Mama baru balik kursus PAC tuh!! Kursusnya kat Bukit Lagong... Best sebab dapat jumpa kawan2 yang dah lama x jumpa! X best sebab... faham2 sendirila bila kursus... Teramatla sadisnya kenangan di waktu itu. Mama terasa amatlah bodoh kerana sepanjang kursus tu Mama mcm orang bodoh memang bodoh pung, sket2 😁 Dalam satu sesi LDK, Mama boleh tertido!!! Dahsyat sungguuuuuhhh.. Panel minta siapkan satu minit mesyuarat on the spot tentang perbincangan satu projek pembangunan...masa tulis minit tu la Mama tidoooo... 😝
Terlupa nak bagitau... Masa sesi impromptu public speaking Mama dapat tajuk nih "............ relocated Zoo Negara to the rural area. Discuss." Bukan main lagi baca tentang RMK10, NKRA, Model Baru Ekonomi dan lain-lain tajuk yang bombastic la...tapi dapat tajuk ni. Tapi, cakap merapu jugak!! Terketar2, sampai beberapa kali silap sebut 'relocated'... 'recolated', 'relacoted' 'recoted'...mcm2 lagi la...hampeh tol! Masa dok berucap kat depan tu, asyik nampak muka Le'an je, yang terhangguk2 kala Mama terbelit2 lidah menyebut perkataan relocated!! 😅
Kursus ni untuk PTD batch kami, 2/2005 naik ke Gred 48 KUP (khas untuk penyandang kerja untuk percuma Post 48 sikit je, tapi yang mengejarnya ramai..ugh,ughhhh kejarla korang, Mama nak jalan slow-slow dulu. Lagipun, Mama x nak kena tukar ke Putrajaya dalam tempoh terdekat ni... rumah baru pun tak sempat nak duduk lagi.
Hari Mama balik, Mama terus gi rumah Cheq Na, amik Ajmal... Mula2 dia tengok Mama, dia terkejut, then terus meluru ke arah Mama. Mama angkat dia dan dia peluk Mama, erat.... Mama sedih gila... Macam mana nih?? Bulan Julai ni makin lama Mama akan tinggalkan dia ngan Baba... 😢
Tiada ulasan:
Catat Ulasan