Ahad, 11 Disember 2011

Iklan Burung Murai...isk, isk..

Bila Ajmal lambat dapat bercakap, membebel pun Mama tak paham, Mama bukan main risau. Sekarang bila mulut dia mengalahkan murai, asyik bertanya apa tu? apa tu?, Mama pulak naik rimas. Nak tak jawab setiap kali dia bertanya, takut terencat pulak perkembangan otak, nanti sel-sel otak tak bergabung, kurang bijak pulak anak Mama. Tapi setiap kali dia bertanya benda yang sama berulang-ulang kali, apa tu... apa tu... apa tu... kurang sabar pulak Mama, mulalah tinggikan suara pada dia.

Ajmal sekarang ni asyik bercakap je...tak berenti. Ada yang Mama faham, tapi kebanyakannya kurang difahamilah. Kesian dia, berbuih mulut mengulang apa yang dia nak, sbb Mama tak faham...bukan, bukan, bukan!! Setiap kali dia bertanya itu ini, Mama teringatkan satu iklan yang ditayangkan di TV3, bagaimana sabarnya seorang ayah melayan dan menjawab pertanyaan anaknya walaupun anak itu bertanya soalan yang sama berulang kali...
"Burung apa?" tanya si anak.
"Burung murai." jawab si ayah.
"Burung apa?" tanya si anak lagi.
"Burung murai." jawab si ayah tanpa mengenal jemu.

Mama teringat cerita Ummi tentang perangai Mama semasa usia sebaya Ajmal hinggalah sekolah rendah, suka sangat bertanya itu dan ini (Ajmal ikut perangai Mama rupenye, bijak... bijak... :p). Ummi akan menjawab setiap pertanyaan Mama tanpa jemu walaupun soalan yang sama ditanya berulang kali. Sehinggakan seorang saudara pernah memuji Ummi kerana dia kagum dengan kesabaran Ummi melayan si anak yang tak berenti2 bertanya dan bercakap. Kalau boleh dia nak seorang isteri yang boleh menjadi ibu seperti Ummi. (orang itu adalah Ayah Eil :) ) Mama dulu pun bertekad untuk menjadi ibu seperti Ummi, menjadikan Ummi sebagai idola dalam dunia parenthood yang mencabar nih!

Tapi sekarang bila dah betul2 jadi ibu, lain pula jadinya.. Mama cepat hilang sabar bila melayan karenah Ajmal. Bila dah geram+marah, perkataan yang tak sepatutnya pun cepat keluar dari mulut Mama, lepas tu baru menyesal. Ummi kata, perkataan yang keluar dari mulut ibu umpama doa. Jadi sebutlah perkataan yang baik-baik kepada anak kita. Doakan yang baik-baik sahaja kepada mereka.

Sekarang anak Mama dah dua... dan mungkin dua cahayamata ini sahajalah permata hati Mama. Mama kena sabar bebanyak, nak jadi macam Ummi yang berjaya mendidik Mama dan adik-adik, Insya-Allah. :)

"Ya Allah, hamba bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat rezeki yang telah Kau limpahkan kepada hambaMu ini. Terlalu banyak rezeki dan kemudahan yang Kau beri sehinggakan hambaMu ini kadang-kadang terlupa untuk bersyukur. Buka pintu hatiku untuk sentiasa mengingati Mu. Jauhkan aku dari sifat lupa diri dan takbur tika kau melimpahkan rezeki yang tak putus-putus padaku. Alhamdulillah... "


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP