Kawan Mama send mesej ni dalam inbox Yahoo Mama. Mama dah tau hal ni sebab dah ada kawan yang pernah nasihatkan Mama jugak sebelum ni. Tapi, biasalah... Mama ni ignorant la... Kalau time dahaga tu, kebetulan ada air mineral dalam kereta, Mama minum jer... masa nak minum tu terfikir jugak, tapi selalu sedapkan hati, "Insya-Allah, tak pe kot...
Ingat!!! Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah berbahaya!
Dengan cara inilah Sheryl Crow (penyanyi tu...) mengalami kanser payudara. Dia tampil dalam rancangan talkshow Ellen Degeneres Show dan mengatakan hal yang sama. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab utama kanser payudara, terutama di Australia.
Seorang teman yang ibunya didiagnosa menghidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata: Wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Doktor menerangkan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol menyebabkan penghasilan bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara. Hawa panas dapat menyebabkan racun/toksin dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Jadi tolonglah berhati-hati dan jangan meminum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta.
Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati...mungkin juga secebis informasi ini akan menyelamatkan hidup kita. Seboleh mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Ataupun, jangan sekali-kali tinggalkan botol mineral yang masih ada air di dalam kereta. Bila dah takde botol mineral ditinggalkan, takde la kita minum air tu, idok gitu?
Ingatan ini bukan hanya untuk Mama, tapi juga untuk semua wanita yang membaca, terbaca atau terjenguk blog Mama ni...especially to Mommy Amjad, Mama Danish, Cik Anim, Cik Syuqi dan Cik Su. :-* ( Nek Mi tak reti bertenet2.. :p )
Jaga diri, hiasi peribadi :x
:x :x :x
Tiada ulasan:
Catat Ulasan