Masa kursus Protokol dan Etiket Sosial kat IKWAS, Mama berkenalan ngan seorang kakak nurse dari Hospital Kota Tinggi. Baik orangnya dan kelakar... Banyak jugak Mama menuntut ilmu masakan dengan ibu dua orang anak ni... :)
Di bawah ni, resipi2 yang Mama minta dari Kak Inna..
AYAM REMPAH BERMADU
Bahan2 diblend :Cili kering
Halia
Kunyit
Serai
Sedikit lengkuas
Bawang merah & bawang putih
Garam secukup rasa
Madu
Daun kari dan serai dihiris nipis (semasa menggoreng)
Perap ayam dengan bahan yang telah diblend selama 2 jam. Selepas minyak panas, masukkan daun kari dan serai yang dihiris2, kemudian masukkan ayam yang diperap tadi. Sedap! (Kak Inna yang cakap, Mama belum cuba). Bila dah buat dan menjadi, Mama update ye.. Kalau tak jadi, Mama cuba lagiiiii... :p
IKAN 3 RASA
Bawang besar merah & bawang putih dipotong daduTomato potong dadu
Cili padi dihiris
Sos tiram
Sos cili thai
Sedikit kicap dan sos plum
Daun limau purut
Ikan apa2 je (yang sesuai dibuat 3 rasa laa..) digoreng garing (x garing pun boleh)
Tumis semua bahan2. Masukkan ikan. Daaaah!
KETAM BEREMPAH
Bahan2 diblend halus :Bawang merah & bawang putih
Serai
Cili padi (ikut rasa)
Serbuk kari
Ketam
Garam + gula secukup rasa
Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang telah diblend halus sampai naik bau. Masukkan sedikit air asam. Masukkan ketam. Sekiranya ketam banyak, boleh tambah air dan biarkan hingga kering sedikit.
:) :d ;) B-) :-* :x
Tiada ulasan:
Catat Ulasan