Walaupun baru habis pantang, dan masih bercuti tapi...here I am... di rumah adikku, Anem, bertungkus lumus memberi markah prestasi kepada anggota pentadbiran dan kewangan maritim daerah Johor Bahru...bertungkus lumus dan berpenat lelah sbb berchenta nak masuk sistem HRMIS! Lembap basah, lesu, lambat, lembu dan semua binatang kat hutan (lembu mesti marah, kenapa dia dikaitkan dalam kontroversi ini :p)...
Dateline utk PPP masukkan markah 9 Disember 2011. Kalau Mama lambat key-in, nanti Kepten Sabri (Pegawai Penilai Kedua) tak boleh bagi markah kpd staf2 Mama. Tak pasal2 dia kasik markah rendah kat LNPT Mama pulak sebab lembab!!!
Actually, Mama terlibat dalam kancah ini semenjak dalam pantang lagi! Belum habis pantang, Mama dah ulang alik dtg umah Cik Anem sbb rumah dia ada streamyx. Kat Kg. Bujok, coverage ada tapi kat depan pintu depan jer...itu pun mcm siput sedut, terkemut-kemut...nak berfesbuk pun, ala-ala manjer, inikan pulak nak masuk sistem HRMIS yang memang diketahui ramai memang hamis dan hampeh! (kepada kawan-kawan Mama yang terlibat secara langsung dalam membangunkan sistem HRMIS ni, minta maap yer atas keramahan Mama mengutuk sistem ni. Tapi memang sistem HRMIS ni lembap skeeeeeeeet...)!
Nasi Goreng Daging Paling Sedap Dan Bab Aktiviti Manusia
-
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Alhamdulillah kita bersua lagi. Sebelum
itu, jangan lupa klik butang follow blog dan klik iklan yang keluar di atas ...
Sejam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan