Memaparkan catatan dengan label Working life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Working life. Papar semua catatan

Khamis, 5 Januari 2023

Program Sekolah Berselawat Peringkat Negeri Johor

Pagi tadi Mama menghadiri Program Sekolah Berselawat Negeri Johor yang diadakan di SK Taman Bukit Tiram. Slot tazkirah bertajuk "Selawat" disampaikan oleh Al Fadhil Tn Hj Mohd Kamal bin Md Said, Pengerusi Pondok Anwarul Mahabbah, Kluang.

Kandungan tazkirah beliau sangat simple, senang sampai ke otak, melekat dan menusuk ke hati. Selawat ini simple tapi miracle. Beliau menceritakan lima kisah benar yang berlaku pada orang-orang yang beliau pernah bagi tazkirah tentang kelebihan mengamalkan selawat. 

Sekali kita berselawat kepada Rasulullah, 10 kali Allah berselawat dan melimpahkan rahmat kasih sayang kepada kita. 

Kawan sepejabat Mama pun turut hadir ke program tu.. Nama dia Norzalinawati. Dia hadiahkan Mama buku selawat. Semoga Allah melimpahkan rezeki melimpah ruah kepada beliau dan pahala yang mengalir kepada beliau juga dengan asbab Mama berselawat dan membaca buku ini.


By the way, Mama lupa nak update.. Mama dah bertukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor berkuat kuasa pada 15 Oktober 2021. 

Ahad, 14 Oktober 2018

Akhirnya Mama alaminya juga...

Mama kena catatkan peristiwa ini... supaya tak terlupa yang kita sekeluarga pernah terpaksa berkorban demi sebuah kehidupan. Chewwaaaaaaahhh...

Mama telah ditukarkan dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Johor Bahru ke APMM Zon Maritim Batu Pahat berkuatkuasa 1 Ogos 2018. So, semenjak 1 Ogos 2018 sehingga ke entry ini ditulis, Mama telah berkhidmat di Batu Pahat di mana ada hari-harinya Mama ulang alik setiap hari menghabiskan duit minyak dan duit tol dan adakalanya Mama stay di bilik sewa di Taman Soga, Batu Pahat bagi mengurangkan perbelanjaan minyak dan tol.

Pada hari-hari Mama bermalas-malasan di rumah sewa di Batu Pahat, baring-baring sahaja tanpa membuat apa-apa layan drama Korea, tunggu masa nak tidur sahaja, Baba di Johor Bahru yang akan menguruskan semua hal anak-anak termasuk menghantar anak ke rumah pengasuh, menghantar anak ke tempat mengaji dan membasuh baju anak-anak. Mama akan balik hari Isnin dan hari Khamis ke JB. Sampai bila keluarga kita akan menjalani kehidupan sebegini??? πŸ˜•

Setiap kali Mama stress dan rasa sedih, rasa nak menangis, rasa tak berdaya, Baba akan tenangkan hati Mama dengan kata-kata " Sabar Mama, Allah nak bagi dugaan kecil je ni. Selama ni Allah bagi kita senang, urusan hidup mudah... So, untuk dugaan sekecil ini, bertabah dan terimalah dengan redha".

Soalan semua orang, "Puan dah pindah Batu Pahat, semua pindah ke? Anak-anak tukar sekolah ke? Jual ke rumah kat JB? Belilah rumah kat Batu Pahat pula...."

Jawapan Mama, "Saya sewa bilik je kat Batu Pahat. Anak-anak masih di JB, suami yang jaga dan uruskan anak-anak. Susahlah nak tukar sekolah anak-anak tengah tahun ni...lagipun, saya tak pernah terfikir yang anak-anak kena tukar sekolah ke sana sini setiap kali saya kena pindah. Sekejap je saya kat Batu Pahat ni...."

Jawapan ini menunjukkan Mama memang berharap sangat bila Mama naik pangkat nanti, semoga akan ada kekosongan gred jawatan Mama di Johor Bahru, Insyaa Allah...

Nasib baiklah jarak Johor Bahru dan Batu Pahat ni 2 jam perjalanan sahaja...


Khamis, 17 Mei 2018

Majlis Perbarisan Istiadat dan Majlis Makan Malam Beradat APMM Wilayah Maritim Selatan

Assalamualaikum Dear Diary,

After 13 years since the last time Mama wore Baju Istiadat No. 1 dan Mess Kit, 14 Mei 2018 menyaksikan Mama menyarungkan sekali lagi Baju Istiadat ini untuk majlis yang julung kali dilaksanakan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Wilayah Maritim Selatan. Yang pasti semua baju istiadat ni kena buat yang baru sebab baju lama dah mengecut... πŸ˜‚πŸ˜‚

Kenangan yang sangat bermakna since Mama juga menjadi Urusetia Induk untuk majlis ini. Daripada urusan jemputan sehinggalah urusan menentukan sitting arrangement dan peraturan² yang perlu dipatuhi dan dijaga sepanjang majlis istiadat ini berlangsung. Banyak yang Mama belajar daripada pengurusan majlis istiadat ini.

Gambar-gambar sekitar Majlis Perbarisan Istiadat pada waktu siang di Jeti APMM Sungai Pulai, Gelang Patah.

With Puan Irmawati, Ganesan, Norhidayah, Maznah and Zahratul Ziha. 😍😘


Leftenan (M) Firdaus, Lt. Kdr (M) Izuar, Lt. Dya (M) Hafiz, Mama, LK I (M) Bakhruddin, LK I (M) Jeffson. 

Bersama staf² Mama daripada Seksyen Pengurusan yang sangat disayangi... LK I (M) Fatihah, Amirulazmi dan LK (M) Norehan.


Gambar-gambar sekitar Majlis Makan Malam Beradat pada waktu malam di Grand Ballroom Hotel Holiday Villa.

Norhidayah, Zahratul Ziha, Lt Dya (M) Hafiz, Mama, Maznah dan Asrol.

Credit to Puan Irmawati who captured this nice pic from the view of High Table. 

With YH Laksamana (M) Dato' Sri Zulkifli bin Abu Bakar, Ketua Pengarah APMM and his wife, Datin Sri Norsiah.

Posing wajib berlatar belakang backdrop. πŸ˜„πŸ˜†

Selasa, 23 Mei 2017

Terlebih rajin...

Assalamualaikum, Dear Diary...❤

Terlebih rajin pulak Mama menulis dua tiga hari ni. Almaklumlah, sedang Cuti Kuarantin jaga Atif kena chicken pox.

Tapi walaupun cuti, Mama tetap bekerja... bekerja dari rumah. Sekarang ni zaman teknologi, semua kerja pejabat boleh diselesaikan walaupun sedang bercuti di rumah. Asalkan ada PC dan line internet, semua beresssss. 😎

One more thing, walaupun handphone Mama seringkali di'kidnap' oleh Atif, tapi Mama masih boleh ber'whatsapp' tanpa gagal dengan menggunakan Whatsapp Web. See..... senang betul kerja dengan adanya teknologi ni. Tapi kemajuan teknologi ni kalau disalahgunakan, parah jadinya. Ada harga yang perlu dibayar untuk setiap kemajuan dan pembangunan. 😞

Back to cerita bekerja dari rumah...

Pengarah Maritim Daerah whatsapp tanya Nota Serah Tugas Ketua Pengarah kita dah hantar ke?
Mama terlupa dah sebenarnya task tu, tapi sepantas kilat Mama whatsapp semua Timbalan Pengarah lain untuk bagi maklumat Seksyen masing-masing. One hour later, Nota Serah Tugas telah selamat diemelkan ke Wilayah Maritim Selatan (WILSEL). Selesai!

Timbalan Pengarah (Pengurusan) WILSEL whatsapp minta bantuan boleh ke sediakan driver bawa peserta kawad ke Pusat Latihan Amsas?
Terus Mama whatsapp Asyraf... (staff yang sangat senang minta tolong, semoga segala urusan beliau dipermudahkan Allah sebab dia selalu permudahkan kerja orang lain). Selesai!

Staf Admin whatsapp tanya boleh ke Seksyen Operasi minta sediakan sajian untuk Mesyuarat Operasi?
Well, Mama terus whatsapp urusetia mesyuarat sendiri bagitau suruh dia baca Arahan Ketua Pengarah APMM berkaitan kawalan dalaman penjimatan "sajian tidak dibenarkan untuk mesyuarat, hanya sediakan air mineral dan biskut sahaja." Walaupun ada nada tak puas hati dari urusetia... Selesai!

Untuk mesyuarat yang Mama jadi urusetia, selalu Mama yang sponsor sajian, nasi lemak ke, kuih-muih ke... Penjimatan duit pengurusan, tapi ketirisan duit Timbalan Pengarah Pengurusan...huhuhuuuu 😭

Malam tadi sempat mengajar Nuha membaca buku English. Merangkak-rangkak Nuha menyebut perkataan English.

"How many languages do you sepak" (How many languages do you speak?)

Mama gelak sampai keluar air mata. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜πŸ˜πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Selasa, 6 Disember 2011

HRMIS yang hamis, hampeh dan yg sewaktu dengannyer......

Walaupun baru habis pantang, dan masih bercuti tapi...here I am... di rumah adikku, Anem, bertungkus lumus memberi markah prestasi kepada anggota pentadbiran dan kewangan maritim daerah Johor Bahru...bertungkus lumus dan berpenat lelah sbb berchenta nak masuk sistem HRMIS! Lembap basah, lesu, lambat, lembu dan semua binatang kat hutan (lembu mesti marah, kenapa dia dikaitkan dalam kontroversi ini :p)...

Dateline utk PPP masukkan markah 9 Disember 2011. Kalau Mama lambat key-in, nanti Kepten Sabri (Pegawai Penilai Kedua) tak boleh bagi markah kpd staf2 Mama. Tak pasal2 dia kasik markah rendah kat LNPT Mama pulak sebab lembab!!!

Actually, Mama terlibat dalam kancah ini semenjak dalam pantang lagi! Belum habis pantang, Mama dah ulang alik dtg umah Cik Anem sbb rumah dia ada streamyx. Kat Kg. Bujok, coverage ada tapi kat depan pintu depan jer...itu pun mcm siput sedut, terkemut-kemut...nak berfesbuk pun, ala-ala manjer, inikan pulak nak masuk sistem HRMIS yang memang diketahui ramai memang hamis dan hampeh! (kepada kawan-kawan Mama yang terlibat secara langsung dalam membangunkan sistem HRMIS ni, minta maap yer atas keramahan Mama mengutuk sistem ni. Tapi memang sistem HRMIS ni lembap skeeeeeeeet...)!

Rabu, 21 Julai 2010

10sen dan hangin... :(

Mama hangin satu badan!!! Buat kerja pun moncong je... Mama cukup hangin bila ada yang tak selesaikan kerja kat ofis, tapi bila datang bengkel key-in data, borang tu takde, borang ni takde. Pastu nak amik jalan mudah, rekod tak terima! Mana boleh, tak adil kepada calon yang memang datang temuduga dan isi borang pemerhatian (ini borang2 yang terlibat dlm PTK anggota khidmat sokongan, Mama kan urus PTK). So, tak kisahlah kalau ngko kena berhabis bayar fax kat hotel, sebab nape kat ofis ngko tak buat keje?? :( Kalau settlekan semua masalah kat ofis, datang sini kan, senang.... Itu semalam. Hari ni Mama ok jer... :p

Teringat perbualan dengan En. Lokman, pegawai ICT BPPK semalam...
"Saya dah nampak dah...Puan tengah marah ye? Sebelum ni selalu nampak puan ketawa, senyum, happy je, hari ni senyap dan consentrate kerja...ooooo, mcm ni la gaya kalau puan marah ye...?"
"Eh, nampak ke? Memang saya tengah ala2 marah ni..." jawab Mama.
"Kenapa tak luahkan? Bahaya untuk kesihatan!" kata En. Lokman sambil ketawa.
"En. Lokman, nak luahkan kemarahan perlu jugak fikirkan risiko after that. Kalau kita tak bijak menangani kemarahan, risikonya lebih berat perlu ditanggung selepas tu. Dibuatnya orang yang kita marah tu, terus give up dan boikot kita, langsung tak nak buat kerja, lagi teruk kita! So, better tegur dengan cara berhemah, dan sama2 bantu dia selesaikan kerja. Dia selesaikan kerja, kita pun senang. Betul tak?" panjang lebar Mama menerangkan pada dia sambil tersenyum, huhuhu  :p

Semasa Mama dok menerangkan dan bersembang dengan En. Lokman, orang yang Mama maksudkan tu ada kat luar dewan dan terdengar perbualan Mama. Biarlah dia dengar... Mama bukan mengutuk dia. Mama bercakap apa yang benar.

Hari ni dah settle key-in markah, hantar untuk auditan.

So, esok dah boleh balik! Ajmal, Mama miss you soooooooo much!  :-*

Jumaat, 25 Jun 2010

Mama kembali bersiaran...

Dear diary...

Mama baru balik kursus PAC tuh!! Kursusnya kat Bukit Lagong... Best sebab dapat jumpa kawan2 yang dah lama x jumpa! X best sebab... faham2 sendirila bila kursus... Teramatla sadisnya kenangan di waktu itu. Mama terasa amatlah bodoh kerana sepanjang kursus tu Mama mcm orang bodoh memang bodoh pung, sket2 πŸ˜ Dalam satu sesi LDK, Mama boleh tertido!!! Dahsyat sungguuuuuhhh.. Panel minta siapkan satu minit mesyuarat on the spot tentang perbincangan satu projek pembangunan...masa tulis minit tu la Mama tidoooo... 😝 

Terlupa nak bagitau... Masa sesi impromptu public speaking Mama dapat tajuk nih "............ relocated Zoo Negara to the rural area. Discuss." Bukan main lagi baca tentang RMK10, NKRA, Model Baru Ekonomi dan lain-lain tajuk yang bombastic la...tapi dapat tajuk ni. Tapi, cakap merapu jugak!! Terketar2, sampai beberapa kali silap sebut 'relocated'... 'recolated', 'relacoted' 'recoted'...mcm2 lagi la...hampeh tol! Masa dok berucap kat depan tu, asyik nampak muka Le'an je, yang terhangguk2 kala Mama terbelit2 lidah menyebut perkataan relocated!! πŸ˜…

Kursus ni untuk PTD batch kami, 2/2005 naik ke Gred 48 KUP (khas untuk penyandang kerja untuk percuma Post 48 sikit je, tapi yang mengejarnya ramai..ugh,ughhhh kejarla korang, Mama nak jalan slow-slow dulu. Lagipun, Mama x nak kena tukar ke Putrajaya dalam tempoh terdekat ni... rumah baru pun tak sempat nak duduk lagi. 

Hari Mama balik, Mama terus gi rumah Cheq Na, amik Ajmal... Mula2 dia tengok Mama, dia terkejut, then terus meluru ke arah Mama. Mama angkat dia dan dia peluk Mama, erat.... Mama sedih gila... Macam mana nih?? Bulan Julai ni makin lama Mama akan tinggalkan dia ngan Baba... 😒

Khamis, 17 Jun 2010

Meeting dan aktiviti makan-makan !! ;p

Meeting bersama Ketua Sektor baru tu sampai ke pukul 6 petang... maklumla, banyak benda nak update dan banyak benda jugak yang dia minta kami clarify. Di samping tu, kami raikan birthday beliau memandangkan semalam dia punya birthday. Kebetulan jugak, akauntan kami birthday dia hari ni. Happy Birthday, Naz!! Gambar-gambar akan Mama upload later, k. Now, nak sleep dulu...

Nite Baba... dok layan bola tuh!!
Nite dear diary... c ya! :-*

to be continued... B-)

It's a quarter after one...

" Picture perfect memories scattered all around the floor
Reachin' for the phone 'cause I can't fight it anymore
And I wonder if I ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now
And I don't know how I can do without
I just need you now "


Listening to this song while doing some reading about all actually only manage to read one topic the related topics that could have been popped out to me in impromptu public speaking. Actually the date of PAC course had been finalized. From 20 till 23rd June... the venue is, SURPRISE!!! Everyone is guessing... Rumors, kem dalam hutan..wuihhhh, adventure tuh... I loike!! Ingatkan bila buat dalam hutan, tak de la module impromptu public speaking dan pengucapan awam or LDK. Ada jugak rupenyer... I don't laaaaaaaaaiiikk! Surat panggilan kursus yang Mama dan kawan2 dapat lagi misteri. "Sila berpakaian sukan semasa mendaftar. Pakaian sepanjang kursus ialah sport attire. Sila bawa bersama komputer riba". Kat dalam hutan tu ada ke plug nak pasang laptop?? Mama rasa laptop tu buat ketuk kepala orang yang tido masa pengucapan awam or LDK :D

Mama dah pakat ngan geng yang base kat negeri nih untuk tidak beria-ria perform masa PAC nanti. Dengar cerite, kenaikan pangkat based on ranking sape yang well-performed in PAC. Hohohooooh, Mama nak buat bodoh-bodoh alang je time PAC nih... Tapi, x nak la bodoh bedo'oh sampai dapat ranking ke-300!! Ranking ke-250, cun lah... :p

Kena tinggalkan Ajmal lagi buat kesekian kalinya. Bulan Julai nanti, lagi banyak kali Ajmal kena tinggal... Mama sedih :( tapi nak buat macam mana, Mama terpaksa demi mencari rezeki, sayang...

Hmmmm, dah start gerodes blog nih, nampak gaya sampai di sini dulu la sesi pembacaan Mama. Ajmal & Baba dah lama zzzzzzzzzzz... Ajmal dah beberapa kali merengek, Mama tanya dia nak susu ke? Sambil pejam mata dia jawab, "Nak!"

Mama pun nak zzzzzzz jugak la..esok pagi ngantuk, malas nak gi keje. Mula lah Mama merangka-rangka dalam kepala otak Mama yang genius nih alasan yang sesuai untuk ponteng keje. Tapi esok cannot, Bos baru datang report duty, Mama pulak urusetia mesyuarat petang esok. So, by hook or by crook, Mama kena ada esok. Alahai, baru Mama ingat, minutes last meeting belum siap!!! First thing to do in my list tomorrow morning... :-O

Isnin, 14 Jun 2010

Muktamad!

Dear diary...
Hari ini Mama dah buat keputusan muktamad untuk tidak further study dulu...not yet! Selepas berbincang dengan kawan2 Mama, kami rasa better tunggu confirm KUP dulu, then baru sambung belajar. Kalau sambung sekarang, by the time habis belajar nanti, kami belum confirm post KUP kerana sepanjang cuti belajar bergaji penuh, nama kami akan di pool di JPA. Habis belajar, barulah urusan KUP kami akan diproses. Akan ambil masa yang lama jugak...

Jika further study after confirmation KUP 48, sepanjang tempoh belajar memanglah nama kami akan di pool di JPA jugak tapi sekurang-kurangnya, jawatan kami by that time dah KUP 48. Bila habis belajar, kami akan tunggu posting je. So, ikut nasihat Pn Rafeah Khafidah :D Insya-Allah Mama akan further study Sesi Julai 2011. Tapi, mama dah siap isi form tu, tang referee je yang belum isi.. sekurang2nya seorang academician, uggghhh... kat mana Mama nak cari lecturer Mama dolu2. Nama diorang pun Mama dah lupa... student yang x mengenang budi betullah Mama ni! :(

Isnin, 7 Jun 2010

Further study ko?

Dok berfikir-fikir sama ada nak further study or not? :-/
K.Ina, Aje & Su JPN Klate sume pakat sambung belajar. Sebenarnya diorang tak nak naik pangkat dulu, same goes here.. Mama pun tak nak naik pangkat cepat2..nanti kena gi kerja Putrajaya. Susah la, Ajmal kecik lagi... Kalau Mama further study, tak yah transfer dulu.. So, Mama akan amik master kat universiti yang ada kat JB jer...UTM!! :D

Mama dah print borang, tapi belum pun isi...biasalah, Mama ni Queen of Procrastinate... ;) Tapi, by the end of this week, Mama akan siapkan jugak isi borang tuh!!

Selasa, 4 Mei 2010

Numb...

Sejak semalam Mama down... kawan Mama kat JPA dah inform supaya kami batch PTD 2/2005 bersedia untuk ke PAC a.k.a PACAT!! Ayyyyyooooo... 30 Mei till 2 Jun!!

After PAC, most of us which is previously working at state will be transferred to HQ, Putrajaya. Damn, working for the post M48 but the salary still for M44.. the expenses surely will be doubled since we have to stay at Putrajaya and every weekend, driving back to JB...

Mama only thinking about Ajmal, pity him... I'm thinking of further studies to avoid the facts of working at Putrajaya. HLP seems great possibility, but the application date is due yesterday..huh, what should I do?

Isnin, 12 April 2010

Taklimat Logistik PTK at Pullman Hotel, Putrajaya

Hai diary....
Dah berkurun Mama tak update...Mama bz lar. Ujung minggu pun Mama kena g meeting kat Putrajaya. Tinggallah Ajmal with Baba. Ajmal 'berjurus'...bagus je dia tinggal ngan Baba. Cian, Ajmal selalu ditinggalkan Mama.. Abg Amjad pun selalu ditinggal Mommy..By the time Mama bertolak balik dari Putrajaya, Mommy Amjad tiba @ KLIA, meeting kat MINDEF till Thursday...ohhh, mengapakah???

Tapi, meeting kali ni Mama was impressed by the accomodation... thumbs up to Bhg. Pembangunan Penilaian Kompetensi, KPM. Time Kementerian kurang peruntukan ni, boleh pulak buat meeting kat 5 star hotel.. The building is breathtaking... the room is awesome.. mula2 masuk bilik Mama tergezut. Biasanya standard BPPK, Hotel Quality jer...
While staying here, ahli-ahli mesyuarat yang majoritinya guru-guru yang dilantik sebagai Ketua Pengawas Peperiksaan (semuanya dah berumur, cikgu yang pangkat bapak2 gitu) yang selalu suka buat lawak.. Setiap pintu yang ada di hotel ni, diletakkan signage PULL dan PUSH... so, tiap kali nak buka pintu mesti diorang cakap kuat2... "Pull man...." , nama hotel ni diambil sempena tu le kot....
So, accomodation, thumbs up, tapi meeting... Ya Allah, penin kepala Mama. Semuanya kelam-kabut. Examnya 17 April.. bidang tugas Penyelaras, Ketua Pengawas pun berterabur lagi, pelan tindakan x proper...semua Ketua Pengawas pening n konpius. Masa dah suntuk. Harap2 Sesi 2 exam nanti, x jadi cam gini lagi... Kalau tak, kepala Mama le yang pusing!!

Khamis, 11 Februari 2010

Road Show PTK!!

Hi dear diary...

Dah lama x post something... Mama quite busy this early February, terpaksa buat road show untuk inform ttg pelaksanaan PTK bagi warga KPM seluruh Johor. Mama turun semua daerah. Akirnya semalam kat Pej Pelajaran Daerah Johor Bahru, destinasi terakhir. Everything run smoothly..Thanx God!
So, hari ni.. aman sat kat opis.

HoooooooHo... Today is my birthday yang ke-32.. Mama dah tua setahun lagi!! Baru je rasa tinggalkan sek menengah..hmmmm..

Birthday present from Baba!  :-*

 ..... and a surprise birthday party kat rumah Cik Na (baby-sitter). Thanks honey!  :x


Ajmal laks 2-3 hari ni, nampak x bermaya je, mcm x sihat... mata dia merah je, berair dan taik mata banyak. Dah jumpa dr. katanya kena infection... letak ubat titik 2-3 kali, nampaknya dah makin ok.

Minggu ni balik kg. Yaaaaaahoooooo.... Mama sambung cuti raya cina. Sebelum sign surat cuti, bos Mama sindir, seminggu ngko cuti banyaklah tokong kau boleh melawat!!! Adussss...

Selasa, 29 Disember 2009

5S... 'Seiri'

Hari ni ofis mama buat aktiviti 'seiri'. Itu bahasa Jepun, lam bahasa Melayu, 'sisih'. Dalam bahasa Kelantan, 'tohok' kui,kui,kui... Mama sisihkan sume le benda-benda yang x perlu, dokumen2 yang perlu disisih. Tapi bila dah sisih pun, tempat sempit mcm tu gak. Maklumle, opis kerajaan, kat negeri lak tu...bilik muat2 meja jer.. isk, isk..

Lepas 'seiri', 'seiton' lak... pastu si enot.. ;)

Isnin, 28 Disember 2009

Relief 100%

Yahoooooo!!!!!
Berjaya jugak majlis pagi tadi. Pagi2 memang kecut perut sebab udoh ler mama kuar lewat, tertinggal cue card yang buat semalam, patah balik umah, pahtu jammed laks, sampai2 je nengok meja makan belum ada... Bila masalah meja selesai, caterer laks sampai lewat. Kalau pengarah x sempat makan tadi, haru...
Tapi akhirnya, semua berjalan lancar. Majlis pun tamat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semua puas hati la walaupun makanan x berapa sedap, tapi telan jer...

Majlis dah setel and almost perfect, lega 100% !!!

Ahad, 27 Disember 2009

Relief 50%...

Problem yang mama risau dapat diselesaikan... Meja2 makan untuk jamuan buffet penerima anugerah akan diuruskan pagi esok. Nape la sume nak buat pagi sok?? Mama cukup x puas hati, kalu jadi pe2 esok, idok ke naye..tapi disebabkan mama consider diorang penat sbb x semua yang hadir rehearsal petang tadi, so esok pagi pun, esok pagi la...janji meja2 tu ada kat tempat jamuan by the time tetamu2 tu nak makan.
So, esok majlisnya...lepas majlis baru la boleh relief 100% !!!
Mama tido lewat mlm ni, nak buat cue card sbb esok mama jadi floor manager (pengurus lantai, ngeh..ngeh..ngeh..).

Jumaat, 25 Disember 2009

Minggu yang memenatkan...
Sektor mama kat opis ditugaskan untuk jadi urusetia perhimpunan bulanan terakhir untuk tahun 2009. Mama lak dilantik jadi setiausaha dan juga jawatankuasa jamuan. Last2, disebabkan ada kawan2 mama satu sektor yang tiba-tiba je ada urgent matters, yang sorang ada family problem, sorang lagi MIA..mama yang kena handle keje diorang, tapi xpe mama boleh buat.
Tup2, mama sendiri yang terpaksa mengharapkan orang lain untuk buat semua kerja tu sebab pagi 23hb, kul 4.30 pagi, Ajmal terpaksa dimasukkan ke wad Kempas Medical Centre sebab demam panas. Masa tu badan dia panas, 39.8°C...Cian Ajmal, kena cucuk kat kaki, doktor amik darah. Masukkan antibiotik pun ikut drip kat kaki tu. Tiap kali masuk ubat mesti nangis sebab rasa sakit sikit kat saluran drip tu. Mama yang tua ni pun sakit bila kena cengitu...

Tapi Ajmal tetap aktif. Ketawa terkekek-kekek bila nurse gurau2 ngan dia. Dia x meragam sangat tapi malam2 merengek tak leh tido sbb hidung tersumbat, selsema. Biasa le, kita orang tua ni pon, klu selsema mesti x selesa tido..


Tengoklah, sempat lagi posing atas wheelchair.

Hari ni, Ajmal dah discharge..Alhamdulillah, dah tak demam tapi masih selsema..kaki yang bekas kena cucuk tu merah...cian anak mama.

Tentang keje, nasib baik ada kawan2 yang boleh diharapkan... (tqvm Huda, Wai and Luth. Tak lupa En. Usop n Hjh Salmah, jasa kalian amat mama hargai). Masalah kerusi makan belum selesai, hari Ahad nanti kena selesaikan, adoiiiii...

Hari ni mama pening lagi sekali bila Ummi cal bagitau Wirda (Cik Su) x berjaya gi Sek Asrama Penuh. Mama nak semak tawaran kemasukan ke MRSM pun belum keluar. Mama dah cal kawan mama yang keje kat jabatan pelajaran kelantan, minta tolong dia ejaskan sekolah Bestari. Tapi x tau la berjaya ke idok...Wirda mesti tertekan dan frust. Kawan2 dia yang sebelum ni dapat no. 2, 3 lam kelas, semua dah dapat tawaran ke SBP. Sabar ye Cik Su, InsyaAllah dapat MRSM ye...

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP