Mama hangin satu badan!!! Buat kerja pun moncong je... Mama cukup hangin bila ada yang tak selesaikan kerja kat ofis, tapi bila datang bengkel key-in data, borang tu takde, borang ni takde. Pastu nak amik jalan mudah, rekod tak terima! Mana boleh, tak adil kepada calon yang memang datang temuduga dan isi borang pemerhatian (ini borang2 yang terlibat dlm PTK anggota khidmat sokongan, Mama kan urus PTK). So, tak kisahlah kalau ngko kena berhabis bayar fax kat hotel, sebab nape kat ofis ngko tak buat keje?? :( Kalau settlekan semua masalah kat ofis, datang sini kan, senang.... Itu semalam. Hari ni Mama ok jer... :p
Teringat perbualan dengan En. Lokman, pegawai ICT BPPK semalam...
"Saya dah nampak dah...Puan tengah marah ye? Sebelum ni selalu nampak puan ketawa, senyum, happy je, hari ni senyap dan consentrate kerja...ooooo, mcm ni la gaya kalau puan marah ye...?"
"Eh, nampak ke? Memang saya tengah ala2 marah ni..." jawab Mama.
"Kenapa tak luahkan? Bahaya untuk kesihatan!" kata En. Lokman sambil ketawa.
"En. Lokman, nak luahkan kemarahan perlu jugak fikirkan risiko after that. Kalau kita tak bijak menangani kemarahan, risikonya lebih berat perlu ditanggung selepas tu. Dibuatnya orang yang kita marah tu, terus give up dan boikot kita, langsung tak nak buat kerja, lagi teruk kita! So, better tegur dengan cara berhemah, dan sama2 bantu dia selesaikan kerja. Dia selesaikan kerja, kita pun senang. Betul tak?" panjang lebar Mama menerangkan pada dia sambil tersenyum, huhuhu :p
Semasa Mama dok menerangkan dan bersembang dengan En. Lokman, orang yang Mama maksudkan tu ada kat luar dewan dan terdengar perbualan Mama. Biarlah dia dengar... Mama bukan mengutuk dia. Mama bercakap apa yang benar.
Hari ni dah settle key-in markah, hantar untuk auditan.
So, esok dah boleh balik! Ajmal, Mama miss you soooooooo much! :-*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan