Malam semalam, geram punya pasal, Mama telah membiarkan Ajmal meraung, menangis, menjerit... lebih kurang setengah jam!
Dia lapar, Mama nak suapkan nasi... tapi mestilah Mama kena masak dulu kan.. Dia pulak buat perangai tak nak duduk, minta dokong jer.. buatkan susu, tak nak! Suruh tengok tv, tak nak! Macam mana nak masak?? Kalau ada bibik tu, lain la...
Mama yang hangin bertambah hangin bila Baba pulak balik lewat... Akhirnya, Mama biarkan dia melalak, meraung sampai teresak-esak. Mama teruskan aktiviti memasak tanpa hiraukan dia. Sampai satu tahap, Mama pun tak tahan dah dengar dia meraung, bingit.. Mama angkat dia. Otometik je senyap, dan terhenggut2 menahan esakan kat bahu Mama... Mama pulak yang sedih. Mata dia pun macam dah tak boleh buka. Mama bagi susu, letak dalam buaian terus je tido... Kesian pulak kat Ajmal, terus tak makan nasi.
Malam tu, Mama nengok je dia tido... sayu hati Mama. :( Menyesal biarkan dia menangis teresak2 tadi... tapi, time marah x hengat dunia! Mungkin inilah yang selalu terjadi pada kanak-kanak yang didera tu... Na'uzubillah! Tapi kemarahan Mama bukanlah sampai tahap nak dera anak... tahap geram jer, lepas tu menyesal la... :(
Ajmal, Mama saaaaaaayang sangat kat Ajmal! :-*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan