas punggung weiiihh.. :p
1st pitstop: Kami melalui pantai ni setiap kali balik kampung. Area Pekan... Bukan pantai komersial. Tak ramai orang kat sini. Hanya orang memancing dan traveller yang berenti rehat...macam kami laa...

2nd pitstop: Stop lunch kat warung ni. Mee celup dia best. Belakang kedai ni ada tandas yang disayangi oleh tuan punya dia! :D

Singgah kat sini semata-mata nak beli satar. Mama loooiikeee satar very the much!!

Best gila cuti2 and bermalas-malasan kat kampung. Ajmal pun seronok main ball ngan Tok Pa. Kawasan rumah kat kampung luas, so seronok la Ajmal berlari ke sana sini. Pantang bukak pintu, nak 'tateh' (jalan2) jer...Pakaikan kasut, terus ajak Tok Pa or Cik Snor tateh... Pagi2 dah naik motosikal, round2 kampung ngan Tok Pa...

Kat kampung, Nek Mi bela kucing. Ajmal suka membuli kucing2 tu, takut kucing2 tu bila nampak Ajmal..

Ajmal dok pulun durian.
"Abg Amjad, Adik Amal pinjam baju tido Abg Amjad ye..."
Mek Baba ada dusun durian, walaupun Mek xde (g rumah anak2 dia kat KL), Baba balik Seligi angkut durian Mek. Sedapnya isi durian 'kampung' Mek. Apa lagi... makanan sume bertemakan durian. Pulut durian, pengat durian, budu letak durian...yummmy.. ;) Ajmal pun suka durian!


2 Julai 2010
Mama terjaga Baba dah tak de.. ke manakah? Nek Mi bagitau, pagi2 lagi Baba dah ke pusara Hurin Ain. Dari rumah, Mama nampak Baba kat depan pusara puteri kami. Lain kali Mama ziarah pusara Hurin ye, sayang... Kali ni, Mama sedekahkan Al-Fatihah dari jauh je.. Mama uzur... :(

Bila balik kampung, staf kat ofis mesti minta Mama belikan apa2 je dari Kelantan. Kali ni, ramai yang pesan supaya Mama beli tikar plastik yang lipat tiga tuh! Sorang2, pesan 2-3 bidang. Macam Bangla jual tikar lak!! :p Serunding, wajib beli!! Mama bawak lebih daripada pesanan pun, sure habis punya! X yah risau... Ada yang pesan rempah ikan nasi dagang, kat JB x de ke? :-/


3 Julai 2010
Perjalanan balik ke Johor Bahru selalunya tidak menyeronokkan. Tapi kali ni, kami bertolak awal dan singgah rumah Abg Halim (abg Baba no.3) di kuarters polis Kuala Terengganu. Pada waktu petang, kami amik kesempatan melawat Taman Tamadun Islam. Walaupun tiap kali balik kampung, mesti akan nampak Masjid Kristal tu dari atas jambatan, tapi inilah kali pertama Mama dan Baba ke Edutainment Park ni, untuk melihat dengan lebih dekat. B-)




Memang luas tempat ni, dan memang memenatkan bila terpaksa mengejar Ajmal yang nak berjalan sendiri, tak nak orang pegang tangan dia, dan nak pergi tempat yang orang lain tak nak pergi... asyik melawan arus je... Mama asyik tangkap gambar je, so Baba ler yang terpaksa 'menangkap' Ajmal!!
" kejar ye Baba, nanti ilang anak kesayangan awak tuh!"

Banyak betul replika masjid kat Taman Tamadun Islam ni. Mama asyik tangkap gambar, sampai terlupa tak sempat pun nak baca nama masjid2 tu dan its explanation... Ajmal pulak masih nak berjalan sendiri. Nak pegang tangan dia, ditepisnya. Nak dokong, menjerit2 nak jalan sendiri. Baba pun apa lagi, biarkan je Ajmal berjalan sendiri.. sambil berjalan, dikutipnya segala benda. Penat jugak melayan dia. Banyak sangat replika tu, sampai dah tak larat Mama nak berjalan lagi. Replika yang kat ujung2 tu, Mama amik gambar dari jauh jer... Sampaikan Ajmal pun dah tak larat, sampai termuntah... :) Sampaikan angkat tangan minta dokong. Mama suruh dia jalan sendiri, siap geleng2 kepala lagi, x nak....Haaaa, baru dia rasa...
Tengoklah Ajmal yang suka buat hal sendiri... Bila dah penat, tak nak jalan lagi. Nak duduk aje, sambil minum...

4 Julai 2010
Bertolak pagi2 lagi dari rumah Abg Halim. Kena sampai awal sebab 5hb Julai Mama kena kursus di IKWAS. Perjalanan balik JB memang selalu membosankan! :-S Baba drove all the way from Kuala Terengganu to Johor Bahru sebab Ajmal meragam x nak duduk dengan co-pilot dan tak nak tido. Kalau Mama drive, dia nak duduk atas riba Mama, behind the wheel. Mama x berani... tapi kalau Baba yang drive, bolehla Ajmal duduk atas riba dia. So, Baba je la yang drive walaupun mengantuk dan penat. Kami berenti makan je kat satu tempat makan ni, Mama lupa nama tempat makan tu.. dah 2 kali kami berenti makan kat situ. Lauk2 dia sedap.

Sebab Baba mengantuk sangat, kami stop kat Pantai Air Papan. Dapat lah Baba tido sekejap, lagipun masa tu, Ajmal pun tido... Bila Ajmal bangun, dia nampak pantai terus tunjuk2...tuh! tuh!

Ajmal sekarang dah pandai posing, macam gaya otromen! Sebenarnya dia dok kira 1, 2, 3!!!!! Bila kiraan tiga je terus angkat tangan. Mama pun snap! Pandai anak Mama mengira ye....

Kesimpulannya, cuti balik kampung memang menyeronokkan dan membahagiakan!!! hmmmmm... :-*

Mama menulis dari Bilik 116, Asrama Impian, IKWAS.



Khamis, 1 Julai 2010

Air Dalam Botol Plastik

Kawan Mama send mesej ni dalam inbox Yahoo Mama. Mama dah tau hal ni sebab dah ada kawan yang pernah nasihatkan Mama jugak sebelum ni. Tapi, biasalah... Mama ni ignorant la... Kalau time dahaga tu, kebetulan ada air mineral dalam kereta, Mama minum jer... masa nak minum tu terfikir jugak, tapi selalu sedapkan hati, "Insya-Allah, tak pe kot...

Ingat!!! Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah berbahaya!

Dengan cara inilah Sheryl Crow (penyanyi tu...) mengalami kanser payudara. Dia tampil dalam rancangan talkshow Ellen Degeneres Show dan mengatakan hal yang sama. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab utama kanser payudara, terutama di Australia.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa menghidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata: Wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Doktor menerangkan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol menyebabkan penghasilan bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara. Hawa panas dapat menyebabkan racun/toksin dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Jadi tolonglah berhati-hati dan jangan meminum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati...mungkin juga secebis informasi ini akan menyelamatkan hidup kita. Seboleh mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Ataupun, jangan sekali-kali tinggalkan botol mineral yang masih ada air di dalam kereta. Bila dah takde botol mineral ditinggalkan, takde la kita minum air tu, idok gitu?

Ingatan ini bukan hanya untuk Mama, tapi juga untuk semua wanita yang membaca, terbaca atau terjenguk blog Mama ni...especially to Mommy Amjad, Mama Danish, Cik Anim, Cik Syuqi dan Cik Su. :-* ( Nek Mi tak reti bertenet2.. :p )


Jaga diri, hiasi peribadi :x

:x :x :x

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP